The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PLHS Library, 2023-05-02 22:55:04

BM J2 KERTAS 1

BM J2 KERTAS 1

1 霹雳怡保培南独立中学 SM POI LAM (SUWA) IPOH UJIAN BULANAN PERTAMATAHUN 2021 MATA PELAJARAN: BAHASA MALAYSIA (1) MASA: 1420-1535 TARIKH: 3 / 8 /2021 MARKAH (1 JAM 15 MINIT) NAMA: ______________________ NO. PELAJAR: _____________ Kelas: J2HE, J2REN, J2PIN, J2XIN, J2YI ARAHAN: Kertas ini mengandungi Bahagian A dan B. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan B. BAHAGIAN A: RUMUSAN (20 %) Kaji poster di bawah dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang Pesta Buku anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak tahun 2020. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. _____________________ Kertas ini mengandungi 3 halaman bercetak DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH: zafirah ___________________ ( ZAFIRAH MOHYEE ) ( NURFADZILAH ABDUL MOIS) 40


2 BAHAGIAN B: KEFAHAMAN (20 %) Petikan 1 Berdasarkan petikan di bawah ini, jawab soalan-soalan yang disediakan dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah tiga bulan di kilang itu, wajah sebenar aku muncul. Aku membelek-belek akan keanggunan diriku. Oh, aku sebuah sebuah pondok telefon awam rupa-rupanya. Rupa paras badanku besar. Kulitku diperbuat daripada gentian berwarna biru. Warna biruku sungguh menawan. Aku melihat ke sekeliling gudang itu, Cuma aku yang berwarna biru manakala yang lain berwarna lain. Pada 31 Ogos 2010, aku dibawa ke suatu tempat. Aku tidak pasti tujuan dan tempat akan aku diletakkan. Cuma khabar angin daripada kawan-kawan sejenisku, mereka mengatakan bahawa aku akan dihantar ke sebuah tempat yang sibuk dengan aktiviti manusia. Penghantaran aku pada hari itu telah membuka minda dan mataku. Di sini terdapat sebuah alam yang sungguh luas dan sibuk berpanjangan; hilir mudik dengan gentian yang bergerak. Selang setahun kemudian, aku didatangi oleh seorang pelajar lelaki dari sekolah yang berdekatan. Merah padam wajahnya kulihat umpama udang sedang dibakar. Dia datang dengan perasaan marah menyala. Dengan kasar, dia menekan gigiku secara bertalu-talu. Sakit dan geram sungguh aku melihatnya. Namun, kesabaran sahaja yang dapat aku tujukkan. Sungguh kasar bahasa yang digunakan oleh budak itu ketika menyalurkan bahasa lisannya ke corong mulutku. Terasa muak aku memakan kata-katanya. Sejurus kemudian, budak itu menendang, menumbuk, dan mencalar diriku. Habis kulitku diconteng dengan kata-kata kesat yang menjijikkan. Hatiku hampa dan remuk kerana perbuatan budak itu dan hempasan gagang ke badanku telah melenyapkan bunyi deringanku. Kini, aku sepi dan tidak mampu berkata-kata lagi. (dipetik dari pada buku teks Bahasa Malaysia Junior Dua Jilid Kedua, Unit) 1. Terangkan maksud perkataan di bawah. I. Didatangi II. Hempasan (2 markah) 2. Bilakah aku dibawa ke suatu tempat? Nyatakan tempat ‘aku’ diletakkan. (2 markah) 3. Apakah yang dilakukan oleh pelajar lelaki itu terhadap ‘aku’? (2 markah) 4. Pada pendapat anda, adakah wajar tindakan pelajar tersebut kepada pengguna? Berikan alasan anda. (4 markah)


3 Petikan 2 Berdasarkan petikan di bawah ini, jawab soalan-soalan yang disediakan dengan menggunakan ayat anda sendiri. Pada suatu petang, semasa cuaca panas terik, Puan Lim terkejut melihat asap tebal akibat kebakaran belukar yang berlaku berhampiran dengan rumahnya. Secepat kilat Puan Lim mendail nombor 999 untuk menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat. Kebetulan pada masa itu pegawai yang sedang bertugas ialah Encik Suffian Kasim. Berikut adalah perbualan antara Puan Lim dengan Encik Suffian. Puan Lim : (cemas) Encik, tolong saya. Saya putus akal. Rumah saya diselubungi asap. Saya tak dapat bernafas dengan sempurna. Encik Suffian : Bertenang, puan. Apakah sebenarnya yang sedang berlaku? Sila tarik nafas dan jawab soalan-soalan saya. Siapakah nama puan? Apakah nombor telefon dan di manakah lokasi rumah puan sekarang? Puan Lim : Saya Puan Lim Siaw Mei. Nombor telefon saya ialah 656565. Alamat rumah saya ialah Lot 167, Kuala Baram, Miri. Encik Suffian : Baiklah. Apakah yang telah berlaku? Puan Lim : Ada kebakaran belukar berhampiran dengan rumah saya dan api itu semakin marak. Saya berasa sangat takut kerana hanya saya dan cucu-cucu saya yang kecil berada di dalam rumah. Suami saya bekerja dan dia belum balik. Apakah yang harus saya buat? Saya tak ada kereta. Jiran pun jauh. Encik Suffian : Sekali lagi bertenang, puan. Pihak kami akan menghantar pasukan penyelamat ke sana dengan segera. Perkara yang perlu puan lakukan adalah tutup semua suis elektrik. Selepas itu, bawa cucu-cucu puan keluar dari rumah dan pergi ke tempat yang lebih selamat. Kami akan sampai di sana secepat mungkin. (dipetik daripada buku teks Bahasa Malaysia Junior Dua Jilid Kedua, Unit 10) 1. Terangkan maksud perkataan di bawah. I. Belukar II. Marak (2 markah) 2. Mengapakah Puan Lim berasa cemas? (2 markah) 3. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Puan Lim sementara menunggu pasukan penyelamat sampai? (2 markah) 4. Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kajadian kebakaran di rumah anda? (4 markah) KERTAS SOALAN TAMAT


Click to View FlipBook Version