The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PLHS Library, 2024-06-17 23:50:35

(Junior 3)Reading Material 24062024

(Junior 3)Reading Material 24062024

晨读 24-06-2024 (Junior 3) JABATAN BAHASA MELAYU 陈志成图书馆 CERPEN BAWOD Beluntung merupakan seorang murid darjah enam di Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir dan tinggal di Kampung Layong yang terletak berhampiran dengan Sungai Layong. Beluntung mempunyai dua ekor haiwan yang disayangi iaitu Bawod, seekor kambing dan Tuyog, seekor kerbau. Dia berusaha gigih di sekolah untuk menjadi seorang murid yang pandai. Untuk ke sekolah, dia terpaksa melalui enam batang sungai maka Beluntung ke sekolah dengan menunggang Tuyog. Bawod sebelum ini takut akan air, tetapi lama-kelamaan Bawod dapat menyeberangi sungai berkat kegigihannya. Peristiwa tersebut menjadi satu iktibar kepada Beluntung supaya berusaha gigih demi mencapai kejayaan. Di sekolah, Beluntung diejek oleh kawan-kawan kerana berbau seperti kerbau. Beluntung tidak mempedulikan ejekan tersebut kerana memang dia hadir ke sekolah menunggang seeekor kerbau. Pada waktu rehat, Beluntung mencari Bawod dan Tuyog, Tuyog menunjukkan reaksi seperti hilang arah apabila Bawod tiada. Beluntung mencari Bawod di padang, kebun sekolah dan di jalan raya namun Bawod tidak kelihatan. Bawod masuk ke kelasnya dan terkejut melihat Bawod berdiri di sebelah Cikgu Rambuyat. Dia meminta maaf kepada gurunya atas perbuatan kambingnya itu dan membawa Bawod keluar sambil memarahinya. Dia berasa malu dan terfikir untuk tidak membawa Bawod ke sekolah lagi. Bawod pula segera berlari ke arah Tuyog yang sebenarnya sukar bernafas kerana tali telah melilit leher Tuyog. Rupa-rupanya itulah hasrat Bawod mencari Tuyog di kelasnya dan Beluntung berasa kesal kerana memarahi Bawod. Pada pesta lumba kerba diadakan, Tuyog telah menyertainya. Beluntung berasa hairan kerana ayahnya tidak ikut serta ke pesta tersebut dan meminta Bawod ditambat di rumahnya. Ibu Beluntung juga tidak menghadiri pesta tersebut kerana sakit. Tuyog telah berjaya menjuarai pertandingan tersebut dan memperoleh wang kemenangan sebanyak RM10. Beluntung berhasrat untuk membeli seekor kambing untuk menemani Bawod. Setibanya di rumah, dia berasa pelik melihat ramai orang di rumahnya.


晨读 24-06-2024 (Junior 3) JABATAN BAHASA MELAYU 陈志成图书馆 Beluntung terus mencari ibunya dan lega apabila melihat ibunya ada dan sihat. Tetapi dia masih ragu-ragu kenapa rumahnya dikunjungi orang kampung. Apabila dia berjumpa dengan ayahnya, barulah Beluntung mendapat tahu bahawa ayahnya ingin mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaannya memperoleh keputusan yang cemerlang di sekolah. Beluntung terkejut apabila Bawod telah disembelih untuk majlis tersebut. Dia melutut kesedihan di hadapan Bawod dan memberitahu orang ramai bahawa Bawod ialah sahabatnya. Ayah Beluntung memujuknya dengan mengatakan bahawa Bawod telah berkorban untuknya. Jawab soalan yang diberikan menggunakan ayat anda sendiri 1. Jika anda merupakan Beluntung, adakah anda sanggup menyembelih dan makan daging Bawod. Berikan 3 alasan anda.


晨读 24-06-2024 (Junior 3) JABATAN BAHASA MELAYU 陈志成图书馆 # 读书譬如饮食,从容咀嚼,其味必长;大嚼大咀,终不 知味也。 —— 朱熹# “A mind needs books as a sword needs a whetstone, if it is to keep its edge.” – George R.R. Martin


Click to View FlipBook Version