2BAB
ETIKA DAN PERADABAN
ACUAN MALAYSIA
SINOPSIS BAB
Etika dan Peradaban sememangnya sangat penting dalam
pembentukan sesebuah masyarakat dan ia adalah berbeza mengikut
negara dan bangsa.
Penghayatan etika dan peradaban di Malaysia boleh dihuraikan dan
difahami mengikut ‘acuan Malaysia’ berdasarkan susur masa evolusi
sejarahnya, iaitu, Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial
(PrK-Kol-PcK).
Tahap penghayatan etika dan peradaban di Malaysia banyak
dipengaruhi oleh perkembangan sejarah, struktur sosial dan biografi
masyarakat berkenaan.
Penghayatan etika dan peradaban juga perlu dilihat di peringkat
individu, keluarga, komuniti, masyarakat, negara dan pasaran.
KANDUNGAN BAB
2.0 Pengenalan
2.1 Susur masa Etika dan Peradaban berdasarkan Pra-kolonial, Kolonial dan
Pasca-Kolonial
2.2 Kerangka Menganalisis Etika dan Peradaban acuan Malaysia melalui
sejarah, struktur sosial dan biografi
2.3 Penghayatan Etika dan Peradaban mengikut peringkat – Individu,
Keluarga, Komuniti, masyarakat, negara dan pasaran
Etika Dan Peradaban Acuan Malaysia 1
OBJEKTIF BAB
• Membina kerangka pemikiran dan analisis penghayatan etika dan peradaban
berdasarkan acuan Malaysia
• Menghayati kepentingan pembentukan etika dan peradaban
HASIL PEMBELAJARAN
• Menjelaskan kerangka pemikiran penghayatan etika dan peradaban dari
perspektif “acuan Malaysia.”
• Menganalisis etika dan peradaban dari segi individu, keluarga, masyarakat
dan negara.
2.0 Pengenalan
Tidak dinafikan etika dan peradaban menjadi asas penting kepada kemunculan dan
kegemilangan sesuatu tamadun. Etika dan peradaban yang baik akan terus menjadi
pegangan masyarakat, malahan turut disegani oleh kawan atau lawan. Etika dan peradaban
sememangnya telah wujud dalam pelbagai masyarakat dunia, dan setiap masyarakat
mempunyai etika dan peradaban yang berbeza. Dalam konteks negara Malaysia,
penghayatan etika dan peradaban perlu dilihat dalam konteks “acuan Malaysia” yang
mana ia boleh dilihat dari segi susur masa iaitu Prakolonial, Kolonial dan Pasca Kolonial.
Selain itu, penghayatan etika dan peradaban acuan Malaysia juga boleh dilihat dari aspek
sejarah, struktur sosial dan biografi masyarakatnya.
Etika dan peradaban penting dalam kehidupan seseorang individu dan juga masyarakat
kerana ia mampu melahirkan sifat-sifat yang baik dalam diri manusia itu sendiri seperti
berkeperibadian tinggi, menghormati antara satu sama lain, respek, mematuhi peraturan,
bekerjasama dan sebagainya bagi membentuk dan membina negara bangsa yang unggul
dan terbilang.
2.1 Penghayatan Etika dan Peradaban Berdasarkan
Susur Masa
Bagi melihat dengan lebih jelas perkembangan etika dan peradaban ia perlu dilihat dari
segi susur masa. Ini akan membantu kita menghayati bagaimana adab, adat resam, adat
istiadat, etika, etiket serta etos boleh wujud dalam masyarakat dan membentuk peradaban
kita.
2 Penghayatan Etika dan Peradaban
Prakolonial Adab
Adat istiadat
Adat Resam
Kolonial Etika
Etos
Etiket
Pasca Kolonial Etika Moden
(Adab Adat Resam
Adat Istiadat, Etika, Etos,
Etiket)
2.1.1 Pra Kolonial 3
Zaman Pra Kolonial merujuk kepada zaman negara ini belum diduduki oleh kuasa asing
sama ada Portugis, Belanda atau British. Pada masa ini, konsep adab, adat resam serta
adat istiadat telahpun wujud dalam masyarakat Tanah Melayu. Kesemua konsep ini
telah diamalkan oleh seluruh masyarakat Alam Melayu pada waktu itu. Proses migrasi
sama ada migrasi dalam Kepulauan Melayu atau migrasi luar Kepulauan Melayu telah
menyebabkan adat, adat resam serta adat istiadat bercampur baur akibat proses pinjam
meminjam dan tersulam dalam kehidupan masyarakat.
1. Adab - Dari segi bahasa membawa maksud budi pekerti yg halus; tingkah laku yg
baik; budi bahasa. (kamus pelajar edisi kedua), Kurang adab tidak tahu adat; kurang
sopan.
Beradab = baik budi bahasanya; sopan: Orang yg beradab tidak akan meninggikan
suara apabila berkata-kata dgn ibu bapanya.
Beradab = telah maju tingkat kehidupannya. peradaban sistem dan tahap perkembangan
sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. (Sumber:
carian perkataan adab di http://prpm.dbp.gov.my)
2. Adat Resam - Bahasa: Kamus Pelajar Edisi Kedua: adat yg menjadi kebiasaan kpd
sesuatu kaum (daerah dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua).
Contoh: adat resam berkaitan perkahwinan – merisik, bertunang, majlis perkahwinan
dll.
3. Adat-istiadat - Kamus Pelajar Edisi Kedua: bermaksud berbagai-bagai adat yang
diikut atau dipanggil kebiasaan. Contoh: Majlis rasmi untuk menyambut sesuatu
Etika Dan Peradaban Acuan Malaysia
peristiwa (spt pertabalan, perkahwinan, dsb). Berbagai-bagai adat (peraturan) yang
dituruti. Antara Pepatah Melayu yang berkaitan dengan adat:
“Yang lama dikelek, yang baharu didukung” (Maksud : Adat yang lama tetap
diamalkan di samping budaya hidup yang baharu)
“Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas” (Maksud : Adat yang tidak berubah;
sesuatu yang tetap utuh).
“Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung” (Maksud : Menurut adat atau peraturan
di tempat yang kita diami atau tinggal).
“Biar mati anak, jangan mati adat” (Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat).
2.1.2 Kolonial
Menurut Kamus Bahasa Melayu, Kolonial bermaksud bersifat jajahan (penjajah,
penjajahan); golongan ~ golongan yang bertalian dengan pihak penjajah; pegawai-
pegawai ~ pegawai pemerintah kerajaan penjajah; pemerintah ~ pemerintah penjajah (di
tanah jajahan) (https://kamusbm.com/?s=zaman+kolonial)
Zaman kolonial bermaksud negara kita dijajah atau diduduki oleh kuasa asing. Dari segi
sejarah Tanah Melayu telah diduduki oleh kuasa Portugis, Belanda, British dan akhir
sekali Jepun. Tetapi kuasa kolonial di sini merujuk kepada pihak British. Pendudukan
kuasa kolonial di negara ini telah membawa bersama mereka adat resam mereka yang
dikenali sebagai etika dan etiket dan meresap ke dalam kehidupan masyarakat tempatan
melalui cara berpakaian, bercakap, sistem pentadbiran, cara makan, tabik hormat dan
lain-lain lagi.
1. Etika - prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dan lain-lain);
~ perubatan nilai dan garis panduan yang harus dipatuhi oleh para doktor dalam
pengamalan perubatan masing-masing. (https://kamusbm.com/etika/)
2. Etos - sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era, dan lain-lain: pelukis Malaysia boleh
menghasilkan karya yang benar-benar mencerminkan aspirasi, falsafah dan ~
masyarakat dan negara kita. (https://kamusbm.com/?s=etos)
3. Etiket - adat dan peraturan berkenaan kesopanan (terutamanya dalam kehidupan sosial
atau dalam profesion tertentu) (https://kamusbm.com/?s=etiket)
2.1.3 Pasca Kolonial
Zaman Pasca kolonial juga dikenali sebagai era moden. Pada era ini masyarakat telah
menerima variasi etika daripada luar secara langsung atau melalui teknologi moden.
