The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISU-ISU KONTEMPORARI ISLAM DI MALAYSIA (MPU3332)
SEMESTER FEBRUARI 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nawwar01nizam, 2023-05-31 07:12:07

AJARAN SESAT

ISU-ISU KONTEMPORARI ISLAM DI MALAYSIA (MPU3332)
SEMESTER FEBRUARI 2023

UNIVERSITI KUALA LUMPUR KAMPUS CAWANGAN MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE TUGASAN 1 KESAN NEGATIF IDEOLOGI AJARAN SESAT DAN KAEDAH MENANGANINYA MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM ISU-ISU KONTEMPORARI ISLAM DI MALAYSIA (MPU3332) SEMESTER FEBRUARI 2023 Disediakan oleh: NO NAMA ID STUDENT 1 NAWWAR BINTI MOHD NIZAM 54221122076 2 NUR IFFAH NASYITAH BINTI ISMAIL 54221122078 3 ANIS BINTI SAIFUL NASRI 54221122072


MAKLUMAT PELAJAR NAMA : NAWWAR BINTI MOHD NIZAM NO. MATRIK : 54221122076 KURSUS : BBT AUTOMOTIVE MANAGEMENT NAMA : NUR IFFAH NASYITAH BINTI ISMAIL NO. MATRIK : 54221122078 KURSUS : BBT AUTOMOTIVE MANAGEMENT NAMA : ANIS BINTI SAIFUL NASRI NO. MATRIK : 54221122072 KURSUS : BBT AUTOMOTIVE MANAGEMENT


ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN .................................................................................................................4 2.0 DEFINISI ...........................................................................................................................5 3.0 PERKEMBANGAN IDEOLOGI .........................................................................................6 4.0 KESAN AJARAN SESAT KEPADA UMAT ISLAM...........................................................9 5.0 LANGKAH MENGATASI IDEOLOGI AJARAN SESAT..................................................11 6.0 KESIMPULAN.................................................................................................................13 7.0 BIBLIOGRAFI .................................................................................................................14


1.0 PENGENALAN Isu ajaran sesat bukanlah sesuatu perkara asing dalam kehidupan manusia terutama umat islam pada era ini kerana ia datang seiringan dengan kehidupan harian manusia. Namun, terdapat ramai manusia khususnya umat islam mudah terjebak dengan ajaran sesat kerana ajaran ini sudah tersebar luas pada masa kini. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyenaraikan 125 kumpulan ajaran sesat yang bertapak di muka bumi Malaysia. Contoh ajaran sesat yang terdapat di Malaysia adalah kerajaan langit, taslim dan al arqam. Istilah ajaran sesat ini diertikan sebarang ajaran yang didukung oleh orang Islam dengan dakwaan bahawa ajaran tersebut berdasarkan ajaran Islam. Sedangkan pada hakikatnya ajaran tersebut bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah, serta bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari sudut akidah, syariat dan akhlak. Berdasarkan definisi yang tertera di atas, segala ajaran sama ada dari aspek akidah, ibadat dan tasawuf yang terdapat dalam anutan dan pegangan hidup yang diresapi oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan syariah Islam seperti Batiniah, Hinduisme, Neoplatonisme, penafsiran menyeleweng terhadap al-Quran, Hadith dan juga penggunaan Hadith palsu. Hasilnya, segala ajaran inilah yang diterap dalam sesetengah orang islam yang menjadi citra kepada apa yang diungkapkan sebagai ajaran sesat. Dengan itu, terdapat banyak ajaran sesat dan ideologi barat barat yang beercanggah dengan Al-Quran dan Hadis dan telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Agama Kebangsaan. Pelbagai faktor-faktor yang menyebabkan ajaran dan ideologi ini masuk ke dalam masyarakat islam pada hari ini. Ajaran sesat ini sememangnya dapat merosakkan akidah umah islam masa kini kerana pegangan yang dibawa adalah akidah yang batil dan tidak mengikut Ahli Sunnah.


2.0 DEFINISI Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat, ajaran ialah segala sesuatu yang diajarkan , nasihat dan petunjuk. Manakala sesat pula bermaksud tidak mengikut jalan yang betul atau tersalah jalan. Oleh itu, dapat disimpulkan dalam penggunaan Bahasa Melayu, ajaran sesat itu ialah suatu ilmu yang diajar dan disebarkan secara rahsia mahupun secara meluas kepada orang lain yang didapati menyimpang daripada kebenaran yang asal. Dengan kata lain, istilah ajaran sesat ini diertikan sebagai sebarang ajaran yang didukung oleh orang Islam dengan dakwaan bahawa ajaran tersebut berdasarkan ajaran Islam. Sedangkan pada hakikatnya ajaran tersebut bertentangan dengan al-Quran dan alSunnah, serta bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari sudut akidah, syariat dan akhlak.


3.0 PERKEMBANGAN IDEOLOGI Kemunculan ajaran-ajaran sesat di Malaysia bukanlah sesuatu perkara yang baru. Malah ia bermula dan bergerak secara sembunyi semenjak Islam mula bertapak di Semenanjung Malaysia pada abad ke 15 Masihi. Kebanyakkan ajaran sesat di Malaysia dipengaruh oleh ajaran Syi’ah. Terdapat sejarah yang telah membuktikan ideologi ajaran sesat ini wujud. Ini disebabkan oleh terdapatnya golongan yang mengaku diri mereka muslim tetapi jauh dari landasan ajaran agama Islam. Sesungguhnya golongan ini berada di dalam kesesatan yang nyata kerana kepercayaan, keimanan dan pegangan mereka jauh terpesong dari ajaran alQuran dan hadis. Ideologi ini bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Golongan ini bersifat munafik kerana bertopengkan Islam namun membawa ajaran yang boleh menyesatkan umat Islam. Golongan ini juga ada dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 11. Terjemahannya: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”. Mereka menjawab : “Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.”


Golongan munafik yang membawa ajaran sesat ketika itu pernah mendakwa bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah untuk kebaikan umat Islam, walaupun ianya terpesong dari laluan ajaran Islam yang sebenar. Contoh perkara yang mereka lakukan adalah membina masjid di Quba, sedangkan ianya mendatangkan kesesatan dan kerosakan di kalangan umat Islam. Ajaran yang dibawa oleh golongan ini dianggap sesat dan ditentang oleh Rasulullah s.a.w. Terdapat firmanNya, Surat at-Taubah ayat 73: “Wahai Nabi! Berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka.” Terdapat ajaran sesat yang juga timbul ketika awal zaman pemerintahan Khulafa alRasyidin, Sayidina Abu Bakar. Contoh, adanya golongan yang tidak mahu membayar zakat dengan menyatakan ia tidak wajib setelah kewafatan Rasulullah. Ajaran ini ditentang oleh Sayidina Abu Bakar serta para sahabat sehingga tercetusnya perang al-Yamamah. Selain itu, munculanya pula golongan Khawarij dan Syi’ah di akhir zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Perkara ini berlaku akibat berlakunya perselisihan di antara Saydina Ali dan Mu’awiyah. Akikah yang dipegang oleh golongan Khawarij ini adalah bertentangan dengan akikah ahli Sunnah wal Jamaah. Mereka berpendapat bahawa keimanan seseorang itu tidak terhad kepada iktikah semata-mata. Mereka Menganggap bahawa amalan adalah salah satu bahagian yang tidak boleh dipisahkan dari keimanan. Kesan daripada itu, mereka berpegang apabila seseorang itu telah beriman mengikut apa yang diperintah agama namun cuai dalam melaksanakan perkara fardhu dan melakukan dosa besar, mereka itu dianggap kufur.


Mereka tetap mempertahankan pendapat dan ajaran yang dibawa oleh mereka walaupun kebanyakkan pandangan yang dikemukan oleh pelbagai golongan yang membawa ajaran sesat ini adalah bertentangan dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah. Ia juga jauh terpesong dari dasar akidah ahli Sunnah wal Jamaah. Terdapat banyak jenis formasi yang telah muncul untuk menyesatkan umat Islam yang timbul dari kalangan mereka yang menganut agama Yahudi, Kristian dan lain-lain yang kemudiannya memeluk agama Islam. Kesan daripada itu, ia melahirkan pemikiran baru yang dibawa dari agama asal mereka dan menafsirkan ia dalam bentuk Islam yang baru. Kebanyakan ajaran-ajaran sesat tersebut masih bertahan dari awal kemunculan sehingga la kini. Ia telah dibawa dari satu generasi ke satu generasi yang lain untuk diwarisi seterusnya menyebarkan ke seluruh umat Islam di dunia ini. Malah Malaysia juga tidak terkecuali. Meskipun adanya sekatan dan tindakan daripada pihak berkuasa, ajaran sesat ini amat susah untuk dibendung dari terusnya merebak untuk mempengaruhi umat Islam di Malaysia.


4.0 KESAN AJARAN SESAT KEPADA UMAT ISLAM Penyebaran ajaran sesat membawa pelbagai implikasi yang besar terhadap masyarakat, individu dan negara. Ajaran sesat juga mengakibatkan ancaman terhadap kestabilan politik serta ancaman terhadap perpaduan ummah dan masyarakat. Implikasi yang terbesar penerimaan ajaran sesat dalam hidup seseorang ialah terjerumus dalam kekufuran dan seterusnya membawa kepada murtad. Penipuan yang dibuat oleh ajaran ini adalah sangat ketara dari segi akidah, syariat dan perkara umum. Individu yang sesat dikhuatiri akan terus berada dalam kemungkaran sehingga taubat mereka tidak diterima oleh Allah SWT. Selain itu, pemikiran penganut ajaran sesat akan tertutup dan mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang mengatakan mendapat wahyu secara terus. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan fanatik menjadikan kehidupan tidak stabil. Penglibatan dalam aktiviti ajaran sesat ini akan menyebabkan pengabaian terhadap ibu, bapa serta keluarga terdekat. Kesan lain ialah seseorang itu akan membuang masa dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran agama islam. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 77 yang bermaksud: "Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam agama kamu secara yang tidak benar dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) daripada jalan yang betul." Oleh itu, Jauhilah perbuatan melampaui batas yang menjadi tabiat. Sifat melampau yang disebabkan oleh kejahilan, kekeliruan dan keingkaran terhadap batasan agama telah menjadi punca kesesatan kebanyakan manusia.


Di samping itu, kewujudan kepercayaan songsang dalam agama dapat menggugat kententeraman institusi kemasyarakatan. Perbezaan akidah atas satu ajaran yang dikatakan sama iaitu islam menimbulkan curiga dan syak wasangka kerana kepercayaan nilai-nilai yang berbeza. Firman Allah SWT dalam surah Al-An'am ayat 56 bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku dilarang menyembah mereka yang kamu sembah yang lain daripada Allah. Katakanlah lagi: 'Aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu, kerana kalau aku turut, sesungguhnya sesatlah aku dan tiadalah aku daripada orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” Ajaran sesat dapat dikesan apabila al-Quran dan hadis dipertikaikan serta wujud perubahan dalam kefahaman dan syariat Islam yang diamalkan serta diketahui umum. Implikasi ajaran sesat kepada negara ialah negara akan mundur. Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu. Serta membawa kepada tidak kestabilan negara. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.


5.0 LANGKAH MENGATASI IDEOLOGI AJARAN SESAT Usaha untuk mengatasi ajaran sesat ini daripada menular memerlukan usaha semua pihak termasuklah yang berada di peringkat individu, masyarakat serta Negara. Usaha ini akan menjadi sia-sia tanpa kerjasama semua pihak. Maka, setiap peringkat hendaklah memainkan peranan masing-masing serta berganding bahu untuk menangani masalah ini sebelum ia menjadi semakin parah. Langkah utama untuk mengatasi masalah ini terletak di bahu setiap individu muslim. Dalam langkah ini, setiap muslim hendaklah memainkan peranan dengan melengkapkan diri dengan ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Usaha ini dapat mengelakkan diri agar tidak mudah percaya serta terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang tidak benar malah sesat. Ilmu tersebut juga berfungsi sebagai benteng pertahanan diri agar tidak mudah terpengaruh dengan setiap apa yang dikongsikan. Setiap individu muslim juga hendaklah memastikan ilmu pengetahuan agama ini sering ditambah nilai agar diri sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran ini. Selain itu, dengan ilmu yang dimilki ini juga, seseorang itu boleh berkongsi tentang kefahaman Islam yang sebenar kepada orang lain. Contohnya, ibu bapa boleh mendedahkan ilmu agama kepada anak-anak mereka pada usia yang masih muda. Bukan itu sahaja, kita juga boleh memberi kefahaman kepada sahabat serta orang lain. Dengan adanya ilmu ini, kita juga dapat membantu sedikit sebanyak agak orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan kesesatan yang muncul disekeliling mereka. Langkah yang kedua ialah masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam mengatasi ajaran sesat ini. Pihak masyarakat boleh menubuhkan kesatuan sebagai satu usaha untuk mengekang aktiviti ajaran sesat daripada berleluasa. Dengan adanya kesatuan ini, ia dapat memberi impak yang besar dalam ikhtiar mengekang sebarang aktiviti penyebaran ajaran sesat yang semakin berleluasa. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh kesatuan adalah ceramah mingguan dan perkongsian ilmu akidah bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan agama dalam diri masing-masing.


