1 霹雳怡保培南独立中学 SM POI LAM (SUWA) IPOH UJIAN BULANAN KEDUA 2021 MATA PELAJARAN: BAHASA MALAYSIA 2 MASA:0835-1005 (1Jam 30Minit) TARIKH: 05/08/2021 NO. NAMA: NO. PELAJAR: KELAS: S2REN, S2ZH BAHAGIAN A : RUMUSAN [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah melahirkan murid berdisiplin dan halangan guru membentuk disiplin murid. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pada zaman milenium ini, tahap pendidikan masyarakat perlu seiring dengan tahap kemajuan negara. Sejarah membuktikan bahawa kemajuan sesebuah negara lahir daripada sikap disiplin masyarakatnya. Sebenarnya, disiplin dapat dibentuk dengan didikan guru di dalam kelas. Selain itu, ibu bapa murid berperanan menitikberatkan disiplin anak-anak dalam setiap tindak-tanduk mereka. Namun demikian, pihak media pula banyak menyiarkan rancangan hiburan menyebabkan prestasi akademik murid merosot. Dalam hal ini, pihak media bertanggungjawab memaparkan rancangan yang bermoral untuk diteladani oleh murid. Masyarakat pula sepatutnya menjadi mata dan telinga terhadap kelakuan remaja yang tidak senonoh dengan menegur dan memberikan nasihat. Disiplin juga perlu dititikberatkan supaya murid dapat mengatur masa dengan baik untuk cemerlang dalam akademik, kokurikulum, dan sahsiah diri. Hal ini demikian kerana murid yang akan menganjak cemerlang secara holistik dalam semua bidang untuk bersaing di persada antarabangsa. Oleh sebab itu, disiplin perlu dipupuk dalam jiwa setiap murid kerana mereka bakal mencorakkan landskap pembangunan material, fizikal dan sosial pada era revolusi digital sekarang dan akan datang. Amalan hidup berdisiplin perlu dipraktikkan sepanjang masa agar sebati dalam hidup mereka. Kertas ini mengandungi 4 muka surat bercetak Disediakan oleh: ….……………….. (CIKGU IDAYU ) Disemak oleh: ………………… (CIKGU PRAMILAA) MARKAH
2 Di samping itu, asas pembentukan disiplin juga dapat dilaksanakan apabila murid berada di sekolah. Perkara utama yang perlu diterapkan ialah sikap menghormati guru untuk mencari keberkatan dalam menuntut ilmu. Guru-guru wajar dihormati kerana merekalah yang mendidik sehingga seseorang itu menjadi manusia yang berguna. Selain itu, murid perlu membantu guru apabila diperlukan. Malah, murid yang berdisiplin juga perlu mendidik diri untuk menepati masa. Orang yang sentiasa menepati masa akan sentiasa dihormati. Tambahan pula masa itu berharga. Sebenarnya, tidak ada jalan pintas untuk meraih kecemerlangan. Murid-murid tidak boleh datang ke sekolah sekadar untuk mengisi masa yang terluang tanpa keazaman untuk berjaya dalam pelajaran. Sesetengahnya pula datang ke sekolah kerana takut dimarahi oleh ibu bapa. Ada juga yang datang ke sekolah tanpa matlamat untuk berjaya dalam pelajaran menyebabkan mereka gagal meraih sebarang kejayaan. Sesungguhnya, kerjasama semua pihak amat diperlukan terutama daripada murid itu sendiri supaya disiplin itu menjadi sesuatu yang positif dan bukannya sesuatu yang mengongkong mereka. Langkah-langkah yang telah dibicarakan tadi bagi memastikan disiplin dalam kalangan masyarakat terutama remaja menjadi kukuh. Mahu tidak mahu, murid perlu memikirkan yang boleh dijadikan panduan dan seterusnya memikirkan sesuatu impak sebelum bertindak. (Dipetik dan diubah suai daripada rencana “ Disiplin Tonggak Kemenjadian Pelajar ”, Oleh Shahrul Danial Farhan Abdul Razak, Dewan Siswa, Jun 2019) BAHAGIAN B : KEFAHAMAN [10 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri. Setiap insan mempunyai impian yang tersendiri. Jika seseorang ingin mencapai impiannya, dia seharusnya berusaha bersungguh-sungguh tanpa berputus asa bak kata pepatah, 'di mana ada kemahuan, di situ ada jalan'. Ungkapan peribahasa ini dipegang oleh masyarakat kita ketika membuat sesuatu rancangan. Seseorang yang yakin pada diri sendiri akan berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-citanya. Lantaran itu, seseorang itu mestilah berani menempuh sebarang cabaran dan halangan sebelum menikmati sesuatu hasil.
3 Sehubungan dengan itu, kebanyakan rakyat Malaysia yang berpegang pada peribahasa tersebut telah berjaya menempa nama di persada dunia. Antara rakyat Malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara ialah Datuk Jimmy Choo yang dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1961. Ayahnya menjalankan perniagaan kasut. Oleh itu, beliau mendapat pendedahan awal tentang teknik pembuatan kasut daripada ayahnya. Selepas tamat pengajian, beliau membuka kedai kasut. Malangnya, hasil jualan kasut tersebut tidak memberangsangkan. Namun begitu, beliau tidak pernah berputus asa dan telah menggunakan media untuk memasarkan rekaannya. Contohnya, beliau telah membuat rekaan kasut yang terbaik mengikut cita rasa Puteri Diana pada tahun 1990. Sejak hari itu, Puteri Diana terus menggemari kasut rekaan Datuk Jimmy Choo. Hal ini menyebabkan nama Datuk Jimmy Choo dikenali di persada antarabangsa. Kini, jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya kemewahan dan ketulenan serta menjadi pilihan artis dan selebriti di serata dunia. Selanjutnya, salah seorang tukang masak yang terkenal di Malaysia iaitu Datuk Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail dilahirkan di Singapura pada tahun 1958. Semasa berusia tiga tahun, keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur kerana ayahnya dipindahkan dari Tentera Udara Diraja British ke Tentera Udara Diraja Malaysia. Ketika menetap di Pangkalan Angkatan Tentera Udara, beliau telah mengembangkan bakat memasak yang dipelajari daripada ibu dan neneknya. Oleh sebab minat beliau amat mendalam dalam bidang masakan, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut. Beliau telah berusaha dengan gigih untuk menjadi seorang tukang masak yang kreatif, berinovasi, dan profesional. Beliau pernah memasak untuk personaliti yang terkenal seperti Sultan Brunei dan bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton. Kehebatan beliau bukan sahaja menghasilkan hidangan istimewa bahkan juga pandai berceloteh. Keletahnya yang unik telah berjaya memukau penonton dalam rancangan memasak. (Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Rajin Berusaha Tangga Kejayaan’ dalam Buku Teks UEC Menengah Tinggi Dua) 1. Berikan maksud perkataan di bawah berdasarkan penggunaannya dalam petikan. a) menempuh b) memberangsangkan [2%] 2. Nyatakan strategi yang digunakan oleh Datuk Jimmy Choo ketika hasil jualan kasut beliau tidak memberangsangkan? [2%] 3. Jelaskan sebab-sebab rancangan memasak Datuk Chef Wan sangat memikat hati setiap penonton. [2%] 4. Pada pendapat anda, apakah yang harus kita lakukan untuk mencapai kejayaan? [4%]
4 BAHAGIAN C : MORFOLOGI DAN SINTAKSIS [10 markah] Soalan 1: Membina ayat [6 markah] Bina satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan penggunaan dan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan kata-kata tersebut sebagai peribahasa atau nama Khas. 1. belut 2. belot 3. secocok 4. secucuk 5. meraung 6. melaung Soalan 2: Analisis Ayat - Kesalahan Ayat [4 markah] Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan kata sendi nama. Betulkan kesalahan- kesalahan itu bagi setiap ayat. Salin ayat-ayat itu semula dengan jawapan yang betul. 1. Ayah menggantungkan gambar pemandangan Taman Negara di dinding ruang tamu. 2. Sebagai bakal pemimpin, generasi muda harus berintelek tinggi demi untuk pembangunan negara. 3. Jalan menuju ke kawasan perkelahan itu bengkang-bengkok akan ular kena palu. 4. Angin monsun yang bertiup daripada Sumatera itu menyebabkan persisiran pantai negeri Selangor banjir. KERTAS SOALAN TAMAT