1 霹雳怡保培南独立中学 SM POI LAM (SUWA) IPOH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023 SEJARAH KERTAS 2 TARIKH MASA : 12/06/2023 : 1405-1535 (1 jam 30 minit) NAMA:______________________ NO PELAJAR:_________________ KELAS : S3REN, S3ZH ARAHAN KEPADA CALON 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan dalam Bahagian B. 3. Jawapan Bahagian A hendaklah ditulis di dalam ruang jawapan yang disediakan dalam kertas peperiksaan. 4. Jawapan Bahagian B hendaklah ditulis di dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 5. Kertas jawapan Bahagian B hendaklah diikat dan dihantar bersama-sama dengan kertas soalan in Soalan Markah Penuh Markah A 1 10 2 10 3 10 4 10 B 4 15 5 15 6 15 7 15 8 15 Jumlah 60 Kertas ini mengandungi 6 halaman bercetak Disediakan oleh: ………………………………….. (SYARIFAH NUR HASNIDAR) Disemak oleh: ……………………….. (LIM BENG LEE ) Jangan Buka Kertas Soalan Ini Sehingga Diberitahu
2 BAHAGIAN A [30 markah] Jawab semua soalan. 1. Kesultanan Melayu Melaka terbukti mempunyai sistem pentadbiran dan undang-undang yang tersusun sehingga menjadikannya kerajaan yang masyhur dan unggul. a) Nyatakan undang-undang yang diperkenalkan semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. b) Sultan dibantu oleh empat orang pembesar untuk mentadbir kerajaan pusat yang digelar sebagai pembesar berempat. Nyatakan satu daripada empat pembesar tersebut. c) Apakah peranan pembesar berempat dalam memastikan kekukuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka? d) Bagaimanakah undang-undang boleh menjadikan negara kita masyhur di persada dunia. Beri pendapat anda. [1 markah] [1 markah] [4 markah] [4 markah]
3 2. Petikan berikut berkaitan dengan maksud revolusi. Revolusi bermaksud perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik atau sistem sosial yang dilakukan secara radikal dan kekerasan seperti rusuhan dan pemberontakan negara. Sumber: https://prpm.dbp.gov.my/KamusDewan a) Jelaskan punca berlakunya revolusi tersebut. i. Revolusi Keagungan (1688) ii. Revolusi Amerika (1776) iii. Revolusi Perancis (1789) b) Apakah iktibar yang boleh di ambil daripada kebangkitan nasionalisme di Barat? [2 markah] [2 markah] [2 markah] [4 markah]
4 3. Perang Dunia Pertama adalah perang global yang berpusat di Eropah yang bermula pada 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918. a) Namakan pihak yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama.. i. ii. b) Jelaskan kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara Eropah. c) Perang Dunia Pertama telah memberi kesan yang besar terhadap negara Eropah. Sebagai pemimpin negara, apakah usaha anda untuk memastikan keamanan dunia berkekalan? [2 markah] [4 markah] [4 markah]
5 BAHAGIAN B [30 markah] Jawab mana-mana dua soalan daripada bahagian ini. 4. 5. Ciri-ciri negara bangsa yang diwarisi oleh Kesultanan Melayu Melaka memberikan gambaran jelas tentang kepentingan pembinaan dan perkembangan sesebuah negara bangsa. (a) Jelaskan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka. (b) Terangkan hubungan rakyat dan pemerintah dalam Kesultanan Melayu Melaka. (c) Kejayaan sesebuah negara bergantung kepada hubungan baik pemimpin dan rakyat. Jelaskan. Gambar berikut menunjukkan pemerintah Thailand yang berjaya mempertahankan kemerdekaan negara daripada penjajah. Raja Mongkut Raja Chulalongkom (a) Jelaskan tindakan yang diambil oleh pemerintah tersebut untuk mengekalkan kemerdekaan Thailand. (b) Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan nasionalisme di Thailand. Nasionalisme dalam kalangan rakyat timbul semasa pemerintahan Raja Vajiravudh dan semasa penguasaan ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina. Sumber: Wikipedia Buktikan kebenaran penyataan tersebut. (c) Teliti poster berikut. Sebagai rakyat yang patriotik, apakah tanggungjawab anda untuk mengekalkan perpaduan antara kaum? [5 markah] [5 markah] [5 markah] [5 markah] [5 markah] [5 markah]
6 6. 7. 8. Kemunculan ideologi baru selepas Perang Dunia Pertama telah mencetuskan Perang Dunia Kedua pada 1939-1945. (a) Nyatakan negara-negara yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua. (b) Terangkan faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua (c) Huraikan iktibar yang diperoleh daripada Perang Dunia Kedua di Eropah. Rajah berikut berkaitan dengan penyerahan Sarawak kepada British. (a) Jelaskan mengapa Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan British. (b) Terangkan bentuk penentangan penduduk tempatan terhadap penyerahan Sarawak kepada British. (c) Rosli Dhoby, Morshidi Sidek, Bujang Suntong dan Awang Rambli merupakan pejuang kemerdekaan Sarawak yang sanggup berkorban demi mempertahankan tanah air sehingga dikenakan hukuman gantung hingga mati. Sebagai seorang rakyat yang berjiwa merdeka, apakah iktibar yang dapat diperolehi daripada perjuangan tokoh tersebut ? Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu selaras dengan dasar dekolonisasi iaitu menyediakan langkah berkerajaan sendiri kepada tanah jajahan British. (a) Mengapakah Sistem Ahli ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua? (b) Huraikan ciri-ciri Sistem Ahli? (c) Permuafakatan penting dalam menjamin keharmonian masyarakat. Bincangkan langkah-langkah untuk mengekalkan perpaduan kaum. [5 markah] [5 markah] [5 markah] [5 markah] [5 markah] [5 markah] [5 markah] [5 markah] [5 markah] KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT