ISU PEMBENTUKAN KATA BAHARU DAN KESALAHAN KATA DALAM BAHASA MELAYU Tugasan 2 BMMB3203 | MORFOLOGI BAHASA MELAYU TUAN HAJI ABDUL RAHIM BIN OTHMAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
Ahli Kumpulan Nur Maisarah Binti Syahidan Nur Maisarah Binti Zulkifli Nur Sabrina Binti Mohd Sufian
Pengenalan Isu Pembentukan Perkataan Baharu 1 2 Pengenalan Isu Kesalahan Kata 4 Contoh Kesalahan PPB Pengenalan dan Kesimpulan Media Cetak dan Media Elektronik 3 5 Contoh Kesalahan Kata Isi Kandungan 6 Penutup
Pengenalan Isu Pembentukan Perkataan Baharu
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga pembentukan perkataan baharu selalunya muncul atau dicipta dalam sesuatu bahasa dengan tujuan mendukung konsep atau perkara yang baru timbul dalam masyarakat pengguna bahasa itu. Apabila masyarakat itu berkembang, maka banyaklah konsep, benda, proses, keadaan, atau kejadian baharu yang memerlukan perkataan baharu untuk mengungkapkannya. PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU PENGENALAN
Penggunaan popular Proses perancangan bahasa yang rasmi Perkataan baharu timbul dalam sesuatu bahasa melalui dua proses utama: (Dalam media massa, penulisan kreatif) (khususnya dalam bentuk istilah-istilah, mengungkapkan konsep, perkara, benda, keadaan, dan kejadian yang baru muncul dalam bidang ilmu atau ikhtisas tertentu) PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU PENGENALAN
Pengenalan Isu Kesalahan Kata
Kesalahan kata boleh berlaku dalam pelbagai jenis. Antaranya seperti aspek-aspek ejaan, tanda baca, penggunaan kata majmuk, kata hubung, kata sendi dan lain-lain lagi. Kebanyakan kesalahan ini ialah kesalahan penggunaan imbuhan kata kerja men-, ter-, di-, memper-, -kan. Dari segi perbendaharaan kata, kesalahan sering berlaku apabila penggunanya sering menggunakan perbendaharaan kata yang tidak tepat dengan struktur ayat kerana kurang penguasaan perbendaharaan bahasa pertama. ISU KESALAHAN KATA PENGENALAN
Kesalahan kata boleh berlaku dalam pelbagai jenis. Antaranya dalam aspekaspek ejaan, tanda baca, penggunaan kata majmuk, kata hubung, kata sendi dan lain-lain lagi. Kebanyakan kesalahan ini ialah kesalahan penggunaan imbuhan kata kerja men-, ter-, di-, memper-, -kan. Dari segi perbendaharaan kata, kesalahan sering berlaku apabila penggunanya sering menggunakan perbendaharaan kata yang tidak tepat dengan struktur ayat kerana kurang penguasaan perbendaharaan bahasa pertama. Isu kesalahan kata boleh dijumpai dalam media cetak dan media elektronik. ISU KESALAHAN KATA PENGENALAN
Pengenalan Media Cetak
Menurut Kamus Dewan Edisis Keempat media cetak merupakan satu alat atau saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan. Contoh bahan media cetak ialah majalah, surat khabar, buku, papan tanda dan poster. PENGENALAN MEDIA CETAK
Mesin media cetak mempunyai kesan segera dan berkekalan terhadap pemikiran pembaca. Ia adalah kaedah biasa untuk menyebarkan maklumat atau berita mengenai sebarang acara atau tempat tertentu. Oleh kerana jangkauannya yang tidak terhad, perniagaan kerap menggunakannya untuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan mereka. Walau bagaimanapun, jika akhbar, majalah atau mana-mana media cetak lain hanya tersedia di kawasan tertentu, penyebaran mungkin dikekang. PENGENALAN MEDIA CETAK
Pengenalan Media Elektronik
Media elektronik adalah salah satu tenaga elektrik atau elektromekanik digunakan untuk menghantar maklumat kepada semua orang. Media Elektronik, merujuk kepada bentuk media massa, yang mencipta, menyampaikan dan mengakses, berita dan maklumat melalui tenaga elektronik. PENGENALAN MEDIA ELEKTRONIK
Sumber utama media elektronik ialah rakaman audio-visual, persembahan multimedia, kandungan dalam talian dan sebagainya. Ia terdiri daripada semua peranti tersebut, iaitu elektronik seperti televisyen, radio, komputer, telefon bimbit, tablet, dan lain-lain untuk menyampaikan maklumat kepada dan dari penonton. PENGENALAN MEDIA ELEKTRONIK
Mesej yang disampaikan oleh media elektronik boleh diterima oleh orang ramai dalam masa yang singkat. Selain itu, media elektronik juga menggunakan pelbagai audio, video, teks dan grafik dalam satu medium, yang menjadikannya medium yang paling disukai di seluruh dunia. PENGENALAN MEDIA ELEKTRONIK
Kesimpulan Pengenalan Media Cetak dan Elektronik
Kesimpulan Kedua-dua bentuk media massa, iaitu media cetak dan media elektronik, terbukti membantu dalam melaksanakan perubahan dalam tabiat, kepercayaan dan sikap orang. Ia juga membuatkan orang menyedari pelbagai jenis jenayah dan salah laku yang berlaku di dalam masyarakat, dan juga membantu orang ramai untuk mendapatkan maklumat tentang pelbagai dasar kerajaan dan perubahan dalam proses. Namun, penggunaan bahasa juga penting dalam media cetak dan juga media elektronik. Hal ini kerana, kita mengetahui bahawa media-media inilah yang memberikan pengaruh besar terhadap kehidupan seharian terutamanya kanak-kanak yang lebih terdedah kepada teknologi pada masa kini.
Kesimpulan Seterusnya akan dipaparkan beberapa kesalahan pembentukan perkataan baharu dan juga isu kesalahan kata yang terdapat dalam media cetak dan media elektronik. Kesalahan-kesalahan ini juga merupakan satu tabiat yang sering dilakukan oleh pengguna media massa.
Contoh Kesalahan Pembentukan Perkataan Baharu
Media Cetak
'Selfie' "Selfie" merupakan satu perkataan yang banyak digunakan oleh semua golongan tidak kira muda atau tua dan kian menjadi perkataan yang sinonim buat rakyat sehingga ada yang sukar membezakan perkataan ini sama ada berasal dari bahasa asing atau tidak. "Selfie" merupakan sebuah perkataan yang bermaksud swafoto. Penggunaan "selfie" kian berleluasa dan hampir majoriti penduduk menggunakan perkataan di setiap laman platfom media sosial atau penggunaan perkataan harian mereka. Sumber : https://images.app.goo.gl/TDv3tVGPnpZs8L2E7 : https://images.app.goo.gl/NbGLWJZv1hF41HsU6
'Online' juga merupakan salah satu istilah baharu bahasa Melayu. Online dapat diertikan sebagai dalam talian. 'Online' Sumber: https://www.google.com/url? sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2F1525263150830068%2Fpho tos%2Fa.1525264100829973%2F3861950140494679%2F%3Ftype%3D3&psig= AOvVaw24HY3WcnK6abvARW7Y45yJ&ust=1680534482628000&source=image s&cd=vfe&ved=0CBAQjRxqFwoTCKj2jN7Ai_4CFQAAAAAdAAAAABAD
'Hotspot' merupakan perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada "kawasan tumpuan" atau diertikan dengan kawasan panas Media sering menggunakan perkataan "hotspot" untuk merujuk kawasan yang popular yang menjadi tumpuan rakyat Terdapat juga "hotspot" yang dikenali sebagai tempat orang awam mendapatkan capaian internet dan perkataan itu turut menjadi sinonim di bibir setiap penduduk Sumber : https://images.app.goo.gl/DiftHrc9k6wN6z4c8 : https://images.app.goo.gl/cUyFiwCoLVBzxnPr9 'Hotspot'
Jenayah siber merupakan satu istilah baharu dalam bahasa Melayu yang dapat ditakrifkan sebagai jenayah yang berlaku di media sosial atau erti kata lain di siber. Jenayah siber dipanggil sebagai 'cybercrime' dalam bahasa Inggeris. 'Jenayah siber' Sumber: http://ppim4u.blogspot.com/2015/07/2764-kosmo-1572015-wujudkan-mahkamah.html
"Food Truck" merupakan sebuah istilah yang biasa digunakan dan bermaksud kenderaan saji. Malah, kenderaan saji jarang digunakan kerana "food truck" lebih dekat dengan lenturan lidah untuk disebut dan digambarkan. Sumber : https://images.app.goo.gl/c4C7PNdgG85DSGnWA 'Food Truck'
Tanda pagar atau hashtag merupakan antara pembentukan perkataan baharu dalam bahasa Melayu. Penggunaan perkataan ini sangat popular sehinggakan perkataan tersebut menjadi tajuk bagi sesebuah buku. 'Hashtag' Sumber: https://wardahbooks.com/products/hashtagislam
Media Elektronik
'Netizen' Penciptaan perkataan baharu yang popular ini digunakan oleh penulis di media massa seiring dengan penggunaan yang sering digunakan oleh rakyat "Netizen" membawa erti warga internet yang setia memunggah naik komen atau sebarang pendapat mereka di internet terutamanya di media sosial Sumber : https://twitter.com/mstaronline/status/16402803277332 64384?s=46&t=VHq5EPdPuXARt6-UoKOC1A
"Topup" merupakan penyerapan bahasa Inggeris yang dipanggil "Top Up" tetapi seringkali digunakan oleh rakyat sehingga perkataan itu menjadi sebati dengan penggunaan bahasa Melayu Rakyat sering mengaplikasikan perkataan "Top Up" ini dengan menggantikan perkataan "tambah nilai" semasa menambah nilai prabayar. Sumber : https://twitter.com/mstaronline/status/16184640207 13046018?s=46&t=VHq5EPdPuXARt6-UoKOC1A 'Topup'
Penggunaan perkataan 'best' merupakan satu perkataan yang sudah sebati dalam masyarakat Melayu. Perkataan 'best' boleh membawa banyak maksud mengikut ayat. Jika dilihat, 'best' dalam ayat ini, boleh dimaksudkan sebagai sedap. 'Best' * Kesalahan lain yang terdapat dalam ayat di atas dibincangkan pada slaid-slaid seterusnya. Sumber: https://tr-ex.me/terjemahkan/bahasa+inggeris-bahasa+malay/is+best#gref
Viral merupakan satu istilah yang sering digunakan oleh warganet. Viral bermaksud tular. 'Viral' Sumber: https://www.sistemguruonline.my/2019/10/33-istilah-baharu-bahasa-melayu.html Sumber: https://www.astroawani.com/gaya-hidup/penulis-novel-warga-emas-terkejut-jualan-melonjak-selepas-viral-di-tiktok-406451
Contoh, lambang, teladan ialah terjemahan yang tepat bagi "role model" ke dalam Bahasa Melayu. Role model juga merupakan salah satu pembentukan perkataan baharu dalam bahasa Melayu yang telah disenaraikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. 'Role model' Sumber: https://www.facebook.com/myhealthkkm/photos/ibu-bapaadalah-role-model-kepada-anak-anak-ibu-bapa-yang-merokok-di-hadapanana/1211122002272662/
'Trending' 'Trending' merupakan satu istilah baharu dalam bahasa Melayu. maksud trending ialah sohor kini. perkataan ini telah menjadi kebiasaan kepada pengguna media massa. Sumber: https://www.sistemguruonline.my/2019/10/33-istilah-baharu-bahasa-melayu.html Sumber: https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2022/11/02/sungai-buloh-trending-di-twitter-netizen-mahu-hans-isaac-lawan-khairy-jamaluddin
'Throwback' 'Throwback' merupakan satu pembentukan perkataan baharu yang membawa maksud sebagai imbas kembali. Perkataan ini biasanya digunakan untuk mengimbas kembali tentang sesuatu peristiwa. Sumber: https://twitter.com/selangorfc/status/1073081640174346240?s=20
'Pickup line' Pickup line dapat diertikan sebagai kata pikat. Penggunaan perkataan pickup line ini telah menjadi kebiasaan kepada pengguna media massa. Pickup line adalah situasi di mana seseorang ingin mengusik atau memikat hati seseorang yang lain menggunakan perkataan yang dapat mencairkan hati. Sumber: https://www.facebook.com/hotfm976/videos/pick-up-line-hambar-edisi-artis-gengsara-extra/10155028696529271/
Contoh Isu Kesalahan Kata
Media Cetak
Kesalahan yang dapat dikesan dalam papan tanda ini ialah kesalahan ejaan iaitu perkataan "hakmilik". Perkataan yang betul ialah "hak milik" Kesalahan yang kedua ialah kesalahan ejaan iaitu "persendiraian" menjadi "persendirian". Kesalahan ejaan Sumber:
'Tubik' merupakan kesalahan penggunaan dialek di bawah kesalahan kata. 'Tubik' bermaksud keluar. Dalam konteks ini, perkataan 'tubik' tidak sesuai digunakan kerana situasi formal. Sebaliknya menggunakan perkataan 'keluar' . Kesalahan dialek Sumber: https://www.simiey.info/2010/07/only-in-malaysia-i-love-malaysia.html
Kesalahan yang terdapat dalam papan tanda ini ialah kesalahan kata majmuk iaitu "pasaraya" sepatutnya dieja "pasar raya". Hal ini kerana, perkataan pasar raya merupakan kata majmuk mantap. Kesalahan kata majmuk Sumber: https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2F788089257899318%2Fposts%2Fantarakesalahan-ejaan-dan-bahasa-yang-digunakan-pada-papan-tandakesalahanseper%2F938966896144886%2F%3Flocale%3Dhi_IN&psig=AOvVaw2L2Gk1DiHVftoDVDqzcK5K&ust=1680536556041000&source=image s&cd=vfe&ved=0CBEQjhxqFwoTCPC5mODEi_4CFQAAAAAdAAAAABAF
Kesalahan yang terdapat dalam papan tanda tersebut ialah kesalahan ejaan iaitu dalam perkataan "kelinik" yang sepatutnya menjadi "klinik" . Kesalahan ejaan Sumber: http://noorazziramezah.blogspot.com/2012/11/diari-22-iklan.html
Kesalahan yang terdapat dalam buku ini ialah kesalahan ejaan iaitu perkataan "kesusahteraan" sepatutnya dieja menjadi "kesusasteraan" . Kesalahan ejaan Sumber: Azman Rahmat. et al. (2022). Pengnalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan.
Media Elektronik
Kesalahan yang terdapat dalam medium media elektronik ini ialah percampuran kod. Percampuran bahasa Melayu dan Inggeris dalam satu-satu ayat menjadikannya tidak santun apabila dibaca. Contoh ayat "i dah dekat exit Ipoh" sepatutnya menjadi " saya sudah berada di simpang keluar ke Ipoh". Percampuran Kod
Kita perlu menggunakan huruf besar bagi huruf pertama setiap perkataan dalam sesuatu tajuk, kecuali untuk kata sendi dan kata hubung. Semua perkataan 'dari' dalam ayat tersebut perlu menggunakan huruf kecil memandangkan 'dari' ialah kata hubung. Kata hubung Sumber: http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2009/11/penggunaan-huruf-dalam-tajuk.html
Penggunaan huruf besar. Terdapat kesalahan penggunaan huruf besar dalam ayat 'Best Menjilat Jari kau'. Ayat ini merupakan ayat penyata yang tidak memerlukan huruf besar pada setiap pangkal perkataan. Huruf m pada perkataan menjilat dan huruf j pada perkataan jari perlu menggunakan huruf kecil. Sumber: https://tatabahasabm.tripod.com/tata/tbaca.htm
Penggunaan 'ianya' merupakan kesalahan tatabahasa. 'Ia' dan '-nya' merupakan kata ganti nama diri ketiga. Tidak boleh menggunakan dua kata ganti nama berturutan. Penggunaan yang betul ialah ia bukan ianya. Penggunaan 'ianya' Sumber: Koleksi Pedoman Bahasa 2, terbitan tahun 2010, m/s 8
Kesalahan yang dilihat ialah kesalah ejaan menulis. Berikut merupakan halaman bagi pelajar sekolah rendah terutamanya untuk bermain permainan dengan menulis ayat menggunakan dan meletakkan huruf besar di tempat yang betul. Guru perlu peka terhadap pengejaan yang terdapat dalam bahan pengajaran supaya murid tidak terdedah kepada perkara yang salah. Kesalahan ejaan Sumber: https://wordwall.net/ms-my/community/menuli-ayat-dengan-huruf-besar-yang-betul
'Bahasa slanga' bahasa slanga ialah bahasa yang menggunakan kata-kata (ungkapan dsb) yang tidak tergolong dalam bahasa baku (biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi). Perkataan 'lu' dan 'gua' merupakan contoh bagi bahasa slaga. penggunaan bahasa slanga dalam percakapan atau ayat menunjukkan satu sifat kurang ajar yang mampu menggoreskan hati pendengar atau pembaca, selain percakapan tersebut tidak difahami. Sumber; https://ms-my.facebook.com/iqiyimalaysia/videos/582929472824125/ Perkataan lu ditukar menjadi kau dan perkataan gua ditukar menjadi aku