19 - 2 3 JUN 2023 TARIKH MASA & TEMPAT SEK. KEB. BANDAR TUN RAZAK (1)
PENGENALAN AKTIVITI SEPANJANG MINGGU Sambutan Minggu Antidadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian, kesedaran tentang bahaya dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat. Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat. TARIKH / HARI / MASA AKTIVITI 19 JUN 2023 ISNIN 7.30 pagi MAJLIS PELANCARAN MINGGU ANTIDADAH 2023 Perhimpunan Rasmi Sekolah • Ucapan Perasmian Guru Besar SKBTR 1 • Gimik Pelancaran • Bacaan Ikrar Antidadah oleh murid Bersurai 20 – 23 JUN 2023 SELASA - JUMAAT 7.25 – 7.30 pagi Penyampaian Info Dadah 5 minit oleh murid pengawas KPJ/ JK PPDa 22 JUN 2023 KHAMIS 8.30 - 9.30 pagi 11.00 -12.30 tengah hari Pertandingan Mewarna Tahap 1 Pertandingan Melukis Poster Tahap 2 Ditetapkan kemudian Ceramah dan pameran dari pihak ADK
Penasihat : En. Ravi Sundaram a/l Kannan (GURU BESAR) Pengerusi : En. Mohd Abidudin bin Abu Bakar (PK HAL EHWAL MURID Naib Pengerusi 1 : Pn. Mas zuraidah binti Masron (PK PENTADBIRAN & KURIKULUM) Naib Pengerusi 2 : Pn. Nur Atikah binti Adanan (PK KOKURIKULUM) Jawatankuasa kerja : AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Bidang tugas Nama guru Ketua Penyelaras/ Hadiah Muhammad Azlan Shah bin Khalid Pengerusi Majlis Perasmian Dokumentasi/ Laporan Noreennur binti Shaharudin Buku Program/E-Banner/Gimik Nur Izzati Amira binti Ridzwan Info Dadah 5 Minit / Pengurus Pemenang Hazrul bin Husrin Pertandingan Mewarna Tahap 1/ Juru Gambar Rumaizah binti Othman Pertandingan Melukis Poster Tahap 2/ Penyediaan Dewan dan Tempat Tn Syed Abdellah bin Tn Syed Omar
Bahawasanya kami rakyat Malaysia berikrar untuk menjauhkan diri dari dadah pada setiap masa dengan: Memenuhi masa lapang dengan kerja -kerja yang berfaedah; Melibatkan diri dalam aktiviti -aktiviti yang berguna dan berfungsi kepada masyarakat; Menjadi rakyat berilmu, berakhlak mulia dan mengamal cara hidup sihat dan cergas; Menyediakan diri untuk mengisi keperluan wawasan, dan; Membantu segala usaha bagi membebaskan negara Malaysia dari ancaman dadah. LAGU DADAH DURJANA Dadah durjana Kau penghancur bangsa Kau musuh rakyat Kau musuh negara Kini kami teguh Kini kami kuat Dadah kami tempuh Hancur dadah jaya rakyat Kami antidadah Kami benci padamu Sekutu kita perangi dadah Mulia bangsa tanpamu Mari semua, mari saudara Jangan habiskan usia muda Semangat bangsa bergelora Tanpa dadah kita berjasa . IKRAR PPDa