UNIVERSITI KUALA LUMPUR
KAMPUS CAWANGAN MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (MPU3182)
SEMESTER SEPTEMBER 2022
KONSEP ETIKA DAN PERADABAN BERASASKAN AGAMA ISLAM
NAMA ID PELAJAR
NAWWAR BINTI MOHD NIZAM 54221122076
NUR FARHAIEN BINTI MD NOR 54220122153
NURIN NAZIFA BINTI MOHD SAFRURAZI 54222122106
54222122080
NURUL AIN BINTI ROSLI
MAKLUMAT PELAJAR
NAMA : NAWWAR BINTI MOHD NIZAM
NO. MATRIK : 54221122076
KURSUS : BBT AUTOMOTIVE MANAGEMENT
NAMA : NUR FARHAIEN BINTI MD NOR
NO. MATRIK : 54220122153
KURSUS : BEME MECHANICAL ENGINEERING
NAMA : NURIN NAZIFA BINTI MOHD SAFRURAZI
NO. MATRIK : 54222122106
KURSUS : BETA MECHATRONICS
NAMA : NURUL AIN BINTI ROSLI
NO. MATRIK : 54222122080
KURSUS : BETA MECHATRONICS
2
3
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
1. PENDAHULUAN 5
2. DEFINISI
6
2.1 Definisi Etika dalam Islam 6
2.2 Definisi Peradaban dalam Islam
7-8
3. CIRI-CIRI ETIKA DAN PERADABAN DALAM ISLAM 8-9
3.1 Ciri-ciri Etika dalam Islam 10 - 11
3.2 Ciri-ciri peradaban dalam Islam
12 - 14
4. PRINSIP ETIKA DALAM ISLAM
15 - 17
5. NILAI DAN ETIKA DALAM ISLAM 18
19
6. ASAS-ASAS PERADABAN DALAM ISLAM 20
7. SUMBER PERADABAN DALAM ISLAM
8. KESIMPULAN
9. BIBLIOGRAFI
4
1.0 PENDAHULUAN
Etika dan peradaban sangat penting bagi seseorang individu dan sesebuah
masyarakat. Ia sangat penting dalam diri seseorang individu supaya kita mempunyai
keperibadian yang tinggi dan saling menghormati antara satu sama lain. Selain itu,
ia juga sangat penting untuk dipupuk dalam sesebuah masyarakat supaya
kehidupan yang harmoni dapat diwujudkan serta dapat membina negara bangsa
yang aman makmur dan saling hormat menghormati. Amalan etika yang baik
merupakan satu tuntutan dan keperluan dalam konteks kehidupan kita. Terdapat
pelbagai latar belakang mengenai konsep etika dan peradaban yang merangkumi
definisi etika berdasarkan kepada peradaban Barat, China, India dan Islam. Dalam
tugasan ini, kita akan mengupas dengan lebih lanjut tentang konsep etika dan
peradaban yang berasaskan agama Islam yang dianggap sangat penting untuk
pembangunan dan kebaikan individu amnya dan masyarakat Islam khususnya.
5
2.0 DEFINISI
2.1 DEFINISI ETIKA DALAM ISLAM
Di dalam Bahasa Arab, etika bermaksud ‘khuluqun’ yang ditemui dalam
pengertian akhlak. Khuluqun membawa maksud budi pekerti, tingkah laku dan
tabiat. Etika juga boleh disebut sebagai akhlak. Tingkah laku manusia dalam
melakukan sesuatu perkara adalah cerminan kepada sifat dan budi pekerti
seseorang itu. Sebagai seorang muslim, kelakuan kita hendaklah sentiasa
berasaskan kepada ajaran islam serta berpandukan kepada Al-Quran dan
Hadith.
2.2 DEFINISI PERADABAN DALAM ISLAM
Terdapat istilah dalam Bahasa Arab yang kita boleh ambil untuk memahami
apakah yang dimaksudkan dengan peradaban dalam Islam. Istilah tersebut
adalah ‘hadharah’ yang bermaksud kehidupan yang menetap atau keadaan
kehidupan yang berada pada tahap maju. Istilah ‘hadharah’ juga digunakan bagi
menjelaskan tentang maksud ketamadunan. Tamadun dalam Bahasa Arab
adalah ‘madana’ yang membawa maksud tinggi budi bahasa atau pembukaan
bandar.
