The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by minaa2806, 2023-06-09 05:20:05

BUKU PROGRAM MAT PIBG KALI KE-35 SKSJ

BUKU PROGRAM MAT KALI KE-35

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK SELAYANG JAYA 10 Jun 2023 (9AM) Bilik Pembugaran Minda SKSJ KALI KE-35 TAHUN 2023


isi kandungan BIL. PERKARA HALAMAN 1. Kata alu-aluan YDP PIBG 3 2. Kata alu-aluan Penasihat 4 3. Aturcara Majlis 5 4. Agenda Mesyuarat Agung PIBG Ke-35 6 5. AJK PIBG Sesi 2022/2023 7 6. AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Ke-35 8 7. Minit Mesyuarat Agung PIBG Ke-34 9-18


isi kandungan 8. Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2022/2023 19-24 9. Laporan Kewangan PIBG Sesi 2022/2023 25-30 10. Cadangan dan Usul 31.-36 11. Perancangan Sesi 2023/2024 37-42 12. AJK PIBG Sesi 2023/2024 43-44 10 JUN 2023 9.00 AM SK SELAYANG JAYA


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam perpaduan. Yang saya hormati, Dato/Datin/Tuan-tuan/Puan-puan/Guru-guru dan semua ahli PIBG. Pertama sekali, saya bersyukur ke hadrat Allah swt dengan limpah dan rahmatnya, saya berpeluang untuk mencoretkan kata alu-aluan untuk Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35 SK Selayang Jaya. Syukur Alhamdulillah. Saya amat berbesar hati atas kesudian para ibu bapa serta guru-guru yang sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada pihak sekolah dan persatuan demi masa depan anak-anak kita di masa yang penuh mencabar ini.Dalam usaha merancang dan melaksanakan aktiviti, kerjasama yang erat antara ibu bapa dan warga pendidik amatlah perlu demi memartabatkan mutu pendidikan di sekolah ini dan seterusnya berbincang dengan cara penuh berhemah untuk menangani pelbagai isu berkaitan dengan pendidikan. Saya sebagai Yang DiPertua PIBG yang mewakili para ibu bapa, ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Pn. Suraya Binti Mohd Salleh selaku Guru Besar merangkap penasihat PIBG sekolah ini atas kerjasama yang diberikan. Begitu juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada barisan pentadbiran Guru Penolong Kanan, guru-guru, jawatankuasa PIBG serta jawatankuasa KSIB yang memberi komitmen yang jitu dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang. Sesungguhnya sokongan, kerjasama dan penglibatan tuan/puan dalam setiap aktivti yang dijalankan oleh PIBG merupakan pemangkin kejayaan dan kecemerlangan sekolah. Akhir kata, semoga mesyuarat kali ini berlangsung dalam suasana yang harmoni dan terbuka walaupun tidak bersemuka. Harapan saya agar sebarang permasalahan dan kekalutan yang wujud dapat ditangani dengan tenang dan sabar. Sekian, terima kasih, Saya yang menjalankan amanah, (AZMAN BIN ABU HASSAN PBM, AMP) Yang DiPertua PIBG 2022/2023, Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI YANG DIPERTUA PIBG SK SELAYANG JAYA 2022/2023 3


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan inayahnya dapat kita mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35 ini dalam suasana yang baru bersesuaian dengan masa kini. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dengan ikhlas dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah ini di mana kini rangkaian digital digunakan sepenuhnya dalam menyampaikan maklumat. Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana murid-murid dapat hadir ke sekolah dan menjalani pembelajaran seperti biasa. Walaupun mempunyai kekangan untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, namun pihak sekolah tetap menitikberatkan keselamatan dan kesihatan murid-murid di samping berusaha untuk menyediakan kemudahan pendidikan yang terbaik untuk mereka. Kami mengharapkan komitmen dan persefahaman yang padu daripada semua pendidik dan ibu bapa sekalian yang merupakan tonggak utama untuk mencapai hasrat kejayaan. Bertitik-tolak daripada keikhlasan dan kerjasama daripada ibu bapa dan guru akan melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang di dalam bidang akademik tetapi juga cemerlang dari segi pembangunan rohani dan jasmani. Hasrat ini juga sejajar dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengejar impian murni dalam usaha mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi yang bukan mustahil menjadi kenyataan suatu hari nanti. Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK PIBG sesi 2022/2023, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan Allah SWT. Sekian, terima kasih. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menjalankan amanah, (SURAYA BINTI MOHD SALLEH) Penasihat PIBG Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya KATA ALU-ALUAN PENASIHAT PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK SELAYANG JAYA 4


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU 10 JUN 2023 BILIK PEMBUGARAN MINDA SKSJ Aturcara Majlis 9.00 pagi : Majlis Bermula Ucapan Alu-aluan 9.10 pagi : Bacaan Doa 9.15 pagi : Ucapan Penasihat PIBG SKSJ Pn. Suraya Binti Mohd Salleh Guru Besar SK Selayang Jaya 9.30 pagi : Ucapan Yang Dipertua PIBG 2022/2023 En. Azman Bin Abu Hassan PBM, AMP. 9.45 pagi : Persembahan Multimedia 10.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 bermula 12.00 t/hari : Bersurai 5


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU 10 JUN 2023 BILIK PEMBUGARAN MINDA SKSJ Agenda Mesyuarat Agung 1. Ucapan YDP (En. Azman Bin Abu Hassan PBM,AMP) 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-34 3. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Aktiviti PIBG 2022/2023 4. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan PIBG 2022/2023 5. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/2023 6. Pelantikan Pengerusi Sementara 7. Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG 2023/2024 8. Pembentangan dan Perbahasan Usul 9. Hal-Hal Lain 10. Ucapan Penangguhan 6


Pn. Suraya Binti Mohd Salleh Penasihat Cik Syahmina Amira binti Ahmad Setiausaha Pn. Najwa Humaira’ binti Mat Nor Bendahari AHLI JAWATAN KUASA 2 0 2 2 / 2 0 2 3 AHLI JAWATAN KUASA INDUK ahli jawatankuasa pibg En. Azman Bin Abu Hassan PBM,AMP Yang Di-Pertua En. Ahmad Fawzan bin Abdul Aziz Timbalan Yang Di-Pertua En. Mohd Hisham Shah bin Md Yassin En. Ahmad Amirulhadi bin Mohamad Juruaudit Dalaman En. Abd Jamal Bin Jamaluddin En. Mohd Syawal bin Ahmad Pn. Nurhayati binti Abd Wahab Dr. Hidayah binti Mohd Fadzil Pn. Ellma Shaffina Binti Mohd Shafie Pn. Ruslinda binti Mat Saad En. Mohd Najib Bin Yunos En. Joarhariffin bin Nasrul Pn. Nor Asmiyah binti Ali 7


AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG pibg K A L I K E - 3 5 Penasihat : Pn. Suraya Binti Mohd Salleh (Guru Besar) Ex-Officio : Pn. Absah Binti Saidin (Pen. Kanan Pentadbiran) : En. Mohd Naslisham bin Awang Nik (PK Hal Ehwal Murid) : Pn. Noor Adleynna Reza binti Azmal Mohtar (PK Kokurikulum) : Pn. Herliana Binti Husin (Pen. Kanan Pendidikan Khas) Yang Dipertua : En. Azman Bin Abu Hassan PBM,AMP. Naib Yang Dipertua : En. Ahmad Fawzan bin Abdul Aziz Setiausaha : Cik Syahmina Amira binti Ahmad Bendahari : Pn. Najwa Humaira’ binti Mat Nor 8


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34 TAHUN 2021/2022


10 PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYA 68100 BATU CAVES SELANGOR DARUL EHSAN NO. PENDAFTARAN PIBG: 777 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE- 34 SESI 2022/2023 Tarikh : 25 Jun 2022 (Sabtu) Masa : 9.00 pagi hingga 11.01 pagi Tempat : Kediaman Masing-Masing/Bilik Mesyuarat, SK Selayang Jaya Medium : Youtube Live Kehadiran : 1. Suraya binti Mohd Salleh Guru Besar (Penasihat) 2 Azman bin Abu Hassan Pbm, Amp Yang Dipertua 3. Norbakyah binti Ahmad Naib Yang Dipertua 4. Asna Hazima binti Mohd Alias Setiausaha 5. Siti Roha binti Kurdi Naib Setiausaha 6. Mohammad Nasirrudin bin Harun Bendahari 7. Rusliana binti Md. Saad Naib Bendahari 8. Maznah binti Suhaili Ahli 9. Najwa Humaira' binti Mat Nor Ahli 10. Nor Amalina binti Hamzah Ahli 11. Rahimah binti Taib Ahli 12. Syahida binti Mohtar Ahli 13. Ambiga Devi a/p Krishnan Ahli 14. Nor Asmiyah binti Ali Ahli 15. Nurmaizura Hidayah binti Roslan Ahli 16. Zulita binti Jamaludin Ahli 17. Mohd Najib bin Yunos Ahli 18. Norhanizan binti Hamdan Ahli 19. Nur Syahida binti Abdul Mutalib Ahli 20. Nur Salihah binti Kassim Ahli 21. Syahmina Amira binti Ahmad Ahli 22. Zalizah binti Zawawi Ahli 23. Ize @ Noorizan binti Che Harun Ahli 24. Nor Maziana binti Mohamad Ahli 25. Noor Eliarita binti Mohd Selam Ahli 26. Nurashikin bt Mohd Yusof Shah Ahli 27. Samsiah binti Ahmad Ahli 28. Noor Humaidah bte Awang Kechek Ahli 29. Muhd Faris Syazwan bin Muhammad Nor Ahli 30. Arini Binti Ab Ghani Ahli 31. Yogeswary a/p Paraman Ahli


11 32. Putri Nurhayati binti Megat Thaib Ahli 33. Sundera Moorthi a/l Rajandran Ahli 34. Syazana binti Mohd Rizal Ahli 35. Thanaletchumy Raman Ahli 36. Wan Rozzialinda binti Wan Iberahim Ahli 37. Zaharah binti Zainal Abidin Ahli 38. Nurhayati binti Abd Wahab Ahli 39. Wiwin Mazroatin Ainiyah Ahli 40. Nurul Zakiah binti Abd Razak Ahli 41. Dary a/p Eaw Ah Han Ahli 42. Sutha Sankaran Ahli 43. Ahmad Fawzan bin Abdul Aziz Ahli 44. Zamzary Axmal bin Rahaman Ahli 45. Norzaidi bin Safiei Ahli 46. Norfarizah Shahida binti Hamzah Ahli 47 . Noor Azlien binti Kamaruddin Ahli 48. Mohammad Nasirrudin bin Harun Ahli 49. Rohaiza binti Abd Malek Ahli 50. Rosliati binti Jaafar Ahli 51. Norhidayah binti Yahya Ahli 52. Nor 'Adilah binti Mohamed Azahar Ahli 53. Hidayah binti Mohd Fadzil Ahli 54. Ruslinda binti Mat Saad Ahli 55. Norhasni bt Mohd Saidin Ahli 56. Norazhlina binti Mohamed Ahli 57. Mohd Faizal bin Mohd Nor Ahli 58. Ida Yusnita binti Sahrum @ Md Daud Ahli 59. Nor'izzati binti Rosseli Ahli 60. Nurul Liyana binti Osman Ahli 61. Rafidah binti Khusaini Ahli 62. Zaitunni Harun Ahli 63. Ahmad Nazamudin bin Abdullah Ahli 64. Premalatha a/p Mahalingam Ahli 65. Nurul Qhistina binti Abd Razak Ahli 66. Rozina binti Shaari Ahli 67. Roslini binti Muhamad Suji Ahli 68. Nor Maziah binti Md Isa Ahli 69. Nourliza binti Abdullah Ahli 70. Rajaletchumi Ahli 71. Rita Hildayani bt Asrul Ahli 72. Hairilnizam Ahli 73. Muhammad Muaz bin Shah Rani Ahli 74. Mohamad Solahuddin Al-Ansori bin Ismail Ahli 75. Mohd Badrul Nizam bin Mustafa Ahli 76. Mohamad Hafis bin Hasan Ahli 77. Ellma Shaffina binti Md Shafie Ahli 78. Che Mah binti Abdullah Ahli 79. Mohd Syawal bin Ahmad Ahli 80. Wan Mariam binti Che Wan Omar Ahli 81. Rokiah binti Ab.Razak Ahli 82. Nor Azlina binti Husain Ahli 83. Shamin Ghazali Ahli 84. Mohd Hisham Shah bin Md Yassin Ahli


12 85. Nik Noor Asmaliza Nik Wail Ahli 86. Siti Maryiah Firdauza bt Sariaat Ahli 87. Noor Afzan binti Muhamad Ahli 88. Rosnani binti Mohamed Ani Ahli 89. Safinah binti Abu Safian Ahli 90. Norhaida binti Abd Malek Ahli 91. Noranaziah binti Johari Ahli 92. Haslina binti Aziz Ahli 93. Aiman Hafiy Ibrahim Ahli 94. Abd Jamal bin Jamaluddin Ahli 95. Hajrah Bevi bt M Hamzah Ahli 96. Munirah binti Jamaludin Ahli 97. Sharafunnisa' binti Abdullah Ahli 98. Ainmi Amalina binti Idris Ahli 99. Siti Holijah binti Alias Ahli 100. Norsahida bt Mastuki Ahli 101. Arzahar bin Jaafar Ahli 102. Norlina binti Mohd Yusop Ahli 103. Mohd Azhar bin Ramle Ahli 104. Norina binti Suratman Ahli 105. Fatin Najwa binti Abd Bahri Ahli 106. Ummi Nur Ain binti Abdul Razak Ahli 107. Siti Zainab bt Haji Alias Ahli 108. Syed Ariffin Ahmad bin Syed Anwar Ahli 109. Siti Nur 'Ain binti Azman Ahli 110. Rozylen binti Mohd Nor Ahli 111. Anis Raihana binti Baharom Ahli 112. Nur Ainie binti Azizan Ahli 113. Herliana binti Husin Ahli 114. Ani Shuhada binti Samsudin Ahli 115. Nurul Jannah binti Mat Saad Ahli 116. Siti Aida binti Ghazali Ahli 117. Khairul Kamilah Abdul Kadir Ahli 118. Gustiwan Malini binti Sulaiman Ahli 119. Siti Fatimah Nor binti Ossman Ahli 120. Susila Devi Ahli 121. Haslina binti Rusli Ahli 122. Hulwani binti Husain Ahli 123. Haizal bin Jamil Ahli 124. Edariani binti Zainal Ahli 125. Mohammad Fairus bin Salleh Ahli 126. Marlia binti Mohatar Ahli 127. Muhamad Yasin bin Musa Ahli 128. Mohamad Shahmie bin Mohd Suhairi Ahli 129. Muhammad Noor Halmay bin Zainol Abidin Ahli 130. Mohd Nor bin Bodot Ahli 131. Ahmad Fazli bin Abdul Rahman Ahli 132. Suhaila binti Sawi Ahli 133. Ahmad Amirulhadi bin Mohamad Ahli 134. Sharifah Norizzati bt Said Satapa Ahli 135. Noor Azmil bin Jamil Ahli 136. Nur Hazimah Ili binti Rahmat Ahli 137. Ahmad Firdaus bin Ab Ghani Ahli


13 138. Sajidah binti Sulaiman Ahli 139. Nor Zulhasymi bin Redzuan Ahli 140. Norazila bte Misram Ahli 141. Lila a/p Sukumaran Ahli 142. Absah bt Saidin Ahli 143. Siti Amirah binti Zailani Ahli 144. Mohd Abdul Latif bin Abdul Rahman Ahli 145. Nordiana binti Bunne Ahli 146. Diana binti Mior Mat Zin Ahli 147. Muhammad Badrulhisyam b Bakri Ahli Turut Hadir: 1. Absah binti Saidin Pen. Kanan Pentadbiran 2. Muhamad Ikhwan bin Zainal Pen. Kanan HEM 3. Zamzary Axmal bin Rahaman Pen. Kanan Kokurikulum 4. Herliana binti Husin Pen. Kanan Pendidikan Khas Urus Setia Mesyuarat: Pn. Asna Hazima binti Mohd Alias 1. PERUTUSAN PENASIHAT (Puan Suraya binti Mohd Salleh) 1.1 Penasihat mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua barisan pentadbir, guru-guru dan ibu bapa yang hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-34 yang dilaksanakan secara atas talian. Beliau berharap agar mesyuarat yang akan datang dapat diadakan secara bersemuka. 1.2 Ribuan terima kasih kepada ajk pelaksana yang bertungkus lumus bagi menjayakan mesyuarat agung ini. 1.3 Pertandingan di atas talian yang diadakan masih lagi berdepan cabaran. Namun cabaran terasa nikmat apabila sekolah telah merangkul kejayaan johan dan naib johan. 1.4 Usia sekolah telah mencecah hampir 30 tahun. Oleh itu, banyak baik pulih yang perlu dilakukan. Walaupun pihak sekolah telah memohon kepada pihak berwajib namun sokongan ibu bapa masih lagi diperlukan. 1.5 Bilik komputer masih dalam proses penyelenggaraan. Pihak sekolah sangat mengalualukan sumbangan daripada mana-mana pihak berbentuk komputer riba terpakai yang masih boleh digunakan dengan anggaran 20 buah untuk tujuan pengajaran pembelajaran pemudahcaraan (PDPc). 1.6 Data Nilam kini perlu diisi menggunakan link yang diberikan. 1.7 Data tahap penguasaan (TP) 1 dan 2 dalam penilaian Pentaksiran Bilik Darjah agak membimbangkan dengan peningkatan bilangan murid di tahap ini. 1.8 Kehadiran anak-anak ke sekolah perlu diambil berat oleh ibu bapa kerana ini juga menyumbang kepada peningkatan TP murid. 1.9 Dalam usaha penguasaan sifir di kalangan murid-murid, pihak sekolah telah menggantung banner sifir berwarna di pagar laluan pejalan kaki bagi membantu murid-murid menghafal sifir. 1.10 Isu beg berat ditangani dengan menyusun semula jadual matapelajaran dan guru subjek telah menetapkan buku-buku yang perlu untuk setiap subjek.


