The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PLHS Library, 2023-07-17 23:09:37

BM S2 UEC_FINAL(K2)

BM S2 UEC_FINAL(K2)

1 Jangan Buka Kertas Soalan Ini Sehingga Diberitahu 霹雳怡保培南独立中学 SM POI LAM (SUWA) IPOH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2022 BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 TARIKH : 21 NOVEMBER 2022 MASA : 1345 - 1535 (1 jam 50 minit) NAMA: KELAS : S2ZHO/S2REN ARAHAN KEPADA CALON: 1. Soalan peperiksaan ini mengandungi TIGA bahagian: Bahagian A: Rumusan Bahagian B: Kefahaman Bahagian C: Morfologi dan Sintaksis NO. PELAJAR: 2. Jawab SEMUA bahagian soalan. 3. Markah bagi kertas ini ialah 100 markah. Kertas ini mengandungi 5 halaman bercetak DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH: ( NUR AMIELIA FUAAT) ( NOOR AKMAR IDAYU)


2 BAHAGIAN A SOALAN 1 : RUMUSAN (30%) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca kualiti alam sekitar berkurang dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Isu kemerosotan kualiti alam sekitar telah hangat dibicarakan sejak beberapa dekad yang lalu. Hasil kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya penurunan kualiti alam sekitar di negara kita. Penurunan ini berkait rapat dengan pencemaran alam yang disebabkan oleh aktiviti manusia yang dilihat semakin rakus. Punca pencemaran udara yang utama di negara kita ialah pelepasan asap kenderaan dan asap daripada sektor perkilangan. Dari setahun ke setahun, bilangan kenderaan bermotor di negara kita terus meningkat sama ada kenderaan bermotor untuk kegunaan individu ataupun komersial. Pertambahan ini menyebabkan semakin banyak asap dilepaskan ke udara. Pelepasan asap daripada sektor perkilangan turut menyebabkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) meningkat menyebabkan kualiti alam sekitar semakin tenat. Selain itu, pembakaran terbuka tanpa kawalan juga menjadi punca pencemaran udara di negara kita. Kejadian jerebu yang melanda negara pada tahun 2014 dan 2015 kerana pembakaran hutan di negara jiran menyebabkan keseluruhan ruang udara mencatatkan IPU yang tidak sihat, malah mencapai paras kritikal. Fenomena ini menyebabkan gangguan kepada aktiviti seharian rakyat Malaysia khususnya golongan pelajar. Masalah pembuangan sisa toksik ke dalam sistem saliran seperti sungai dan parit menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini ditenatkan lagi oleh sikap pemilik kapal dagang dan bot nelayan yang membuang minyak kotor ke dalam laut. Pencemaran laut yang keterlaluan akan menyebabkan hidupan semula jadi di dalam dan pinggir laut musnah secara perlahan-lahan. Lebih menyedihkan terdapat segelintir pengusaha sektor perladangan membuang baja kimia dan racun sampai ke dalam sungai. Pencemaran alam sekitar juga dikaitkan dengan sikap individu yang membuang sampah sarap dan bahan buangan ke dalam sungai atau sistem saliran. Kajian mendapati bahawa 9 peratus atau 43 batang sungai di negara ini telah tercemar. Kebanyakan sungai yang tercemar terlekat di kawasan bandar. Pembinaan taman perumahan yang semakin pesat turut menjadi penyebab kualiti alam sekitar semakin merosot. Kawasan bukit yang dahulunya subur menghijau ditarah dan diratakan untuk digantikan dengan bangunan konkrit. Pembangunan dan proses pembandaran yang tidak terancang ini menyebabkan kejadian banjir kilat dan tanah runtuh semakin kerap berlaku.Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab dan berpendidikan serta terdedah kepada penyebaran maklumat melalui pelbagai media, kita seharusnya sedar bahawa kita sama-sama menggalas obligasi untuk menjaga kelestarian alam ini. Alam ini perlu diwariskan kepada generasi akan datang untuk memastikan mereka dapat menikmati keindahan dan kelebihan yang dianugerahkan Maha Pencipta. (Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Kemerosotan Kualiti Alam Sekitar’, oleh Nizar Parman, Dewan Siswa, Julai 2016.)