Selain itu, masyarakat juga boleh mewujudkan pusat pemulihan akidah bagi sesiapa yang memerlukan. Pusat ini bertujuan untuk mengukuhkan akidah diri agar dapat menepis sebarang unsur-unsur yang boleh mendorong ke arah kesesatan. Orang ramai juga boleh mendapatkan khidmat kaunseling agama bagi memahami akidah dengan lebih mendalam. Melalui aktiviti ini, keyakinan akan wujud di dalam hati tanpa terselit sebarang keraguan dalam setiap tindakan yang dilakukan. Ulama tasawuf tersohor, Sheikh Junaid al-Baghdadi pernah berkata "Keyakinan ialah ketetapan ilmu tidak berubah-ubah dan terumbang-ambing serta tidak mudah goyah dalam hati." Seterusnya, langkah yang ketiga ialah pihak kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam membanteras isu ajaran sesat di Malaysia. Hal ini kerana, kerajaan berperanan dalam membentuk rakyatnya melalui undang-undang dan peraturan. Kerana secara kebiasaannya rakyat akan mematuhi segala ketetapan oleh pemimpin atau negaranya. Antara usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan ialah memperketatkan undang-undang berkaitan dengan ajaran sesat dan mengenakan tindakan kepada meraka yang gagal mematuhinya. Selain itu, kerajaan jugak perlu memberi kuasa terhadap pihak Majlis Agama Islam untuk membanteras dan mengenakan tindakan undang-undang terhadap golongan yang berdegil dan masih mengamalkan ajaran yang bertentangan dengan agama Islam. Kemudian, Majlis Agama Islam juga boleh bekerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan undang-undang sekiraya terdapat individu yang didapati bersalah dan menyalahi undang-undang yang ditetapkan. Hal ini kerana, pihak berkuasa Negara telah mengeluarkan maklumat berkenaan bahaya ajaran sesat terhadap akidah umat Islam melalui pelbagai bentuk laporan di media sosial, risalah dan bahan bacaan lain. Walaupun begitu, undang-undang berkaitan ajaran sesat diwujudkan bukan sahaja untuk menghukum pesalah, malah yang lebih penting adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang tersesat kembali ke pangkal jalan. Undang-undang diwujudkan juga untuk memberi amaran dan rasa takut terhadap orang awam supaya tidak terpengaruh dan terlibat dengan aktiviti ajaran sesat jika tidak mahu dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.


6.0 KESIMPULAN Tuntasnya, ajaran sesat adalah perbuatan yang amat terkutuk dan dimurkai oleh Allah. Oleh itu, semua pihak termasuklah orang awam, kerajaan dan masyarakat perlulah memainkan peranan masing-masing dalam menangani isu ini agar tidak semakin berleluasa. Hal ini kerana, ajaran sesat dapat mencemarkan imej agama Islam dan dapat memberikan impak negatif terhadap generasi yang akan datang kerana perbuatan yang dilakukan oleh segelintir umat Islam yang tidak bertanggungjawab ke atas perbuatan mereka seperti melakukan perkara-perkara yang menyeleweng daripada ajaran agama Islam itu sendiri. Disebabkan itu, langkah-langkah yang disebutkan diatas perlulah dititikberatkan oleh semua pihak agar masalah ini dapat dibanteras. Akhir kata, umat Islam seharusnya sedar tentang pentingnya menjaga akidah masingmasing dan pentingnya untuk membekalkan diri denganilmu-ilmu agama Islam terutamanya ilmu tauhid agar dapat menjadi benteng kepada diri umat manusia supaya tidak tergelincir menerusi amalan ataupun tindakan yang bertentangandengan ajaran Islam.


7.0BIBLIOGRAFI 1. Siti Zubaidah Ismail (2010). Menangani ajaran sesat di kalangan umat Islam:Perspektif undang-undang dan pentadbiran: file:///C:/Users/LENOVO/Downloads/49104.pdf 2. Tajarodin bin Abdul Rahman (2016). Kesan Buruk Mengamalkan Ajaran Sesat : http://asst5.blogspot.com/p/kesan-buruk-mengamalkan-ajaran-sesat.html 3. Paul Lancaster (2011). Definisi Ajaran Sesat : https://id.scribd.com/doc/243536274/Definisi-Ajaran-Sesat 4. MAIS (2022). Mengenali Ajaran Sesat : https://www.mais.gov.my/mengenali-ajaran-sesat/ 5. Y.B S.S Dato’ Hj.Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad (2019). Persediaan untuk menangani ajaran menyeleweng/sesat : https://muftins.gov.my/tareqat-tasauwuf/persediaan-untuk-menangani-ajaranmenyeleweng-sesat/ 6. Jalil, Abdullah and Wahab, Muhammad Rashidi and El-Muhammady, Ahmad (2022). Fahaman sesat dan menyeleweng di media sosial: ancaman dan cabaran : http://irep.iium.edu.my/97490/ 7. Nur Hafiza Syaqila (2022). Cabaran Dakwah: Pengaruh ajaran sesat : https://www.researchgate.net/publication/362160266_CABARAN_DAKWAH_PENGARUH_ AJARAN_SESAT 8. Faktor, Kesan & Langkah Mengatasi Ajaran Sesat - World Islamic View - UiTM - Studocu. (n.d.). Studocu : https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/world-islamic-view/faktorkesan-langkah-mengatasi-ajaran-sesat/18152454?origin=home-recent-1 9. WZ Wan Hassan (2002). Ajaran Sesat Bab 3, UM Students’ Repository : http://studentsrepo.um.edu.my/1032/6/BAB_3.pdf


Click to View FlipBook Version