1 霹雳怡保培南独立中学 SM POI LAM (SUWA) IPOH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2021 PRINSIP PERAKAUANAN KERTAS 2 TARIKH: 22-11-2021 MASA: 1315-1545 DURASI: 2 JAM 30 MINIT NAMA: ______________________ REG NO: _________________ KELAS: S2ZI, S2XIN 1. Kertas ini mengandungi dua bahagian :Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B. 3. Kekemasan dan ketepatan akan dipertimbangkan dalam pemberian markah. 4. Semua jalan kerja hendaklah ditunjukkan. 5. Mulakan tiap-tiap jawapan pada helaian yang baru. 6. Penggunaan kalkulator yang tidak boleh diprogramkan dibenarkan. JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Kertas ini mengandungi 11 halaman bercetak Disediakan oleh : …………………………………… (MR. MOGANRAJ ARUMUGAM) Disemak oleh: …………………………….. (MS.LING SOON CHING)
2 BAHAGIAN A [60 markah] Jawab semua soalan 1 (a) Puan Mariam telah menyewa sebuah premis perniagaan RM3000 sebulan bermula 1 September 2019. Bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2020. Puan Mariam telah gagal membayar dua bulan sewa iaitu bulan Mei dan Jun. Hitungkan sewa yang direkodkan dalam Akaun Untung Rugi bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2020 dan nyatakan prinsip perakaunan yang diamalkan. [2 markah] (b) Dokumen berikut diperolehi daripada Perniagaan Muaz. ASAL INVOIS In 4568 Perabot Sun Shine Sdn Bhd Lot 4232 Jalan Merah, Kulai , Johor Tarikh: 4 Mac 2020 Kepada Kedai Perabot Muaz No 234 Jalan Niaga 1 Taman Anggerik Bandar Tenggara , Kulai Kuantiti Butir HargaSeunit (RM) Jumlah (RM) 10 Meja solek 250.00 2,500.00 10 Cermin bulat 50.00 500.00 Jumlah Kasar 3,000.00 Tolak Diskaun Niaga (5%) 150.00 Jumlah Bersih 2850.00 Ringgit Malaysia: : Dua ribu lapan ratus lima puluh sahaja Syarat: 5% 10 hari , 2% 20 hari Serahan: Angkutan dibayar K.& K. di K. Muaz Shim Penerima Pengurus Hitung jumlah yang perlu dibayar jika Kedai Perabot Muaz menjelaskan invois tersebut pada 13 Mac 2020. [2 markah]
3 (c) Kenalpasti akaun yang perlu didebitkan dan dikreditkan dalam urus niaga berikut oleh Kedai Buku Happy Bee. Pemilik perniagaan telah mengambil inventori alat tulis untuk kegunaan perniagaan [ 2 markah] (d) Maklumat berikut diperolehi daripada Perniagaan Aliff yang tidak menyimpan rekod perniagaanya dengan lengkap. Hitung untung atau rugi bersih perniaaan Aliff bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2020. [2 markah] (e) Syarikat MRC Berhad telah menerbitkan 200 000 unit 8% Syer Keutamaan pada harga RM1.00 sesyer dan 600 000 unit syer biasa pada harga RM0.50 sesyer. Semua syer yang telah diterbitkan telah dilanggan dan dibayar penuh. Hitungkan modal diterbitkan . [2 markah] 2 Mira dan Edora adalah pemilik bagi Perkongsian ME yang beroperasi di Jalan Salleh, Muar. Ikatan Perjanjian adalah seperti berikut:- a. Untung rugi dibahagikan sama rata. b. Faedah atas modal dikenakan sebanyak 5% manakala faedah atas ambilan adalah 10% setahun. c. Faedah atas pinjaman ialah 4% setahun. d. Mira tidak menerima gaji dan Edora dibayar gaji sebanyak RM5 000 setahun. 1 Julai 2019 RM 30 Jun 2020 RM Aset 25 700 34 560 Liabiliti 12 340 16 870
4 Berikut ialah baki-baki akaun yang diperoleh daripada buku-buku perniagaannya pada 30 Jun 2020. Debit Kredit RM RM Modal pada 1 Julai 2019: Mira 120 000 Edora 60 000 Akaun Semasa pada 1 Julai 2019: Mira 5 400 Edora 3 100 Ambilan Pekongsi 2 700 Inventori pada 1 Julai 2019 6 190 Alatan Pejabat (Kos) 35 000 Kenderaan (Kos) 70 000 Susut Nilai Terkumpul Alatan Pejabat 6 600 Susut Nilai Terkumpul Kenderaan 21 000 Belian dan Jualan 51 000 106 200 Pulangan 670 530 Diskaun 900 790 Gaji pekerja 10 000 Bank 111 000 Tunai 800 Pengiklanan 12 000 Insurans 8 400 Akaun Belum Terima dan Akaun Belum Bayar 28 380 19 540 Peruntukan Hutang Ragu 400 Kadar Bayaran 3 000 Angkutan Masuk 1 100 Angkutan Keluar 880 Belanja Am 2 200 Komisen 660 324 220 324 220
