The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PLHS Library, 2023-05-15 03:02:54

BM J2 Kertas 2

BM J2 Kertas 2

1 霹雳怡保培南独立中学 SM POI LAM (SUWA) IPOH UJIAN BULANAN PERTAMA 2022 MATA PELAJARAN: BAHASA MALAYSIA 2 MASA:0845 – 1000 (1 JAM 15 MINIT) TARIKH:25/02/2022 MARKAH 50 NO. NAMA: KELAS: NO. PELAJAR: KELAS: J2XIN, J2PIN, J2YI, J2ZI, J2ZH ARAHAN AM: Jawab semua soalan dalam Kertas 2 dan pilih jawapan yang sesuai. Hitamkan jawapan di atas kertas jawapan ‘O’ dengan menggunakan pensel 5B. SOALAN 1 HINGGA SOALAN 5 Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Bidang telekomunikasi sangat penting kepada manusia pada masa sekarang. Bidang ini semakin berkembang pesat di seluruh dunia. Setiap hari pasti ada alat baharu yang dicipta untuk memudahkan manusia di seluruh dunia untuk berkomunikasi. Salah satu alat telekomunikasi yang terkenal ialah telefon bimbit. Dalam negara kita, penggunaan telefon bimbit amat popular. Hampir setiap rakyat pernah melihat ataupun menggunakan dan memiliki telefon bimbit. Mereka menganggap telefon bimbit sebagai satu keperluan dalam zaman moden. Oleh itu, kita dapat melihat orang ramai menggunakan telefon bimbit pada setiap masa dan di mana-mana sahaja. Teknologi telefon bimbit juga semakin berkembang. Pada peringkat awal, telefon bimbit digunakan untuk menghubungi orang lain. Namun, pada masa sekarang terdapat pelbagai kegunaan pada sebuah telefon bimbit. Telefon bimbit pada hari ini digunakan untuk menghantar mesej, mengambil gambar atau video, melayari internet, mendengar lagu serta menonton video dan banyak lagi. Terdapat pelbagai jenis telefon bimbit di pasaran pada masa ini. Antara jenama telefon bimbit yang terkenal di negara kita ialah Nokia, Samsung, Apple dan LG. Terpulanglah kepada kemampuan seseorang untuk memiliki telefon bimbit yang diidam-idamkan. Lebih banyak kemampuan kewangan, lebih canggih telefon bimbit yang boleh dibeli. Pengguna telefon bimbit dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan telefon bimbit. Mereka hendaklah menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan seperti menghantar mesej palsu, mengintip, dan menyebarkan video lucah. (diubahsuai daripada Minda Pelajar, Berita Harian) KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 9 HALAMAN BERCETAK Disediakan oleh, Disemak oleh, ………………………….. ………………………… (NURFADZILAH ABDUL MOIS) (CIKGU IDAYU)


2 1. Mengapakah bidang telekomunikasi dikatakan mengalami perkembangan yang pesat? A. ramai orang menggunakan telekomunikati B. ada banyak jenama terkenal di seluruh dunia C. memudahkan kehidupan sehari-hari manusia D. ada sahaja alat baharu dicipta pada setiap hari 2. Mengapakah ramai rakyat Malaysia memiliki telefon bimbit? A. harganya yang murah B. keperluan zaman moden C. ada pelbagai jenis dan jenama D. mudah dibawa ke mana-mana sahaja 3. Apakah kegunaan utama telefon bimbit pada peringkat awal? A. melayari internet B. menghantar mesej C. menghubungi seseorang D. mengambil gambar dan video 4. Apakah nasihat yang diberikan oleh penulis pada akhir artikel ini? A. menghantar mesej kepada ibu bapa untuk melaporkan keselamatan kita B. selalu mengambil berat orang kesayangan kita melalui perbualan telefon C. menghindarkan diri daripada menyalahgunakan kemudahan telefon bimbit D. menggunakan telefon bimbit untuk merakamkan detik-detik keemasan dengan keluarga 5. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas. A. Penggunaan telefon bimbit sangat popular di Malaysia. B. Penggunaan telefon bimbit tidak mendatangkan kesan negatif. C. Pengguna boleh menggunakan telefon bimbit untuk melayari internet. D. Penggunaan telefon bimbit yang canggih memerlukan perbelanjaan yang tinggi. SOALAN 6 HINGGA SOALAN 10 Baca puisi di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. . Tekun Sehari selembar benang ditenun lama-lama menjadi kain sehari sebaris ayat ditulis lama-lama menjadi buku sehari sesen menabung lama-lama senang juga sehari sebatas ubi ditanam lama-lama seluas ladang asalnya tekun akhirnya menjadi. (dipetik daripada Semerbak Puisi, Khadijah Hashim)


