1 Jangan Buka Kertas Soalan Ini Sehingga Diberitahu 霹雳怡保培南独立中学 SM POI LAM (SUWA) IPOH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2022 BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 TARIKH : 21 NOVEMBER 2022 MASA : 1345 - 1535 (1 jam 50 minit) NAMA: KELAS : S1ZHO/S1REN ARAHAN KEPADA CALON: i. Soalan peperiksaan ini mengandungi TIGA bahagian: Bahagian A: Rumusan Bahagian B: Kefahaman Bahagian C: Morfologi dan Sintaksis NO. PELAJAR: Jawab SEMUA bahagian soalan. ii. Markah bagi kertas ini ialah 100 markah. Kertas ini mengandungi 5 halaman bercetak DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH: ( NUR AMIELIA FUAAT) ( NOOR AKMAR IDAYU)
2 BAHAGIAN A SOALAN 1 : RUMUSAN (30%) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan gejala rasuah dan cara mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Rasuah merupakan penyakit sosial yang banyak memberi kesan buruk bukan sahaja terhadap individu bahkan juga kepada masyarakat dan negara. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa, iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mendidik masyarakat tentang bahaya rasuah. Tangkapan demi tangkapan membabitkan penjawat awam telah dilakukan oleh SPRM. Ternyata operasi besar- besaran hasil daripada komitmen dan iltizam pihak SPRM untuk membersihkan rasuah dalam kalangan penjawat awam mula menampakkan hasil yang jelas. Hampir setiap minggu pasti ada pendakwaan yang dilakukan oleh SPRM terhadap penjawat awam yang terlibat dalam rasuah. Gejala rasuah yang tidak dibendung akan menyebabkan kehidupan masyarakat menjadi tidak harmoni. Sebagai contohnya, sikap prasangka buruk akan timbul terhadap jiran yang mempunyai harta yang banyak tetapi tidak sesuai dengan pendapatan bulanannya. Gejala rasuah yang berlaku juga akan mengganggu-gugat perkembangan ekonomi negara. Hal ini disebabkan oleh pelabur asing takut untuk datang melabur di negara ini kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk memberi rasuah kepada pihak yang meluluskan permohonan perniagaan. Selain itu, perbuatan rasuah dalam pemberian tender kerajaan boleh menyebabkan kos meningkat kerana peniaga ingin mengimbangi keuntungan. Rasuah menyebabkan harga barang menjadi lebih mahal kerana peniaga terpaksa menaikkan harga jualan atau perkhidmatan untuk menampung wang rasuah yang terpaksa dikeluarkan kepada pihak-pihak tertentu. Sesungguhnya, imej negara pasti akan tercemar jika amalan rasuah terus berleluasa di negara kita. Impaknya, rakyat negara luar pula akan beranggapan bahawa rakyat Malaysia kurang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Kegiatan rasuah juga akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi kerana tadbir urus meminggirkan integriti. Selain itu, kerajaan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka kerajaan kehilangan hasil kerana wang yang sepatutnya menjadi pendapatan negara jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Oleh sebab gejala rasuah memberi impak yang besar kepada individu, masyarakat, dan negara, kini SPRM lebih giat memberkas mereka yang terlibat dalam gejala rasuah tanpa memilih bulu. Mereka akan diburu hingga ke lubang cacing. Semua individu terbabit akan dibawa ke muka pengadilan untuk menjadi pengajaran kepada masyarakat. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pulihkan Integriti Penjawat Awam’ oleh Noor Mohamad Shakil Hameed, Berita Harian, 17 Januari 2017)
3 BAHAGIAN B (40%) SOALAN 1: PEMAHAMAN PETIKAN UMUM (20%) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri. Bagi sesiapa yang pernah mendengar lagu "To Know Malaysia Is To Love Malaysia”, nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad, pasti dapat menghayati keindahan dan keunikan negara kita, Malaysia. Rasa cinta akan Malaysia juga timbul disebabkan negara kita dikurniakan keindahan dan keajaiban alam flora dan fauna yang dapat menawan hati sesiapa yang melihatnya. Keunikan inilah yang turut menambat hati para pelancong bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok dunia. Malaysia telah mencatat rekod kedatangan pelancong sebanyak 9,438,592 orang bagi lima bulan pertama tahun 2012. Seterusnya, mereka yang berstamina dan bersemangat kental untuk menawan kemuncak gunung, tempat yang pasti didaki ialah Gunung Kinabalu dan Gunung Tahan. Taman Tema Genting, Taman Tema Legoland, Taman Tema Air Sunway Lagoon dan banyak lagi, menjadi tempat pelancong bercuti bersama dengan keluarga sambil melepaskan tekanan. Bagi kaki beli-belah, segala-galanya ada di Mid Valley, The Pavilion, Mahkota Parade, Berjaya Times Square, Pusat Beli-belah Suria Kuala Lumpur City Center (KLCC) dan banyak lagi yang tidak tersenarai. Pelancong yang ingin membeli barangan unik dan murah pula boleh mendapatkannya di Jalan Petaling, Jalan Masjid Jamek, Jalan Tunku Abdul Rahman, dan Jalan Masjid India. Seiring dengan arus peredaran zaman, terdapat banyak tempat pelancongan yang