The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roslina198031, 2021-09-22 09:54:59

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-31

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2021

● ●

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI NYIOR
JALAN SUNGAI NYIOR

BUTTERWORTH, PULAU PINANG

MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBUBAPA & GURU

KALI KE-31 (2021/2022)

AHAD
26 SEPTEMBER 2021

9.00 PAGI
KEDIAMAN MASING-MASING

1

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2021

● ●

1. Atur Cara Majlis
2. Agenda Mesyuarat Agung PIBG
3. Notis Mesyuarat Agung PIBG
4. Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/ 2021
5. Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung

PIBG
6. Minit Mesyuarat Agung Ke-30 Sesi 2020 / 2021
7. Laporan Tahunan PIBG Sesi 2019 / 2020
8. Kehadiran AJK PIBG
9. Penyata Kewangan Tahunan PIBG 2020
10. Senarai AJK PIBG (Baharu) Sesi 2021 / 2022
11. Sekalung Penghargaan

2

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2021

● ●

Pendaftaran Ibu Bapa online
Bacaan Doa

Ucapan Yg Berusaha Pn. Nurzaini bt Osman
Guru Besar SK Sungai Nyior

Ucapan Yg Berusaha En. Bustaman Mazuki bin Razmi
Yang Dipertua PIBG SK Sungai Nyior

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG
Sesi 2020 / 2021

Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 31 dijalankan
Majlis Bersurai

3

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2021

● ●

1. Ucapan Penasihat (Pengetua / Guru Besar)
2. Ucapan Pengerusi (YDP PIBG) 2020/2021
3. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan

yang lalu
4. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan sesi 2020/2021
5. Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan

berakhir 31 Disember 2020 (tahun sebelumnya)
6. Membahaskan Usul-usul Jika Ada
7. Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2021/2022
8. Pemilihan Juruaudit Dalaman (2 orang)
9. Hal-hal lain
10. Ucapan Penangguhan

4

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2021

● ●

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU Tel : 04-3236282
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI NYIOR
JALAN SUNGAI NYIOR

Ruj kami : SKSN(PENT)100-8/3Jld2( )
Tarikh : 01 SEPTEMBER 2021

Kepada
Ibubapa/penjaga

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 31

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak sekolah akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SK Sungai Nyior seperti
ketetapan berikut :

Tarikh : 26 September (Ahad)
Tempat : Di kediaman masing-masing
Masa : 9.00 Pagi

3. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang usul untuk dibentangkan dalam Mesyuarat
Agung, sila isikan ‘Google form’ yang telah diberikan sebelum atau pada 9 September 2021
(Rabu). Sekiranya terdapat sebarang perubahan tarikh Mesyuarat Agung PIBG, akan
diberitahu kelak.

4. Kehadiran tuan/puan amat diharapkan bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali
ke-31 ini. Sebarang perubahan tarikh akan diberitahu kelak. Kerjasama tuan/puan sangat
dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan amanah,

(A’BIDAH BINTI AHMAD)
Setiausaha Kehormat
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Sungai Nyior.

Sekian, terima kasih.

sk : Fail PIBG
Fail Sekolah

5

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2021

● ●

AHLI JAWATANKUASA PIBG
SK SUNGAI NYIOR
SESI 2020/2021

PENASIHAT : PN. NURZAINI BT OSMAN

YANG DIPERTUA : EN. BUSTAMAN MAZUKI BIN RAZMI

NAIB YANG DIPERTUA : PN. CHRISTINE KOMALA

SETIAUSAHA : CIK A’BIDAH BT AHMAD

BENDAHARI : PN. AMBIGAI A/P RAMACHANDRAN

AHLI JAWATANKUASA : WAKIL IBU BAPA
PN. LEENA A/P CHANDRABALAN
PN. RENUGAH A/P M.ANGGAMUTHU
PN. FADLISA BT FADZIL
PN. NOR MALIZA BT MUHD ZABIDIN
PN. AMI SAUFIAH BT AHMAD MALKAN

WAKIL GURU
PN. NORMA BT MAT SAAD
PN. MUNIROH BT MUSA
EN. RAMADHAN BIN MOHAMAD YUSOF

JURUAUDIT DALAMAN : PN. ZURAIDA BT IDERIS
PN. MARLIZA BT HARUN

6

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2021

● ●

Jawatankuasa Pelaksana
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke - 31

SK Sungai Nyior 2021

Tarikh : 26 September 2021 (Ahad)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Di kediaman masing-masing
Medium : Telegram

Jawatankuasa Sambutan Jawatankuasa Jemputan dan Buku
Program
1. En. Bustaman Mazuki bin Razmi (YDP PIBG) 1. Cik A’bidah bt Ahmad
2. Pn. Nurzaini bt Osman (Guru Besar) 2. Pn. Roslina bt Basharudin
3. Pn. Hasni bt Saman (PKP) 3. Pn. Ambigai a/p Ramachandran
4. Pn. Asmah bt Yahaya (PKHEM)
5. En. Abdul Ramis bin Abdullah (PKKK) Jawatankuasa Sijil & Cenderahati
6. AJK PIBG 1. Pn. Norma bt Mat Saad
Jawatankuasa Pendaftaran/Kiraan Undi 2. Pn. Normiza bt Mohd Salleh
1. En. Ramadhan bin Mohamad Yusof Pengacara Majlis
2. En. Khairul Azhar bin Ali 1. Pn. Zuraida bt Ideris

Pengerusi Sementara
1. En. Mohd Fadil bin Samsuri

Bacaan Doa Jawankuasa Fotografi & Dokumentasi
1. En. Mohd Fadil bin Samsuri 1. Pn. Muniroh bt Musa

Pencatat Minit
1. Pn. Nor Aziah bt Aziz
2. Cik Rosnah bt Ariffin
3. Cik Nor Syahirah bt Abu Bakar
4. Pn. Celiana bt Abdullah

7

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2021

● ●

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU Tel : 04-3236282
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI NYIOR Faks : 04-3236282
JALAN SUNGAI NYIOR

12100 BUTTERWORTH
SEBERANG PERAI UTARA

PULAU PINANG

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEK. KEB. SUNGAI NYIOR KALI KE- 30 SESI 2020 / 2021

TARIKH : 19 FEBRUARI 2020
HARI : RABU
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : DANDELION HALL SEK. KEB. SUNGAI NYIOR

1.0 Ucapan Penasihat - Pn. Nurzaini Binti Osman (Guru Besar)

1.1 Ucapan selamat datang dan ucapan terima kasih kepada semua AJK
PIBG serta waris kerana sudi hadir bagi dua program yang dijalankan
serentak iaitu Mesyuarat Agung PIBG dan penyerahan wang Bantuan
Awal Persekolahan (BAP) 2020. Seramai 61 buah keluarga telah
terpilih untuk menerima bantuan kali ini.

1.2 Beliau memaklumkan Mesyuarat Agung PIBG adalah satu platform
yang sesuai untuk penyebaran maklumat pendidikan khususnya.
Terdapat empat cabang bidang yang akan dibincangkan dalam
mesyuarat setiap kali perjumpaan setiap tahun antaranya :

1.2.1 Pentadbiran

Pentadbiran ini lebih menjurus kepada penyelanggaraan sekolah.
Sumbangan sehingga hari ini hampir setengah juta telah
diperuntukkan. Yang terbaru sumbangan komputer dan penghawa
dingin oleh YAB Lim Guan Eng Ahli Parlimen Bagan.

1.2.2 Kurikulum

Kurikulum memainkan peranan yang sangat penting dalam
menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Ini telah dibuktikan dengan
pencapaian PPSR (UPSR) SK Sungai Nyior yang telah diduduki oleh
15 orang calon sekolah ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua guru
tahun enam khususnya termasuk ibu bapa kerana banyak menyokong
dan membantu dalam peningkatan PPSR (UPSR) di sekolah ini.
Seramai 13 daripada 15 orang murid telah lulus. Ucapan tahniah juga
dizahirkan buat semua panitia kerana menunjukkan prestasi
cemerlang lulus 100% kecuali Matematik, namun, matematik

8

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2021

● ●

menunjukkan meningkatan berbanding tahun lepas. Keputusan
keseluruhan adalah seperti berikut :-

SUBJEK % LULUS
Bahasa Melayu (Pemahaman) 100%
Bahasa Melayu (Penulisan) 100%
Bahasa Inggeris (Pemahaman) 100%
Bahasa Inggeris (Penulisan) 100%
Sains 100%
Matematik 86.67%

Bagi memastikan kejayaan sekolah berterusan, pihak sekolah telah
membuat perancangan awal bagi membantu murid-murid
bermasalah dalam pelajaran khususnya dalam subjek teras.
Bilangan murid yang belum menguasai kurang 40% agak ramai
khususnya bagi murid tahun 4 & 5. Ibu bapa memainkan peranan
penting membantu anak-anak di rumah terutamanya dalam
menyiapkan kerja sekolah dan sentiasa mengingatkan mereka
membawa buku ke sekolah. Sekiranya terdapat murid yang tidak
hadir ke kelas tambahan ibu bapa perlu segera memaklumkan
kepada pihak sekolah. Sumbangan makanan oleh waris untuk
murid-murid yang menghadiri kelas tambahan adalah sangat di alu-
alukan.

Antara program yang telah dirancang adalah Program Intervensi
Tahap 1 dan 2 iaitu selepas waktu pulang dari sekolah dan juga
pada awal waktu persekolahan antaranya :-

PROGRAM WAKTU
Kelas Cepat Pulih (CePu) Tahun 1,2,& 3 1.00 - 2.00 Petang
Kelas Permata Hati (Tahun 4 & 5) 2.00 - 3.30 Petang
Kelas Tambahan Tahun 6 2.00 - 3.30.Petang
Kelas Sayang Tahun 6 7.15 - 7.40 Pagi

1.2.3 Hal Ehwal Murid

Program Ziarah Cakna yang telah dilancarkan oleh pihak PPD akan
dilaksanakan oleh semua sekolah di seluruh Negeri Pulau Pinang.
Seramai 10 orang murid yang kurang berkemampuan telah dikenal
pasti. Sumbangan daripada ibu bapa seperti barangan keperluan
dapur amat di alu-alukan. Barangan yang diperolehi akan dikumpul
dan diagihkan mengikut keperluan. Ziarah Cakna ini akan
dilaksanakan bermula pada 28 Februari 2020. Program ini akan
berlanjutan sehingga bulan November 2020.

9

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2021

● ●

Murid yang menghadapi masalah ketidakhadiran ke sekolah
perlulah diiringi dengan surat daripada doktor sekiranya sakit atau
secara bertulis dari waris sekiranya ada perkara-perkara penting
yang lain. Sekiranya tidak ada sebarang sebab murid akan
dipanggil berjumpa dengan Guru Besar untuk diambil tindakan
selanjutnya.

1.2.4 Kokurikulum

Pada tanggal 21 Januari 2020 pihak sekolah telah menghantar 3 orang
wakil murid bagi menyertai pertandingan Merentas Desa Peringkat
Negeri di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Pada tarikh 4 Februari 2020 seramai 40 orang pelajar yang terdiri

daripada murid-murid tahun 5 dan 6 dengan diiringi tiga orang guru

telah membuat lawatan ke Techno Dome di Komtar Pulau Pinang dan

segala perbelanjaan seperti tambang bas, tiket masuk dan makanan

telah dibiayai sepenuhnya oleh YB Satees a/l Muniandy Adun

Bagan.

Pihak sekolah telah menerima wang sebanyak RM12,000 berupa
voucer buku terbitan Syarikat Pelangi melalui pertandingan “Frog
Heroes”.

Pihak sekolah turut menyertai Perlawanan Bola Jaring Peringkat
MSSPP yang di adakan pada 13 Februari 2020 di padang sekolah SK
Taman Senangan dan hanya mampu memperolehi sijil penyertaan.
Ibu bapa yang mempunyai pengalaman, kemahiran dan sebagainya
dalam sebarang permainan dialu-alukan bagi sama-sama membantu
pihak sekolah dalam menyumbang tenaga sebagai jurulatih pasukan
sekolah demi kejayaan anak-anak SKSN.

Ibu bapa dialu-alukan untuk bersama-sama membantu pihak sekolah
bagi menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah yang akan di
adakan pada 6 Mac 2020 (Jumaat). Pada hari tersebut Pihak
McDonalds akan turut menyumbang air minuman dan mascot secara
percuma.

10

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2021

● ●

1.3 Program-program sekolah yang bakal dijalankan sepanjang tahun2020
memerlukan kerjasama waris dan bersedia membantu memberi
sumbangan berupa kewangan dan keperluan adalah seperti :-

Bil Program/Aktiviti Kadar Kutipan/
Sekeluarga

1. Program Kemenjadian Murid Tahun 6. RM100.00
2. Kem Kepimpinan RM 30.00
3. Lawatan Sambil Belajar (Akademik) RM 50.00
4. Perkhemahan Perdana Peringkat Sekolah RM 25.00
5. Gotong-royong Perdana RM 10.00
6. Karnival Kemuncak Kokurikulum RM 10.00
7. Permuafakatan Waris RM 20.00
8. Hari Kanak-kanak RM 15.00
9. Sukan Tahunan Sekolah RM 10.00
10. Karnival STEM dan Robotik RM 30.00
11. Ko-akademik Peringkat Daerah RM 10.00
12. Majlis Mohon Restu Tahun 6 RM 20.00
13. Hari Anugerah Kecemerlangan RM 10.00

1.4 Pihak sekolah mencadangkan sumbangan RM 100 diteruskan bagi
melancarkan aktiviti-aktiviti untuk program kemenjadian murid Tahun 6
dalam pembangunan Kurikulum, sahsiah dan kokurikulum. Cadangan
tersebut perlu persetujui dan di sokong oleh semua ibu bapa murid
tahun 6 yang hadir. Cadangan dan sokongan diperlukan semasa
bermesyuarat.

1.5 Sumbangan untuk Program Kemenjadian Murid Tahun 6 masih di
perlukan sebanyak RM100 manakala sumbangan PIBG bagi
setiap keluarga ditetapkan seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu
RM50.

Dicadang Oleh : Pn. Renugah a/p M. Anggamuthu
Disokong Oleh : Pn. Vanajah a/p Ramu

(Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut)

11

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2021

● ●

Guru besar berharap semua waris akan bersetuju untuk kutipan
sumbangan PIBG bagi tahun 2020 iaitu RM50 bagi satu keluarga.
Sekiranya terdapat waris yang tidak mampu untuk membayar sekali
gus, maka bolehlah di bayar secara ansuran.

Kutipan sumbangan PIBG bagi tahun 2019 akan dikutip setelah
mendapat surat maklumbalas daripada pihak JPNPP.

2.0 Ucapan YDP PIBG - Pn. Zarini Binti Muhammad

2.1 Beliau melahirkan perasaan bersyukur kerana dapat bersama-sama
dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-30 dan mungkin kali terakhir
beliau sebagai YDP sebelum mengundur diri kerana melanjutkan
Pelajaran dalam bidang berkaitan. Beliau mengalu-alukan kehadiran
ibu bapa dan guru ke Mesyuarat Agung kali ini.

2.2 Beliau memohon kerjasama daripada semua ibu bapa agar dapat
berjumpa pihak sekolah sekiranya menghadapi sebarang masalah
berkaitan anak masing-masing dan kemukakan sebarang cadangan
sekiranya ia dapat membantu pihak sekolah.

2.3 Beliau berharap mesyuarat hari ini dapat berjalan lancar dan mendapat
kerjasama dari semua pihak terutamanya dalam proses pelantikan
AJK PIBG yang baharu.

2.4 Beliau berharap sekolah akan terus berjaya mencapai sasaran pada
masa-masa akan datang dan akan tetap memberikan sokongan dan
bantuan sekiranya diperlukan.

3.0 Pembentangan, dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-29

Dibentangkan oleh : Cik A’bidah bt Ahmad
Disahkan oleh : Pn. Rosyiati bt Ishak
Disokong oleh : Pn. Renugah a/p M.Anggamuthu

4.0 Perbentangan Laporan Kewangan PIBG sesi 2019/2020

Dibentangkan oleh : Pn. Ambigai a/p Ramachandran
Disahkan oleh : En. Mickey bin Massongim
Disokong oleh : Pn. Leena a/p Chandrabala

12

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2021

● ●

5.0 Membahaskan usul-usul

5.1 Usul 1

Pembawa Usul : En. Muhammad Azizi bin Hassan (Anak Tahun 4
Alamanda)

Isu : Pakaian Sukan

Usul : 1) Memperbanyakkan saiz seluar sukan, saiz baju
rumah sukan dan saiz baju IMIS. Itu sahaja,sekian.

Tindakan Isu

Guru Besar Pn. Nurzaini bt Osman memberitahu bahawa kedai buku
sekarang sudah bertukar kepada pembekal yang baharu. Waris perlu
memberi ruang dan masa untuk penambahbaikan. Pembekal akan
sedaya upaya cuba mendapatkan stok untuk simpanan pada masa-
masa akan datang memandangkan sekolah agak kecil dan murid
tidak ramai. Kos agak tinggi sekiranya menempah dalam jumlah yang
sedikit. Pembekal terpaksa menanggung kos yang agak besar.

5.2 Usul 2
Pembawa Usul : Pn. Suraya Hanum bt Jahangir (Anak tahun 4
Alamanda)

Isu : Kedai Buku
Usul
: 1) Harga alat tulis mahal

2) T-shirt sukan sentiasa tiada stok. Bila ditanya,
jawapannya nak clearkan stok lama.

3) Lencana sekolah pun tak ada stok (saya nak beli
pada hari ke-2 persekolahan
3/1/2020).Sepatutnya mereka yang berkaitan
(penjaga kedai buku kenalah sediakan stok
keperluan pelajar sewaktu sesi membeli buku
tulis (yang dibuka penghujung Disember setiap
tahun). Saya hadapi perkara yang sama selama
3-4 tahun berturut-turut.

Tindakan Isu

Guru Besar Pn. Nurzaini bt Osman memaklumkan bahawa waris harus
memahami apabila terdapat peralihan pembekal, maka ia akan
mengambil sedikit masa ke arah perubahan. Berkaitan alat tulis yang
agak mahal adalah disebabkan oleh pembekal mendapatkan barang
dengan harga yang sedikit tinggi kerana membeli dengan jumlah yang

13

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2021

● ●

sedikit iaitu dikatakan tidak mendapat pulangan modal. Ibu bapa
mungkin boleh membantu dengan membeli sambil menderma. Untuk
pengetahuan semua waris, pembekal juga ada memberi sedikit
sumbangan kepada pihak sekolah untuk kegunaan murid-murid juga.

5.3 Usul 3

Pembawa Usul : En. Syed Abu Thahir bin Seeni Pakir (Anak Tahun 5
dan 1 Alamanda)

Isu : Penggunaan Bahasa Inggeris

Usul : 1) Saya cadang bahawa pihak guru perlu berbahasa
Inggeris kepada murid. Ini akan memuaskan
Bahasa Inggeris. Dan guru-guru memberi
pandang kepada murid dalam pelajaran.

Tindakan Isu

Pn. Nurzaini bt Osman selaku penasihat menjelaskan bahawa pihak
sekolah telah menyediakan pelbagai program Intervensi untuk
memantapkan penggunaan Bahasa Inggeris, antaranya Program
Rintis Jaya, Program Masa Itu Emas, Program Mentor Mentee serta
Program HIP. Guru Besar juga memohon kerjasama ibu bapa supaya
bercakap dalam Bahasa Inggeris di rumah sekurang-kurangnya
seminggu 2 atau 3 kali. Ini bagi membiasakan murid dengan bahasa
tersebut.

5.4 Usul daripada waris yang tidak hadir tidak dibincangkan.

6.0 Pembubaran AJK PIBG sesi 2019/2020 dan perlantikan AJK PIBG sesi
2020/2021

6.1 Pn. Zarini bt Muhammad selaku YDP PIBG sesi 2019/2020
membubarkan jawatankuasa secara rasminya dan En. Mohd Fadil
telah dilantik menjadi pengerusi sementara untuk pemilihan AJK bagi
sesi 2020/2021

7.0 Perlantikan Ahli Jawatankuasa sesi 2020/2021
AJK PIBG sesi 2020/2021 dipilih berdasarkan turutan undian tertinggi dan
berikutnya.

14

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2021

● ●

Yang Dipertua
En. Bustaman Mazuki bin Razmi

Dicadang Oleh : Pn. Roslina bt Basharudin
Disokong Oleh : Pn. Vanajah a/p Ramu

Naib Yang Dipertua : Pn. Renugah a/p M. Anggamuthu
Pn. Christine Komala : Pn. Vanajah a/p Ramu

Dicadang oleh
Disokong oleh

Setiausaha

Cik A’bidah bt Ahmad
(Lantikan Sekolah)

Bendahari

Pn. Ambigai a/p Ramachandran
(Lantikan Sekolah)

Ahli Jawatankuasa Waris

1. Pn. Leena a/p Chandrabala

Dicadang Oleh : Pn. Renugah a/p M. Anggamuthu
Disokong Oleh : Pn. Vanajah a/p Ramu

2. Pn. Renugah a/p M.Anggamuthu
Pn. Fadlisa bt Fadzil
Pn. Nor Maliza bt Muhd Zabidin
Pn. Auni Saufiah

Dicadang Oleh : Pn. Roslina bt Basharudin
Disokong Oleh : Pn. Zarini bt Muhammad

Ahli jawatankuasa Guru (Lantikan Sekolah)

1. En. Ramadhan bin Mohamad Yusof
2. Pn. Muniroh bt Musa
3. Pn. Norma bt Mat Saad

15

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2021

● ●

Juruaudit : Pn. Zuraida bt Ideris
: Pn. Fauziah bt Mohamad Ekbal
1. Pn. Marliza bt Harun

Dicadang Oleh
Disokong Oleh

2. Pn. Zuraida bt Ideris
(Lantikan Sekolah)

8.0 Hal-hal lain

8.1 Guru Besar berharap agar AJK yang baharu dapat memberikan
kerjasama sepenuhnya bagi setiap program yang dijalankan.

8.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada AJK 2019 yang banyak
membantu sekolah melancarkan aktiviti dan program sekolah.

9.0 Ucapan Penangguhan

9.1 YDP sesi 2020/2022 , En. Bustaman Mazuki bin Razmi mengucapkan
terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir. Beliau
berterima kasih di atas kepercayaan semua yang memilih beliau dan
AJK-AJK PIBG yang baharu dan berharap dapat bersama-sama
membantu pihak sekolah.

9.2 YDP juga berharap ibu bapa yang lain juga turut bersama-sama
memberi sokongan dan cadangan untuk kemajuan sekolah.

9.3 YDP telah menangguhkan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-30 pada jam
4.55 Petang

9.4 Peratusan kehadiran Ibu Bapa pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-30
bagi tahun 2020 adalah 66%, manakala peratusan guru adalah
sebanyak 100%.

Disediakan oleh Disahkan oleh

CIK A’BIDAH BINTI AHMAD PN. NURZAINI BINTI OSMAN
SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG GURU BESAR
SK SUNGAI NYIOR SK SUNGAI NYIOR

Disemak oleh

EN. BUSTAMAN MAZUKI BIN RAZMI
YANG DIPERTUA PIBG
SK SUNGAI NYIOR

16

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2021

● ●

LAPORAN TAHUNAN
PIBG SEK.KEB SUNGAI NYIOR

SESI 2020 / 2021

Pernyataan Tentang PIBG

 Persatuan ibu bapa dan guru sesi 2020/2021 telah ditadbir oleh Jawatankuasa
yang dipilih pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-30 bertarikh 19 Februari 2020
bertempat di Dewan Dandelion Sekolah Kebangsaan Sungai Nyior.

 Peranan PIBG SKSN adalah untuk membantu pihak sekolah dalam bidang
akademik, kokurikulum disamping bekerjasama menangani masalah yang
dihadapi oleh pihak sekolah terutama dalam usaha meningkatkan pencapaian
akademik, sahsiah, kemudahan pembelajaran dan keceriaan sekolah.

Mesyuarat

Sepanjang sesi 2020/2021, Jawatankuasa telah bermesyuarat sebanyak sekali
sahaja di sebabkan pendemik covid-19 yang melanda seluruh dunia menyebabkan
banyak aktiviti di sekat termasuk pendidikan

Aktiviti

1. AJK turut serta dalam pemberian bantuan kepada keluarga yang terjejas
pendapatan mereka akibat pendamik covid-19.

2. AJK turut serta dalam Majlis Sanjungan Budi yang di buat secara ringkas
mengikut SOP sempena persaraan Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Hjh
Maznah binti Hj. Abdullah pada 26 Mac 2021.

3. Turut memberikan sumbangan duit raya pada Majlis Khatam Al-Quran
4. Turut memberikan sumbangan bantuan Hari Raya berbentuk barang

keperluan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

17

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2021

● ●

Infrastruktur Sekolah

1. Penebangan pokok dalam kawasan sekolah.
2. Pembinaan semula tembok di bahagian belakang kawasan sekolah.
3. Pemasangan jarring pada tingkap bilik darjah.
4. Pemasangan papan tandan ama sekolah.
5. Pemasangan bumbung di laluan pintu kecil dan tapak aktiviti murid (Anjung

Lotus).
6. Pemasangan pendingin hawa di bilik-bilik khas.

Perancangan Aktiviti 2020 / 2021

1. Gotong-royong Perdana
2. Permuafakatan Waris
3. Hari Kanak-kanak
4. Karnival Kemuncak Kokurikulum
5. Sukan Tahunan Sekolah
6. Hari Anugerah Kecemerlangan
7. Program Kemenjadian MuridTahun 6
8. Ko-akademik Peringkat Daerah
9. Karnival STEM dan Robotik
10. Lawatan Sambil Belajar (Akademik)
11. Majlis Mohon Restu Tahun 6
12. Perkhemahan Perdana Peringkat Sekolah

18

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2021

● ●

KEHADIRAN MESYUARAT
AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020

TARIKH MESYUARAT

BIL NAMA JUMLAH
12.03.2021

1. Pn. Nurzaini bt Osman (Penasihat) / 1/3
2. En. Bustaman Mazuki bin Razmi (YDP)
3. Pn. Christine Komala (NYDP) / 1/3
4. Cik A’bidah bt Ahmad (Setiausaha)
5. Pn. Ambigai a/p Ramachandran (Bendahari) / P C 1/3
6. Pn. Renugah a/p M. Anggamuthu (AJK Ibu bapa)
7. Pn. Nor Maliza bt Muhd Zabidin (AJK Ibu Bapa) / E O 1/3
8. Pn. Fadlisa bt Fadzil (AJK Ibu Bapa)
9. Pn. Ami Saufiah bt Ahmad Malkan (AJK Ibu Bapa) / N V 1/3
10. Pn. Leena a/p Chandrabala (AJK Ibu Bapa)
11. En. Ramadhan bin Mohamad Yusof (AJK Guru) / D I 1/3
12. Pn. Muniroh bt Musa (AJK Guru)
13. Pn. Norma bt Mat Saad (AJK Guru) / E D 1/3

/M 1/3

/ I 1 1/3

/ K 9 1/3

/ 1/3

/ 1/3

/ 1/3

19

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2021

● ●

20

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2021

● ●

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG (BAHARU) SESI 2021/2022

PENASIHAT PN. NURZAINI BINTI OSMAN (GURU BESAR)
: ………………………………………………………………

YANG DIPERTUA : ……………………………………………(UNDI)…………

NAIB YANG DIPERTUA : ……………………………………………(UNDI)…………
SETIAUSAHA : …C…IK…A’…BI…DA…H…BI…NT…I A…H…MA…D…(L…an…tik…an…S…eko…la…h)
BENDAHARI
PN. AMBIGAI A/P RAMACHANDRAN (Lantikan Sekolah)

: ………………………………………………………………

AHLI JAWATANKUASA WARIS :
1. ………………………………………………………………………(UNDI)………...
2. ……………………………………………………………………….(UNDI)…………
3. ……………………………………………………………………… (UNDI)…………
4. ……………………………………………………………………… (UNDI)…………
5. .………………………………………………………………………(UNDI)…………

AHLI JAWATANKUASA GURU :

EN. RAMADHAN BIN MOHAMAD YUSOF (Lantikan Sekolah)

1. ………………………………………………………………….

PN. MUNIROH BINTI MUSA (Lantikan Sekolah)

2. .…………………………………………………………………
PN. NORMA BINTI MAT SAAD (Lantikan Sekolah)

3. ….………………………………………………………………

JURUAUDIT
PN. ZURAIDA BINTI IDERIS (Lantikan Sekolah)

1. ….………………………………………………………………………(UNDI)………..

2. …………………………………………………………………………..(UNDI)………..

21

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2021

● ●

Sekalung Penghargaan

Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Sungai Nyior Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

dan terima kasih

kepada
Seluruh Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG

SK Sungai Nyior Kali ke- 31

dan
Semua waris yang telah memberi kerjasama dalam

menjayakan majlis ini

serta
Semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan mesyuarat ini

dengan jayanya.

22

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 2021

● ●

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………..
….……………………………………………………………………….

….……………………………………………………………….

23


Click to View FlipBook Version