3 6. Apakah maksud perkataan 'menabung' (baris 5) yang terdapat dalam petikan? A. mencari wang B. menderma wang C. menyimpan wang D. menjimatkan wang 7. Sehari selembar benang ditenun lama-lama menjadi kain Apakah maksud ayat di atas? (baris 1~2) A. Kita harus bersikap rajin untuk mencari kain yang diminati. B. Kita harus melakukan usaha secara berterusan supaya berbuah hasil. C. Kita harus berjimat cermat supaya dapat membeli sesuatu yang diingini. D. Kita harus menggunakan benang yang halus supaya menjadikan sehelai kain. 8. Antara pernyataan yang berikut, yang manakah berkaitan dengan kebaikan menabung yang terdapat dalam petikan? A. supaya kita ada wang yang secukupnya semasa kecemasan B. supaya kita dapat membeli barang dengan harga yang murah C. supaya kita dapat hidup dengan lebih senang pada masa depan D. supaya kita dapat menjadi seorang jutawan yang disanjung tinggi 9. Antara yang berikut, yang manakah bukan nilai yang tergambar dalam puisi yang dibaca? A. rajin B. gigih C. jimat D. adil 10. Apakah pesanan yang hendak disampaikan dalam puisi di atas? A. Kita harus berbuat baik supaya mendapat balasan baik pada akhirat. B. Kita harus sentiasa rajin membaca buku supaya memperoleh keputusan yang baik. C. Kita harus mengusahakan tanaman ubi agar memperoleh hasil yang lumayan. D. Kita harus bersikap rajin supaya segala usaha yang dicurahkan membuahkan kejayaan SOALAN 11 HINGGA SOALAN 25 Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling tepat. 11. Para remaja gemar __________ laman sosial untuk menghubungkan rakan-rakan mereka. A. dalam B. antara C. tentang D. akan 12. Hubungan __________ Ah Son dengan Siu Ping sangat rapat. A. dalam B. antara C. tentang D. akan 13. Encik Ali telah menceburi bidang perniagaan kereta __________ tahun 2000 lagi. A. dalam B. demi C. sejak D. terhadap


4 14. Kami berbual __________ kejadian rompakan tadi. A. tentang B. sejak C. demi D. dalam 15. Abang membeli tiga __________ mercun di kedai. A. baris B. utas C. potong D. papan 16. Pertunjukan sarkas itu amat __________ semua penonton. A. menakjubkan B. membingungkan C. merosakkan D. melapangkan 17. “Ikutilah rancangan kegemaran __________ melalui radio lima,” kata juruhebah di siaran Radio RT. A. engkau B. anda C. kamu D. awak 18. Kotak itu ada __________ abang dan akan dibuka pada malam nanti. A. pada B. dengan C. untuk D. kepada 19. Asri hendak pergi berlatih bola sepak dengan __________? A. siapa B. apa C. mana D. bila 20. Cikgu Siti menasihati pelajarnya agar __________ ketika berada di perpustakaan. A. sunyi B. senyap C. kelam kabut D. lintang-pukang 21. Pencuri telah memasuki rumah Alvin __________ mereka sekeluarga pulang __________ kampung. A. dan .... di B. tetapi ... dari C. ketika ... ke D. sementara ... daripada 22. __________ Pameran Senjata Api Malaysia ke-15 akan diadakan? A. Apakah B. Bilakah C. Siapakah D. Bagaimanakah


