1 Jangan Buka Kertas Soalan Ini Sehingga Diberitahu霹雳怡保培南独立中学 SM POI LAM (SUWA) IPOH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2023 BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 TARIKH : 31/10/2023 MASA : 1350-1540 (1 jam 50 minit) NAMA: KELAS : S2ZHO/S2REN ARAHAN KEPADA CALON: 1. Soalan peperiksaan ini mengandungi TIGA bahagian: Bahagian A: Rumusan (30 markah) Bahagian B: Kefahaman (40 markah) Bahagian C: Morfologi dan Sintaksis (30 markah) NO. PELAJAR: 2. Anda dikehendaki menjawab SEMUA bahagian soalan. Jawapan hendaklahditulisdalam kertas jawapan yang disediakan. 3. Tulis jawapan anda dengan pen mata bulat yang berdakwat biru atau hitam. Kertas ini mengandungi 5 halaman bercetak DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH: ( NUR AMIELIA FUAAT) ( NOOR AKMAR IDAYU)
2 BAHAGIAN A SOALAN 1 : RUMUSAN (30%) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan-kelebihanmenabungbagi golongan remaja dan cara-cara untuk menarik minat golongan remaja menabung. Panjangrumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kebanyakan ibu bapa pada zaman ini mempunyai masa yang amat terhad dengankeluargaterutamanya dengan anak-anak. Oleh sebab itu, tidak hairanlah rata-rata ibu bapa pada hari ini memanjakananak-anak mereka dengan wang ringgit. Mereka menganggap bahawa cara itu sebagai tanda kasihsayangmereka terhadap anak-anak. Walau bagaimanapun, tindakan ini lama-kelamaan akanmenyebabkangolongan remaja ini lupa diri. Walaupun ibu bapa mempunyai harta yang banyak dan dapat digunakanpadabila-bila masa tanpa had, perkara itu bukan alasan bagi remaja untuk bersikap boros dantidakmengendahkan amalan menabung yang dapat dijadikan sebagai simpanan masa depan. Amalan menabung ini juga dapat mendidik golongan remaja agar berjimat cermat tatkalatanganmereka memegang wang yang banyak. Selain itu, amalan ini juga dapat mendidik golonganremajauntukmerancang perbelanjaan dengan bijak. Sikap beringat-ingat semasa senang mampu mengelakkangolonganremaja daripada menghadapi masalah kewangan. Hal ini dikatakan demikian kerana, duit simpananamatpenting terutamanya untuk digunakan pada masa-masa kecemasan. Sebagai contoh, simpanantersebut bolehdigunakan untuk menggantikan barang-barang keperluan yang rosak atau hilang terutamanyabagi remajayang menuntut di kolej atau tinggal di asrama yang jauh daripada keluarga. Remaja yang gemar menabung dapat meringankan beban ibu bapa kerana duit simpananmerekadapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran. Dengan cara ini, remaja dapat berdikari dantidakterlalubergantung pada ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana kos belajar di institusi pengajiantinggiagakmahal. Walaupun kerajaan menyediakan bantuan pinjaman atau biasiswa, remaja tetap perlumenyediakansejumlah wang yang mencecah ribuan ringgit semasa pendaftaran dan sepanjang tempohpengajian.Sekiranya seseorang itu mempunyai wang tabungan, mereka dapat mengurangkan beban hutangpendidikanyang terpaksa ditanggung selepas mereka menamatkan pengajian kelak. Amalan menabung dalam kalangan remaja dapat membentuk golongan remaja yangberdisiplindanbermaruah. Mereka dapat menilai keperluan hidup dengan bijak supaya tidak melepasi batas keperluansehingga berlaku pembaziran. Remaja yang terdidik dengan sikap berjimat-cermat dan sukamenabungdengan institusi perbankan konvensional yang mengamalkan kadar faedah tetap ataupun sistemperbankanIslam berdasarkan kaedah perkongsian untung dan beberapa syarat lain mengikut syariat Islam. Merekajugaboleh melabur wang dalam amanah saham yang banyak terdapat di negara kita. Pengurusankredit secaraberhemah ini membantu golongan remaja mencapai ketenangan minda. Natijahnya, menabung merupakan amalan mulia yang perlu dijadikan budaya hidup dandipraktikkan.Perspektif negatif seperti biar papa asal bergaya perlu diubah agar setiap individu mempunyai visi untukkeluar daripada belenggu kehidupan yang begitu mencabar. Semua pihak perlu bergandingbahubagaiaurdengan tebing bagi memastikan obligasi terhadap amalan menabung terus subur dalamdiari ekonomi setiapindividu agar kemakmuran diri dan negara dapat dikekalkan. (Dipetik dan diubahsuaikandaripada"Budaya MenabungMasihRendah"oleh Mohd. Khairul Mohd. Ali Utusan Malaysia, 22April, 2015)
