1 霹雳怡保培南独立中学 SM POI LAM (SUWA) IPOH UJIAN BULANAN PERTAMA TAHUN 2022 MATA PELAJARAN: BAHASA MALAYSIA(1) MASA:0815-1000 TARIKH: 22/2/2022 MARKAH ( 1 jam 45 minit ) NO.____ NAMA:_______________________ NO. PELAJAR:________ KELAS: J1LI BAHAGIAN A: RUMUSAN (20%) Kaji jadual di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis satu rumusan tentang sukan yang menjadi pilihan pelajar kelas J3XIN. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Sukan yang Menjadi Pilihan Pelajar Kelas J3XIN JENIS SUKAN JUMLAH PELAJAR (ORANG) Bola keranjang 15 Badminton 10 Bola sepak 4 Ping pong 6 _________________________________________________________________________________ Kertas ini mengandungi 4 halaman bercetak DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH: _______Haslina________ _____________________ (HASLINA MOHD YUSOFF) (NURFADZILAH ABD MOIS) BAHAGIAN C: PEMAHAMAN (20%)
2 Petikan 1 Berdasarkan petikan di bawah ini, jawab soalan- soalan yang disediakan dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1. Terangkan maksud rangkai kata di bawah ini berdasarkan penggunaannya dalam petikan. (2%) i. berasal ii. suasana 2. Berapa orangkah yang terlibat dalam perbualan ini? (2%) 3. Berdasarkan petikan, mengapakah Choong Meng ingin berjumpa dengan Ketua Kelas Tingkatan Satu Mawar? (2%) 4. Pada pendapat anda, apakah kebaikan sekiranya kita bersikap peramah dan mesra? (4%) Choong Meng: Nama saya Yap Choong Meng. Saya pelajar dari kelas sebelah, Tingkatan Satu Anggerik. Bolehkah saya tahu siapa ketua kelas Tingkatan Satu Mawar? Siew Ping: Saya, Siew Ping. Sayalah ketua kelas ini. Ada apakah yang boleh saya bantu? Choong Meng: Saya disuruh oleh Cikgu Kavita untuk menyerahkan buku rekod senarai nama pelajar kelas ini kepada kamu. Siew Ping: Terima kasih. Choong Meng: Sama- sama. Kamu berdua tidak pergi ke kantin? Siew Ping: Kami baru balik dari kantin. Oh, ya. Ini kawan saya, Jamalia. Dia berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Dia bertukar ke sekolah ini kerana mengikuti ibu bapanya berpindah ke sini. Choong Meng: Saya Choong Meng. Saya berasa gembira kerana dapat berkenalan dengan pelajar dari Semenanjung Malaysia. Apakah pula perasaaan Jamalia berada di bumi Kenyalang ini? Jamalia: Pada mulanya,saya berasa agak keberatan untuk meninggalkan Semenanjung. Erm… tetapi setelah tiga minggu berada di sini, saya semakin ingin mengenali budaya dan masyarakat setempat di sini. Apatah lagi suasana di sekolah ini kelihatan begitu menyenangkan saya. Choong Meng: Ya, saya juga berpendapat sebegitu. Hari ini merupakan hari pertama saya belajar di sekolah ini. Saya berasa kebanyakan pelajar di kelas saya peramah sekali. Siew Ping: Abang saya juga pernah belajar di sekolah ini. Abang saya selalu berkata bahawa dia suka belajar di sini. Guru-guru di sekolah ini sangat berdedikasi dan penyayang. Kebanyakan mereka berpengalaman. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah ini juga cukup lengkap. (Dipetik daripada buku teks Bahasa Malaysia Junior Satu Jilid Pertama, Unit 1)
3 Petikan 2 Berdasarkan petikan di bawah ini, jawab soalan- soalan yang disediakan dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1. Terangkan maksud perkataan di bawah ini berdasarkan penggunaannya dalam petikan. (2%) i. tampil ii. kesempatan 2. Apakah tujuan pemuda tersebut merapati Raju, Ramal dan Wai Kin? (2%) 3. Siapakah yang membantu pemuda tersebut? (2%) 4. Pada pendapat anda, apakah kelebihan jika masyarakat bersikap sopan santun? (4%) --------- KERTAS SOALAN TAMAT --------- Pemuda itu merapati Ramal, Raju dan Wai Kim,”Hai, adik-adik! Bolehkah saya bertanya di manakah tempat ini?” Tanya pemuda itu sambil menunjukkan secebis kertas yang tertulis beberapa patah perkataan di atasnya. Tanpa membaca apa-apa yang tertulis itu, Raju menjawab, Entahlah, engkau tanyalah orang lain!” Pemuda itu kelihatan kecewa lalu berkata, “Kalau begitu, saya akan minta bantuan daripada orang lain pula, terima kasih!” Pada ketika itu, Ramal tampil ke hadapan. “Encik, apa kata kita cuba bertanya kepada tuan punya restoran itu, mungkin dia dapat membantu encik,” lalu mereka menuju ke restoran yang bersebelahan dengan mereka. Tuan punya restoran itu seorang yang baik hati. Dia menunjukkan arah jalan kepada pemuda tersebut selepas membaca alamat yang tercatat pada cebisan kertas. Sebelum meninggalkan restoran itu, pemuda tersebut mengambil kesempatan untuk membelanjai Ramal dan dua orang rakannya menjamu selera di situ. “Terima kasih kerana sudi menghulurkan bantuan kepada saya. Sebenarnya, saya berasal dari Kelantan dan tujuan saya ke Kuala Lumpur adalah untuk menziarahi emak saudara saya,” pemuda itu tersenyum lebar sambil berterima kasih kepada Ramal dan rakan-rakannya. Dia juga memuji Ramal seorang yang bersopan santun. (dipetik daripada buku teks Bahasa Malaysia Junior Satu Jilid Pertama, Unit 2) ( Dipetik daripada buku teks Bahasa Malaysia Junior Satu Jilid Satu : Unit 5 )