5 Maklumat tambahan : (i) Inventori pada 30 Jun 2020 bernilai RM6 340 pada harga kos dan RM8 980 pada harga pasaran. (ii) Insuran prabayar sebanyak RM700. (iii) Komisen yang masih belum diterima sebanyak RM1 080. (iv) Kos pengiklanan dijelaskan untuk setahun dan berakhir pada 31 Disember 2020. (v) (vi) Polisi susut nilai adalah seperti berikut : Aset Bukan Semasa Alatan Pejabat Kenderaan Kadar susut nilai 10% 15% Kaedah susut nilai Baki berkurangan atas kos Seorang Akaun Belum Terima RM380 telah dikenalpasti tidak siuman dan dihapuskan sebagai hutang lapuk. (vii) Peruntukan hutang ragu diselaraskan kepada 1 % atas Akaun Belum Terima bersih. (viii) Nisbah ambilan antara pekongsi ialah 2:1. (ix) Gaji pekerja RM10 000 termasuk gaji Edora sebanyak RM3 500. Anda dikehendaki membuat: (a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2020. [15 markah] (b) Akaun Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2020. [4 markah] (c) Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 Jun 2020. [6 markah]
6 3 Perniagaan Mama Feesa Bakers merupakan pembekal perniagaan kek di sekitar Bandar Kulai dan Johor Bahru. Baki-baki berikut diambil daripada buku perakaunan perniagaannya bagi tempoh perakaunan tahun 2019. RM Belian bahan langsung 12910 Belian barang siap 42 850 Belian alatan kecil 320 Pulangan bahan langsung 950 Angkutan masuk bahan langsung 1015 Upah pekerja 15 600 Jualan barang siap 130 800 Gaji penyelia kilang Bahan bungkusan Sewa Mesin Kadar bayaran Belanja am Pulangan masuk Belanja langsung Gaji kerana kilang 4 800 2900 4400 24000 3800 850 2150 1350 1190 Maklumat tambahan: (i) Insurans kilang sebanyak RM980 tertinggal catat. (ii) Gaji kerani kilang sebanyak RM1 00 tersalah catat dalam Akaun Gaji Penyelia kilang. (iii) Mesin disusutnilaikan sebanyak 12% setahun atas kos. 1 Januari 2019 31 Disember 2019 RM RM Inventori bahan langsung 7040 3740 Kerja dalam proses 2 250 1370 Inventori barang siap 2 660 4 790 Alatan kecil 650 400
7 (iv) Sewa kilang dan pejabat pentadbiran belum lagi dibayar selama sebulan. (v) Agihan perbelanjaan bag ikilang dan pejabat pentadbiran adalah seperti berikut: Kilang Pejabat Upah pekerja 90% 10% Sewa 70% 30% Kadar bayaran 60% 40% Belanja am 60% 40% Insurans 3 bahagian 1 bahagian Anda dikehendaki menyediakan: (a) Akaun Alatan kecil. [2 markah] (b) Catatan jurnal untuk merekod kesilapan prinsip dalam maklumat tambahan (ii). [2 markah] (c) Penyata Kos Pengeluaran bagi tahun berakhir 31 Disember2019. [18 markah] (d) Penyata Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2019. [3markah]
8 BAHAGIAN B [40 markah] Jawab semua soalan daripada bahagian ini. 4 (a) Perniagaan Sinar Suria ialah sebuah perniagaan milikan tunggal yang beroperasi di Air Hitam, Johor. Berikut ialah baki-baki aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagannya pada 31 Mei 2020. RM Premis 100 000 Alatan pejabat 17 400 Inventori 12 000 Akaun Belum Terima 7 000 Bank 20 870 Tunai 2 510 Modal 126 320 Untung Bersih 23 720 Akaun Belum Bayar 9 830 Urusniaga sepanjang bulan Mei 2020 adalah seperti berikut: (i) Belian kredit barang niaga bernilai RM4 000 daripada Pembekal CYC (ii) Pemilik membawa masuk komputer peribadi bernilai RM2 550 untuk kegunaan perniagaan (iii) 20% daripada inventori dijual secara kredit kepada Kedai Runcit Ali dengan harga RM3 520. (iv) Kedai Runcit Ali memulangkan 10% barang yang dibeli kerana rosak. (v) Membayar akaun belum bayar dengan cek RM7 000. Terima diskaun RM500.