bukan sahaja menawarkan tempat penginapan, pengangkutan, dan makanan malah menawarkan pelbagai aktiviti yang menjadikan percutian para pelancong lebih bermakna dan menarik. Antaranya ialah aktiviti menyelam, berkayak, terjun bungee,flying fox, luncur air, menaiki bot pisang, dan berjalan di dasar laut. Selain menambah aktiviti yang baharu di tempat pelancongan, salah satu kaedah yang semakin ditekankan dalam usaha memajukan industri pelancongan di negara kita adalah melalui program Homestay. Program Homestay atau Inap Desa berkonsepkan rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Keistimewaannya ialah sesetengah kawasan pelancongan, terutamanya kawasan yang agak terpencil, biasanya tiada perkhidmatan hotel, chalet, atau resort. Dengan adanya konsep inap desa ini, para pelancong bukan sahaja tidak menghadapi masalah penginapan bahkan juga dapat merasai kehidupan rutin penduduk di situ sendiri. Konsep inap desa ini juga mendapat sambutan baik daripada para pelancong yang kurang berminat dengan bangunan pencakar langit atau kesibukan kota. (Dipetik daripada Buku Teks Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia) i. Berikan maksud a) keindahan b) keunikan (2%) ii. Apakah keistimewaan lagu “To Know Malaysia Is To Love Malaysia” yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad? (4%) iii. Nyatakan aktiviti baharu yang diperkenalkan di sesetengah tempat pelancongan. (4%) iv. Mengapakah konsep inap desa dikatakan istimewa? (6%) v. Sebagai seorang rakyat Malaysia, apakah langkah yang akan anda ambil untuk memajukan industri pelancongan di negara kita? (4%)
4 SOALAN 2: PETIKAN SASTERA (20%) Baca cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Israk menekan punat televisyen. Malangnya tiada apa-apa pada skrin. Kaca TV hitam sahaja. Israk mencebik. “TV pun rosak!” Sengaja ditinggikan suaranya seperti ‘injak naik’ yang menaikkan jumlah voltan arus yang mengalir. Dengan spontan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang tamu seluas 4m x 6m itu. Mata bundarnya memandang Israk yang mundar-mandir di situ. Bagaikan cacing kepanasan. Sesungguhnya dia tidak serasi dengan situasi di situ, di rumah Wah, Kampung Sayong. “Bukankah Wah lebih tua daripada kita. Lagipun dia nenek kita. Tentu orang cerdik seperti abang tahu tanggungjawab!’ Israk melemparkan pandangan ke luar jendela. Daun pokok pisang melambai-lambainya seolah-olah mengejinya. Dia mengetap bibir. “Abang, kalau tanpa Wah, pa tidak hadir ke dunia. Sekaligus kita berdua pun tidak melihat dunia seperti sekarang.” “Teori pembiakan manusia itu abang sudah tahu. Tak perlu diajar lagi!” “Ini peluang bagi abang …. Rebutlah. Jangan pula abang menyesal kemudian hari.” “Kurang faham!” “Abang terlalu mengikut hati. Atma, perasaan, jiwa, kalbu, garizah, naluri, dan sebagainya termasuk nafsu! Sepatutnya abang yang memandu hati, bukan hati yang memandu abang!” (Dipetik daripada cerpen Israk Oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka.) i. Berikan maksud rangkai kata bagaikan cacing kepanasan. (2%) ii. Berikan watak dan perwatakan Israk dan Mikraj berserta huraian berdasarkan petikan? (4%) iii. Mengapakah Israk berasa tidak selesa ? (4%) iv. Nyatakan nasihat Mikraj kepada Israk? (4%) v. Berikan tiga pendapat anda bagaimanakah caranya untuk menghormati orang yang lebih tua? (6%)
5 BAHAGIAN C: MORFOLOGI DAN SINTAKSIS (30%) A) BINA AYAT (10%) Bina satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. i. rindu ii. gemuruh iii. lazat iv. seronok v. anggun B) PELBAGAI JENIS AYAT (10%) Gabungkan ayat-ayat di bawah dengan menggunakan kata hubung supaya menjadi ayat majmuk. i. (a) Penulis esei itu kreatif. (b) Penulis esei itu memenangi anugerah pengarang terbaik. ii. (a) Kamu menghabiskan masa menonton televisyen. (b) Kamu menolong ibu mengemas rumah. iii. (a) Langkah ini perlu diamalkan oleh remaja. (b) Mereka dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat. iv. (a) Wei Leong tidak dibenarkan keluar bermain. (b) Wei Leong tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh Cikgu Hakim. v. (a) Ali pergi bermain bola sepak di padang permainan (b) Amir pergi bermain bola sepak di padang permainan. C) ANALISIS AYAT ( 10 % ) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i. Majlis Sambutan Hari Kebangsaan yang mengadakan di Dataran Merdeka itu akan berlanggsung dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 11.00 pagi. ii. Usahawan itu mengambil pelbagai insiatif untuk memperluaskan perniagaannya yang semakin berkembang maju. iii. Penduduk kampung menyertai program gotong royong membersihkan kawasan perkampung yang dianjurkan oleh Persatuan Rukun Tetangga. iv. Adik menangis teresak-esak kerana kakinya cerdera akibat memijak serpihan kaca. v. Sekolah di kawasan pedalaman itu masih terdapat banyak kurangan dari segi kelengkapan kemudahan dan infastruktur. ------------- KERTAS SOALAN TAMAT -------------