The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PLHS Library, 2023-05-15 03:10:31

BM K2 - S1 (UEC) UJIAN BULANAN 1

BM K2 - S1 (UEC) UJIAN BULANAN 1

Kepesatan pembangunan pertambahan petempatan yang berselerak, pertambahan bilangan penduduk, dan peningkatan jalinan infrastruktur merupakan sebahagian daripada punca penyumbang kepada kemunculan pelbagai jenis pengangkutan sama ada pengangkutan persendirian atau pengangkutan awam. Sistem pengangkutan di Malaysia bermula daripada pengenalan perkhidmatan bas pada tahun 1935 oleh General Transport Company milik British, disusuli pula perkhidmatan kereta api, perkhidmatan teksi, perkhidmatan bas ekspres hinggalah kepada pengenalan komuter, Sistem Kereta Api Transit Aliran Ringan (LRT), monorel, dan sistem penerbangan berkos rendah AirAsia. Walau bagaimanapun, masalah pengangkutan masih tidak dapat mencapai titik penyelesaian. Malah, pelbagai bentuk pembaharuan dilakukan bagi menarik minat orang ramai terhadap pengangkutan awam, termasuklah menawarkan perkhidmatan yang selesa, murah, dan pantas ke destinasi. 霹雳怡保培南独立中学 SM POI LAM (SUWA) IPOH UJIAN BULANAN PERTAMA TAHUN 2022 BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 TARIKH MASA : 25 FEB 2022 : 1320 - 1435 (1 JAM 15 MINIT) NAMA: KELAS : S1REN/S1ZHO SOALAN 1(a): PETIKAN UMUM (20%) NO PELAJAR: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan perkataan anda sendiri. ______________________________________________________________________________________________ Kertas ini mengandungi 4 halaman bercetak Disediakan oleh: ………………………. ( ONG YING YING) Disemak oleh: …………………………….. (NOOR AKMAR IDAYU )


Langkah berani sektor swasta AirAsia Berhad, Firefly Sdn. Berhad, dan Malindo Airway Sdn. Berhad dalam menceburi Sistem Penerbangan Kos Rendah (LCC) membuahkan kejayaan yang mengagumkan. Sejak awal pelancarannya hingga kini, pelbagai promosi telah diadakan dan dijangka dapat memecahkan monopoli Penerbangan Malaysia Berhad (MAB) sebagai syarikat penerbangan utama. Kadar tambang murah, pelbagai jaringan pendaratan, dan layanan yang mesra menjadikannya sebagai syarikat penerbangan pilihan dan mengatasi pergantungan orang ramai terhadap MAB. Usaha terbaharu AirAsia Berhad menyediakan penerbangan ke Mekah sudah tentu dapat menggalakkan orang ramai, terutamanya penganut Islam untuk mengerjakan haji kecil di sana. Jadi, jelaslah bahawa pengenalan pelbagai jenis teknologi pengangkutan mampu mengubah landskap kehidupan manusia khususnya di negara ini. Di samping itu, teknologi pembuatan kenderaan di Malaysia kini memasuki fasa baharu dengan menghasilkan teknologi pengangkutan moden yang dapat menjamin keselamatan pemandu, penumpang, dan alam sekitar. Penggunaan kereta hybrid dianggap sebagai kereta masa depan kerana mampu menjimatkan bahan api dengan berkesan dan pada masa yang sama hanya menghasilkan asap toksik tahap rendah. Selain itu, beberapa jenis teknologi lain telah dihasilkan bagi melindungi keselamatan pemandu seperti peranti yang dikenali sebagai Pengesan Kemalangan memaparkan gabungan beberapa ciri keselamatan seperti Sistem Prakemalangan yang menggunakan kamera dan sensor untuk mencegah pelanggaran yang tidak dijangkakan oleh pemandu. Selain itu, pengenalan Amaran Lorong Berlepas pula menggunakan kamera untuk memastikan bahawa pemandu memandu dalam lorong yang betul dan jika tersasar, peranti tersebut akan memberikan amaran kepada pemandu agar memasuki lorong pemanduan yang betul itu semula. Biarpun pelbagai gajet dan aksesori pengangkutan moden dihasilkan, bilangan korban kemalangan jalan raya berterusan meningkat. Sebarang perubahan dalam teknologi pengangkutan di Malaysia hendaklah mengutamakan keselamatan pemandu, penumpang dan orang ramai, ibarat kata peribahasa bagai menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, dan tepung jangan terserak. (Dipetik daripada Buku Teks Persendirian Cina Malaysia Menengah Tinggi Satu) i. Terangkan maksud perkataan di bawah ini berdasarkan penggunaannya dalam petikan. (a) titik penyelesaian (b) haji kecil (2%) ii. Apakah faktor-faktor penyumbang kepada kemunculan pelbagai jenis pengangkutan di negara ini? iii. Nyatakan syarikat yang telah merintis penerbangan kos rendah di Malaysia. (4%) (4%) iv. Mengapakah kereta hybrid dianggap sebagai penggunaan kereta masa depan? (4%)


Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hat terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung. Yang kurik kundi, Yang merah saga; Yang baik budi, Yang indah bahasa. Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali; Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi. Bunga cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang; Adat dunia memang begitu, Sebab emas budi terbuang. Anak beruk di tepi pantai, Pandai melompat pandai menari; Biar buruk kain dipakai, Asal hidup pandai berbudi. Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; lndah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa. Padang Temu Padang baiduri, Tempat raja membangun kota; Bijak bertemu dengan jauhari, Bagai cincin dengan permata. (Dipetik daripada antologi Baik Budi, lndah Bahasa,Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.) v. Pada pendapat anda, apakah sumbangan kemajuan teknologi pengangkutan dalam pembangunan negara? (6%) SOALAN 1(b) : PETIKAN SASTERA (20%) Baca petikan sastera di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan perkataan anda sendiri.


i. Terangkan maksud baris pantun berikut: (a) resam di dunia juga disebut (b) sebagai hutang seribu tahun ii. Apakah tema yang hendak disampaikan dalam pantun ini? iii. Mengapakah seseorang itu akan dikenang dan diingati masyarakat? iv. Nyatakan dua persoalan yang diketengahkan dalam pantun ini? (4%) (4%) (4%) (4%) v. Berikan dua peribahasa yang sesuai yang boleh dikaitkan dengan amalan masyarakat yang berbudi? (4%) SOALAN 2 (a) Bina satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. i. rawatan ii. jenayah iii. laman iv. penyakit v. komunikasi (10%) SOALAN 2 (b) Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA), atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS) i. Baju berlabuci ini untuk hadiah perkahwinan kakak. ii. Harimau bintang mampu berlari dengan pantas. iii. Rumah itu sangat cantik dan bersih halamannya. iv. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ialah angkasawan negara yang pertama. v. Telefon pintar Samsung itu diletakkannya di atas meja. (10%)


BM K2 - S1 (UEC) UJIAN BULANAN 1

Enter your Authorization ID to access.

Enter
Click to View FlipBook Version