1 霹雳怡保培南独立中学 SM POI LAM (SUWA) IPOH UJIAN BULANAN PERTAMATAHUN 2021 MATA PELAJARAN: BAHASA MALAYSIA (1) MASA: 1050-1235 TARIKH: 11/ 3/2021 MARKAH (1 JAM 45 MINIT) NAMA: ______________________ NO. PELAJAR: _____________ Kelas: J2HE, J2REN, J2PIN, J2XIN, J2YI ARAHAN: Kertas ini mengandungi Bahagian A dan B. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan B. BAHAGIAN A: RUMUSAN (20 %) Kaji carta pai di bawah dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang peratus penggunaan telefon bimbit dalam kalangan penduduk di Taman Perdana sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. ___ Kertas ini mengandungi 3 halaman bercetak DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH: (ZAFIRAH MOHYEE) ( NURFADZILAH ABD MOIS ) PELAJAR SEKOLAH, 35% GURU, 24% PENIAGA, 15% PELAJAR UNIVERSITI, 26% PERATUS PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DALAM KALANGAN PENDUDUK DI TAMAN PERDANA SEPANJANG PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) PELAJAR SEKOLAH GURU PENIAGA PELAJAR UNIVERSITI
2 BAHAGIAN B: KEFAHAMAN (20 %) Petikan 1 Berdasarkan petikan di bawah ini, jawab soalan-soalan yang disediakan dengan menggunakan ayat anda sendiri. Penduduk Jeram Tunggal senantiasa berada dalam kekhuatiran. Hampir setiap malam mereka tidak dapat tidur lena kerana takut akan kumpulan penyamun menyerbu pada waktu malam. Mereka tahu kumpulan penyamun ini akan merompak rumah mereka kerana di dalam rumah mereka terdapat emas. Sebenarnya, penduduk di sini, bekerja sebagai pendulang emas di sungai pada waktu siang. “Kita mesti bermuafakat. Kalau kita bermuafakat, kita akan menjadi kuat. Kita mesti menentang dan menghapuskan penyamun-penyamun ini daripada terus mengganggu keamanan desa kita. Bulat air kerana pembuluh, bulat manusia kerana muafakat,” nasihat Penghulu Tepok. Pada suatu malam, gerombolan penyamun itu pun datang untuk menyerang Penduduk Jeram Tunggal sudah berkubu di kawasan rumah Datuk Penghulu Tepok. Dengan penuh semangat muafakat, mereka menyerang penyamun-penyamun itu dengan menggunakan panah dan lembing. Kumpulan penyamun itu gagal menyelinap ke dalam kawasan mereka berkubu. Banyak penyamun yang terkorban dan ada sesetengah daripada mereka lari langkah seribu dan kecut perut melihat kekuatan penduduk Jeram Tunggal. “Tengoklah. Kalau kita berpecah-belah, kita akan menjadi lemah. Dengan mudah sahaja penyamun mengalahkan kita. Sekarang kita sudah bersatu. Air yang mengalir ke sana ke mari itu, kalau dibendung akan menjadi besar dan kuat juga. Kita pun begitulah. Bulat air kerana pembuluh, bulat manusia kerana muafakat.” ucap Datuk Penghulu kepada anak-anak buahnya di halaman rumahnya. (dipetik dari pada buku teks Bahasa Malaysia Junior Dua Jilid Kedua, Unit 2 ) 1. Terangkan maksud perkataan di bawah. I. Kekhuatiran II. Bermuafakat (2 markah) 2. Siapakah nama pemimpin Jeram Tunggal? (1 markah) 3. Bagaimanakah persediaan penduduk Jeram Tunggal untuk berhadapan dengan penyamun-penyamun itu? (2 markah) 4. Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa “Bulat air kerana pembuluh, bulat manusia kerana muafakat” (2 markah) 5. Pada pendapat anda, apakah contoh amalan yang boleh dilakukan untuk mengekalkan keharmonian antara jiran tetangga di kawasan perumahan? (3 markah)
3 Petikan 2 Berdasarkan petikan di bawah ini, jawab soalan-soalan yang disediakan dengan menggunakan ayat anda sendiri. Joe : Nampaknya kita telah sesat Lim. Bagaimana kalau kita bertanyakan arah daripada lelaki tua itu? Lim : Itu cadangan yang baik, lagipun kita sudah mencari rumah Cikgu Maimunah selama setengah jam. Otak saya pun telah menjadi otak beku. Joe : Ya. Mungkinkah Ah Meng memberi kita alamat yang salah? Lim : Mungkin jua! Dia menulis alamat itu dengan tergesa-gesa semalam. Nasib baik kita ini panjang akal. Marilah kita bertanya kepada orang tua itu. Joe : Selamat petang pak cik. Bolehkah kami bertumpang tanya? Orang tua : Selamat petang, ada apa-apa yang boleh pak cik bantu? Joe : Saya Joe. Ini kawan saya, Lim. Kami sedang mencari rumah cikgu kami, Cikgu Maimunah. Mengikut alamat yang diberikan, rumah Cikgu Maimunah bernombor 36 di Lorong Pauh Satu, tetapi telah kami dapati rumah tersebut dihuni oleh sebuah keluarga berbangsa Cina. Orang tua : Begitu rupanya! Apakah sebab anak-anak hendak mencari rumahnya? Lim : Sebenarnya kami mewakili pelajar kelas kami datang untuk melawat Cikgu Maimunah tetapi kami telah tersesat pula. Beliau baru sahaja melahirkan anak sulungnya. Orang tua : Nampaknya anak-anak sedang mencari orang di rumah bernombor 56. Dia seorang guru dan baru sahaja bersalin pada minggu lepas. Joe : Betul? Nampaknya kami dah dapat alamat rumah yang betul. Nasib baik kami tanya pak cik. Terima kasih banyak-banyak, pak cik. (dipetik daripada buku teks Bahasa Malaysia Junior Dua Jilid Pertama, Unit 3) 1. Terangkan maksud perkataan di bawah. I. Otak beku II. Dihuni (2markah) 2. Siapakah yang menulis alamat rumah Cikgu Maimunah? (1 markah) 3. Bagaimanakah masalah yang dihadapi mereka dapat diatasi ? (2 markah) 4. Adakah mereka berjaya menemui rumah Cikgu Maimunah?Nyatakan kedudukan rumah yang dicari oleh. (2 markah) 5. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang boleh dilakukan untuk menghargai pertolongan daripada seseorang? (3 markah) KERTAS SOALAN TAMAT