The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by damia.helmi06, 2021-03-17 21:41:35

sinopsis Novel Hempasan Ombak

sinopsis Novel Hempasan Ombak

Sinopsis Novel Hempasan Ombak

Tugasan Unit Plan 1 Bahasa Melayu

Nama : Puteri Damia Batrisyia Binti Helmi
Kelas : 3 Inquirer (2021)

Subjek : Bahasa Melayu (komsas )
Guru : Puan Sa’adiah

Sekolah : SMK Pantai IBWS

Sinopsis Keseluruhan

Farid yang baru berumur 19 tahun terpaksa menerajui Perusahaan Batik Nusantara apabila
ayahnya iaitu Haji Badrul yang merupakan pemiliknya meninggal dunia akibat barah dalam perut. Ibunya
, Hajah Zaoyah terpaksa menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Faridkerana anak-anaknya yang
lain tidak mampu memikul tugas tersebut. Sebagai tugasan pertama , Farid melawat bengkel untuk
meihat kerja-kerja mengecap batik. Pak Nik , pekerja syarikat itu menerangkan keadaan syarikat , iaitu
tentang batik keluaran syarikat tidak laku dan wujudnya sebuah syarikat yang mahu melumpuhkan
syarikat mereka. Hajah Zaoyah bercadang mahu menggadaikan emas dan tanah miliknya untuk
memperkukuh kewangan dan mengatasi masalah hutang syarikat.

Farid meluahkan keinginannya untuk memperbesar bengkel sekiranya syarikat semakin kukuh.
Farid mengadakan mesyuarat syarikat buat kali yang pertama dengan pekerja-pekerjanya. Dalam
mesyuarat tersebut , Farid mahu syarikat menjual batik dalam bentuk pakaian siap dengan jenama
tersendiri. Selain itu , Farid mencadangkan bengkel batik diperbesar dan mesin baharu perlu dibeli. Pada
suatu hari , Farid mengunjungi pejabat firma pemborong binaan Nadi Zaman kepunyaan Mokhsein ,
bekas pekerja ayahnya suatu ketika dahulu. Mokhsein memaklumkan bahawa terdapat sebuah syarikat
pesaing di Kuala Terengganu yang mahu monopoli pengeluaran batik dengan menjual batik dengan harga
yang murah untuk memastikan syarikat yang sedia ada muflis. Mokhsein kemudian mencadangkan Farid
agar menjalankan “strategi terkunci” jika syarikatnya mahu kukuh kembali.

Sinopsis Keseluruhan (2)

Zuraida berniaga pakaian di bazan MARA di Jalan Bonggol sejak tujuh tahun lalu. Farid , rakan
sekelasnya semasa berada di tingkatan satu hingga tigkatan lima di Sekolah Menengah Seri Budiman
dating berkunjung ke gerainya untuk bertanya khabar. Dalam pertemuan yang lain, Zuraida berjanji mahu
membantu Farid dengan menjualkan batik keluaran syarikat Farid di gerainya tanpa mengenakan
sebarang komisen. Dia mencadangkan agar Farid mengeluarkan batik bercorak baharu atau moden untuk
menarik perhatian pembeli.

Farid bertemu Mokhsein ntuk mendapatkan pandangannya. Hasilnya dia dapat menyiapkan
kertas kerja “Projek Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan Perintis Batik Lukis Syarikat Batik
Nusantara” dan seterusnya, Farid membina bengkel tambahan dengan modal sebanyak RM75 ribu. Hal
berkaitan tenaga pengajar batik moden akan diuruskan oleh Mokhsein. Sebagai seorang usahawan yang
berjaya, Mokhsein diundang untuk merasmikan bangunan bengkel batik moden. Pada hari tersebut,
Hartini Noor, adik sepupu Mokhsein datang. Zuraida melahirkan rasa cemburu terhadap kehadiran
Hartini Noor. Farid mengunjungi Zuraida di gerainya. Farid menjelaskan bahawa Hartini Noor sudah
bertunang dengan pereka bentuk dalaman dan bekerja selama sebulan sahaja di syarikatnya. Zuraida
melihat kerja-kerja mencanting di bengkel.

