1 霹雳怡保培南独立中学 SM POI LAM (SUWA) IPOH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023 BAHASA MALAYSIA KERTAS 1 TARIKH MASA : 14/06/2023 : 0815-1000 (1 JAM 45 MINIT) NAMA:________________________ NO PELAJAR: _______________________ KELAS : J1ZH ARAHAN KEPADA CALON 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nombor pelajar anda di ruang yang disediakan. 3. Kertas 1 mengandungi 2 bahagian : a. Bahagian A : Karangan b. Bahagian B : Rumusan c. Bahagian C : Kefahaman 4. Jumlah markah keseluruhan kertas ini adalah 100 markah. 5. Anda dikehendaki menjawab semua soalan. 6. Jawab soalan anda dengan menggunakan pen atau pen mata bulat yang berdakwat biru atau hitam. Kertas ini mengandungi 5 halaman bercetak Disediakan oleh: ………………………………….. (NORNADIA ADNAN) Disemak oleh: ……………………….. (NURFADZILAH ABDUL MOIS) Jangan Buka Kertas Soalan Ini Sehingga Diberitahu
2 BAHAGIAN A KARANGAN (60%) Tulis satu karangan daripada perkara di bawah ini. Panjang karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan. 1. Setiap pelajar diwajibkan untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti kokurikulum di sekolah. Sebagai seorang pelajar, bincangkan kebaikan-kebaikan anda menyertai aktiviti kokurikulum. 2. Sekolah anda baru sahaja mengadakan Program Gotong-royong peringkat sekolah pada minggu lepas. Gambarkan suasana pada hari kejadian selengkapnya. 3. Anda telah mendapat keputusan yang cemerlang bagi peperiksaan akhir tahun lepas. Rakan baik anda yang tinggal di luar negara ingin mengetahui cara-cara anda mendapat keputusan yang cemerlang. Tulis surat anda selengkapnya. Sila gunakan alamat pengirim seperti di bawah: No. 45, Jalan 13 Indah, Taman Melur Indah, 31400 Ipoh, Perak
3 BAHAGIAN B RUMUSAN (20%) Lihat carta pai di bawah dengan teliti. Kemudian, buat satu rumusan tentang peratusan jumlah buku rujukan yang dijual di kedai buku Sekolah Menengah Alam Shah. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. ’ Buku Bahasa Malaysia 50% Buku Bahasa Inggeris 24% Buku Matematik 16% Buku Sains 6% Buku Geografi 4% Peratusan Jumlah Buku Rujukan yang Dijual di Kedai Buku Sekolah Menengah Alam Shah
4 BAHAGIAN C KEFAHAMAN (20%) Petikan 1 Berdasarkan petikan di bawah ini, jawab soalan-soalan yang disediakan dengan menggunakan ayat anda sendiri. Munusamy dan Goh merupakan rakan sedarjah yang kini belajar di Tingkatan Satu Warga. Mereka begitu akrab seperti isi dan kuku; ke mana-mana sahaja mereka pergi pasti berdua. Walau bagaimanapun mereka kerap dinasihati oleh guru mereka akan satu perkara. Mereka telah diminta oleh guru mereka supaya membaiki tulisan mereka. Guru mereka berkata, andai kata mereka gagal untuk membaiki tulisan, mereka akan mengalami kesusahan kelak. Semenjak hari itu, mereka berdua terus berusaha untuk membaiki tulisan mereka. Mereka meminta bantuan guru mereka untuk menunjukkan cara-cara menulis yang baik. Usaha gigih terus dibuat. Di samping belajar membetulkan tulisan, mereka juga turut meningkatkan mutu bacaan mereka. Pada bulan Julai yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan satu pertandingan menulis. Guru tingkatan mereka telah mencalonkan Munusamy dan Goh untuk mewakili Tingkatan Satu Warga ke pertandingan tersebut kerana mereka telah berjaya membaiki tulisan mereka. Alangkah terkejutnya mereka berdua kerana nama mereka telah diumumkan sebagai pemenang. Goh menjadi juara dan Munusamy pula mendapat tempat naib johan. (dipetik daripada buku teks Bahasa Melayu Junior Satu Jilid Pertama, Unit 4) 1. Berdasarkan petikan di atas, nyatakan maksud bagi perkataan berikut: i. akrab ii. mutu (2m) 2. Bagaimanakah hubungan Munusamy dan Goh? (2m) 3. Mengapakah mereka berdua dipilih untuk menyertai pertandingan menulis? (2m) 4. Pada pendapat anda, berikan dua pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas. (4m)
5 Petikan 2 Berdasarkan petikan di bawah ini, jawab soalan-soalan yang disediakan dengan menggunakan ayat anda sendiri. Tepat jam 12.00 tengah malam, 31 Ogos 1957, 48 tahun yang lalu, negara kita Malaysia telah diumumkan merdeka. Seluruh rakyat Malaysia berasa bangga kerana usaha untuk membebaskan Malaysia daripada dibelenggu oleh penjajah sudah tercapai. Hari ini, kita bersama-sama merasa dan menyambut kemerdekaan Malaysia untuk kali ke-49 tahun. Bersamalah kita menyambutnya dengan penuh rasa kesyukuran atas nikmat dan anugerah kemerdekaan ini. Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, Inggeris kembali berkuasa di Tanah Melayu. Inggeris ingin menubuhkan sistem kerajaan yang baharu dengan nama Malayan Union. Namun, rakyat Malaya menolak penjajahan Inggeris, kerana sebelum ini corak penjajahan Jepun yang zalim dan kejam begitu menghantui mereka. Raja-raja Melayu dan rakyat tempatan tegas menentang penubuhan Malayan Union dan berkabung selama satu minggu. Sebenarnya, Malayan Union ditubuhkan untuk menyatukan negeri-negeri Tanah Melayu. Seorang Gabenor British bernama Edward Gent akan menerajui Malayan Union. Gabenor tersebut lebih berkuasa daripada raja-raja atau sultan-sultan negeri Tanah Melayu. Sebab itulah penubuhan Malayan Union telah mendapat tentangan yang hebat daripada orang tempatan. Mereka tidak berpuas hati dengan gagasan yang lebih menggugatkan keistimewaan rakyat Malaysia dari sinilah, bangkitnya perasaan nasionalisme atau semangat patriotisme rakyat Malaya. (dipetik daripada buku teks Bahasa Malaysia Junior Satu Jilid Pertama, Unit 5) 1. Berdasarkan petikan di atas, nyatakan maksud bagi perkataan berikut: i. membebaskan ii. menentang (2m) 2. Berdasarkan petikan, bagaimanakah corak penjajahan Jepun pada zaman dahulu? (2m) 3. Apakah tujuan penubuhan Malayan Union dan siapakah yang menerajui Malayan Union? (3m) 4. Pada pandangan anda, sebagai seorang pelajar, apakah yang anda boleh lakukan sebagai tanda cinta akan tanah air? (3m) KERTAS SOALAN TAMAT