14 1.11 Ibu bapa perlu berpesan kepada anak-anak agar menyantuni rakan-rakan. 1.12 Pendekatan musyawwarah diambil jika berlaku ketidaksefahaman dan menjernihkan keadaan. 1.13 Kes ponteng diambil tindakan sewajarnya supaya tidak berlarutan. Makluman 2. PERUTUSAN YANG DIPERTUA PIBG (Encik Azman bin Abu Hassan PBM,AMP.) 2.1 YDP mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan memberikan sokongan untuk mesyuarat PIBG yang pertama kali diadakan secara atas talian. 2.2 PIBG berperanan memberi semangat dan sokongan kepada sekolah. 2.3 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar SK Selayang Jaya Pn. Suraya binti Mohd Salleh dengan kerjasama yang diberikan. 2.4 Diharapkan mesyuarat berjalan lancar dan harmoni. Makluman 3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS 3.1 Pn. Asna Hazima binti Mohd Alias selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34 untuk diterima dan disahkan. Cadangan : Pn. Noor Humaidah binti Awang Kechek Disokong oleh : Pn. Rafidah binti Khusaini Makluman 4. PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN PIBG SESI 2021/2022 4.1 En. Mohammad Nasirrudin bin Harun selaku Bendahari PIBG membentangkan Penyata Kewangan Sesi 2021/2022 yang berakhir pada 31 Disember 2021 untuk diterima dan disahkan. Jumlah baki yang dibawa ke hadapan adalah sebanyak RM 18,964.57 (Ringgit Malaysia: Lapan Belas Ribu Sembilan Ratus Enam Puluh Empat dan Sen Lima Puluh Tujuh Sahaja). Cadangan : Pn. Ellma Shafina binti Md Shaffie Disokong oleh : Pn. Noor Eliarita binti Mohd Selam Makluman 5. PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2021/2022 5.1 Pn. Asna Hazima binti Mohd Alias membentangkan Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2021/2022 untuk diterima dan disahkan. Cadangan : En. Ahmad Amirulhadi bin Mohamad Disokong oleh : En. Muhammad Shamin bin Ghazali Makluman 6. PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2020/2021 6.1 YDP, En. Azman bin Abu Hassan PBM,AMP secara rasmi membubarkan AJK PIBG sesi 2021/2022. Makluman 7. PERLANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA


15 7.1 Penolong Kanan Kokurikulum, En. Zamzary Axmal bin Rahaman dilantik sebagai pengerusi sementara untuk meneruskan agenda mesyuarat. 7.2 Mengingatkan agar ibu bapa mengisi kehadiran pada link yang diberikan supaya undian ibu bapa diambil kira untuk pelantikan AJK baharu. 7.3 Mengharapkan pencadang dan calon hadir mesyuarat. Cadangan akan ditolak jika mereka yang terlibat tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Makluman 8. PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2022/2023 DIJALANKAN SECARA UNDIAN 8.1 Ahli mencadangkan nama En. Azman bin Abu Hassan sebagai YDP PIBG. Cadangan : Pn. Zulita binti Jamaludin Disokong oleh: En. Muhammad Faris Syazwan bin Muhammad Nor Cadangan ditutup: En. Abd Jamal bin Jamaluddin Disokong oleh : Pn. Lila Keerthi 8.2 Ahli mencadangkan nama En. Ahmad Fawzan bin Abdul Azizi sebagai NYDP PIBG. Cadangan : Pn. Nurashikin binti Mohd Yusof Shah Disokong oleh: Pn. Nur Syahida binti Abdul Mutalib Cadangan ditutup: En. Nazamuddin bin Abdullah Disokong oleh : En. Abd Jamal bin Jamaluddin 8.3 Ahli mencadangkan nama Pn. Nurhayati binti Abd Wahab sebagai AJK PIBG. Cadangan : Pn. Nor Amalina binti Hamzah Disokong oleh: Pn. Syahida binti Mohtar 8.4 Ahli mencadangkan nama Pn. Ruslinda binti Mat Saad sebagai AJK PIBG. Cadangan : Pn. Nor Izzati binti Rosseli Disokong oleh: Pn. Najwa Humaira’ binti Mat Nor 8.5 Ahli mencadangkan nama En. Abd Jamal bin Jamaluddin sebagai AJK PIBG. Cadangan : En. Mohamad Nasirrudin bin Harun Disokong oleh: En. Ahmad Amirulhadi bin Mohamad 8.6 Ahli mencadangkan nama Pn. Ellma Shaffina binti Mohd Shafie sebagai AJK PIBG. Cadangan : Pn. Nor’adilah binti Mohamed Azahar Disokong oleh: Pn. Yogeswary a/p Paraman 8.7 Ahli mencadangkan nama Dr. Hidayah binti Mohd Fadzil sebagai AJK PIBG. Cadangan : Pn. Maznah binti Suhaili Disokong oleh: Pn. Ambiga Devi a/p Krishnan 8.8 Ahli mencadangkan nama En. Mohd Syawal bin Ahmad sebagai AJK PIBG. Cadangan : Pn. Hidayah binti Mohd Fadzil Disokong oleh: Pn. Norhanizan binti Hamdan 8.9 Ahli mencadangkan nama En. Mohd Hisham Shah bin Md Yassin sebagai AJK PIBG. Cadangan : Pn. Noor Eliarita binti Mohd Selam Disokong oleh: Pn. Yasmin Azra binti Aziz Mohd 8.10 Seterusnya ahli mencadangkan pencalonan AJK PIBG ditutup. Cadangan : Pn. Rusliana bingti Md. Saad Disokong oleh : Pn. Haslina binti Abd Aziz