Selain itu, ahli sejarawan Islam yang bernama Ibn Khaldun menggunakan kata
‘umran’ untuk menggambarkan konsep peradaban. ‘Umran’ membawa erti
wilayah atau rumah yang didiami, berpenduduk dan sejenisnya dalam sebuah
daerah yang maju atau makmur. Bukannya di daerah terpencil atau daerah
yang tandus.
6
3.0 CIRI-CIRI ETIKA DAN PERADABAN DALAM ISLAM
3.1 CIRI-CIRI ETIKA DALAM ISLAM
Islam adalah salah satu agama samawi (selain Kristian dan Yahudi) yang
meletakkan nilai manusia atau hubungan peribadi, interpersonal dan
perkauman dengan cara yang agung dan mulia, tanpa membezakan antara satu
sama lain, keadilan, relativiti, keamanan dan kedamaian yang mengikat
masyarakat semua orang. dalam . Perkataan asas "salima" agama "Islam" itu
sendiri bermaksud keamanan. Maksudnya, agama ini bukan sahaja
mementingkan kedamaian dalaman individu, tetapi juga kedamaian
(keharmonian) hidup berkelompok, yang sebenarnya merupakan sejenis fitrah
manusia, iaitu cintakan kedamaian. Jika manusia berkelakuan sebaliknya
(keliru atau bercanggah), ia akan bertentangan dengan fitrah kejadian manusia
dan lebih sesuai dengan kehendak mereka sendiri.
Kebaikan mutlak adalah ciri utama etika Islam dan ia adalah ciptaan Allah s.w.t.
Kebaikan yang dihasilkan adalah ikhlas untuk individu, keluarga dan
masyarakat. Ia sesuai dengan mana-mana tempat, masa dan suasana. Etika
murni yang digalakkan oleh Islam adalah ibadah kepada Pencipta oleh hamba.
Contohnya, intipati sedekah yang diajarkan dalam Islam ialah amalan memberi
secara ikhlas dan rahsia.
Tambahan pula, ciri etika Islam menjamin kesejahteraan manusia sejagat tanpa
batasan tempat, persekitaran dan masa. Kesejagatannya datang daripada Allah
s.w.t yang mencipta alam dan manusia. Ini adalah kebijaksaan Allah s.w.t. yang
Maha Mengetahui segala keperluan makhlukNya terutama manusia. Oleh itu,
etika menepati sifat manusia di luar sempadan keturunan, geografi, zaman, dan
sebagainya.
7
Oleh kerana ketetapan teori-teori Islam, Etika Islam sesuai untuk semua
peringkat umur dan semua masyarakat. Teori etika lain sentiasa berubah-ubah
dan hanya berubah mengikut keadaan masyarakat, tempat dan masa.
3.2 CIRI-CIRI PERADABAN DALAM ISLAM
Ciri - ciri peradaban Islam memiliki ciri-ciri khas yang tersendiri, yang dapat
dibezakan dengan peradaban dari pengaruh-pengaruh yang lain. Ciri-ciri
tersebut juga istimewa kerana ciri-ciri ini tidak didapati dari etika pengaruh-
pengaruh yang lain. Salah satu penanda yang menentukan ciri-cirinya adalah
menilai etika berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah, bukan hanya akal.
Peradaban Islam wujud daripada sumber yang komprehensif, dari kaedah dan
aturan yang ditetapkan oleh Allah SWT bagi umat manusia di muka bumi sejak
dulu lagi. Namun demikian, Islam tidak menolak sumber yang berasaskan akal,
ilmu, dan pengalaman. Tetapi perkara itu juga memerlukan rujukan daripada
agama sebagai sumber ilmu yang baik agar akidah dan iman seseorang
manusia tidak terpesong kerana terlalu mudah mempercayai sesuatu.
Peradaban yang bersifat syumul, memiliki sifat yang lengkap dan cukup dari
segala aspek yang meliputi perkataan, perbuatan dan niat sehingga manusia
selalu mengarah pada kebaikan dan menjauhi perbuatan yang dimurkai Allah.
Peradaban Islam juga bersifat universal dan ditujukan kepada setiap manusia
tanpa memandang warna kulit, bangsa, batas geografi, tempat dan waktu
termasuk dalam bidang politik dan kepemimpinan. Walhal, peradaban dalam
Islam merupakan kaitan yang sangat erat antara akhlak dan moral dalam
memastikan agar umat manusia selalu berpegang pada ketentuan yang telah
ditetapkan oleh Allah SWT baik yang benar maupun yang salah. Itu harus
8
memiliki hubungan yang erat dengan hukum halal, haram, pahala dan dosa dan
juga termasuk dalam konsep ibadah. Ia juga tunduk pada konsep tujuan yang
tidak menghalalkan cara.
9
4.0 PRINSIP ETIKA DALAM ISLAM
Secara dasarnya, prinsip etika dalam Islam mengandungi beberapa prinsip yang
terkandung dalam ajaran Islam itu sendiri samada disebut di dalam Al-Quran, hadis
atau perbuatan para wali Allah. Antaranya adalah:
1. Keimanan - Keimanan kepada Allah SWT yang mendalam dan kuat akan
melahirkan nilai akhlak mahmudah. Islam secara dasarnya bermaksud berserah
atau aman dan sejahtera yang menghendaki penganutnya untuk sentiasa
melakukan perbuatan baik sesama manusia serta seluruh makhluk di bumi ini.
2. Kebaikan dan keburukan - Etika Islam telah menetapkan bahawa ukuran baik
buruk sesuatu perbuatan itu mestilah berlandaskan ketentuan – ketentuan yang
telah Allah SWT tetapkan sejak Azali.
3. Khalifah dan hamba - Konsep kejadian manusia adalah berperanan untuk memikul
tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifah untuk menjaga dan
memakmurkan bumi Allah SWT ini dengan cara meletakkan Dia sebagai yang Maha
Berkuasa dalam menetapkan status perbuatan itu samada baik atau sebaliknya.
4. Memperakui keistimewaan kedudukan akal, kebijaksanaan, naluri dan ilham -
Adalah akal merupakan anugerah paling hebat dianugerahkan oleh Allah SWT
kepada manusia. Penggunaan akal ke arah kebaikan mampu mendorong manusia
ke jalan yang diredhai Allah Rabbul Alamin. Walau bagaimanapun, fungsi akal dan
naluri memerlukan kepada bimbingan wahyu sebagai penetapan kebenaran.
5. Persamaan taraf - Islam tidak mengiktiraf prinsip yang bersifat berat sebelah, pilih
kasih dan pembezaan warna kulit, bangsa, latar belakang dari aspek keturunan dan
geografi dan sebagainya. Bahkan Allah menciptakan manusia sedemikian untuk
mengisyaratkan kekuasaanNya dan supaya manusia saling mengenali dan
bekerjasama antara satu sama lain.
10
6. Kebebasan memilih - Setiap insan diberi hak untuk memilih dua alternatif; dua
jalan, iaitu antara baik dan buruk, betul atau salah dan mutlak atau nisbi. Dengan
cara itu jugalah manusia dapat memilih dengan bebas – sebebasnya cara untuk
menjalani kehidupan mereka. Kebebasan ini meliputi memilih jalan hidup, bebas
berfikir, bersuara, bergerak, memiliki harta benda dan menuntut ilmu. Namun, segala
kebebasan yang diberikan mempunyai had yang telah dijelaskan dalam Islam agar
tidak menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan. Janganlah kita melampaui
batas.
7. Tanggungjawab - Hak kebebasan yang diberikan agama Islam akan memberikan
impak kepada keputusan yang telah diambil. Samada keputusan yang dipilih itu baik
atau buruk, benar atau salah maka secara automatik tindakan tersebut akan disoal
dan juga akan dipertanggungjawabkan kepada si pelaku. Akhirnya, perbuatan dan
tindakan tersebut akan dicatat sebagai mendapat ganjaran pahala atau dosa; syurga
atau neraka.
11
5.0 NILAI DAN ETIKA DALAM ISLAM
1. Pengertian Nilai dalam Islam
Menurut Zakiyah Darajat, nilai didefinisikan sebagai satu peringkat keyakinan atau
perasaan yang diyakini sebagai suatu identiti yang memberikan corak yang khusus
kepada pola pemikiran dan perasaan mahupun perilaku. Jika definisi nilai
merupakan suatu keyakinan atau identiti secara umum, maka penggunaannya
dalam bentuk formula, peraturan atau ketentuan pelaksanaannya disebut dengan
norma. Dalam kata lain, norma merupakan penjelasan dari nilai sesuai dengan sifat
dan tata nilai. Definisi nilai yang benar dan dapat diterima secara universal menurut
Linda dan Ricard Eyre adalah sesuatu yang menghasilkan perilaku berimpak positif.
Semua nilai kehidupan manusia berakar umbi dengan keesaan terhadap Tuhan
yang merupakan asas utama dalam agama. Nilai nilai Islam itu sendiri pada
hakikatnya adalah kumpulan dari prinsip-prinsip kehidupan, ajaran-ajaran tentang
cara manusia meneruskan hidup di atas muka bumi yang mana perkara perkara ini
berkait rapat dalam membentuk kesatuan yang sangat kukuh. Nilai juga merupakan
satu gagasan atau konsep tentang perkara yang difikirkan oleh manusia dan
dianggap sangat penting dalam kehidupan.
Melalui nilai , dapat ditentukan objek, orang , gagasan serta cara bertingkah laku
yang baik dan buruk. Nilai - nilai Islam perlu ditransformasikan dan disertakan dalam
kehidupan seharian. Agama bertujuan untuk membentuk keperibadian yang mulia
untuk hidup dalam kalangan masyarakat di kehidupan dunia yang mana merupakan
jambatan ke akhirat. Agama bukan sahaja mengandungi nilai nilai rohani yang
merupakan keperluan dalam kehidupan manusia, bahkan juga keperluan bagi fitrah
manusia kerana tanpanya manusia tidak akan mampu untuk mewujudkan
keseimbangan di antara kebaikan dan kejahatan.
12
Nilai nilai agama Islama sangatlah besar pengaruhnya dalam kehidupan sosial.
Tanpa nilai tersebut manusia akan hidup dalam keadaan yang berpenyakit sosial.
2. Pengertian Etika dalam Islam
Mengikut perspektif Barat, etika dalam Islam boleh dikategorikan sebagai etika
keagamaan. Namun dari perspektif Islam pula, etika dalam Islam disinonimkan
dengan akhlak. Akhlak ialah budi pekerti, perangai tingkah laku atau perbuatan
seseorang.
Berdasarkan Abdul Haq Anshari dalam Islamic Ethics: Concepts and Prospects,
etika dalam Islam adalah sebuah disiplin ilmu atau subjek keilmuan yang
berautonomi yang tidak pernah ada pada hari ini. Beberapa tokoh Islam yang lain
mempunyai pendapat yang berlainan berkenaan konsep etika dalam Islam. Antara
tokoh tersebut ialah Al-Khindi yang menyatakan perkataan etika ini berkait rapat
dengan definisi falsafah atau cita falsafah.
Sebagai agama yang bersifat universal, Islam mengatur seluruh aspek kehidupan
manusia, termasuk bagaimana untuk beretika terhadap alam dan persekitarannya.
Alam dan persekitaran tidak dapat dipisahkan dari manusia kerana semua keperluan
manusia berasal dan didapati dari alam sekitarnya baik tumbuh-tumbuhan mahupun
haiwan. Oleh kerana itu, Islam sentiasa mengingatkan manusia melalui Al-Quran
untuk melestarikan alam sekitar supaya kelangsungan hidup tidak terganggu.
Berdasarkan hal itu, maka ajaran Islam memberikan tanda tanda untuk manusia
agar beretika terhadap persekitaran. Islam telah menggariskan etika kerja dalam
Islam seperti yang berikut:
13
● Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah SWT.
● Bekerja dengan ikhlas dan amanah.
● Bekerja dengan tekun dan cekap serta bersungguh-sungguh.
● Bekerja dengan semangat gotong-royong atau kerjasama
● Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat.
14
6.0 ASAS-ASAS PERADABAN DALAM ISLAM
Mengikut pandangan Islam, terdapat beberapa asas yang menjadi garis kepada
pembinaan peradaban dalam Islam. Asas-asas yang dinyatakan dalam sumber Islam
adalah akidah, ilmu dan akhlak. Asas-asas tersebut amatlah penting dalam
membentuk peradaban manusia yang ideal. Namun, jika asas-asas tersebut
diabaikan dalam membentuk acuan peradaban, maka ia akan meruntuhkan
sesebuah tamadun seperti yang ditulis oleh Ibn Khaldun al-Hadrami dalam karyanya
yang agung ‘Muqaddimah Ibn Khaldun’ iaitu “Allah akan menghancurkan sesuatu
umat itu disebabkan golongan tersebut melakukan perkara-perkara yang keji dan
melakukan pelbagai kemungkaran.”
1. Akidah – akidah adalah salah satu perkara asas untuk memajukan suatu tamadun
sama ada dari segi kebendaan atau kerohanian. Istilah akidah dalam konteks
Islam didefinisikan sebagai mengakui kekuasaan Allah s.w.t dan membenarkan
keseluruhan ajaran pesuruh Allah, Nabi Muhammad s.a.w dengan penuh yakin.
Sebagai seorang muslim yang sejati wajiblah beriman kepada rukun-rukun iman
yang digariskan dalam Islam iaitu:
i. Beriman kepada Allah s.w.t
ii. Beriman kepada Al- Quran
iii. Beriman kepada malaikat
iv. Beriman kepada nabi dan rasul
v. Beriman kepada hari akhirat
vi. Beriman kepada qada dan qadar
15
Kesan menerapkan nilai akidah oleh Nabi Muhammad s.a.w terhadap umatnya
pada era pemerintahan baginda telah membentuk masyarakat yang kuat dan
sukar dipengaruhi oleh bangsa asing. Masyarakat Islam telah bekerjasama antara
satu sama lain sekaligus membentuk peradaban yang unggul.
2. Ilmu – ilmu merupakan elemen utama dalam mengasaskan peradaban manusia.
Kepentingan ilmu sebagai asas peradaban Islam telah dinyatakan dalam Al- Quran
yang bermaksud “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang
mencipta (sekalian makhluk)”, (surah al- ‘Alaq; ayat 1). Berdasarkan maksud
daripada ayat tersebut, Allah s.w.t memerintahkan kepada semua umat untuk
“membaca” kerana ia merupakan pendekatan utama untuk mendapat maklumat-
maklumat. Tanpa ilmu, manusia dapat disamakan dengan masyarakat yang
primitif yang hidup di zaman jahiliah yang tidak bertamadun. Menurut Ibn Khaldun,
Allah s.w.t menganugerahkan kelebihan akal dan keupayaan berfikir kepada
manusia untuk membezakan manusia dengan makhluk-makhluk lain seperti
binatang dan tumbuhan. Oleh yang demikian, banyak pengajaran daripada
pengalaman sejarah umat Islam yang lalu yang dapat dijadikan sebagai
pemangkin kepada muslim dalam mencipta peradaban Islam hadhari.
3. Akhlak – akhlak dapat diringkaskan sebagai satu sikap keperibadian yang
menunjukkan tingkah laku manusia dalam membentuk kehidupan yang sempurna
berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah. Menurut
Imam Ghazali radiAllahu anhu, “Akhlak adalah suatu keadaan yang tertanam di
dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa
memerlukan pemikiran dan penelitian.” Nabi Muhammad s.a.w merupakan
manusia yang paling sempurna dari aspek akhlak yang menjadi contoh atau “role
model” kepada umat manusia. Sifat baginda yang tinggi budi pekerti, adab yang
mulia dan sebagainya bahkan diakui oleh pihak lawannya. Keperibadian Nabi
Muhammad s.a.w yang mulia telah melemahkan musuh Islam apabila berdepan
16
dengan baginda. Oleh yang demikian, sesebuah tamadun yang unggul tidak dinilai
secara mutlak seperti pencapaian dalam bidang sains dan teknologi kerana
berbentuk kuantitatif dan bersifat materialistik, dan tidak menjamin dalam
membentuk peradaban Islam hadhari yang memerlukan keseimbangan keperluan
rohani.