5 23. Jam yang tergantung __________ dinding itu sudah tidak bergerak kerana sudah rosak. A. di B. ke C. pada D. dari 24. “Jika tuanku izinkan, __________ mohon turut serta dalam rombongan tersebut,” sembah Tuan Ali kepada Sultan Mansuh. A. tuan hamba B. hamba C. beta D. patik 25. Yang mana satukah ayat tunggal? A. Liza mengajak Sin Woan dan Ratna ke bandar. B. Mona menyapu lantai dan mengelap tingkap yang kotor. C. Baik abang mahupun kakak mempunyai kegemaran yang sama. D. Sultan Johor akan merasmikan majlis pembukaan Sukan Malaysia. SOALAN 26 HINGGA SOALAN 30 Isi tempat kosong dalam petikan berikut dengan perkataan yang paling tepat. Sebagai masyarakat yang hidup dalam negara yang __(26)__ dan sedang berusaha mencapai kemajuan, sifat-sifat mulia, berbudi bahasa, dan bertimbang rasa harus kita __( 27 )__ . Sesungguhnya keharmonian dan kebahagiaan hidup tidak dapat __(28)__ oleh kekayaan kebendaan semata-mata. Kekayaan budi pekerti dan sopan santun __(29)__ perananyang penting jugakerana kita tidak mahu __(30)__ sebagai bangsa yang kaya dengan harta benda tetapi miskin dengan budi pekerti. 26. A. bangun 27. A. terutama 28. A. dijamin B. dibangunkan B. utamakan B. jaminan C. membangun C. keutamaan C. terjamin D. membangunkan D. diutamakan D. menjamin 29. A. bermain 30. A. anggap B. permainan B. dianggap C. memainkan C. dianggapkan D. bermain-main D. mengganggap SOALAN 31 HINGGA SOALAN 35 Pilih jawapan yang paling tepat. 31. Antara ayat berikut yang manakah merupakan Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya? A. Abang long sedang sakit kuat? B. Tolong kemaskan bilik tidur adik. C. Di manakah Fauziah bercuti esok? D. Najib sedang menjala ikan di Sungai Trong.


6 32. Antara ayat berikut yang manakah merupakan Ayat Seruan? A. Jangan memancing ikan di tasik itu. B. Aduhai, malangnya nasib budak miskin itu! C. Wanita yang berbaju merah itu ibu Aminah? D. Jemputlah menikmati juadah yang disediakan itu. 33. Antara ayat berikut yang manakah merupakan Ayat Larangan? A. Silalah masuk ke rumah banglosaya. B. Di manakah kamu bersenam pada hari minggu? C. Badrul suka berlumba motosikal pada waktu malam. D. Usah bersedih atas kejadian yang telah berlaku semalam. 34. Antara ayat berikut yang manakah merupakan Ayat Silaan? A. Dilarang membawa beg anda. B. Marilah makan bubur ikan bersama-sama. C. San Woo ingin menjadi usahawan yang berjaya. D. Usah bertengkar dengan Azizan yang keras kepala itu. 35. Antara ayat berikut yang manakah merupakan Ayat Penyata? A. Kemaskan katil awak sekarang juga. B. Kamu sudah menggosok pakaian seragam? C. Ibu sedang mengukus pulut kuning di dapur. D. Wahai anak buahku, laksanakan tugas dengan cepat! SOALAN 36 HINGGA SOALAN 40 Sebahagian daripada ayat yang dicetak tebal mungkin mengandungi kesalahan penggunaan Kata Bantu atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahagian yang dicetak tebal itu salah dan perlu diubah, tandakan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan, tandakan D. 36. Elaine Kang belum boleh gagal dalam peperiksaan kerana itulah dia lebih berusaha. A. sudah pernah B. belum masih C. harus dapat D. belum boleh 37. Peserta-peserta itu tidak belum mengaku kalah dalam pertandingan kuiz . A. akan boleh B. masih belum C. harus dapat D. tidak belum 38. Ambiga tidak harus memungut mata terbanyak bagi pasukan sekolahnya. A. sudah lagi B. sedang lagi C. harus dapat D. tidak harus