Sinopsis Keseluruhan (3)

Selanjutnya, pemilik Syarikat Batik Rajawali, Mukhtar begitu marah apabila batik keluaran

syarikatnya tidak mendapat sambutan dengan alasan batik keluarannya bercorak lama. Mukhtar yakin,
batik pilihan pengguna sekarang adalah keluaran syarikat pesaingnya, Syarikat Batik Nusantara. Mukhtar
kemudiannya pergi ke gerai anak saudaranya, Zuraida dan mendapati batik bercorak baharu dijual di
gerai Zuraida. Mukhtar memberi amaran agar Zuraida tidak menjual batik itu dan jika masih degil, dia
akan merobohkan gerai Zuraida. Farid pula menerima amaran keras dalam bentuk surat layang. Dia
diingatkan agar memutuskan hubungannya dengan Zuraida dan memastikan batik keluarannya tidak
menguasai pasaran. Jika amaran tersebut tidak dipandang serius, padah yang lebih besar akan menanti.
Hajah Zaoyah mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis.

Farid mendapat panggilan telefon daripada Zuraida. Zuraida menjelaskan akan larangan bapa
saudaranya agar tidak menjual batik moden yang dikeluarkan oleh syarikat Farid. Di bengkel membuat
batik moden kepunyaan Farid, Mahmood, pekerja Mukhtar mencari Azmi dan Masri. Mahmood tidak
berpuas hati kerana dua-dua lelaki itu telah meninggalkan Syarikat Batik Rajawali. Azmi dan Masri
memberi alasan meninggalkan syarikat kerana tidak dibayar gaji walaupun sudah bekerja selama dua
bulan. Berlaku pertengkaran. Mahmood yang hilang sabar kemudiannya mencekik leher baju Azmi.
Disebabkan Masri tiada pilihan lain untuk menyelamatkan Azmi, dia menerpa ke arah Mahmood lalu
mencurahkan lilin panas dari canting ke muka Mahmood.

Sinopsis Keseluruhan (4)

Ketika jam menunjukkan pukul 2:00 pagi, seisi rumah Hajah Zaoyah dikejutkan dengan bunyi letupan
yang kuat. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati bengkel tempat pengeluaran batik moden dijilat
api. Bengkel tersebut tinggal rangka. Lebih 75 peratus peralatan dan bahan mentah untuk membuat batik
musnah. Farid menerima dugaan yang menimpanya sebagai takdir. Pihak polis yakin kebakaran bermotifkan
jenayah lalu meminta Farid mengikutnya ke balai polis untuk diambil keterangan. Di balai polis, Inspektor
Rusman menjelaskan, pihaknya telah memberkas Mahmood di sebuah klinik ketika lelaki itu sedang menerima
rawatan kerana tersiram lilin batik. Mahmood mempunyai rekod jenayah dan merupakan pekerja Syarikat Batik
Rajawali. Pemilik syarikat tersebut ialah Mukhtar bin Yusof dan kini pihak polis berusaha untuk memberkasnya.

Tiga hari selepas peristiwa kebakaran bengkel, Mokhsein datang ke bengkel Farid sekembalinya dari
Singapura. Mokhsein berjanji akan membantu Farid menjadi pembekal pakaian siap. Kata-kata itu memberi
semangat semula ke dalam jiwa Farid. Zuraida pula menjelaskan, kerana kekurangan ilmu dalam bidang
perniagaan, dia mengikuti kursus luar kampus dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM. Zuraida
mencadangkan Farid menimba ilmu lagi kerana terdapat banyak kolej di Kuala Terengganu. Mukhtar kini berada
di Penjara Marang dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun atas kesalahannya mengupah tiga orang
samseng untuk membakar bengkel perusahaan batik Farid. Kemudian Farid dan Zuraida mengikuti Mokhsein
serta isterinya menghadiri majlis perkahwinan Hartini Noor di Kuantan.

Sinopsis Bab 1 – Warisan ?

Sejak Haji Badrul meninggal dunia akibat barah dalam perut , Farid yang baru berusia 19 tahun
terpaksa menerajui Perusahaan Batik Nusantara. Ibunya , Hajah Zaoyah terpaksa menyerahkan
tanguungjawab tersebur kepada Farid kerana kakak sulungnya , Latifah yang mempunyai 5 orang anak
tidak pernah dilatih untuk mewarisi perniagaan ayahnya. abang Farid , iaitu Lotfi sudah 10 tahun hidup
di atas kerusi roda kerana mengalami lumpuh dari paras pinggang ke bawah setelah terlibat dalam
kemalangan jalan raya. Farhan pula sudah meninggal dunia , juga terlibat dalam kemalangan jalan raya
, manakala Hanisyah yang berumur 15 tahun dan Hisyam yang berumur 12 tahun masih terlalu muda.

Pada hari pertama , berada di syarikat yang terletak tidak jauh dari rumah , Farid sudah
dilanda kerisauan. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak tugas arwah ayahnya yang tertangguh di
samping kewangan syarikat tidak kukuh dan masalah wujudnya ejen yang tidak mahu membayar
hutang. Tomsiah , kerani syarikat yang bekerja lebih 10 tahun di syarikat tersebut menerangkan
kedudukan syarikat. Menurut Tomsiah , kewangan syarikat masih mampu membayar gaji pekerja ,
tetapi pengeluaran batik dikurangkan kerana permintaan yang semakin berkurangan. Tomsiah
kemudiannya mencatat nombor telefon dan menyerahkan nombor tersebut kepada Farid. Tomsiah
meminta Farid menghubungi nombor itu sekiranya dia mahukan penjelasan yang lebih mendalam.
Farid segera menghubungi lelaki itu menerusi telefon.

Bab 2 – Menggapai Awan

Bagi Farid , kematian ayahnya adalah kerana ketentuan Allah , bukan
kerana perbuatan orang yang dengki terhadap syarikatnya. Dia kemudiannya
melawat bengkel untuk melihat proses penghasilan batik. Pak Nik , pekerja
syarikatnya itu menerangkan keadaan syarikat , iaitu batik keluaran syarikat
sudah kurang laris dan wujudnya sebuah syarikat yang mahu melumpuhkan
syarikat mereka. Namun demikian, Pak Nik tidak menyatakan syarikat pesaing
tersebut. Kemudian , Tomsiah menunjukkan bil hutang yang perlu dijelaskan
dengan segeranya untuk mengelakkan saman daripada mahkamah kepada
Farid. memikirkan hutang syarikat yang banyak , Farid menimbangkan
kemungkinan untuk menjual harta syarikat seperti lori dan dua buah van bagi
menyelesaikan hutang tersebut.

Bab 3 – Titian Niaga

Farid sudah hilang selera untuk makan kerana memikirkan masalah kedudukan syarikat
yang tidak stabil. Dia menceritakan masalah syarikat tersebut kepada ibunya. Pada pandangan
Farid , syarikat tidak akan mampu membayar hutang kepada ejen pembekal bahan-bahan
mentah sekiranya gagal mengutip hutang daripada ejen yang menjual batik syarikat. Lotfi
menyalahkan dirinya yang lumpuh sehingga menyebabkan dia tidak mampu membantu
menguruskan syarikat.

Pada malam hari , Farid berbincang dengan ahli keluarganya tentang cara untuk
menyelesaikan masalah syarikat. Farid tidak bersedia sekiranya syarikat ditutup kerana akan
menyebabkan kakitangan yang setia seperti Tomsiah dan Pak Nik kehilangan mata pencarian.
Untuk memperkukuh kewangan syarikat , Hajah Zaoyah bercadang mahu mengadaikan emas
dan tanah miliknya. Baginya , tidak ada maknanya jika harta tersebut disimpan jika masalah
syarikat tidak dapat diselesaikan. Malam itu , Farid sukar untuk melelapkan mata apabila
memikirkan permasalahan kedudukan syarikatnyang tidak stabil.

Bab 4 – Azam Usahawan Muda

Farid sudah berada di pejabat sejak jam 7:00 pagi lagi. Kemudian dia meninjau bengkel batik. Dia
memerhatikan sekitar bengkel yang masih luas daripada keseluruhan tanah seluas dua hektar. Apabila Pak Nik
tiba , Farid meluahkan keinginannya untuk memperbesar bengkel sekiranya kewangan syarikat semakin kukuh.
Kemudian , dia teringat akan rakannya , Abdul Kabeer yang Berjaya membangunkan kedai kain walaupun tidak
mempunyai ilmu berkaitan dengan perniagaan. Begitu juga dengan Chew Teck Heng yang hanya menjual mi ,
tetapi mampu meraih untung yang besar. Kejayaan mereka berdua memberi perangsang kepada Farid untuk
berusaha memajukan syarikat.

Pada jam 9:00 pagi , Farid mengadakan mesyuarat syarikat buat kali pertama. Selain Farid , Tomsiah ,
Pak Nik dan lima orang pekerja yang lain turut hadir dalam mesyuarat tersebut iaitu termasuklah dua orang
jurujural , ketua pembataik dan drebar. Dalam mesyuarat tersebut , tujuan penubuhan syarikat diperjelaskan
terlebih dahulu. Antaranya termasuklah membekalkan batik ke kedai kecil , gerai pakaian da narked di negeri
Pantai Timur serta memenuhi permintaan pemborong batik untuk dibekalkan kepada badan-badan pertubuhan.
Pada pandangan Farid , sekiranya tujuan penubuhan syarikat tidak diubah , jumlah pengeluaran juga tidak akan
bertambah. Cadangan yang dikemukakan adalah menghasilkan produk batik dalam bentuk pakaian siap dengan
jenama tersendiri. Farid mencadangkan agar bengkel batik itu diperbesar dan membeli mesin baharu. Usaha
tersebut melibatkan kewangan yang besar dan masalah tersebut dapat diatasi dengan bantuan ibunya yang
sanggup menggadai emas dan tanah.

Bab 5 – Langkah Pertama

Farid mengunjungi pejabat firma pemborongan binaan Nadi Zaman kepunyaan Mokhsein ,
iaitu bekas pekerja ayahnya pada suatu ketika dahulu. Moksein bekerja dengan arwah Haji Badrul
lebih 10 tahun. Oleh itu , dia menyanjungi dan berasa terhutang budi kerana Haji Badrul telah
mendidiknya dalam dunia perniagaan. Mokhsein meninggalkan Syarikat Batik Nusantara ketika
syarikat sudah mendapat tempat dalam pasaran kerana dia mahu memulakan perniagaannya
sendiri.

Farid menceritakan keadaan aliran tunai syarikatnya yang tidak lancar. Mokhsein
memaklumkan bahawa terdapat sebuah syarikat pesaing di Kuala Terengganu yang mahu monopoli
pengeluaran batik. Syarikat pesaing tersebut menjual batik dengan harga yang murah untuk
memastikan syarikat yang sedia ada muflis. Mokhsein kemudian menerangkan keperluan Farid
menjalankan “strategi terkunci” jika mahu syarikatnya kukuh kembali. Antara cadangan pelaksanaan
“strategi terkunci” adalah dengan mengadakan promosi batik dengan kerjasama Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan , membuat demonstrasi batik di Kuala Lumpur , mendapatkan kontrak
dengan agensi kerajaan yang bertujuan untuk membekalkan pakaian rasmi persatuan atau
pertubuhan , dan akhir sekali mengadakan pameran bertaraf antarabangsa. Mokhsein berjanji untuk
membantu Farid sekiranya Farid menghadapi sebarang masalah.

Bab 6 – Ilham daripada Zuraida

Zuraida berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan Banggol sejak tujuh
tahun lalu. Sejak dari bangku sekolah lagi dia membantu ibunya, seorang
jand anak lima dengan berniaga. Sebelum mendapat sebuah gerai , Zuraida
berniaga menjual minuman dan makanan ringan tanpa lessen selama 3
tahun sehingga sering diburu oleh penguat kuasa. Kini dia menguruskan
gerai tersebut dengan dibantu oleh adik-adiknya. Farid yang merupakan
rakan sekelas Zuraida ketika berada di tingkatan satu hingga tingkatan lima di
Sekolah Menengah Seri Budiman datang berkunjung ke gerai Zuraida untuk
bertanyakan khabar. Zuraida menjelaskan bahawa dia menggunakan modal
semula jadi yang dia miliki , iaitu kesabaran dan bermanis muka ketika
melayani pelanggan. Setelah tiga jam bersembang , Farid kembali ke
pejabatnya.

