1 霹雳怡保培南独立中学 SM POI LAM (SUWA) IPOH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2021 BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 TARIKH MASA : 17/11/2021 : 0805-0955 (1 JAM 50 MINIT) NAMA:______________________ NO PELAJAR:_________________ KELAS : S3LI/S3REN/S3ZHO ARAHAN KEPADA CALON Kertas ini mengandungi tiga bahagian.Anda dikehendaki menjawab semua soalan. Bahagian A: Rumusan (30%) Bahagian B: Soalan 1 Petikan Umum (20%) Soalan 2 Petikan Sastera (20%) Bahagian C: Morfologi (30%) Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. Jumlah markah keseluruhan bagi kertas ini ialah 100% Kertas ini mengandungi 6 halaman bercetak Disediakan oleh: Ong Ying Ying ………………………. ( ONG YING YING) Disemak oleh: …………………………….. (PRAMILAA A/P PARAMASIVAN ) Jangan Buka Kertas Soalan Ini Sehingga Diberitahu
2 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing dan kesan-kesannya Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kebanyakan media menganggarkan jumlah pekerja asing di negara kita telah melebihi dua juta orang. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya pula adalah bertumpu di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Kebanyakan daripada mereka adalah pendatang asing yang datang dari negara jiran seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal. Tumpuan mereka adalah dalam sektor pembinaan, perindustrian, perladangan dan pembantu rumah. Kedatangan golongan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan negatif khususnya dalam segi pekerjaan penduduk tempatan dan pembangunan negara. Sebab utama mereka bertumpu ke negara kita adalah untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di negara asal mereka. Selain itu, matlamat utama mereka bertumpu ke Malaysia adalah disebabkan banyak pekerjaan yang terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi. Rata-rata golongan ini mampu memperoleh pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya akan dikirimkan kepada keluarga mereka yang menetap di negara asal. Ini ditambah pula dengan keadaan negara kita yang aman dan makmur, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Hal ini amat berbeza sekali dengan keadaan di negara asal mereka seperti Indonesia, Bangladesh dan Nepal yang kerap berlaku pergolakan politik dan peperangan. Justeru, walaupun banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mengekang kebanjiran pendatang asing ini, namun jumlah mereka semakin bertambah. Selain faktor di atas, kebanjiran pendatang asing di negara kita turut disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap buruh asing dari luar negeri oleh majikan di Malaysia. Hal ini kerana pendatang asing sanggup menerima upah yang lebih rendah berbanding dengan buruh tempatan. Keadaan ini ditambah pula oleh sikap pekerja tempatan yang lebih gemar memilih pekerjaan dengan gaji yang tinggi. Lebih menyulitkan keadaan, ada pihak di negara kita yang memberi perlindungan kepada pekerja asing sehingga menggalakkan mereka bertumpu di Malaysia. Ini menyebabkan pendatang asing berasa selamat bekerja di sini walaupun sebahagiannya tidak memiliki permit. Sikap negatif penduduk tempatan ini telah banyak menyebabkan operasi membanteras pekerja asing tanpa permit menemui kegagalan. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh lautan, keadaan pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad. Sebagai contohnya, sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia menjadi kawasan pendaratan pekerja asing tanpa permit untuk bekerja di Malaysia. Tambah merumitkan keadaan, jabatan yang ditugaskan untuk mengawal kebanjiran pekerja asing itu masih mengalami kekurangan penguatkuasa bagi menjalankan rondaan dan serbuan. Situasi ini telah menyebabkan ramai pekerja asing yang memasuki negara kita secara tidak sah, bebas tanpa berjaya dikesan. Kebanyakan rondaan yang dilakukan gagal menemui pekerja asing tersebut yang sebahagian besarnya menjadikan Selat Melaka sebagai laluan yang selamat untuk ke negara kita. Oleh sebab jumlah mereka yang terlalu ramai telah memberi kesan yang amat parah, penguatkuasaan perlulah lebih kerap dilakukan. Untuk tujuan tersebut, kerajaan turut menggunakan tenaga RELA bagi menjalankan rondaan dan tangkapan terhadap pekerja asing tanpa permit. Mereka yang ditangkap akan ditempatkan di pusat-pusat tahanan sebelum didakwa dan dihantar pulang ke negara asal mereka. Usaha ini bukan sahaja memerlukan kos yang tinggi malah merugikan negara. (Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Siswa,Jun 2018)
3 Soalan 2(a) Petikan Umum (20 markah) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan perkataan anda sendiri. Bumi dikatakan semakin tenat disebabkan perbuatan manusia yang bukan sahaja menyedut segala zat daripada bumi malah menyuntikkan racun ke dalam bumi. Buktinya, pencemaran laut berlaku bukan sahaja berpunca daripada hasil laut yang dikaut tanpa batasan malah dicemari dengan tumpahan minyak. Pelbagai hidupan akuatik mati kelemasan kerana bergelut dengan kepekatan tumpahan minyak disebabkan oleh aktiviti cari gali petroleum yang dilakukan secara rakus. Pelbagai spesies ikan dan hidupan sungai juga hampir pupus apabila air sungai yang jernih bertukar menjadi keruh kerana terdapat pengusaha-pengusaha kilang yang mengalirkan sisa buangan ke dalam sungai untuk menjimatkan kos pelupusan. Pencemaran darat pula berlaku disebabkan sikap sesetengah pihak yang tamak akan wang ringgit sehingga terlibat dalam aktiviti pembalakan haram. Kawasan bukit dan gunung digondolkan tanpa kawalan sehingga menyebabkan hakisan tanah semakin serius. Penggunaan racun serangga dan baja kimia tanpa kawalan telah merosakkan kualiti tanah. Pencemaran darat ini bertambah serius akibat sikap tidak bertanggungjawab pengusaha pelbagai industri yang tidak menguruskan sisa-sisa toksik dengan sempurna. Selain itu, perbuatan manusia yang membuang sampah sarap di merata-rata tempat tanpa sistem pelupusan yang teratur turut menyumbang kepada pencemaran darat. Setiap manusia sedar bahawa mereka memerlukan oksigen untuk hidup. Malangnya, kegiatan manusia juga menyumbang kepada pencemaran udara. Pencemaran udara yang paling menakutkan pada alaf ledakan sains dan teknologi ini ialah sinaran radioaktif daripada industri yang berkaitan dengan nuklear. Asap tebal yang dilepaskan daripada kilang-kilang yang tidak menggunakan penapis cerobong asap turut mencemari udara setiap hari. Kualiti udara juga semakin terjejas disebabkan oleh pelepasan asap kenderaan yang mengandungi hidrokarbon, karbon dioksida, dan karbon monoksida. Pembakaran terbuka yang melepaskan zarah-zarah habuk dan debu turut mencemarkan udara. Kesan seterusnya ialah keseimbangan ekologi dan ekosistem terganggu. Contohnya, apabila pertumbuhan batu karang terjejas akibat pencemaran air, pelbagai spesies ikan yang mencari makanan di kawasan batu karang juga boleh pupus. Industri pelancongan yang bergantung pada keindahan batu karang juga akan terbantut. Kajian juga mendapati iklim tempatan mahupun iklim global berubah secara mendadak disebabkan aktiviti-aktiviti manusia yang mencemarkan alam sekitar. Kawasan yang sepatutnya mengalami musim panas tiba-tiba dilanda salji tebal. Kawasan yang biasanya bercuaca sejuk dan nyaman menjadi panas membahang. Kawasan yang bebas banjir tiba-tiba dilanda bah. Apabila keadaan ini berlaku, kehidupan normal manusia terjejas. (Dipetik daripada Buku Teks Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia)
4 i. Berikan maksud frasa hidupan akuatik mengikut petikan. [2 markah] ii. Nyatakan kesan yang boleh berlaku jika pencemaran laut berterusan. {4 markah} iii. Nyatakan dua punca yang mengakibatkan pencemaran darat. [4 markah] iv. Apakah yang akan berlaku jika pertumbuhan batu karang terjejas. [4 markah] v. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah pencemaran alam sekitar? [6 markah] Soalan 2(b) Petikan Sastera (20 markah) Baca syair dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. SYAIR MAKNA RIAK Kemudian dinyatakan makna riak, Amal ibadat kepada manusia, Inilah kebencian Tuhan yang sedaya, Sebab kerana syirikkan Dia. Terkadang riak pula dilakukan, Mengiringkan beberapa puasa tak makan, Bertutur itu suara diperlahankan, Tubuh dan badan tidak dihiraukan. Supaya disangka ianya wali, Akan dunia tidak peduli, Hemahnya itu sangatlah ali, Tetapi hatinya ke dunia bertali. Terkadang riakkan ia berilmu, Bersurah ketika orang berjamu, Berkata-kata tidaklah jemu, Nahu dan sarap habis diramu Terkadang bercakap ilmunya mantik, Bicara alhayat konon diselidik, Supaya disangka ianya cerdik, Sukalah orang memberikan gundik. Terkadang riak dengan pakaian, Berserban lilit ekor berhambayan, Sejadah di bahu bersampaian, Tasbih di tangan beruitan. Pejamkan mata duduk bersila, Lidah berzikir Allah Taala, Terkadang jazbah seperti gila, Kasadnya hendak jadi kepala. Riak demikian menjadi balak, Amal itu tentu ditolak, Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak, Allah Taala sualak. Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rohman Kaeh (Penyelenggara) Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.
5 1. Berikan maksud i. riak ii. alhayat [2 markah] 2. Berikan maksud rangkap kedua syair tersebut. [4 markah] 3. Nyatakan sifat riak yang terdapat dalam rangkap pertama dan kedua. [4 markah] 4. Gambarkan cara pemakaian orang yang dikatakan riak itu. [5 markah] 5. Sekiranya anda berkenalan dengan seseorang insan yang riak seperti yang disebutkan dalam syair, apakah yang akan anda lakukan? [5 markah] Bina satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. i. integrasi ii. inspirasi iii. intonasi iv. institusi v. inflasi [10 markah] Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA), atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS) i. Baju berlabuci ini untuk hadiah perkahwinan kakak. ii. Harimau bintang mampu berlari dengan pantas. iii. Rumah itu sangat cantik dan bersih halamannya. iv. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ialah angkasawan negara yang pertama. v. Telefon pintar Samsung itu diletakkannya di atas meja. [10 markah] Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i. Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa kemasukan pelajar baharu ke university tempatan pada tahun hadapan akan diambil kira aspek kokurikulum.
6 ii. Sebanyak sepuluh billion ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan bagi mempastikan segala prasarana untuk rakyat dapat disediakan. iii. Banyak spesis haiwan liar yang menghuni hutan-hutan di negara kita mengalami kepupusan ekoran kegiatan pembalak. iv. Guru-guru haruslah memberikan komitman yang tinggi untuk mempertingkat percapaian murid dalam peperiksaan. v. Kelakuannya semakin anih selepas ibunya meninggalkan dunia dalam suatu kemalangan jalan raya. [10 markah]