7 39. Rubiah sedang hendak meninggalkan rumah ketika telefon berdering A. belum boleh B. masih sedang C. sudah hendak D. sedang hendak 40. “Saya boleh segera ke hospital sekarang,” kata Arif kepada Badri A. pernah B. telah C. harus D. boleh SOALAN 41 HINGGA SOALAN 44 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataanyang dicetak tebal dengan betul, dan pastikan anda memilih cadangan jawapan yang paling tepat. 41. I. Ayah sudah masak dengan perangai adik. II. Nenek membiarkan rambutan itu masak di pokok. III. Fikiran Amanda sudah masak kerana usianya sudah 18 tahun. IV. Ikan bawal putih yang kamu masak kari itu sungguh sedap rasanya. A I, II B III, IV C I, II, IV D II, III, IV 42. I. Beg sekolah yang berat itu menjadi beban kepada pelajar. II. Kenaikan kos sara hidup menambahkan beban masyarakat. III. Pengalaman pahit itu menjadi suatu beban yang sukar dilupakan. IV Jiran Steven memindahkan beban ke atas sebuah lori yang besar. A I, II, III B I, II, IV C I, III, IV D II, III, IV 43. I Keputusan peperiksaan itu akan diumumkan tidak lama lagi. II. Sejak berpindah ke kota metropolitan, Jacky sering keputusan wang. III. Mengikut keputusan mahkamah, ayah berhak mendapat sebahagian tanah datuk. IV. Perselisihan faham tidak seharusnya berakhir dengan keputusan hubungan persahabatan. A I, II, III B I, II, IV C I, III, IV D II, III, IV 44. I Umiya menelan minuman yang agak panas itu dengan perlahan-lahan. II. Harunni menelan sahaja kata-kata Daud yang menghina itu dengan sedih. III. Kos majlis perkahwinan pada zaman sekarang menelan belanja puluhan ribu ringgit. IV. Penduduk kampung Pak Mamah.menjadi gempar apabila melihat seekor ular sedang menelan seekor kambing peliharaan A II, IV B I, II, III C I, III, IV D II, III, IV


8 SOALAN 45 HINGGA SOALAN 46 Pilih perumpamaan yang paling sesuai dengan ayat yang diberikan 45. Haris selalu memuji kecantikan tunangnya, Hayati yang dikatakan ____________. A. seperti kera mendapat bunga B. diam-diam ubi berisi C. bulan jatuh keriba D. bagai bulan dipagari bintang 46. Siti dikatakan ___________ kerana langsung tidak menghargai hadiah pemberian ibu bapanya. A. seperti anjing menggonggong tulang B. seperti kera mendapat bunga C. air yang tenang jangan disangka tiada buaya D. bapa borek anak rintik 47 HINGGA SOALAN 50 Pilih ayat yang atau ayat-ayat tepat.yang betul dan pastikan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling tepat 47 . I Tidak ada apa yang mereka risaukan waktu ini. II. Setengah-setengah orang tidak suka akan durian. III. Dari masa ke masa jumlah mangsa banjir kilat itu meningkat. IV. Aminah meminta maaf kepada ayah di atas keterlanjuran katanya. A. I, II B. II, III C. I, III, IV D. II, III, IV 48. I Alat tulis itu akan kami beli pada minggu depan. II. Saya sungguh benci akan kelakuan buruk Mei Ling. III. Ramasamy dengan Kai Seng akan bertolak Singapura kelmarin. IV. Aminah tidak mahu memulangkan semula baju itu kepada abangnya. A. I, II B. II, IV C. I, III, IV D. II, III, IV 49. I Tetapi dia pelajar itu miskin walaupun rajin belajar. Il Kebanyakan pekerja-pekerja mendapat bonus sebulan gaji pada akhir bulan ini. III. Anak-anak patut sering menziarahi ibu bapanya yang ditinggalkan agar mereka tidak kesunyian. IV. Anak-anak harus dididik semenjak kecil supaya mereka tidak membebani orang tua apabila dewasa kelak. A. I, II B. I, III C. III, IV D. IV sahaja


9 50. I Semua pekerja di syarikat itu meradang apabila pihak majikan memotong gaji mereka. II. "Saya memahami akan masalah yang kamu hadapi itu," kata Ahmad kepada Wei Chong. III. PakAbu menggaru-garu kepalanya apabila melihat sayur-sayuran di kebunnya dimakan kambing. IV. Rumah tradisional yang bercat kuning dan berpagarkan dengan buluh itulah rumah Penghulu Samad yang kamu cari. A I , II B I , III C II, IV D III, IV KERTAS SOALAN TAMAT


BM J2 Kertas 2

Enter your Authorization ID to access.

Enter
Click to View FlipBook Version