N o ta Sejarah
Mari Belajar......
PERLUASAN KUASA BRITISH DI NEGERINEGERI SELAT (NNS)
British menggalakkan ekspedisi ke Timur untuk meningkatkan kekayaan melalui perdagangan. Petempatan strategik ini penting bagi memenuhi keperluan perdagangan dan keselamatan British di Alam Melayu. Persaingan kuasa Barat seperti Belanda dan Perancis menyebabkan British berusaha mendapatkan petempatan baharu bagi menjamin kepentingan British di Timur. British menggunakan pelbagai strategi untuk menduduki Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pengenalan
Latar Belakang Pulau Pinang, Singapura & Melaka Sebelum Perluasan Kuasa British PULAU PINANG Merupakan wilayah Kesultanan Kedah. Menjadi pelabuhan dagang daerah serantau. Batu Uban merupakan pelabuhan paling awal dibuka. Sering dikunjungi oleh pedagang-pedagang Arab. SINGAPURA Merupakan wilayah Kesultan Johor Riau. Meliputi Pahang, Johor dan Kepulauan Riau Lingga. Ditadbir oleh Temenggong Abdul Rahman. Sultan Abdul Rahman merupakan pemerintah Kesultanan Johor Riau. MELAKA Merupakan kerajaan Alam Melayu yang unggul pada abad ke-15. Tahun 1511 : ditawan oleh Portugis, Tahun 1641-1824 : menjadi tanah jajahan Belanda. Menjadi pusat pengumpulan bijih timah dari negeri-negeri Melayu. Betawi di Pulau Jawa sebagai pusat perdagangan utama.
1. PUSAT PENGUMPULAN BARANG British memerlukan barang dari China terutamanya teh. China mahukan emas, bijih timah dan rempah ratus sebagai tukaran. Hanya boleh diperoleh di Alam Melayu. 2. PELABUHAN PERSINGGAHAN Laluan perdagangan di antara India dan China. Tempat membaiki kapal, mendapatkan bekalan makanan serta berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun. 3. PANGKALAN TENTERA Pangkalan tentera laut di Bombay sukar mengawal petempatan British di Pantai Timur India iaitu Madras. Pangkalan yang strategik bertujuan mempertahankan petempatan di India daripada tentera Perancis dan menghadapi saingan Belanda di Alam Melayu. Perluasan Kuasa British Di Pulau Pinang KEDUDUKAN STRATEGIK PULAU PINANG MEMENUHI KEPERLUAN BRITISH
Kesultanan Kedah tergugat kerana wujudnya dua isu iaitu perebutan takhta Kesultanan Kedah dan ancaman Siam. Keadaan ini membuka peluang kepada British untuk melakukan tipu helah bagi menduduki Pulau Pinang. Kronologi Pendudukan British Di Pulau Pinang https://youtu.be/zQ9QQJTmmQ?si=AyHZYx77-3-u1a9x
British memerlukan pelabuhan yang lebih strategik untuk bersaing dengan Belanda di Alam Melayu. Kedudukan Singapura di bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu dapat mengawal kegiatan perdagangan Selat Melaka dan Selat Sunda. Singapura boleh memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan hasil-hasil ekonomi Alam Melayu. Perluasan Kuasa British Di Singapura KEPENTINGAN SINGAPURA KEPADA BRITISH
Stamford Raffles dan William Farquhar tiba di Singapura pada January 1819. Mereka mengadakan perjanjian awal dengan pentadbir Singapura iaitu Temenggong Abdul Rahman untuk mendirikan petempatan di Singapura. Stamford Raffles memanipulasikan isu perwarisan takhta Kesultanan Johor Riau. Pertapakan British Di Singapura Video Kronologi British Di Singapura
PERJANJIAN 6 FEBRUARI 1819 Stamford Raffles menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman. KESAN PERJANJIAN Petempatan British di Singapura diiktiraf. British menaikkan bendera Union Jack di Singapura pada 13 Februari 1819. William Farquhar (1819-1823) dilantik sebagai Residen pertama Singapura. PERJANJIAN 2 OGOS 1824 Residen Singapura, John Crawfurd (1823-1826) menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman. KESAN PERJANJIAN Singapura diserahkan kepada British untuk selama-lamanya. Sultan dan Temenggung hilang kedaulatan ke atas Singapura. Sebagai ganti, Sultan dan Temenggung diberikan bayaran pampasan dan pencen bulanan seumur hidup. Perluasan Kuasa British Di Singapura PERJANJIAN MENGUKUHKAN KUASA BRITISH DI SINGAPURA
Setelah berjaya menguasai Pulau Pinang dan Singapura, British dapat menguasai Melaka melalui strategi pakatan dengan Belanda. FAKTOR PAKATAN BRITISH-BELANDA 1.MENAMATKAN PERTIKAIAN BRITISH-BELANDA BERKAITAN SINGAPURA British berjaya memajukan Singapura dalam masa yang singkat. Bertekad mempertahankan kedudukan di Singapura. Belanda mendakwa Singapura berada di bawah linkungan pengaruh dan meminta British berundur. 2. DASAR PERSAHABATAN BRITISH-BELANDA DI EROPAH Kedudukan Belanda berdekatan dengan Britain. Belanda perlu berbaik dengan British yang menjaga jajahan Belanda di Timur semasa Perang Napolean. Perluasan Kuasa British Di Melaka
3. PENYELESAIAN UNTUK PENDAMAIAN British-Belanda mahu mengelak peperangan yang pernah berlaku pada abad ke-17 dan 18. Belanda tidak mahu terbeban dengan masalah kewangan. Rundingan ke arah pendamaian perlu dilakukan. KESAN PAKATAN BRITISH-BELANDA Termeterainya Perjanjian London 1824. Menamatkan pertikaian dan hubungan tegang antara dua kuasa Eropah. British dapat menguasai Melaka. Perluasan Kuasa British Di Melaka
Pembentukan dan pentadbiran Negeri-Negeri Selat merupakan penerusan peluasan kuasa British di negara kita. Pelbagai strategi digunakan oleh British untuk menduduki Pulau Pinang, Singapura dan Melaka yang strategik untuk menjamin kepentingan politik dan ekonomi di Alam Melayu. Memberikan iktibar kepada kita agar sentiasa berwaspada terhadap anasir asing yg boleh menggugat kedaulatan negara. Kesimpulan
Masa Kuiz
Mari Scan... i Scan...
THANK you