霹雳怡保培南独立中学 SM POI LAM (SUWA) IPOH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2021 BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 TARIKH MASA : 3 MEI 2021 : 1305-1535 (2 jam 30 minit) NAMA:______________________ NO PELAJAR:_________________ KELAS : S2REN & S2ZHO ARAHAN KEPADA CALON 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan nombor pelajar anda pada ruang yang disediakan. 3. Kertas ini mengandungi tiga bahagian : Bahagian A - Sistem dan Aplikasi Bahasa (35 m) Bahagian B - Pemahaman (35 m) Bahagian C - Rumusan (30 m) 4. Jawab semua soalan. 5. Jumlah markah keseluruhan kertas ini ialah 100 markah Kertas ini mengandungi 9 halaman bercetak Disediakan oleh: ………………………………….. (MS. SYARIFAH NUR HASNIDAR ) Disemak oleh: ……………………….. ( MS. NURFADZILAH ABD. MOIS ) Jangan Buka Kertas Soalan Ini Sehingga Diberitahu
2 BAHAGIAN A: Sistem dan Aplikasi Bahasa [35 markah] [Masa yang dicadangkan : 45 minitI] 1 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Pegawai yang terpilih menerima anugerah perkhidmatan cemerlang menjadi sumber inspirasi kepada kakitangan lain untuk memperoleh pengiktirafan yang sama. Hal ini menunjukkan bahawa motivasi merupakan faktor utama yang mendorong seseorang agar ia pun dihargai dalam kerjayanya. Tanpa motivasi seseorang kurang bersemangat untuk meneruskan usaha gigih dalam bidang yang diceburinya. Sehubungan dengan itu, motivasi dapat diertikan sebagai dorongan atau desakan yang kuat bagi seseorang meraih kejayaan. Sumber: Internet [8 markah] 2 Berdasarkan petikan di bawah ini, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong. Makanan ringan banyak dijual di kedai runcit, di pasar raya, dan di kedai serbaneka. Makanan tersebut mengandungi pengawet, bahan pewarna tiruan, kadar garam monosodium glutamate (MSG), lemak, dan minyak yang tinggi untuk menambah rasa enak. Makanan ini disukai oleh semua peringkat umur kerana harganya murah. Kanakkanak pula suka mengambil makanan ringan pada masa senggang sambil menonton televisyen. Namun begitu, ada sesetengah ibu bapa tidak mengendahkan kesan buruknya terhadap kesihatan kanak-kanak. Oleh sebab itu, ibu bapa hendaklah menggantikan makanan ringan dengan sajian lebih berkhasiat seperti buah-buahan, biskut, dan roti bagi menghentikan ketagihan makanan ringan. [6 markah]
3 3 Petikan di bawah ini mengandungi sembilan kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 13 kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Teknologi hijau ialah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negative aktiviti manusia. Antaranya, pengeluaran asap hitam oleh kilang, penggunaan bahan bakar kenderaan bermotor, pemusnahan alam semula jadi, pencemaran sungai, dan pelepasan karbon di udara. Teknologi hijau merupakan teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Teknologi hijau ini berasaskan empat tunggak, iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi, atau sosial. Dari aspek tenaga, teknologi hijau mencari kaedah demi untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa sama mempromosikan kecekapan guna tenaga. Dari aspek alam sekitar pula, kesan kepada alam sekitar dapat diminimakan. Sementara itu, dari aspek ekonomi, teknologi hijau meninggikan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi. Dari segi sosial, kuantiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan. Dipetik dan diubah suai daripada Teknologi Hijau Tingkat Kualiti Hidup, Pacu Ekonomi Negara oleh Dr. Iskandar Hasan Tan Abdullah, Berita Harian, 25 Mac 2019. [9 markah] 4 Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Alkisah maka tersebutlah perkataan Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada dan peri mengatakan penjurit ketujuh bercakap kepada Seri Betara dan Patih Gajah Mada hendak mengalahkan negeri Melaka itu dengan seorang dirinya, peri mengatakan tatkala Laksamana membunuh penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina itu. Berapa lamanya didengar oleh Patih Gajah Mada penjurit yang tujuh bersaudara yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah mati. Maka Patih pun hairan. [6 markah] 5 Baca petikan di bawah dengan telitinya dan kemukakan tiga peribahasa yang terdapat dalam petikan ini, kemudian nyatakan peribahasa yang hampir maksudnya dengan peribahasa tersebut. Dr Wan Ahmad Kamal sangat berbangga apabila lima daripada enam orang anaknya turut memilih kerjaya sebagai doktor. Inilah yang dikatakan kuah memang tumpah ke nasi. Beliau yakin bahawa kejayaan kelima-lima orang anaknya dikecapi selepas mereka bekerja keras dan bertungkus lumus ibarat genggam bara api sampai jadi arang. Beliau tidak pernah pilih kasih semasa melayan anak-anaknya, sebaliknya beliau melayan anak-anaknya sama rata. Dipetik dan diubah suai daripada Fail pengarang Abdul Ghalib bin Yunus [6 markah]