Bab 7 – Batik , Cinta

Seminggu kemudian , Farid berkunjung lagi di gerai Zuraida. Dia
mengajak gadis itu makan tengah hari. Ketika mereka berduua makan di
Restoran Mali , gerai pakaian tersebut dijaga oleh adik Zuraida , Zaharah.
Dalam perbualan , Zuraida melahirkan rasa bangga terhadap Farid kerana
Farid sahaja yang menjadi pengarah syarikat daripada seramai 40 orang
murid Tingkatan 5 Sastera 1. Seterusnya , Zuraida berjanji untuk membantu
Farid dengan menjualkan batik keluaran syarikat Farid di gerainya tanpa
mengenakan sebarang komisen. Kain batik di gerainya Berjaya dijual lebih
400 helai pada setiap bulan. Namun Zuraida mencadangkan agar Farid
mengeluarkan batik bercorak baharu dan moden untuk menarik perhatian
pembeli. Pelancong yang berkunjung ke Kuala Terengganu juga boleh melihat
proses penghasilan batik selain membeli batik untuk dibawa ke pulang ke
negara asal mereka.

Bab 8 – Corak Baharu

Farid mengakui kehebatan batik asli , namun pada masa yang sama kemahuan pelanggan harus
diutamakan. Dalam pertemuan ketiga dengan Zuraida , gadis itu mencadangkan dia untuk
mengeluarkan batik canting , iaitu batik lukis. Idea tersebut mendapat respon positif daripada Tomsiah.
Namun demikian , kos bahan mentah agak tinggi kerana pembuatannya perlu dilakukan di atas kain
sutera.

Farid bertemu dengan Mokhsein untuk meminta pandangan dan penilaian. Mokhsein meniliti
kertas kerja “Projek Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan Perintis Batik Lukis Syarikat
Batik Nusantara” dan Mokhsein juga meniliti penyata akaun Syarikat Batik Nusantara. Dia mengagumi
usaha yang dilakukan oleh Farid kerana hutang-hutang syarikat dapat dikutip secara maksimum dan
modal turut bertambah hasil jualan kenderaan , pengadaian tanah serta barang kemas. Projek itu kelak
akan menjadi rantai ekonomi dan seterusnya meningkatkan martabat industri kampong. Mokhsein
menasihati Farid supaya mengikuti program latihan yang dapat diperoleh menerusi khidmat nasihat
daripada MARA dan MIDA. Moksein juga berjanji akan membantu Farid dalam aspek pemasaran. Selain
itu , dia akan menguruskan perihal tenaga pengajar batik moden. Oleh hal yang demikian , Farid telah
melaburkan modal sebanyak 75 ribu ringgit untuk membina bangsal batik tambahan.

Bab 9 – Batik Sumber Rezeki

Sebagai usahawan yang berjaya , Mokhsein diundang untuk merasmikan bangunan bangsal
batik moden. Majlis diadakan secara sederhana dengan diiringi doa selamat dan jamuan makan yang
turut dihadiri oleh 200 orang penduduk kampong. Pada hari tersebut, Hartini Noor iaitu adik sepupu
Mokhsein turut hadir. Hartini Noor diberi tanggungjawab untuk mencorak batik , selain membimbing
pekerja baharu berkaitan dengan batik canting. Zuraida melahirkan rasa cemburunya terhadap
kehaduran Hartini Noor. Moksein mencadangkan agar Farid mencari pekerja sebagai tambahan kepda
50 orang pekerja yang sedia ada. Akhirnya tujuh orang pekerja batik moden sudah diperoleh dengan
bantuan drebar van, iaitu Atan.

Pada hari yang lain , Farid memantau kerja-kerja di bengkel. Dia berasa kagum melihat hasil
lukisan corak batik yang dibuat oleh Hartini Noor. Menurut Hartini Noor , kerja-kerja mencanting oleh
pekerja baharu seramai tujuh orang itu amat membanggakan. Pak Nik pula mengingatkan Farid
tentang Gaji Hartini yang sewajarnya setimpal dengan usaha yang dilakukan. Hartini Noor
menghabiskan masa selama 8 jam di bengkel. Banyak corak batik moden yang telah dihasilkannya.
Farid mahu memasarkan batik tersebut menerusi ejen baharu yang telah diaambil.

Bab 10 – Maafkan Aku , Eda

Farid mengunjungi Zuraida di gerai pakaiannya namun Zuraida bersikap dingin
kerana berasa cemburu akan kehadiran Hartini Noor ddi syarikat batik miliknya
itu. Farid menjelaskan bahawa Hartini Noor sudah bertunang dengan pereka
bentuk dalaman dan bekerja selama sebulan sahaja di syarikatnya. Kemudian ,
Farid mengajak Zuraida mengelilingi beberapa negeri untuk melaksanakan
strategi pemasaran. Dia mahu memperkenalkan dan seterusnya melantik ejen
baharu untuk memasarkan batik keluaran syarikatnya.

Pada hari yang berikutnya, Zuraida berkunjung ke bengkel perusahaan
batik milik Syarikat Batik Nusantara. Dia menutup gerainya pada hari itu. Farid
membawa Zuraida melihat kerja-kerja mencanting di bengkel. Pada
kesempatan itu, zuraida bersembang dengan Hartini Noor. Dia berasa kagum
melihat kerja seni Hartini Noor yang berbagai-bagai corak untuk pelbagai
kegunaan seperti skarf , sapu tangan , alas meja , sarung kusyen dan lain-lain.

Bab 11 – Bara Dendam

Mukhtar berasa marah apabila mendapat laporan daripada ejennya di Seremban
bahawa batik keluaran syarikatnya, Syarikat Batik Rajawali tidak mendapat sambutan kerana
batik keluarannya bercorak lama. Sebelum ini, batiknya dilaporkan tidak dapat dijual di Johor
Bahru. Modal sudah banyak dikeluarkan, stok batik masih banyak yang tidak dijual dan ejen
penjual pula diberi keuntungan sebanyak 35 peratus. Jika masalah tidak diselesaikan,
syarikatnya akan bankrap. Menurut ejennya , jika syarikat mereka memberi komisen sebanyak
50 peratus sekalipun, batik tidak dapat dijual kerana pengguna lebih tertarik dengan batik
corak baharu. Mukhtar yakin bahawa pesaingnya ialah Syarikat Batik Nusantara.

Mukhtar kemudiannya pergi ke gerai anak saudaranya, Zuraida. Dia mendapati
terdapat batik bercorak baharu yang dijual di gerai Zuraida. Setelah didesak, akhirnya Zuraida
mengakui bahawa dia menjadi ejen yang menjual batik syarikat Farid. Mukhtar melarang
Zuraida menjual batik tersebut sehingga berlaku pertengkaran antara mereka. Pengirim surat
layang itu memberi amaran keras , jika amaran itu tidak dipandang serius, Farid akan
menerima padahnya. Farid menunjukkan surat itu kepada keluarganya dan Hajah Zaoyah
mahu melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Bab 12 – Samseng

Farid mendapat panggilan telefon daripada Zuraida yang meminta Farid segera ke gerainya. Ada hal
mustahak untuk dibincangkan. Apabila Farid tiba di gerai Zuraida, gadis itu meminta Farid ke rumahnya. Farid
dalam keadaan tertanya-tanya akur mengikut cadangan Zuraida ke rumahnya di Kampung Tanjung.Setelah
menikmati hidangan yang ala kadar, Zuraida menceritakan larangan bapa saudaranya agar tidak menjual batik
moden yang dikeluarkan oleh syarikat Farid. Zuraida menjelaskan perasaan serba salahnya.

Di bengkel membuat batik moden kepunyaan Farid, Mahmood, pekerja Mukhtar mencari Azmi dan
Masri. Mahmood tidak berpuas hati kerana dua lelaki itu telah meninggalkan Syarikat Batik Rajawali. Apabila dua
lelaki itu ditemui, Mahmood memarahi Azmi dan Masri. Namun Azmi dan Masri memberi alasan meninggalkan
syarikat kerana tidak dibayar gaji walaupun sudah bekerja selama dua bulan. Berlaku pertengkaran antara
mereka.Hartini Noor meminta Mahmood meninggalkan tempat itu jika mahu membuat kacau, namun Mahmood
tidak berganjak. Hartini Noor mencari Farid kerana bimbang berlaku sesuatu yang buruk, tetapi Farid tidak
ditemui.

Apabila bertemu Pak Nik, Hartini Noor menjelaskan kejadian yang berlaku. Apabila Pak Nik bertemu
Mahmood, Mahmood dengan lagak samseng memarahi Pak Nik kerana mencuri pekerja syarikat milik majikannya.
Mahmood yang hilang sabar kemudiannya mencekik leher baju Azmi. Mahmood yang seakan-akan hilang akal
mahu memasukkan kepala Azmi ke dalam kawah yang mengandungi lilin panas. Disebabkan Masri tiada pilihan
lain untuk menyelamatkan Azmi, dia menerpa ke arah Mahmood lalu mencurahkan lilin panas dari canting ke
muka Mahmood. Mahmood menjerit kepanasan. Pak Nik mahu menangkap Mahmood tetapi lelaki itu berlari
menuju ke pintu pagar untuk menyelamatkan diri. Apabila Farid pulang, Pak Nik segera menceritakan kejadian
yang baru berlaku.

Bab 13 – Api

Jam 2 pagi, keluarga Hajah Zaoyah terjaga kerana berlaku kebakaran di bangsal batik
baharunya. Tiga lembaga berlari meninggalkan kawasan itu dan menuju ke keretanya lalu memecut.
Farid berusaha memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api tetapi gagal. Jiran-jirannya
membantu sebelum pasukan bomba datang. Farid merasa sedih melihat bengsal batik modennya
yang dibinanya tidak sampai sebulan musah dan sebahagian besarnya tinggal rangka . Siasatan
mendapati 75% harta benda musnah.

Dalam kesedihan Farid menyakinkan abangnya bahawa kebakaran bengsal batik moden ada
kaitan dengan ugutan surat layang yang diterimanya. Ibunya telah menyerahkan surat layang tersebut
kepada Pak Nik untuk dilaporkan kepada pihak polis. Ibu dan abangnya menasihati Farid menerima
takdir tuhan selepas solat subuh. Keesokan paginya, kawasan kebakaran menjadi tumpuan. Masing-
masing terkejut. Pekerja bahagian batik asli diminta bekerja seperti biasa. Hartini Noor terkejut tetapi
kagum dengan ketenangan dan kesabaran Farid. Pihak polis mengesahkan kebakaran berkaitan
dengan surat layang dan kekacauan oleh Mahmood. Tengah hari Zuraida datang melawat Keluarga
Farid dan bersempati. Inspector Ruzman menjelaskan bahawa Mukhtar, pemilik Syarikat Batik Rajawali
punca segalanya.

Bab 14 – Ombak

Mukhtar ditahan di lokap Balai polis Daerah Kuala Terengganu. Dia didakwa mengupah
tiga samseng membakar bangsal batik moden syarikat Farid. Tiga hari kemudian, encik
Mokhsein yang baru balik dari Singapura . Menurut encik Mokhsein punca segalanya berlaku
kerana sifat hasat denggi, dia juga menerima ugutan sejak berbaik dengan Farid.

Encik Mokhsein menyampaikan berita baik kepada Farid bahawa butik dari Singapura
dan Kuala Lumpur ingin melanggan batik moden keluaran perniagaan Farid. Selain itu, encik
Mokhsein merancang mencarikan Farid peluang mengadakan pertunjukkan kesenian anjuran
Perbadanan Kemajuan kraftangan Malaysia. Farid terhutang budi dengan encik Mokhsein ,
Zuraida dan Hartini Noor yang banyak membantu. Zuraida pula melanjutkan pelajaran di
Dungun dalam bidang pertadbiran perniagaan. Mahkamah Rendah Terengganu menjatuhkan
hukuman bahawa Mukhtar didapati bersalah dan akan meringkuk tiga tahun dalam penjara di
Marang. Mukhtar berbuat jahat kerana kemerosotan jualan batik dan hutang syarikatnya. Farid
bermimpi Mukhtar datang meminta maaf dan insaf. Mokhsein datang mengajak Farid dan
Zuraida ke majlis perkahwinan Hartini Noor di Kuantan. Ibu Farid mengusik anaknya tetapi Farid
menjelaskan bahawa dia masih muda untuk berkahwin kerana hendak menyambung pelajaran
dahulu.

Rujukan

1) buku rujukan


Click to View FlipBook Version