9 (vi) Membayar gaji pembantu kedai dengan tunai RM800. (vii) Menerima sekeping cek RM5 200 daripada seorang pelanggan untuk menjelaskan hutang yang berjumlah RM5 300. Anda dikehendaki melengkapkan jadual di Lampiran 1 dengan menunjukkan kesan urusniaga ke atas persamaan perakaunan. [12 markah] (b) Pada 31 Disember 2019, Perniagaan Jasa Harapan tidak dapat menyediakan penyata kewangannya dengan baik. Setelah beberapa kali membuat semakan, kesilapan berikut telah dapat dikenalpasti. (i) Belian barang niaga berjumlah RM5 000 dengan menggunakan cek belum direkod dalam mana-mana buku. (ii) Ambilan barangniaga sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan telah direkodkan sebagai belanja Am. (iii) Kadar bayaran RM 930 yang telah dibayar dengan menggunakan cek tersilap rekod sebagai RM903. (iv) Ambilan barang niaga berjumlah RM900 untuk tujuan promosi telah didebitkan dalam Akaun belian dan dikreditkan dalam Akaun promosi. Anda diminta membantu Perniagaan Jasa Harapan membetulkan kesilapankesilapan tersebut dengan menyediakan Jurnal am. [8 markah]
10 5 (a) Kelab Petanque Bandar Seri Impian telah ditubuhkan di Kluang, Johor. Berikut adalah maklumat perakaunan kelab tersebut bagi tahun berakhir 31 Oktober 2020. Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Oktober 2020 RM RM Baki b/b 2 500 Alat tulis 450 Yuran masuk 4 820 Kadar bayaran 3 500 Yuran ahli 8 500 Hadiah pertandingan 2 600 Kutipan pertandingan 4 600 Sagu hati jurulatih 2 400 Sewa gelanggang 2 000 Penyelenggaraan gelanggang 1 700 Baki h/b 11 770 22 420 22 420 Maklumat tambahan: (i) Aset dan liabiliti adalah seperti berikut: 1 Nov 2019 31 Okt 2020 RM RM Inventori alat tulis 40 140 Premis 140 000 140 000 Yuran belum terima 1 450 670 Yuran belum terperoleh - 890 Kadar bayaran belum bayar 170 240 (ii) Yuran masuk adalah untuk membina gelanggang petanque. Anda dikehendaki menyediakan: (i) Akaun Yuran [5 markah] (ii) Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Oktober 2020. [7 markah]
11 (b) Puan Zainah ialah peniaga tunggal yang menyimpan Buku Tunai Runcit mengikut Sistem Panjar. Nilai panjar berjumlah RM300. Pada 1 Jun 2020, baki tunai runcitnya ialah RM48. Urus niaga bagi bulan Jun 2020 adalah seperti berikut: 2020 RM Jun 1 Bayaran balik oleh ketua juruwang ? 6 Beli kartrij pencetak 65 9 Beli penyegar udara 30 13 Belanja pembersihan 45 25 Beli fail dan kertas pencetak 58 Anda dikehendaki menyediakan Buku Tunai Runcit bagi bulan Jun 2020 dengan menunjukkan lajur alat tulis dan belanja runcit sebagai lajur analisis. Tunjukkan bayaran balik pada 1 Julai 2020. [8 markah] . KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT