1 霹雳怡保培南独立中学 SM POI LAM (SUWA) IPOH UJIAN BULANAN KEDUA 2022 MATA PELAJARAN: BAHASA MALAYSIA 1 MASA: 1350-1535 (1 JAM 45 MINIT) TARIKH: 16/8/2022 MARKAH NO.____ NAMA: ______________________ KELAS: _________ NO. PELAJAR:________ KELAS: J2XIN, J2PIN, J2YI, J2ZI, J2ZH ARAHAN :Anda dikehendaki menjawab semua soalan BAHAGIAN A : RUMUSAN ( 20 %) Kaji pelan di bawah dengan teliti.Kemudian tulis satu rumusan tentang perjalanan Kamarul dari rumahnya ke Sekolah Menengah Seri Petaling. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Taman Desa Ampang KERTAS INI MENGANDUNGI 4 HALAMAN BERCETAK Disediakan oleh: Disemak oleh: _______________________ _______________________ (NORNADIA BINTI ADNAN) (NURFADZILAH ABDUL MOIS)
2 BAHAGIAN B : KARANGAN (60%) Tulis satu karangan daripada 5 pilihan karangan di bawah ini. Panjang karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan. 1. Semangat ‘Jiran Sepakat Membawa Berkat’ kini semakin terhakis dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi memupuk semangat kejiranan kepada semua lapisan masyarakat. 2. Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda telah menjalankan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan pada hari Rabu yang lepas di dewan sekolah. Sebagai seorang setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, anda diminta untuk menulis laporan sambutan tersebut selengkapnya. 3. Sekolah anda telah mengadakan Hari Sukan ke-25 peringkat sekolah. Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai hari sukan tersebut selengkapnya. 4. Aku tersedar daripada lamunan. Aku bertekad untuk terus berusaha dan berjaya agar aku dapat membanggakan kedua ibu bapa serta keluargaku. Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan perenggan di atas. 5. Tulis sebuah karangan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah. “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”
3 BAHAGIAN C : KEFAHAMAN (20 %) Petikan 1 Berdasarkan petikan di bawah ini, jawab soalan-soalan yang disediakan dengan menggunakan ayat anda sendiri. Aku direka khas untuk memudahkan manusia berhubung dengan keluarga atau dengan rakan-rakan mereka. Kini, aku memainkan watak sebagai sebuah pondok telefon. Aku boleh digunakan sama ada dengan duit syiling ataupun dengan kad. Aku diletakkan di depan sebuah sekolah bersama-sama dengan sebuah pondok telefon yang lain. Aku mula bertapak di situ dan mula digunakan dengan rakus. Selang setahun kemudian, aku didatangi oleh seorang pelajar lelaki dari sekolah yang berdekatan. Dia datang dengan perasaan marah menyala. Dengan kasar, dia menekan gigiku secara bertalu-talu. Sungguh kasar bahasa yang digunakan oleh budak itu ketika menyalurkan bahasa lisannya ke corong mulutku. Budak itu turut menendang, menumbuk dan mencalar diriku. Habis kulitku diconteng dengan kata-kata kesat yang menjijikkan. Hatiku hampa dan remuk kerana perbuatan budak itu. Hempasan ganggang ke badanku telah melenyapkan bunyi deringanku. Kini aku sepi dan tidak mampu berkata-kata lagi. Di kawasan lapang yang penuh dengan barang-barang besi berwarna coklat, dan bekas-bekas kawan lama, di situlah aku ditempatkan. Rupa-rupanya tempat itu ialah kedai menjual barangan lusuh. Tinggallah aku meneruskan kehidupan yang sepi dan sunyi daripada kata-kata manusia. (dipetik daripada buku teks Bahasa Malaysia Junior Dua Jilid Kedua, Unit 8) 1. Berdasarkan petikan di atas, nyatakan maksud bagi perkataan berikut: i. didatangi ii. hempasan (2m) 2. Apakah kegunaan ‘aku’ kepada manusia? (2m) 3. Berdasarkan petikan, apakah yang telah dilakukan oleh pelajar lelaki kepada ‘aku’ (2m) 4. Pada pendapat anda, berikan dua kesan tindakan pelajar itu kepada pengguna yang lain. (4m)
4 Petikan 2 Berdasarkan petikan di bawah ini, jawab soalan-soalan yang disediakan dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sepanjang perjalanan, orang tua itu masih bertanyakan soalan yang sama berkali-kali. Penjual kayu api itu tetap menjawab soalan orang tua itu dengan sabar walaupun dia kepenatan mendaki cerun bukit. Setibanya di puncak bukit, penjual kayu api itu berehat sebentar. Pada masa itu, dia baru perasan bahawa orang itu sudah tiada lagi di sisinya. Selepas memandang sekeliling, penjual kayu api terperanjat apabila mendapati kayu api sudah menjadi emas yang berkilau-kilauan. Oleh yang demikian, penjual kayu api membawa emas itu balik ke rumahnya. Dia mengagih-agihkan emas itu kepada semua penghuni kampung supaya dapat berkongsi kekayaannya. Kesabaran menjawab soalan yang ditanya oleh orang tua itu bukan sahaja membawa kesenangan kepada dirinya, malah kepada semua penduduk kampung. Selepas habis bercerita, ayah bertanya kepada Wai Eng, “Apakah pengajaran yang kamu dapat selepas mendengar cerita tadi?” “Kesabaran akan membawa keuntungan, ayah,” jawab Wai Eng. “Tahu pun kamu kesabaran akan membawa keuntungan, tapi kenapa kamu tidak mengamalkannya dalam kehidupan kamu?” Tanya ayah. “Minta maaf, ayah. Saya sedar akan kelemahan saya. Saya juga tahu sebab sikap ketidaksabaran saya ini menyebabkan Wai Hua menjauhkan dirinya daripada saya. Saya berjanji bahawa saya akan berubah, ayah,” jelas Wai Eng. Selepas beberapa bulan, sikap Wai Eng telah banyak berubah. Dia tidak mudah naik angin semasa adiknya meminta penjelasan tentang masalah dalam pelajaran. Sejak hari itu, hubungan Wai Eng dengan adiknya menjadi rapat. (dipetik daripada buku teks Bahasa Malaysia Junior Dua Jilid Kedua, Unit 9) 1. Berdasarkan petikan di atas, nyatakan maksud bagi perkataan berikut: i. terperanjat ii. naik angin (2m) 2. Berdasarkan petikan di atas, mengapakah penjual kayu api itu terperanjat? (2m) 3. Siapakah yang berkongsi menikmati kekayaan penjual kayu api itu? (2m) 4. Pada pendapat anda, apakah kesan jika seseorang itu sentiasa bersabar semasa diuji? (4m) Nyatakan dua kesan. KERTAS SOALAN TAMAT