PENGAJIAN ISLAM – MPU22032
TUGASAN : E-FOLIO
TAJUK : SAINS TEKNOLOGI DAN TEKNOLOGI
AHLI KUMPULAN : NO.MATRIK
BIL NAMA 12DDT21F1015
1. MUHAMMAD AIMAN BIN RAZALI 12DDT21F1004
2. MUHAMMAD DZULFAQAR BIN RIZAL 12DDT21F1035
3. MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHD NAZRI 12DDT21F1033
4. SHAH PUTERA ISKANDAR BIN ISMADI
PENSYARAH :USTAZ ABDUL GHANI BIN JUSOH
SENARAI KANDUNGAN :-
i. Peranan ICT terhadap perkembangan dakwah dalam era globalisasi.
ii. Kesan dan cabaran dunia siber dalam pembentukkan akhlak masyarakat.
iii. Penyalahgunaan ICT :pandangan Islam terhadapnya dan cara mengatasinya.
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah ke atas hadrat ilahi dengan limpahan rahmat ruang masa
kerja yang diberikan dan kesihatan serta petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus ini
dengan sempurna.
Kerja kursus ini dapat saya laksanakan dengan sempurna.Hasil kerja ini adalah
atas bantuan pelbagai pihak.Terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang
bertungkus-lumus membantu saya dalam menyiapkan tugasan e-folio ini.
Dalam kesempatan ini , saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz
Abdul Ghani , iaitu pensyarah yang membimbing saya kerana banyak membantu dan
membimbing dalam menyiapkan kerja e folio ini.Beliau banyak memberi penerangan
cara melakukan kerja kursus ini.
Akhir sekali , saya berharap dapat mempelajari banyak ilmu pengetahuan tentang
kerja kursus ini.
DEFINISI SAINS
sains dan islam mempunyai banyak
persamaandengan penakrifan ayat-ayat
Al-Quran iaitutanda-tanda kebesaran
Allah SWT
DEFINISI TEKNOLOGI
suatu aspek penghasilan sains yang
sifatnya memudahkan sesuatu.
Sekiranya ia dihasilkan dengan niat
yang baik dan digunakan dengan betul
maka ia boleh mensejahterakan hidup
manusia
DEFINISI ICT
ICT atau dikenali dengan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi merangkumi
aspek teknologi maklumat dan
komunikasi. Taknologi maklumat
ditakrifkan sebagai teknologi yang
digunakan oleh individu mengumpul
data dan menganalisis data menjadi
maklumat berguna dan bermakna serta
menghasilkan maklumat dalam pelbagai
bentuk seperti teks, grafik, suara,
animasi dan maya
PENGENALAN
Menurut kamus dewan adisi keempat, penyalah gunaan adalah perihal iaiti perbuatan
menyalahgunakan sesuatu tak kira dadah ,kuasa, mahupun tenaga dan kepakaran.
Dalam bahasa inggeris iaitu,misuse (menyalahgunakan) yang bermaksud penggunaan
yang salah tidak betul;salah guna(Dictionary.com)
Penyalahgunaa ICT ini selalunya terjadi di kalangan masyarakat anak-anak muda kerana
mereka suka sangat mengambil tahu tentang ICT ini. Dengan itu,terdapat beberapa
punca daripada permasalahan tersebut mendatangkan kesan negatif pada mereka
Oleh itu,kami akan menerangkan apakah penyalahgunaan ICT dari sudut pandangan
islam,beberapa punca,akibat dan cara untuk menangani permasalahan penyalahgunaan
ICT dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Peranan ICT terhadap perkembangan dakwah dalam era globalisasi
I. Berdakwah sangat penting sebagai proses untuk menegakkan kalimah Allah SWT dan
memeliharakesucian serta kemuliaan ajaran Islam agar terus berkembang untuk seluruh umat di dunia
II. Sebelum berkembangnya ICT, agama Islam disebarkan melalui dakwah yangmenggunakan kaedah
konvensional seperti ceramah, syarahan dan seminar yang disampaikanterus secara lisan kepada
individu atau masyarakat
III. Selepas berlakunya ledakan teknologi maklumat seperti kemudahan mengakses internet
menjadikandakwah lebih meluas dan cepat tersebar. Penggunaan ICT tidak lain dan tidak bukan hanya
untukmembantu memudahkan aktiviti dakwah dan memastikan agar dakwah Islam tidak ketinggalan
serta berkembang seiring dengan kemajuan teknologi yang dicapai.
KESAN DAN CABARAN DUNIA SIBER DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKA
i. Kesan yang mungkin dapat dilihat ialah peningkatan keterlibatan remaja dengan seks luar nikah dan
mengakibatkan kelahiran anak luar nikah. Ini secara tidak langsung mendorong remaja melakukan
perbuatan yang lebih buruk lagi seperti menggugurkan kandungan dan membuang bayi.
ii. *Kebenaran tentang sesuatu maklumat maklumat yang tepat dan benar adalah penting terutamanya jika
ianya mempunyai unsur-unsur keagamaan atau sensitiviti perkauman yang perlu dipastikan
kebenarannya. Selain itu, pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan untuk
menyebarkan berita palsu sehingga menyesatkan orang lain. Hal ini memberi cabaran untuk masyarakat
mencari maklumat yang sahih.
iii. *Setiap orang pasti mempunyai minat dan kesukaan untuk melayari laman-laman web yang tidak
bermoral dan tidak berfaedah sehingga ianya memberikan kesan yang negatif dalam perkembangan
minda dan fizikal manusia.
iv. * Kemudahan melalui ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang
sering dikaitkan dengan teknologi ICT ialah penyebaran fitnah dan gosip oleh satu pihak bagi tujuan
memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Fitnah ini tersebar di laman web, internet, sms,
mms dan media yang lain.
PANDANGAN ISLAM TERHADAP SAINS,TEKNOLOGI DAN ICT
Islam menerima baik segala penemuan, rekaan dan pembaharuan asalkan memberi manfaat
Menjadi satu kefardhuan umat Islam menerokai bidang yang kritikal
Penerokaan dalam bidang S.T &ICT penting supaya setanding dengan barat
Penerokaan bidang ini juga mampu memperlihatkan kekuasaan dan kebesaran Allah dan membantu
tingkatkan keimanan
CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN SAINS TEKNOLOGI DAN ICT
Pemantapan nilai murni dan akhlak individu
Pemantauan dari pihak ibubapa
Pendidikan yang menerapkan kefahaman islam
Penguatkuasaan undang-undang
KESIMPULAN
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dakwah adalah sangat penting danamat perlu dimanfaatkan
semakmsimum mungkin. Program memberi dan meningkatkankemahiran penggunaan teknologi moden dalam
kalangan pendakwah dan ulama mestilahdiadakan dan dipertingkatkan, manakala program pengukuhan ilmu teras
Islam pula diberikankepada para pakar Muslim dalam bidang teknologi agar kelancaran dan keberkesanan
dakwahdapat dicapai.Suatu mekanisma penyelarasan yang berwibawa dan berkesan mestilah dibentuk
bagimempastikan kegiatan dakwah menerusi teknologi terkini dapat dilaksanakan dengan teratur danrapi serta
menepati pada golongan sasaran. Suatu gabungan dan jalinan yang kuat antara pakar- pakar Muslim dalam pelbagai
bidang dan antara institusi dan organisasi Islam yang berwibawahendaklah diusahakan.