1 霹雳怡保培南独立中学 SM POI LAM (SUWA) IPOH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2023 BAHASA MALAYSIA KERTAS 1 TARIKH MASA : 16.10.2023 : 1045-1230 (1 JAM 45 MINIT) NAMA:______________________ NO PELAJAR: ___________ KELAS: J3YI, J3HE, J3XIN, J3REN, J3PIN, J3ZHONG ARAHAN KEPADA CALON Tulis nama anda pada ruang yang disediakan. Soalan peperiksaan ini mengandungi dua kertas: Kertas 1: Ujian Bertulis (100%) Kertas 2: Ujian Objektif (50%) Kertas ini mengandungi 3 bahagian: Bahagian A: Karangan Bahagian B: Rumusan Bahagian C: Pemahaman Markah bagi kertas ini ialah 100 markah. Kertas ini mengandungi 5 halaman bercetak Disediakan oleh: ………………………………….. (ZAFIRAH BINTI MOHYEE) Disemak oleh: ……………………….. (NURFADZILAH ABDUL MOIS) Jangan Buka Kertas Soalan Ini Sehingga Diberitahu
2 BAHAGIAN A: KARANGAN (60 %) Tulis satu karangan daripada salah satu perkara di bawah ini. Panjang karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan. 1. Baru-baru ini, sekolah anda telah mengadakan Hari Sukan Sekolah. Ceritakan kemeriahan hari sukan tersebut. 2. Peribahasa ‘genggam bara api biar sampai jadi arang’ membawa maksud seseorang hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar dengan bersungguh-sungguh agar mendapat kejayaan. Berdasarkan peribahasa tersebut, tulis sebuah karangan. 3. Anda terlupa membuat kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru kerana terlalu banyak aktiviti yang perlu dilakukan. Akibatnya anda dimarahi oleh guru. Tulis dialog anda bersama guru anda selengkapnya. 4. Alam sekitar merupakan pemberian Tuhan yang berharga dan penting kepada kehidupan manusia. Namun, pembangunan negara kita yang pesat telah memberi kesan buruk terhadap alam sekitar. Huraikan langkah-langkah untuk memelihara alam sekitar. 5. Baru-baru ini anda tidak dapat hadir ke sekolah kerana menziarahi datuk kamu yang sedang sakit tenat di kampung. Tulis sepucuk surat kepada guru anda untuk memaklumkan perkara tersebut. Anda dikehendaki menggunakan alamat pengirim seperti yang berikut; No 11, Jalan Permaisuri 5A, Taman Jade Manis, 31500 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
3 BAHAGIAN B: RUMUSAN (20 %) Kaji carta pai di bawah dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang peratus jenis Ewaste yang dikitar semula pada Tahun 2022. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
4 BAHAGIAN C: PEMAHAMAN (20 %) Petikan 1 Berdasarkan petikan di bawah ini, jawab soalan-soalan yang disediakan dengan menggunakan ayat anda sendiri. Pada masa ini, teknologi maklumat semakin penting dalam kehidupan kita. Teknologi maklumat di negara kita telah mengalami pembaharuan. Setiap pembaharuan ini telah meninggalkan kesan dalam kehidupan manusia. Tanpa revolusi dalam era digital ini, pasti kita akan ketinggalan dalam era kemajuan. Teknologi maklumat telah membuka dunia perdagangan ke arah globalisasi. E-dagang umpamanya telah memberikan peluang kepada peniaga-peniaga membina kedai-kedai maya mereka menerusi perkhidmatan internet. Barang-barang jualan mereka dapat dipamerkan di laman web dan barang tersebut boleh dilayari oleh sesiapa sahaja dan di mana-mana sahaja. Selain itu, teknologi maklumat juga memudahkan urusan perniagaan. Pihak bank umpamanya boleh menawarkan sistem perkhidmatan perbankan elektronik kepada para pelanggannya. Rekod pelanggan dan urus niaga dapat dikendalikan dengan mudah, cekap, dan pantas tanpa batasan masa dan sempadan. Dari aspek pendidikan pula, teknologi meklumat turut memainkan peranannya. Pendidiakan Jarak jauh (PJJ) berdasarkan konsep e-pembelajaran membolehkan para penuntut mengambil kursus yang diminati melalui internet. Penuntut yang mengikuti PJJ tidak perlu membazirkan masa mereka untuk mengadiri kuliah. Mereka hanya perlu melayari laman web institusi pengajian tinggi tertentu untuk mendapatkan nota-nota kuliah, menjalankan aktiviti perbincangan, dan menduduki peperiksaan. (dipetik dari pada buku teks Bahasa Malaysia Junior Tiga Jilid Kedua, Unit 11) 1. Terangkan maksud perkataan di bawah. I. Maya II. Sempadan (2 markah) 2. Apakah kelebihan kedai-kedai maya terhadap pedagang? (2 markah) 3. Apakah faedah perkembangan teknologi maklumat dalam urusan bank? (3 markah) 4. Pada pendapat anda, apakah keburukan teknologi maklumat jika disalahgunakan terhadap murid sekolah? Berikan tiga keburukan. (3 markah)
5 Petikan 2 Berdasarkan petikan di bawah ini, jawab soalan-soalan yang disediakan dengan menggunakan ayat anda sendiri. Makanan ialah keperluan asas dalam kehidupan manusia dan berfungsi untuk memenuhi keperluan fizikal, fisiologi dan sosial. Makanan berperanan membekalkan nutrien penting untuk keperluan tumbesaran badan. Namun begitu, pengambilan makanan yang kurang berkualiti pasti memudaratkan kesihatan manusia. Makanan yang disediakan tanpa kawalan kebersihan juga merupakan salah satu punca wabak penyakit bawaan makanan. Makanan yang tidak bersih dan tercemar ini mungkin mengandungi bahan berbahaya atau bakteria yang menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tifoid, keracunan makanan dan Hepatatis A. Keracunan makanan berlaku berpunca daripada sikap dan amalan pengendali makanan yang tidak mengutamakan kebersihan ketika menyediakan makanan. Selain itu, keracunan makanan juga berpunca daripada kekurangan kemudahan asas untuk peniaga makanan seperti kemudahan air, ketidaksesuaian lokasi, dan ketiadaan sistem pembuangan sampah yang betul. Di samping itu, makanan yang terdedah lebih daripada enam jam juga akan menggalakkan pembiakan bakteria yang mencemarkan makanan berkenaan. Justeru, langkah pencegahan perlu dilakukan agar masalah keracunan makanan ini tidak berlarutan seperti menyarankan pengendali makanan untuk meningkatkan tahap kebersihan peralatan memasak dan premis perniagaan mereka. Seterusnya, pihak Kementerian Kesihatan juga boleh menetapkan garis panduan kebersihan untuk diikuti oleh pengusaha kedai dan pengendali makanan. Pihak berkuasa juga boleh menyediakan kemudahan asas untuk peniaga pasar malam supaya dapat memberi keselesaan dan kebersihan lebih terjamin. (dipetik dan disesuaikan daripada Keselamatan Pemakanan, Majalah Dewan Siswa, 2018) 1. Terangkan maksud perkataan di bawah. I. Berfungsi II. Berkualiti (2 markah) 2. Berikan dua jenis penyakit yang disebabkan penyakit bawaan makanan? (2 markah) 3. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya keracunan makanan dalam kalangan manusia? (3 markah) 4. Pada pendapat anda, sebagai pengguna bagaimanakah anda mencegah berlakunya keracunan makanan? (3 markah) KERTAS SOALAN TAMAT