4 BAHAGIAN B: Pemahaman [35 markah] [Masa yang dicadangkan: 60 minit] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri Bahan 1 Sukar untuk kita menjaga tubuh jika tidak tahu apa-apa mengenainya, ibarat kita hendak melawan musuh tetapi tidak memahami sebab dan cara untuk bertindak. Antara kaedah yang dapat diambil untuk menjaga tubuh termasuklah pemeriksaan kesihatan berkala sekurangkurangnya tiga kali setahun. Pemeriksaan kesihatan secara berkala perlu dilakukan untuk mengesan penyakit ketika masih pada peringkat awal kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Oleh itu, sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku, lebih baik jika kita melakukan tindakan awal pencegahan. Selain itu, aspek pemakanan juga amat penting bagi menjamin kesihatan yang baik. Kita haruslah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam kehiduzan. Pengambilan makanan mengikut piramid makanan sangat disarankan oleh pakar kesihatan bagi menjamin tahap kesihatan yang baik berterusan. Diet yang seimbang dapat memastikan tubuh seseorang mendapat zat yang diperlukan. Dipetik dan dibuah suai daripada “Nilai Kesihatan‟ Oleh Nur Amira Talib, Dewan Siswa, November 2016 Bahan 2 Rumah tangga yang sejahtera terbentuk daripada keprihatinan ibu bapa tentang amalan cara hidup sihat dan cergas. Maklumat penjagaan diri dan pemakanan diperoleh daripada beberapa laman sesawang seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, dan Kelab Nutrisi Malaysia. Pemakanan yang seimbang amat penting untuk penjagaan kesihatan. Manusia seharusnya mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi berkhasiat. Pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko menghidap beberapa jenis penyakit seperti barah, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, batu karang, obesiti, kolesterol tinggi dan osteoporosis. Dipetik dan diubah suai daripada „Pemakanan yang Sihat Halaman 6, Buku Teks Tingkatan Satu Kementerian Pendidikan Malaysia. (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud tindakan awal. [2 markah] (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan amalan cara hidup sihat bagi menjamin kesihatan yang baik. [3 markah] (iii) Pelbagai langkah telah dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan diri. Pada pendapat anda, apakah peranan pihak sekolah untuk menimbulkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan diri? [3 markah] (iv) Seorang daripada rakan sekelas anda kerap selesema, batuk dan bersin. Gejala ini mengganggu pembelajarannya ketika di sekolah. Cadangkan langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh rakan anda ketika berhadapan dengan masalahnya itu. [4 markah]
5 7 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri Bahan 1 POSMEN : Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di rumah ini? AIMAN : Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini? POSMEN : Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus program ini. Kalau umur abang macam adik, pasti abang tidak akan lepaskan peluang ini AIMAN : Abang buang saja surat ini. Saya tak berminat langsung. Buat apa nak bersusah payah sertai program macam ini. Ayah saya banyak duit. Apa yang saya nak, semua boleh dapat. Buang masa dan tenaga saja program macam ini. Untuk orang susah bolehlah. Maklumlah, dapat makan percuma enam kali sehari, tempat tidur dan pakaian semua diberikan. Siap dapat RM50.00 lagi..ha..ha..ha. POSMEN : Tak baik cakap macam itu, banyak faedahnya program seperti ini. Cuba jangan fikir tentang duit dan makan minum itu. Cuba fikirkan tentang kemahiran dan pengalaman yang akan diperoleh nanti. AIMAN : Abang ini cakap banyak pula, macamlah abang pernah sertai program tu. POSMEN : Memanglah abang tak pernah sertai program itu. Tapi, hasil daripadanya dah banyak yang abang nampak. AIMAN : Tak fahamlah saya, bang. POSMEN : Maksud abang, remaja yang dah menyertai program ini, apabila tamat latihan, banyak kesan positif yang akan wujud dalam diri mereka. Anak jiran abang dulu pemalas. Kalau balik rumah cuma tahu tidur dan makan sahaja. Tapi selepas tamat program ini, abang tengok dia dah rajin tolong keluarganya dan baru nampak rasa hormat kepada orang tua. Hasil yang paling dekat dengan diri abang ialah adik abang sendiri. Memang bagus program itu. Banyak perubahan positif dalam diri dia. (Dipetik daripada cerpen “Berkhidmat untuk Negara” antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, halaman 91-92)
6 Bahan 2 SUMPAH ANAK MERDEKA Aku anak merdeka bangkit dari persada luka berdiri megah di pentas wira inginku tebus maruah bangsa. Aku anak merdeka terjaga dari ranjang kecewa berpaksi gagah di panggung perkasa ingin kubela nasib bangsa. Aku anak merdeka harapan nusa dan bangsa akan kutentang petualang negara yang tegar membuat angkara. Aku anak merdeka di hati semangat waja di dada penuh satria ini Tuah akan membela untuk kubalut luka lama Serunai Faqir Wangsa Maju (i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud kesan positif? [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan perubahan positif yang terdapat dalam bahan. [4 markah] (iii) Jatuh bangunnya sesebuah negara terletak di tangan remaja masa ini kerana mereka pewaris kepimpinan negara. Pada pendapat anda, bagaimanakah remaja dapat menunjukkan perasaan cinta akan negara? Kemukakan cadangan anda. [3 markah] (iv) Adik anda telah dipilih oleh pihak sekolah untuk menyertai kem jati diri selama satu minggu di luar kawasan. Adik anda enggan menyertai kem tersebut dengan alasan jauh daripada keluarga tetapi takut untuk menyuarakannya kepada ibu bapa anda. Sebagai seorang yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda dapat memujuknya untuk menyertai kem tersebut. [4 markah]
