The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PLHS Library, 2023-05-02 22:51:24

BM KERTAS 2 JUNIOR 1

BM KERTAS 2 JUNIOR 1

1 霹雳怡保培南独立中学 SM POI LAM (SUWA) IPOH UJIAN BULANAN PERTAMA 2021 MATA PELAJARAN: BAHASA MALAYSIA 2 MASA:0850 – 1005 (1 JAM 15 MINIT) TARIKH: 17-03-2021 MARKAH NO.____ NAMA: ______________________ KELAS: _________ NO. PELAJAR:________ KELAS: J1XIN, J1PIN, J1YI, J1ZI, J1ZH ARAHAN AM: Jawab semua soalan dalam Kertas 2 dan pilih jawapan yang sesuai. Hitamkan jawapan di atas kertas jawapan ‘O’ dengan menggunakan pensel 5B. SOALAN 1 HINGGA SOALAN 5 Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Buat pertama kalinya Ida menjejakkan kaki di daerah Manjung. Destinasinya yang pertama ialah Bandar Setiawan. Tiada sesiapa yang menyangka bahawa bandar yang pesat membangun telah menerima kunjungannya di tanah daratan ini. Dengan hati yang berdebar-debar, Ida menjejakkan kaki di bumi Sekolah Menengah Methodist A.C.S. Di sinilah, Ida menimba ilmu pengetahuan untuk membaiki taraf hidup dirinya, keluarganya, dan penduduk di Kampung Baru Beruas. Betapa sedihnya dia terpaksa meninggalkan kampung halamannya yang dikenali sebagai “kampung mati”. Kampung halamamnya jauh ketinggalan walaupun tanah air kita telah merdeka lebih daripada satu abad. Di kampung sana terdapat sekolah rendah dan tiada kemudahan hiburan di kampung halamanya. Kegiatan bercucuk tanam merupakan kegiatan utama penduduk di sini. Penduduk kampung sentiasa membanting tulang empat kerat demi kelangsungan hidup mereka. Anak-anak watan tidak berpelajaran tinggi. Ada yang mewarisi pekerjaan ibu bapa mereka. Ada juga yang berhijrah ke kota-kota besar agar taraf hidup mereka dapat ditingkatkan. Lagipun mereka tidak ingin menjadi seperti katak di bawah tempurung. (Dipetik daripada Buku Kerja UEC Bahasa Malaysia Jilid 1, Tingkatan 1) KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 7 HALAMAN BERCETAK Disediakan oleh, Disemak oleh, ………………………….. ………………………… (NORNADIA ADNAN) (NURFADZILAH ABDUL MOIS) 20


2 1. Apakah kegiatan utama penduduk di kampung halaman Ida? A. Berniaga B. Bercucuk tanam C. Menangkap ikan D. Menjahit pakaian 2. Apakah nama sekolah baharu Ida? A. Sekolah Menengah Methodist A.C.S B. Sekolah Kebangsaan Methodist A.C.S C. Sekolah Jenis Kebangsaan Methodist A.C.S D. Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist A.C.S 3. Apakah pekerjaan ibu bapa Ida? A. Penyanyi B. Kerani C. Petani D. Polis 4. Mengapakah anak-anak watan di kampung halaman Ida berhijrah ke kota-kota besar? A. Mereka ingin meningkatkan taraf hidup. B. Meraka sudah bosan duduk di kampung. C. Mereka ingin pergi melancong. D. Mereka ingin berjumpa dengan kawan baharu. 5. Pilih pernyataan yang benar tentang kampung halaman Ida. I. Tiada kemudahan hiburan II. Terdapat hanya sekolah rendah III. Kegiatan bercucuk tanam ialah kegiatan utama penduduk di sana IV. Tiada jalan raya A. I, II dan III B. I, III dan IV C. I, II dan IV D. I, II, III dan IV SOALAN 6 HINGGA SOALAN 10 Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kereta api jam satu tengah hari akan bertolak beberapa minit lagi. Selepas bersalaman dengan keluarga, aku pun meletakkan beg-beg di tempat yang disediakan. Tiba-tiba pandanganku tertumpu kepada seorang gadis yang sungguh cantik. Pada jangkaanku mungkin dia sebaya denganku. Sebentar kemudian dia sudah berada di gerabak penumpang dan kebetulan duduk di sebelahku.


3 Aku memperkenalkan nama aku iaitu Hanita. Nama gadis itu pula ialah Sarina. Aku benar-benar tidak menyangka, dia juga bakal penuntut sekolah berasrama penuh. Sekurang-kurangnya ada juga teman untuk berbual-bual. Keadaan ini membuat aku berasa lega sedikit. Aku terus berbual bermacam-macam perkara dengannya. Sekali-sekala kedengaran deraian ketawa kami. Aku terus berbual-bual dengannya sehingga sampai di stesen kereta api Johor Bharu. Aku turun bersamanya. Di sana sudah pun tersedia sebuah bas bagi membawa kami ke sekolah itu. Setelah cukup penumpang, bas itu pun bertolak. Aku terus berbual-bual dengannya sepanjang perjalanan ke sana. Setibanya di sana, kami telah diberikan asrama masing-masing. Aku bersyukur kerana aku setingkatan dengannya. Kami dalam Tingkatan 1 Mawar. (Dipetik dan disesuaikan daripada Buku Teks UEC Bahasa Malaysia Jilid 1, Tingkatan 1) 6. Bilakah kereta api akan bertolak dari stesennya? A. jam satu pagi B. jam satu petang C. jam satu setengah hari D. jam satu suku pagi 7. Apakah perkataan yang sinonim dengan perkataan penuntut berdasarkan petikan? A. guru B. pelajar C. pekerja D. penjual 8. Berdasarkan petikan, mengapakah Hanita berasa lega? A. Hanita dapat menaiki kereta api. B. Hanita dapat bersekolah di sekolah berasrama penuh. C. Hanita berkenalan dengan seorang gadis yang sama sekolah dengannya. D. Hanita menaiki bas ke sekolah. 9. Sarina dan Hanita berbual-bual sehingga tiba di stesen kereta api _________. A. Ipoh B. Kuala Lumpur C. Seremban D. Johor Bahru 10. Setelah Sarina dan Hanita tiba di sekolah, mereka ________ . A. pergi menjamu selera bersama-sama. B. diminta untuk mendaftarkan diri. C. diberikan asrama masing-masing. D. diberikan buku-buku rujukan.


4 SOALAN 11 HINGGA SOALAN 25 Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling tepat. 11. “Saya dan adik tidak jadi pulang ke kampung. Bapa ________ tidak mendapat cuti,” kata Suresh dan Rajesh kepada Seng Huat. A. kita B. kami C. engkau D. mereka 12. “___________ mahu projek rumah angkat itu dilaksanakan dengan segera,” titah Sultan Kedah. A. Tuan Hamba B. Beta C. Tuanku D. Patik 13. “Silakanlah _________ menjamah hidangan ini,” kata Menteri Besar kepada Sultan Mahmud. A. tuanku B. beta C. patik D. hamba 14. “_________ mesti menyiapkan kerja rumah esok,” kata Cikgu Zaharah kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 Mawar. A. Anda B. Kami C. Kalian D. Awak 15. Cikgu Lau guru Matematik yang berdedikasi. ________ telah mengajar di Sekolah Sri Suria selama 20 tahun. A. Beliau B. Dia C. Baginda D. Mereka 16. Walaupun hidup Yee Seng susah, namun _________ tidak pernah berputus asa untuk berjaya dalam kehidupan. A. mereka B. dia C. beliau D. nya 17. Walaupun Pak Cik Wong sudah berusia, tetapi dia masih boleh berlari ______________. A. pantas seperti kilat B. rajin seperti semut C. lambat seperti kura-kura D. bebas seperti burung 18. Nazar yang ____________ selalu dimarahi oleh ibunya kerana tidak mendengar nasihat orang tua. A. keras macam batu B. pantas seperti kilat C. degil macam keldai D. baik macam malaikat 19. Roslan tidak mampu mengangkat beg yang ____________. A. berat seperti batu B. takut macam tikus C. pucat macam mayat D. masam seperti cuka


5 20. Amin sering menjadi tempat rujukan kawan-kawannya yang menghadapi masalah pelajaran kerana dia ___________. A. bijak macam pendeta B. baik seperti malaikat C. degil macam keldai D. lambat seperti kura-kura 21. __________ telah merasmikan bangunan baharu di Sekolah Menengah Pui Nam. A. Menteri-menteri Perdana B. Perdana Menteri C. Perdana-perdana Menteri D. Menteri Perdana 22. Tolong __________ buku akaun saya dalam masa sebulan”, kata Encik Alif kepada pegawai bank itu. A. kini mengemas B. kemas kini C. kemas-kemas kini D. kini kemas 23. Wakil rakyat di Ipoh bercadang untuk membina __________ pada bulan depan. A. dewan serba guna B. serba guna dewan C. dewan serbaguna D. serba dewan guna 24. “Usah kamu _____________ urusan rumah tangga kawan baikmu,” pesan Mak Limah kepada anak gadisnya. A. campur-campur mulut B. mulut campur C. campur mulut-campur mulut D. campur mulut 25. ____________ dibuka tiap-tiap hari kecuali hari Ahad. A. Poliklinik Wong B. Wong Poliklinik C. Klinik poli Wong D. Wong Klinik poli SOALAN 26 HINGGA SOALAN 30 Isi tempat kosong dalam petikan berikut dengan perkataan yang paling tepat. Menabung merupakan satu langkah penting untuk _____(26)______ sesebuah negara. Tabungan yang dilakukan oleh individu akan dapat meningkatkan modal bagi tujuan pelaburan oleh firma atu syarikat. Kepentingan menabung perlu _____(27)______ dalam jiwa pelajar. Kesedaran ini akan melahirkan masyarakat yang suka menabung untuk masa hadapan. Usaha _____(28)______ kesedaran menabung dalam kalangan pelajar dapat dilakukan dengan kerjasama semua pihak. Para ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka menabung. Ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka _____(29)______ akaun di bank. Ibu bapa yang menjadi punca kewangan dapat _____(30)______ anak mereka.


6 26. A. memajukan C. termaju B. dimajukan D. Memaju 27. A. menanam C. bertanam B. ditanam D.menanamkan 28. A. tingkat C.meningkatkan B. meningkat D.tetingkat 29. A. buka C.membuka B. terbuka D.dibuka 30. A. bimbing C.berbimbing B. dibimbing D.membimbing SOALAN 31 HINGGA SOALAN 35 Isi jawapan dengan simpulan bahasa yang paling tepat. 31. Samad tidak menyertai perlawanan bola sepak peringkat sekolah kerana dia ______________. A. kaki kayu B. kaki ayam C. kaki bangku D. kaki jalan 32. Badan Salmah berbau busuk kerana dia sering _________ . A. mandi kerap B. mandi kerbau C. mandi ayam D. mandi cepat 33. Xiao Tong sentiasa disayangi kerana dia merupakan _______ kedua ibu bapanya. A. anak emas B. anak buah C. anak tiri D. anak muda 34. Cikgu Phoon terpaksa _________ untuk membuat soalan peperiksaan. A. otak udang B. otak beku C. memerah otak D. otak cair 35. Hartawan yang ____________ itu mendermakan RM10 ribu kepada mangsa kebakaran di Ipoh. A. ada hati B. besar hati C. murah hati D. tawar hati


7 SOALAN 36 DAN SOALAN 38 Pilih ayat yang betul berdasarkan subjek yang telah digariskan. 36. I Pak Mat sedang menyabit rumput di halaman rumah. II Adira suka bermain ting-ting bulan bersama kawan-kawan. III Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. IV Pihak sekolah telah membina bangunan lapan tingkat pada tahun lepas. A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. II dan III sahaja D. III dan IV sahaja 37. I Datuk Seri Najib giat melancarkan Kempen Satu Malaysia.. II Zirafah mempunyai leher yang sangat panjang. III Anjing-anjing liar sering berkeliaran di taman permainan. IV Ikan yang sangat masin itu dimakan oleh Ashley. A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. II dan III sahaja D. III dan IV sahaja 38. I Encik Johari telah disahkan menghidap penyakit mental yang serius. II Kakak telah menempah sepasang sari untuk majlis perkahwinannya. III Ibu bapa perlu memantau pergerakan anak-anak di luar rumah. IV Pak Ngah sedang membakar lemang di belakang rumahnya. A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. II dan III sahaja D. III dan IV sahaja SOALAN 39 DAN SOALAN 40 Pilih ayat yang betul berdasarkan predikat yang telah digariskan. 39. I Mary rajin membaca buku II Choong Meng mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. III Ibu mempelajari cara membuat pelbagai kuih daripada nenek. IV Sekumpulan pekerja bermain layang-layang. A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. II dan III sahaja D. III dan IV sahaja 40. I Encik Ray makan di kantin. II Cikgu Teh sedang melakar bendera Malaysia. III Peraturan sekolah perlu dipatuhi oleh semua pelajar. IV Cikgu Choo Siew Lian sedang mengajar pelajar-pelajarnya. A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. II dan III sahaja D. III dan IV sahaja KERTAS SOALAN TAMAT


Click to View FlipBook Version