3 BAHAGIAN B SOALAN 1 : PEMAHAMAN PETIKAN BEBAS (20%) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnyadenganmenggunakan perkataan anda sendiri. Pada awal tahun selepas kemerdekaan, negara kita dibelenggu oleh isu kemiskinan. Jurangpendapatan yang besar wujud bukan sahaja antara penduduk luar bandar dengan pendudukbandartetapijuga antara kaum. Lantaran itu, pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinandalam kalangan rakyat. Sehingga kini, setelah berdekad negara kita mencapai kemerdekaan, isukemiskinandi negara kita masih terabai. Jika isu kemiskinan ini tidak ditangani dengan sewajarnya, ekonomi negarabukan sahaja akan tergugat bahkan juga gejala sosial pasti datang menyusul. Pelbagai isu sosial boleh timbul kerana kemiskinan bukan sahaja dikaitkan dengan ketidakupayaanmemenuhi keperluan asas atau kemunduran bahkan juga boleh menimbulkan rasa ketidakpuasan,mencetuskan keganasan, dan masalah keciciran. Sesetengah sarjana sosiologi menyatakanbahawaisukemiskinan bukan semata-mata berkait rapat dengan kekurangan keperluan seseorang seperti kekurangannutrisi tetapi kemiskinan yang wujud boleh memberikan impak yang besar atas perkembanganfenomenasosial sesebuah masyarakat. Ibu bapa yang mengalami kekurangan dari segi ekonomi akan memberikan kesan seperti tidakdapatmemberikan asuhan yang positif kepada anak-anak. Selain itu, anak-anak akan membesar dalamkeluargayang sering bergaduh disebabkan oleh masalah kewangan dan mudah mengalami gangguanemosi sertamental. Sekiranya tekanan emosi dan mental ini tidak dapat ditangani, ada kemungkinan anak-anakakanmenyalurkan rasa kekecewaan dan penderitaan mereka melalui tingkah laku devian seperti menghisapdadahdan membuli. Kadangkala disebabkan desakan kewangan, seseorang terjerumus ke kancah jenayah. Merekajugamungkin terpaksa melibatkan diri dalam kegiatan yang melanggar undang-undang seperti meragut,merompak, dan mengedar dadah. Para ahli psikologi percaya bahawa apabila seseorang ituterlalulapar,besar kemungkinan dia tidak dapat mengawal tingkah lakunya secara rasional. Oleh sebabkelaparan,manusia boleh bertindak di luar jangkauan kemanusiaan. Secara tuntasnya, disebabkan impak-impak negatif yang timbul ekoran daripada faktor kemiskinan,langkah yang proaktif perlu diambil secara menyeluruh. Pelbagai pihak terutamanya pihakkerajaantelahmerangka dan melaksanakan pelbagai rancangan dan dasar ke arah pembasmian kemiskinan. Walaupunkita tidak dapat menafikan bahawa sokongan pelbagai pihak adalah perlu untuk mengatasi kemelutkemiskinan, hal ini tidak bermaksud golongan yang miskin hanya perlu berpeluk tubuh sahaja. Merekajugaperlu mencari inisiatif mengubah kehidupan mereka. (Dipetik daripada Buku Teks Sekolah Menengah PersendirianCinaMalaysia)1. Berikan maksud perkataan di bawah berdasarkan penggunaannya dalam petikan i. terabai ii. kekurangan (4%)2. Berikan maksud rangkai kata ‘melaksanakan pelbagai rancangan’? (3%)3. Apakah kesan kepada anak-anak jika ibu bapa mempunyai masalah ekonomi? (4%)4. Apakah yang akan terjadi jika seseorang mempunyai masalah desakan kewangan? (4%)5. Pada pendapat anda, sebagai seorang pelajar, apakah cara yang boleh dilakukan untuk memperbaikitaraf kehidupan? (5%)