7 8 Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri …Duduk dekat jendela, aku mengeluarkan buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayursayuran dan Buah-buahan. Kubaca halaman yang kutandai: Sayur-sayuran dan ulam-ulaman mengandungi banyak serat (fiber) dan kurang kalori. Kaya dengan sumber utama vitamin C, vitamin A, asid folik, dan zat galian yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan serta minda yang sihat. Khasiat yang terdapat dalam sayur-sayuran dan ulam-ulaman ini dapat menyelenggara tisu-tisu kulit, mata, tulang, dan otak. Ulam-ulaman biasanya banyak terdapat di kawasan kampung sama ada ditanam atau tumbuh sendiri di hutan-hutan yang berhampiran. Apabila pembangunan rancak dilaksanakan, banyak hutan diteroka sekali gus menyebabkan ulam-ulaman turut pupus. Berikutan itu,ulamulaman sukar diperoleh di kampung-kampung dan pasar-pasar termasuk pasar tani. (Dipetik daripada Jendela Menghadap Jalan, hal.9-10, KPM) (i) Nyatakan khasiat yang terdapat dalam sayur-sayuran dan ulam-ulaman. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut : a) Jendela Menghadap Jalan,karya Ruhaini Matdarin b) Songket Berbenang Emas,karya Khairuddin Ayip Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan keistimewaan novel itu sehingga dapat menarik minat pembaca. [6 markah]
8 BAHAGIAN C: Rumusan [30 markah] [Masa yang dicadangkan : 45 minitI] 9 Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan. kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Bahan 1 – Petikan Umum Tidak dinafikan bahawa semakin banyak rakyat Malaysia yang mulai sedar akan kepentingan menjalani hidup sihat. Namun demikian, masih terdapat segelintir anggota masyarakat yang tidak mengambil kira kepentingan menjalani hidup sihat. Lantaran itu, untuk mencapai tahap kesihatan yang terbaik, gaya hidup sihat merupakan satu daripada syaratnya. Antara kepentingan amalan gaya hidup sihat termasuklah dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan dan otak. Hal ini amat signifikan kerana hidup yang berkualiti berpunca daripada tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas. Bersukan dan beriadah dapat menjamin kesihatan tubuh badan serta dapat mengekalkan kekuatan tubuh badan. Selain itu, anggota tubuh dalaman dapat berfungsi dengan baiknya jika kita mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana anggota tubuh dalaman tidak dapat dilihat melalui mata kasar manusia. Pemeriksaan kesihatan secara berkala di hospital atau di klinik kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali dapat memastikan tahap kesihatan organ dalaman kita seperti jantung, paru-paru, dan buah pinggang. Tegasnya, membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala dapat memastikan anggota tubuh dalaman berfungsi dengan baiknya. Di samping itu, kepentingan amalan gaya hidup sihat ialah kita dapat memastikan tubuh badan kita mendapat khasiat dan vitamin yang mencukupi. Hal ini dikatakan demikian kerana badan kita memerlukan khasiat yang mencukupi untuk menjalankan kehidupan seharian tanpa menghadapi masalah kesihatan. Contohnya, kita perlu mengambil makanan seimbang seperti daging, buah-buahan, dan sayur-sayuran. Natijahnya, badan kita akan sentiasa kekal sihat seiring dengan kecerdasan minda. Sesungguhnya, otak yang cerdas dapat melancarkan perkembangan diri dan sosial manusia. Jelaslah bahawa pemakanan yang seimbang dapat memastikan tubuh badan memperoleh nutrien yang mencukupi. Dengan menjalani gaya hidup sihat seperti rehat dan tidur yang cukup, kita dapat mengurangkan tekanan, selain dapat menenangkan tubuh badan serta minda. Selain itu, proses metabolisme juga dapat berjalan dengan lancarnya apabila kita mendapat rehat yang mencukupi. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia memerlukan rehat dan tidur yang berkualiti selama enam hingga lapan itu, rehat yang secukupnya diperlukan untuk memulihkan tenaga yang telah digunakan oleh orang mengalami stres atau tekanan. Terdapat pelbagai punca stres, antaranya termasuklah masalah keluarga dan kewangan. Tekanan atau stres yang berpanjangan boleh menimbulkan perasaan marah. Oleh itu, kita perlu mengatasi masalah stres dengan mengawal tekanan dan kemarahan. Sesungguhnya, minda yang positif merupakan satu daripada amalan gaya hidup sihat dan ceria. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Gaya Hidup Sihat Amalan Kita' oleh Nur Dinie Md. Isa, Dewan Siswa, Mac 2015.
9 Bahan 2 - Grafik KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT