The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAEDAH - PENULISAN
INSTRUMEN - LEMBARAN KERJA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maisarahsyahidan, 2024-03-17 11:57:59

PENILAIAN INSTRUMEN LEMBARAN KERJA

KAEDAH - PENULISAN
INSTRUMEN - LEMBARAN KERJA

KAEDAH PENTAKSIRAN BERBENTUK PENULISAN LEMBARAN KERJA KERJA INDIVIDU TAJUK Nabi muhammad pemimpin agung (Tahun 5) STANDARD KANDUNGAN (SK) 5.3 merumus iktibar dan meneladani keperibadian nabi muhammad sebagai pemimpin secara beradab dan istiqamah STANDARD PEMBELAJARAN (SP) 5.3.3 Menganalisis peranan nabi sebagai seorang pemimpin 5.3.4 Merumus iktibar keperibadian nabi muhammad sebagai pimpinan dan mengamalkannya 5.3.5 Berusaha meneladani keperibadian nabi muhammad sebagai pimpinan unggul secara beradab dan istiqamah AKTIVITI Set Induksi: Murid ditayangkan video dan lagu berkenaan dengan peranan Nabi Muhammad sebagai seorang pemimpin. Langkah 1: Murid mendengar penerangan berkenaan dengan peranan Nabi Muhammad sebagai seorang pemimpin oleh guru. Langkah 2: Murid membaca petikan berkenaan peranan nabi sebagai seorang pemimpin. Murid berbincang dalam kumpulan menyeneraikan peranan nabi sebagai seorang pemimpin berdasarkan teks. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan. Langkah 3: Murid diberi penerangan tentang iktibar daripada kepimpinan Nabi Muhammad. Murid melengkapkan lembaran kerja yang diberikan Penutup: Murid membuat rumusan dengan bimbingan guru.


NAMA: _______________ KELAS: ___________ TARIKH: ________ لمبرن کرجا 1 ايسي تمڤت کوسوڠ دڠن جواڤن يڠ سسواي: نيب حممد سباضاي ڤميمڤني مشارکت نيب حممد سباضاي کتوا تنرتا نبي محمد سباضاي کتوا حاکيم نيب حممد سباضاي ڤرنچڠ ايکونومي نضارا


لمبرن کرجا 2 لڠکڤکن ڤتا ميندا دباوه : خريي كفيمفينن رسول اهلل


KEUPAYAAN INSTRUMEN MENTAFSIR MURID - Kesesuaian objektif (Kesahan) Lembaran kerja bersesuaian dengan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Instrument ini menyokong penuh pencapaian objektif pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru. - Aras soalan Soalan instrumen lembaan kerja ini menepati pemikiran murid tahap 2 (tahun 5) dan tahap kesukaran soalan kerana terdapat campuran aras soalan dalam lembaran kerja ini. - Soalan instrumen (Kebolehbacaan) Arahan soalan dalam instrument lembaran kerja jelas dan tidak mengakibatkan murid salah tafsir soalan. - Kreativiti Lembaran kerja mempunyai struktur dan format yang sama, yang mana boleh mengehadkan kreativiti dan pemikiran luar kotak murid. CADANGAN - Aras soalan Guru boleh menyusun aras soalan dalam lembaran kerja dari mudah ke sukar supaya murid dapat mengaplikasikan kemahiran pengetahuan sedia ada kepada aras mencipta serta dapat memudahkan penilaian guru terhadapan kemahiran pemikiran murid. - Kreativiti Guru perlu bertindak lebih kreatif dan kritis dalam menghasilkan instrument supaya murid juga boleh berfikiran kritis dan luar kotak semasa menyiapkan lembaran kerja. Memandangkan murid pada zaman kini lebih tertarik kepada teknologi canggih, maka guru juga boleh memasukkan penggunaan teknologi dalam menyiapkan tugasan lembaran kerja untuk membolehkan murid berinteraksi dengan bahan pembelajaran secara lebih dinamik.


Click to View FlipBook Version