4 SOALAN 2: KEFAHAMAN PROSA TRADISIONAL (20%) Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnyadenganmenggunakan ayat anda sendiri. “Apakan daya aku hanya si penjaga panggung, bukan si hero dalam cerita yang dipersembahkanitu.Aku hanya penonton yang hanya diperuntukkan dengan segumpal rasa kekaguman terhadapsi hero,”bidiksi penjaga panggung lagi, membiarkan sejenak fikirannya menerawang, mengingat-ingat kembali babakdemi babak cerita yang mengisahkan perjalanan si hero ke istana impian lalu bertarung dengandugaandemidugaan, dan segala yang berantakan itu dapat dipatahkan dengan semangat kekar dan nyali pejal hinggabenar-benar menampilkan kejantanan. “Malam semakin merapat ke pagi,” bisiknya lagi, hampir tidak dapat didengarnya sendiri apa-apayang dibisikkan itu. “Apa khabar isteri dan sepuluh putera puteriku? Apa khabar rumahkudi sebatanglorong sempit dengan bau longkang dan dengingan nyamuk menakluki suasana?” Si penjaga panggung memerhatikan kerusi-kerusi yang telah disusunnya. “Setiap malam aku menyusun mimpi demi mimpi wangi yang anehnya kerap bertukar hanyirdanmeloyakan. Setiap malam aku berdaya menyusun kamu, namun setiap detik aku masih belumberjayauntukmenyusun hidupku sendiri. Kalaulah aku dapat menjadi seperti si hero dalamsetiap pementasandisini,alangkah bahagianya anak isteriku, wahai kerusi! Aku … aku sudah lama menyimpan hasrat untukmenjadihero, namun aku merasakan kamu seperti mengejek dan menyorakku. Alangkah sadisnya kenyataanini.”(Dipetik daripada Cerpen‘Idola’Antologi Dirgahayu Bahasaku, DBP)1. Berikan maksud perkataan di bawah berdasarkan penggunaannya dalam petikan i. dipersembahkan ii. dugaan (4%)2. Berikan maksud rangkai kata ‘menyimpan hasrat’? (3%)3. Apakah babak-babak dalam cerita yang dipersembahkan? (4%)4. Apakah yang difikirkan oleh si penjaga panggung sewaktu memerhatikan kerusi-kerusi yangdisusunnya?(4%)5. Pada pendapat anda, apakah yang boleh dilakukan oleh si penjaga panggung untuk mengubahkehidupannya? (5%)
5 BAHAGIAN C : MORFOLOGI DAN SINTAKSIS (30%) A) BINA AYAT (10%) Bina satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda fahamakanmaksuddan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhansertamenggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. 1. lauk-pauk 2. huru-hara 3. gotong-royong 4. gunung-ganang 5. sayur-mayur B) PELBAGAI JENIS AYAT (10%) Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah menjadi ayat majmuk tanpa menukar maksud asalnya. 1. (a) Penyanyi itu terkenal. (b) Penyanyi itu tinggal di puncak bukit. 2. (a) Vivian anak jutawan. (b) Vivian tidak sombong. 3. (a) Cikgu Mei Li memberitahu sesuatu. (b) Pelajar-pelajar perlu membayar yuran persekolahan. 4. (a) Kaki Albert berdarah. (b) Albert terpijak kaca botol yang dipecahkan oleh adiknya. 5. (a) Kerajaan membina prasarana di kawasan perumahan itu. (b) Kerajaan memastikan penduduk hidup selesa di kawasan perumahan itu. C) ANALISIS AYAT ( 10 % ) Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian letakkan imbuhan yang tepat pada perkataan yangbergaris.Anda tidak perlu menyalin semula ayat. Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa sikap (1) bazir dalam kalangan rakyat Malaysiasemakin menjadi-jadi khususnya semasa musim (2) raya. Masyarakat kita yang gemar membeli baranganbaharu dan (3) buang barangan lama menjadikan masalah longgokan sampah tiada penyelesaiannya. Perkaraini tidak akan berlaku jika amalan kitar semula (4) laksana dalam kalangan rakyat. Malangnya, amalankitarsemula di negara kita kurang mendapat (5) sambut. Keadaan ini diburukkan lagi apabila tempat (6) kumpulbahan kitar semula yang ada di seluruh negara tidak mencukupi. Seharusya, tong kitar semula (7) sediadibanyak tempat dan ada pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskannya secara berkesan. Di sampingitu, sikap masyarakat yang tidak ada (8) sedar akan pentingnya menjaga alam sekitar dengan membuangbahan buangan domestik sewenang-wenangnya turut (9) sebab masalah longgokan sampah yangtidak(10)kawal. ---------KERTAS SOALAN TAMAT--------