17
7.0 SUMBER PERADABAN DALAM ISLAM
Sumber peradaban dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu sumber wahyu dan
sumber sekunder. Sumber wahyu seperti Al- Quran dan As- Sunnah mengandungi
prinsip-prinsip asas yang pada asalnya dinyatakan dalam Al- Quran dan kemudian
diperincikan dalam As- Sunnah. Sumber ini merupakan sumber utama dalam Islam
untuk membentuk dan membangunkan tamadun Islam.
i. Al- Quran – kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara
mutawatir selama 23 tahun untuk disampaikan kepada manusia dan
merupakan mukjizat kepada baginda yang kekal sepanjang hayat. Al- Quran
merupakan sumber sahih yang merangkumi semua konsep iaitu konsep
ketuhanan,sistem perundangan, alam ghaib, nilai moral, fakta-fakta sains dan
sejarah dan banyak lagi. Al- Quran adalah mukjizat tetap yang terpelihara
daripada unsur penyelewengan dan penambahan. Al- Quran bukan sahaja
menjadi sumber kepada umat Islam tetapi juga sebagai sumber kepada
seluruh manusia dan membacanya adalah satu ibadah.
ii. As- Sunnah – sunnah atau hadis Nabi Muhammad s.a.w yang disandarkan
kepada baginda melalui perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat atau
akhlak serta Riwayat hidup baginda sebelum dan sesudah dilantik menjadi
Rasul. Dari segi bahasa, As- sunnah juga dinamakan sebagai Al- Hadith.
Sumber sekunder pula sumber yang dihasilkan oleh pemikir Islam seperti ulama
berdasarkan firman Allah s.w.t dalam Al- Quran dan hadith Nabi s.a.w. Antara sumber-
sumber sekunder tersebut adalah ijtihad, ijmak ulama’, al-Qias, Masalih al-Musalah
dan al-Istihsan. Pemikir ulama berusaha mencerna kehidupan umat Islam yang
semakin kompleks untuk menghasilkan sumber-sumber tersebut.
18
8.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, kami dapat menerangkan konsep etika dan peradaban
berasaskan agama Islam. Etika yang baik membantu kita ke arah kehidupan yang
aman dan harmoni. Prinsip - prinsip Islam juga lebih ditekankan dalam adat-adat
yang menjadikan garis panduan masyarakat. Kesempurnaan dalam sesebuah etika
dan peradaban dapat dicapai apabila mengikuti segala yang telah disebut dan diajar
di dalam Al-Quran yang menjadi penunjuk arah dalam kehidupan seorang Muslim.
Namun ia tidak akan kekal jika aqidah, syariat dan akhlak tidak diletakkan sebagai
elemen terpenting dalam pembangunan peradaban.
19
9.0 BIBLIOGRAFI
1. Mohd Azhar Abdul Hamid, Faizah Mohd Fakhruddin, Rozeyta Omar, Fadilah Zaini,
Mohd Koharuddin Mohd Balwi (2020). Penghayatan Etika dan Peradaban. Johor
Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
2. Hamzah Ya'qub (1983).Etika Islam, Bandung : CV Diponegoro.
3. Hasan Langgulung (1980). Beberapa pemikiran tentang Pendidikan Islam. Bandung:
PT AI-Ma'arif.
4. Spahic Omer (2021). Islam, Ethics and Civilization. Kuala Lumpur : Dar Al Wahi
Publication.
5. Ahmat,M.(n.d.). https://maruwiahacis.files.wordpress.com/2013/06/bab-1-konsep-
peradaban-islam.pdf
6. Unknown. (2014, January 26). infinityusm: Ciri-ciri Etika Islam. Infinityusm.
http://infinityusm.blogspot.com/2014/01/ciri-ciri-etika-islam.html
7. Zamil, A., Muhamad Amar Mahmad, Khairiah Mohd Yassin, Azman Md Zain,
Solahudin Abd Hamid, Mohd., Ishak, I., Adon, I., Ahmad, M., & Mohamed, Z. (2021).
Penghayatan Etika dan Peradaban (UUM Press). UUM Press.
8. Harahap, R. Z. (2015). Etika Islam dalam Mengelola Lingkungan Hidup. EDUTECH:
Jurnal Ilmu Pendidikan Dan Ilmu Sosial, 1(01).
9. Abu Rushd (2008). Asas Peradaban Islam : http://riquelme-
penawarhati.blogspot.com/2008/06/asas-peradaban-islam.html
10. Alfu Zamratin (2022). Academia.edu :
https://www.academia.edu/33279241/KONSEP_AKHLAK_DALAM_ISLAM
11. Slideshare (2014) : https://www.slideshare.net/reefearajang/titas-ab-2-tamadun-
islam
12. Wix.com : https://asipazman23.wixsite.com/tamadunislam/agama
20