16 8.11 Undian dijalankan melalui pautan google form dengan keputusan undian bagi 6 calon yang tertinggi dipilih sebagai AJK PIBG manakala calon ketujuh sebagai juruaudit ibu bapa. 8.12 Barisan AJK PIBG bagi sesi 2022/2023 adalah seperti berikut. Penasihat : En. Suraya binti Mohd Salleh Yang Dipertua PIBG : En. Azman bin Abu Hassan PBM, AMP Naib Yang dipertua PIBG : En. Ahmad Fawzan bin Abdul Aziz Setiausaha : Cik Syahmina Amira binti Ahmad Naib Setiausaha : Pn. Asna Hazima binti Mohd Alias Bendahari : Pn. Najwa Humaira’ binti Mat Nor Naib Bendahari : En. Mohammad Nasirrudin bin Harun AJK Guru : En. Mohd Najib bin Yunos En. Joarharifin bin Nasrul Pn. Nor Asmiyah binti Ali AJK Ibu Bapa : En. Abd Jamal bin Jamaluddin Pn. Ellma Shaffina binti Mohd Shafie En. Mohd Syawal bin Ahmad Pn. Ruslinda binti Mat Saad Pn. Nurhayati binti Abd Wahab Dr. Hidayah binti Mohd Fadzil Juruaudit : En. Mohd Hisham Shah bin Md Yassin (wakil ibu bapa) En. Ahmad Amirulhadi bin Mohamad (wakil guru) Makluman 9. PERBINCANGAN USUL 9.1 Sebanyak 13 usul telah diterima daripada ibu bapa. Hanya 5 usul sahaja yang dibincangkan mengikut kehadiran mereka yang memberi usul. 9.2 Usul 1 dicadangkan oleh Pn. Norhasni binti Mohd Saidin. Cadangan : Anak merungut tidak dapat membeli makanan di kantin. Diharap pengusaha kantin dapat menyediakan makanan yang lebih untuk anak2 lebih-lebih lagi untuk tahap 2. Tindakan : Telah dimaklumkan kepada pengusaha kantin dan tindakan telah diambil. 9.3 Usul 2 dicadangkan oleh En. Azmil bin Jamil. Cadangan: Dataran berbumbung untuk murid-murid berkumpul. Tindakan : Dalam perancangan pihak sekolah dan PIBG. 9.4 Usul 3 dicadangkan oleh Pn. Siti Zainab binti Alias. Cadangan: Diminta membuat laluan sehala bagi memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak melalui pintu B. Parking ibu bapa tidak teratur malah menyukarkan ibu bapa lain untuk menurunkan anak pada waktu pagi.


17 Tindakan : Perkara ini perlu mendapatkan kebenaran pihak MPS dan pihak sekolah pernah menghantar permohonan kepada pihak MPS sebelum ini, namun tiada maklumbalas yang diterima dari pihak pihak MPS. Pihak sekolah akan cuba untuk membuat tindak susul sekali lagi berhubung perkara ini. 9.5 Usul 4 dicadangkan oleh Pn. Siti Zainab binti Alias. Cadangan: Kelas bimbingan bagi murid mengusai 3M, supaya ibu bapa tidak perlu mencari kelas tuisyen di luar. Penyertaan diwajibkan kepada anak-anak yang belum menguasai 3M dengan bantuan guru selepas waktu sekolah. Tindakan :Unit Kurikulum telah mengadakan Mesyuarat Kurikulum bersama pentadbir dan guru-guru untuk mengatasi masalah tidak menguasai 3M serta mengambil inisiatif untuk mencapai prestasi TP4 dan TP 5 dengan mewujudkan kelas bimbingan selepas waktu habis pdpc mengikut hari-hari tertentu yang akan diberitahu kemudian. Data murid yang dikenalpasti dan akan diumumkan dengan kadar segera. Begitu juga dengan kelas bimbingan, juga akan dilaksanakan secepat mungkin apabila data sudah diperolehi oleh Penyelaras PBS dari guru-guru subjek. 9.6 Usul 5 dicadangkan oleh Pn. Susila Devi. Cadangan: Selepas waktu rehat, murid-murid berkumpul di bawah panas matahari. Mohon pihak sekolah sediakan khemah atau tukar tempat berkumpul selepas rehat. Tindakan : Sekolah mempunyai kekangan dari segi ruang untuk mengumpul pelajar di kawasan berbumbung. Pengumpulan murid selepas waktu rehat adalah perlu bagi memastikan murid tidak berebut dan berlari-lari sewaktu naik ke kelas di samping menggunakan masa berkenaan untuk memberi peringatan dan teguran kepada murid. Masa yang diambil tidak terlalu lama untuk murid berkumpul selepas waktu rehat. Makluman 10. HAL-HAL LAIN 10.1 Perancangan aktiviti sekolah dan PIBG dibentangkan. Terdapat beberapa aktiviti memerlukan sumbangan kewangan daripada ibu bapa/penjaga. Unit Kurikulum 10.1.1.1 Transisi Tahun 1 = RM 25.00/murid 10.1.2 Kem Sahsiah Tahun 6 = RM 50.00/murid 10.1.3 Kem Subjek = RM 40.00/murid 10.1.4 Aktiviti Pasca PSAT = RM 10.00/murid 10.1.5 Majlis Apresiasi & Jamuan Akhir Tahun = RM 20.00/murid Unit Kokurikulum 10.1.6 Buku PAJSK bagi murid tahun 4,5 dan 6 = RM 6.00/murid 10.1.7 Sumbangan keahlian persatuan/badan beruniform = mengikut unit 10.1.8 Sumbangan rumah sukan = RM5.00/murid 10.1.9 Perkhemahan = RM80.00/murid 10.1.10 Kem Kepimpinan =RM30.00/murid 10.1.11 Lawatan (jika ada) = RM150.00/murid 10.2 Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan perancangan aktiviti tersebut tanpa bantahan. 10.3 Mesyuarat sebulat suara bersetuju mengekalkan jumlah sumbangan PIBG RM70 bagi setiap keluarga (RM50 untuk aktiviti murid dan RM20 untuk


18 penyelenggaraan sekolah). Undian dijalankan secara poll. Keputusan undian adalah seperti berikut: Setuju (76%) Tidak setuju (23%). 10.4 Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan pembinaan dewan terbuka di SK Selayang Jaya memandangkan murid-murid dan guru-guru menghadapi kesukaran mengadakan aktiviti ketika cuaca panas terik dan hujan. Cadangan : En. Mohd Najib bin Yunos Disokong oleh: En. Abd Jamal bin Jamaluddin dan ahli mesyuarat sebulat suara tanpa bantahan. Makluman 11. UCAPAN PENANGGUHAN 11.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan kepada usul –usul yang dibentangkan. Sekolah akan berusaha untuk menempa kejayaan dari semasa ke semasa di samping menyelesaikan masalah penyelenggaraan dari semasa ke semasa. 11.2 YDP juga berharap agar kerjasama yang padu dapat diteruskan antara ibu bapa dan guru untuk kecemerlangan sekolah dan peningkatan prestasi murid. Makluman Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.01 pagi. Pencatat Urus Setia Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34 Tahun 2022 SK Selayang Jaya. Tarikh : 25 Jun 2022


LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2022/2023


20 Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan izinNya, PIBG SK Selayang Jaya telah berjaya melaksanakan pelbagai program bagi memenuhi falsafah penubuhannya iaitu membantu pihak sekolah menyediakan infrastruktur pendidikan dalam usaha melahirkan warganegara yang berkembang secara seimbang dari sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani. Berikut dibentangkan Laporan Aktiviti PIBG yang telah berjaya dilaksanakan bagi sesi 2022/2023: Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2022/2023 BIL MESYUARAT TARIKH 1 Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama 15 Julai 2022 2 Mesyuarat AJK PIBG Kali Kedua 7 Oktober 2022 3 Mesyuarat AJK PIBG Kali Ketiga 14 Februari 2023 4 Mesyuarat AJK PIBG Kali Keempat 19 Mei 2023


21 KEHADIRAN AJK PIBG MENGIKUT TARIKH PANGGILAN MESYUARAT SESI 2022/2023 TARIKH NAMA AJK 15/07/2022 07/10/2022 14/02/2023 19/05/2023 En. Azman Bin Abu Hassan PBM, AMP / / / / En. Ahmad Fawzan Bin Abdul Aziz / / / / Cik Syahmina Amira binti Ahmad 0 / / / Pn. Asna Hazima Binti Mohd Alias / 0 / / Pn. Najwa Humaira’ binti Mat Nor / / / / En. Mohammad Nasirrudin Bin Harun / 0 0 / En. Mohd Najib Bin Yunos 0 / / 0 En. Joarhariffin bin Nasrul / 0 0 / Pn. Nor Asmiyah binti Ali / / / / En. Abd Jamal Bin Jamaluddin / / / / En. Mohd Syawal bin Ahmad / / / 0 Pn. Nurhayati binti Abd Wahab / / / / Dr. Hidayah binti Mohd Fadzil 0 / / / Pn. Ellma Shaffina Binti Mohd Shafie / 0 / / Pn. Ruslinda binti Mat Saad 0 / / 0 En. Ahmad Amirulhadi bin Mohamad 0 0 0 0 En. Mohd Hisham Shah bin Md Yassin 0 / 0 0 HADIR = / TIDAK HADIR BERSEBAB = 0


22 AKTIVITI PIBG SK SELAYANG JAYA SESI 2022/2023 1. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34 2. Mesyuarat AJK PIBG 3. Membaikpulih Tempat Parkir Kereta Akibat Ribut 4. Membersih dan Membaikpulih Kabin dan Kanopi di PPKI Akibat Ribut 5. Program Ihya’ Ramadhan 6. Pemasangan Perangkap Anai-Anai 7. Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri 8. Sumbangan Minyak Terpakai 9. Sumbangan Perkhemahan Badan Beruniform 10. Majlis Apresiasi dan Permana Citra 11. Hari Sukan Sekolah 12. Hari Sukaneka Tahap 1 13. Sambutan Hari Kanak-kanak 14. Majlis Tautan Kasih Aidilfitri Anjuran Pejabat Khidmat Ahli Majlis Zon 12 15. Projek Menaiktaraf Kecerian Pagar Sekolah 16. Membaikpulih Kawasan Padang dan Penebangan Pokok 17. Penurapan Jalan Tar di Tempat Parkir Kereta 18. Sumbangan Penglibatan Murid ke Kejohanan Bawah 11 Tahun MSSD Gombak


23 PERINCIAN LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2022/2023 BIL. PERKARA 1. Mesyuarat AJK PIBG Sepanjang sesi 2022/2023, PIBG telah mengadakan Mesyuarat AJK sebanyak 4 kali. 2. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34 telah diadakan pada 25 Jun 2022. Mesyuarat ini diadakan untuk memilih AJK PIBG bagi sesi 2022/2023 dan berbincang tentang cara untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak serta disiplin anak-anak SK Selayang Jaya. 3. Sumbangan kepada Program Sekolah PIBG telah memberikan sumbangan sebanyak RM 11,470.00 bagi melancarkan program sekolah bagi sesi 2021/2022. 4. Sumbangan PIBG untuk Penyelenggaraan dan Penambahbaikan Sekolah 1. Bumbung laman inovasi, tempat menunggu (MBI): RM 10 000.00 2. Kerusi Batu Pra: RM 850.00 3. Bumbung Pengawal Keselamatan, bumbung LCD, Roda Pagar: RM 2 100.00 4. Kipas Bilik Sains: RM 200.00 5. Baiki Paip & Tandas Sekolah: 920.00 6. Pembersihan anai-anai: RM 2 400.00 7. Gotong-royong dan Kelasku Ceria Hem: RM 3 360.00 8. Baik Pulih Sekolah: RM 3958.00 Jumlah: RM 23 788.00 5. Perbelanjaan Lain-lain PIBG telah menyumbangkan RM 3 828.00 untuk perbelanjaan lain-lain.


24 LAPORAN AKTIVITI YANG MELIBATKAN IBU BAPA SESI 2022/2023 BIL PERKARA 1 Sumbangan untuk Aktiviti Kokurikulum dan Ko-akademik Sekolah Tahun 2022/2023 2 Sumbangan untuk Infaq Ramadhan Tahun 2023 PENUTUP Secara keseluruhannya, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah berusaha untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Pihak PIBG SK Selayang Jaya mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, guru-guru, ibu bapa serta semua pihak yang terlibat atas komitmen yang telah diberikan dalam melaksanakan aktiviti PIBG sekolah ini. Ahli Jawatankuasa PIBG SK Selayang Jaya memohon maaf di atas kesilapan dan kelemahan pihak kami dalam menguruskan PIBG sekolah ini sepanjang tempoh berkhidmat. Kami berharap semoga aktiviti yang dirancang untuk tahun ini akan dapat diteruskan oleh Ahli Jawatankuasa 2023/2024 nanti. Dengan segala hormatnya laporan ini dibentangkan untuk pandangan dan perbincangan. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh, SYAHMINA AMIRA BINTI AHMAD Setiausaha PIBG SK Selayang Jaya Sesi 2022/2023


LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI 2022/2023


26 LAPORAN NOTA


27 LAPORAN KESELURUHAN BERNOTA


28


29 LAPORAN KESELURUHAN


30


CADANGAN DAN USUL


32 BIL. NAMA IBU/ PENJAGA NAMA MURID KELAS CADANGAN/ USUL TINDAKAN 1. Marini bt Darsani Chempaka Nur Imaan Arjuna Nuh Ilham 6 Setia 3 Jujur Cadangan untuk membuat dataran berbumbung untuk kemudahan pelajar semasa perhimpunan, bacaan Yassin dan sebagainya. Selepas MAT kali ke35, sekolah akan menganjurkan program Dewanthon dan program wakaf bagi mengumpul dana untuk menaiktaraf infrastruktur sekolah. 2. Siti Nur Mahfuzah binti Mohamad Nur Alyaa Sofea 6 Ikhlas Mempelbagaian teknik pembelajaran bagi murid yg lemah dlm mata pelajaran yg diceburi. Sekolah telah mengaplikasikan Teknik Pembelajaran Terbeza yang menyesuaikan pendekatan pembelajaran dengan aras pembelajaran murid. Program Mentormentee juga telah dilaksanakan. 3. Menontheran a/l Ganeson Harrish 4 Jujur Boleh adakan Barbara aktiviti seperti cheese, Rubik cubes aktiviti lain yang beri pengetahuan am. Tiada peruntukan yang mencukupi untuk membeli alatan, harga barangan juga mahal dan barang terhad. 4. Nor Aida Zaruddin Nik Ammar Zafran Nik Faiq Naufal 2 Ikhlas 1 Jujur Mengenai masa balik pelajar, mohon ditimbangkan balik kerana anak saya masuk sekolah pukul 2 jadi masa terlalu singkat dan buat anak saya terkejar2 nak ke sekolah kafa. Sekolah telah menggunakan jadual penguraian. Murid Tahap 1 pulang lebih awal berbanding dengan murid Tahap 2. Jadual persekolahan biasa tidak dapat diubah kerana setiap subjek telah ditetapkan kuota masa waktu pembelajaran dalam seminggu. 5. Nurfazilla Muhammad Firas Thaqif Nur Fatin Tasnim 2 Ikhlas PPKI Pertimbangan untuk tukar waktu jadual balik waktu sekolah pada hari isnin pukul 1.10ptg. Ini berikutan anak akan menghadiri sekolah agama pada pukul 2.30ptg, agak terkejar2 masa utk balik


33 ke rumah, masa utk berehat/makan/bersiap & masa perjalanan utk pergi ke sekolah agama.Harap dpt diawalkan waktu balik pd hari isnin tersebut. Terima kasih. 6. Rajaletchumy Nitysh 4 Ikhlas Tolong kurangkan subjek dalam sehari agar tidak berat beg sekolah dan sukar untuk murid angkat beg yang berat dan naik tangga. Masa balik ditukar supaya tidak sama dengan masa balik sekolah menengah. Sukar untuk penjaga ambil anak2 mereka. Masa balik juga di minta tukar ikut darjah2 tertentu. 7. Priyadashini Ramalingam Lithiesh Sai 1 Ikhlas Perlu ketatkan keselamatan murid seperti masa balik security perlu ada dan tanya murid jika ada ibu/bapa /penjaga sahaja baru boleh keluar dari sekolah. Diluar bidang kuasa pengawal keselamatan. Pengawal keselamatan hanya menjaga murid dalam kawasan sekolah sahaja. 8. Hamzah bin Abdul Latif Amzar Muhammad Firas 2 Jujur Meminta kerjasama security sekolah untuk menjaga lalu lintas semasa murid hadir ke sekolah dan pulang dari sekolah,seperti 5 atau 6 tahun lepas,untuk keselamatan murid-murid semua. 9. Saza Zuliana Rifqi Adriey 1 Ikhlas Menghentikan penjualan makanan yg dilarang penjualan di kantin seperti processed food (fries,burger, nugget etc) dan makanan ringan (junk food) selaras Sekolah telah mengarahkan pihak kantin untuk menghentikan


34 dengan arahan KKM melalui pekeliling yg dikeluarkan (No.ruk :KKM.600-31/10/3 JLD 2(3) bertarikh 21 NOV 2016. penjualan makanan segera. 10. Mohamad Fazril bin Mohd Basri Nur Felisha Adia 1 Ikhlas Cadangan waktu rehat diasingkan waktu dengan darjah lain. Jangan sekalikan. Kantin terlalu padat bila dicantumkan sekali. Waktu rehat sudah diasingkan mengikut tahap. Waktu rehat Tahap 1 lebih awal berbanding Tahap 2. Pihak sekolah akan berusaha untuk menambah bilangan kerusi dan meja di kantin. 11. Sharafunnisa' binti Abdullah Mohammad Shahzeel Khan 4 Setia Mohon cikgu senaraikan awal2 setiap subjek buku modul yang perlu dibeli sebelum senarai buku awal tahun dikeluarkan. Hanya buku yang betul2 wajib dibeli sahaja agar tiada pembaziran berlaku. Begitu juga dengan buku2 tulis (latihan) seperti buku( Edisi khas)langsung tak banyak guna tetapi ada dalam list pembelian. Senarai buku perlu dibeli (wajib dan pilihan) telah diedarkan lebih awal dan telah dikongsikan dalam whatsapp group. 12. Siti Zainab bt Hj Alias Muhamad Ubaidillah 5 Setia Vvvvx x Setiap kelas telah mempunyai Whatsapp Group untuk memudahkan komunikasi antara ibu bapa dan murid. Semua info dan pertanyaan boleh diusulkan dalam Whatsapp Group tersebut atau personal kepada guru yang terlibat.


35 13. Siti Amirah Zailani Hani Nabila Hani Nurkhayla 5 Setia 1 Ikhlas Mempertimbangkan untuk mengumpulkan dana dari pihak ibu bapa bagi menyediakan loker supaya dpt meringankan beg anak-anak ke sekolah. Bilangan murid yang ramai dalam satu kelas menyebabkan ruang terhad untuk meletakkan loker. Namun, guru kelas telah menyediakan box untuk murid-murid meletakkan buku aktiviti dan buku latihan supaya beban beg berat dapat diringankan. 14. Nur Atika Rabiatul Adawiyah Aisyah Humaira 5 Ikhlas 5 Jujur Menyediakan loker utk pelajar menyimpan buku di sekolah utk mengurangkan bebanan beg yg dibawa ke sekolah pada setiap hari terutamanya pada pelajar yg kelasnya berada di tingkat atas. 15. Haznatul Mariam bt Segul Basheer Mohammed Azmar 3 Ikhlas Buku teks simpan dalam kelas , berat budak2 naik tingkat 2 susah kalau jatuh. Sediakan loker atau storage box dalam class. 16. Sajidah binti Sulaiman Said Rayyan 2 Setia Sediakan box buku dalam setiap bilik darjah. 17. Siti Dalila binti Suliman Damia Qaisara Damia Umaira 6 jujur 3 Jujur Mohon dipertimbangkan buku teks untuk ditinggalkan di bawah meja. Ini adalah kerana beg agak berat tidak sesuai dengan keadaan anak yg sedang membesar. Kehilangan buku teks adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa jika hilang. Ergonomik anak2 ketika menggalas beg


36 yang berat amat penting untuk dipertimbangkan. 18. Nor Azalina binti Mohd Saleeh Muhammad Aariz Daniyal PPKI Membenarkan khidmat 'shadow aid' dikalangan ibu bapa / penjaga yang terlatih sebagai membantu guru2 dan PPM dalam mengendalikan anak2 PPKI. Tidak dapat dilaksanakan tetapi Puan boleh berbincang dengan AJK Permuafakatan Ibu Bapa PPKI untuk mengadakan program bersama ibu bapa PPKI.


PERANCANGAN AKTIVITI SESI 2023/2024


1.Pembinaan Dewan Terbuka 2.Program Dewanthon 3.Gotong-Royong Perdana 4.Jualan Sukan Tahunan/ Hari Kantin 5.Makan Malam (Alumni/ KSIB) 6.Membina dan Menaiktaraf Gelanggang Serbaguna 7.Kenduri Rakyat Warga SKSJ 8.Ceramah Pertolongan Cemas 9.Bengkel Smart Parenting 10. Ceramah Keselamatan bersama PDRM 11. Majlis Berbuka Puasa, Solat Hajat dan Solat Tarawih 12. Sambutan Hari Guru dengan Kerjasama Alumni /KSIB 13. Hari Bertemu Pelanggan 14. Sumbangan Kerusi Meja Kantin PERANCANGAN AKTIVITI PIBG SESI 2023/2024 38


PROGRAM-PROGRAM SEKOLAH SESI 2023/2024 UNIT KURIKULUM 39


PROGRAM-PROGRAM SEKOLAH SESI 2023/2024 UNIT HAL EHWAL MURID UNIT KOKURIKULUM 40


PROGRAM-PROGRAM SEKOLAH SESI 2023/2024 UNIT PENDIDIKAN KHAS 41


PROGRAM-PROGRAM SEKOLAH SESI 2023/2024 YANG MELIBATKAN SUMBANGAN KEWANGAN IBU BAPA/PENJAGA 42


PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2023/2024


Pn. Suraya Binti Mohd Salleh Penasihat Setiausaha Bendahari AHLI JAWATAN KUASA 2 0 2 3 / 2 0 2 4 AHLI JAWATAN KUASA INDUK ahli jawatankuasa pibg Yang Di-Pertua Timbalan Yang Di-Pertua Juruaudit Dalaman 44


Dengan tulus ikhlas merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada : En. Azman Bin Abu Hassan PBM,AMP. YDP PIBG SK Selayang Jaya Sesi 2022/2023 Pn. Suraya Binti Mohd Salleh Guru Besar SK Selayang Jaya Semua Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Kali Ke-35 Semua Ibu Bapa dan Penjaga Murid SK Selayang Jaya Dan semua pihak yang telah memberi sokongan dan sumbangan untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Selayang Jaya Kali Ke-35 Dengan tulus ikhlas merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada : En. Azman Bin Abu Hassan PBM,AMP. YDP PIBG SK Selayang Jaya Sesi 2022/2023 Pn. Suraya Binti Mohd Salleh Guru Besar SK Selayang Jaya Semua Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Kali Ke-35 Semua Ibu Bapa dan Penjaga Murid SK Selayang Jaya Dan semua pihak yang telah memberi sokongan dan sumbangan untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Selayang Jaya Kali Ke-35 penghargaan 45


Click to View FlipBook Version