3 BAHAGIAN B SOALAN 1 : PEMAHAMAN PETIKAN BEBAS (20%) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri. Kepelbagaian etnik telah menjadi satu ciri unik negara kita. Lantaran itu, kita juga dapat melihat sumbangan-sumbangan penulis bukan Melayu dalam bidang seni sastera negara. Saroja Theavy, Krishanan Maniam, Uthaya Sankar, Joseph Selvam, dan Raja Rajeswari adalah antara penulis keturunan India yang turut mewarnai sudut sastera negara kita. Jika disebut sasterawan bangsa Tionghoa di negara kita, nama Lim Swee Tin pasti tidak asing lagi. Sumbangan penulis Cina juga dapat dilihat melalui buku “Sumbangan Keturunan Tionghoa Malaysia dan Singapura terhadap Bahasa dan Sastera Melayu” yang ditulis oleh Goh Hin San.Memandangkan kaum Melayu merupakan majoriti penduduk di Malaysia, sudah tentu dunia sastera banyak dihidupkan oleh sasterawan kaum Melayu. Abdul Samad bin Muhammad Said atau yang lebih dikenali sebagai A. Samad Said merupakan salah seorang tokoh sasterawan negara yang telah membawa dunia sastera kita ke satu tahap yang matang. Beliau dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Latar belakang pendidikan A. Samad Said bermula di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946). Kemudian, beliau meneruskan pengajian dalam kelas petang di Institut Victoria, Singapura hingga memperoleh sijil Senior Cambridge pada tahun 1956. Lim Swee Tin merupakan seorang sasterawan berbangsa Cina yang banyak menyumbangkan karya sastera di negara kita. Beliau pernah dianugerahi S.E.A Write Award 2000. Anak kelahiran negeri Kelantan ini telah menghasilkan pelbagai puisi, cerpen, dan novel. Antara karya beliau ialah Ketika Kami Bercerita Tentangnya, Nyanyian Sepi, dan Akra. Ketokohan beliau dalam menyampaikan sajak diakui apabila beliau diundang untuk mendeklamasikan sajak di Thailand, di Taiwan, di Indonesia, dan di United Kingdom. Tuntasnya, para sasterawan negara kita bukan sahaja memberikan sumbangan dalam penghasilan karya kreatif malah memainkan peranan dalam membentuk sahsiah masyarakat. Unsur-unsur sindiran, kiasan, perlambangan, kata-kata mutiara, nilai-nilai moral serta pengajaran yang diselitkan secara tersurat mahupun tersirat dalam karya mereka dapat disuntik dalam pemikiran dan sanubari pembaca. Memang tidak dapat dinafikan bahawa mata pena adalah lebih tajam daripada mata pedang. Oleh sebab itu, diharapkan agar sumbangan para sasterawan akan sentiasa dihargai dan diiktiraf. (Dipetik daripada Buku Teks Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia) 1. Berikan maksud i. etnik ii. majoriti iii. menyumbangkan iv. mendeklamasikan (4%) 2. Siapakah nama sebenar A. Samad Said dan di manakah tempat kelahiran beliau? (4%) 3. Nyatakan karya yang telah dihasilkan oleh Lim Swee Tin. (2%) 4. Apakah sumbangan para sasterawan negara? (4%) 5. Pada pendapat anda, apakah cara untuk mempertahankan karya sastera? (6%)


4 SOALAN 2: KEFAHAMAN PROSA MODEN (20%) Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan ... Ada rumah tidak dijaga, Ada anak tidak dilatih, Ada ternakan tidak dibela, Ada kebun tidak ditanam, Ada cerdik tidak selidik Ada belajar kepalang ajar, Ada mengaji tiada mengkaji, Ada mata tiada kuasa, Ada kuat tiada buat, Biarkan,biarkan ..! Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya. (Dipetik daripada Seloka Si Luncai Oleh Md. Ali Bachik (ILADAM) Penyelenggara, Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.) 1. Berikan maksud selidik berdasarkan penggunaannya dalam Seloka Si Luncai. (2%) 2. Nyatakan tiga sikap negatif Si Luncai berdasarkan Seloka Si Luncai. (5%) 3. Huraikan tiga pengajaran yang hendak disampaikan dalam baris kesembilan Seloka Si Luncai (5%) 4. Apakah sikap yang ada pada Si Luncai apabila dia mengatakan “Biarkan, biarkan..!”? (2%) 5. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menjadi seorang yang berguna? (6%) BAHAGIAN C : MORFOLOGI DAN SINTAKSIS (30%) A) BINA AYAT (10%) Bina satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau katanama khas. 1. huru-hara 2. lauk-pauk 3. meronta-ronta 4. angan-angan 5. terketar-ketar


5 B) PELBAGAI JENIS AYAT (10%) Tulis ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asal ayat- ayat tersebut. 1. Barang-barang antik itu dilapnya berkali-kali supaya kelihatan cantik dan berkilat. 2. Segala pertolongan yang dihulurkan oleh Pak Hassan akan saya ingati. 3. Pelajar perempuan lebih cenderung bermain bola jaring berbanding sukan-sukan lain. 4. Penarik beca itu mengayuh becanya setiap hari demi mencari sesuap nasi. 5. Taman rekreasi itu terletak di belakang rumah kami. C) ANALISIS AYAT ( 10 % ) Setiap ayat di bawah terdapat dua perkataan yang tertinggal imbuhan. Baca ayat tersebut dengan teliti, kemudian tambahkan imbuhan yang sesuai pada perkataan yang bergaris. Anda tidak perlu menyalin semula ayat. 1. Gerai Mak Tua yang letak di simpang itu menjual aneka kuih. 2. Pada setiap tahun, kerajaan telah untuk jutaan ringgit untuk jaya kempen antidadah. 3. Ibu selalu nasihati kami agar menggunakan bekalan elektrik dengan berjimat cermat untuk elak pembaziran. 4. Wanita gemar mengguna alat solek berbanding lelaki kerana mereka mahu lihat cantik, menarik dan anggun. 5. Serang yang dilakukan oleh pengganas-pengganas ke atas Palestin secara terus menyebabkan rakyat hidup sengsara. ---------KERTAS SOALAN TAMAT--------


BM S2 UEC_FINAL(K2)

Enter your Authorization ID to access.

Enter
Click to View FlipBook Version