Nilai dan variasi etika telah bercampur baur dan ia wujud dalam persekitaran formal dan
tidak formal kehidupan masyarakat. Secara amnya, akan wujud kerisauan akan hilangnya
adab, adat dan adat resam yang menjadi pegangan dan identiti masyarakat sekian lama
4 Penghayatan Etika dan Peradaban
disebabkan kegagalan anak bangsa mempelajari dan menghayati etika dan peradaban
mereka sendiri.
2.2 Kerangka Menganalisis Etika dan Peradaban Acuan
Malaysia melalui Sejarah, Struktur Sosial dan
Biografi
Menurut Sarjana Sosiologi yang bernama C.Wright Mills, beliau berpendapat bahawa
untuk memahami pembentukan sesuatu masyarakat, ia perlu dilihat berdasarkan konsep
“imaginasi sosiologikal” iaitu penelitian berdasarkan tiga komponen penting iaitu Sejarah,
Struktur Sosial, dan Biografi.
2.2.1 Sejarah
Dari aspek ilmu sosiologi, sejarah merupakan himpunan peristiwa dan pengalaman lalu
yang berkaitan dengan seseorang individu, keluarga, komuniti dan juga masyarakat.
Dalam konteks sastera lama, ia bermaksud asal usul, salasilah, asal keturunan, susur galur,
silah-silah. (https://prpm.dbp.gov.my/) Secara umumnya, sejarah adalah kajian mengenai
masa lampau manusia.
Justeru itu, mempelajari dan meneliti sejarah, kita akan dapat melihat kembali asal usul
kita di negara yang tercinta ini. Dari mana asal usul kita, adakah kita penduduk asal di sini
atau kita merupakan sebahagian daripada proses migrasi yang berlaku di alam Melayu
pada suatu masa dahulu? Atau adakah kita sebahagian dari proses migrasi luar dari alam
Melayu seperti dari Cina, India, Arab, Eropah atau sebagainya? Bagaimana pula negara ini
terbentuk? Apa yang berlaku pada suatu masa dahulu kepada negara Malaysia? Kesemua
persoalan ini akan terungkai dengan hanya mempelajari sejarah.
Kita Siapa? Di mana kita Apakah asal usul kita?
dilahirkan?
2.2.2 Struktur Sosial
Struktur sosial merujuk kepada pembahagian masyarakat kepada beberapa lapisan atau
kelas yg berlainan, susun lapis masyarakat. Ia juga dipanggil sebagai sistem sosial. Dalam
hal ini, tahap penghayatan kita terhadap etika dan peradaban di Malaysia adalah berbeza-
beza mengikut struktur sosial kita. Struktur sosial wujud dalam semua komuniti sama ada
formal atau tidak formal. Oleh itu, memahami dan menghayati lapisan-lapisan struktur
sosial akan membolehkan kita menghayati etika dan peradaban kita yang telah terbina,
sama ada sedang berlangsung atau pada masa akan datang.
Etika Dan Peradaban Acuan Malaysia 5
2.2.3 Biografi (Riwayat)
Biografi merujuk kepada riwayat atau kisah hidup seseorang. Secara amnya, biografi
lahir dari struktur sosial dan proses sejarah yang telah mencorakkan pengalaman
individu, keluarga, komuniti dalam masyarakat. Oleh itu, adalah penting untuk kita
memahami bagaimana biografi terbentuk oleh sejarah dan sistem sosial di negara kita
bagi membolehkan kita mengenali siapa diri kita sekarang ini serta biografi orang yang
penting dalam negara kita. Dalam hal ini, dengan menghayati biografi diri kita sejak lahir
hingga kini, bagaimana kita menjalani hidup, bagaimana diri kita telah terbentuk hasil
daripada sejarah diri kita dan struktur sosial yang membentuk diri kita pada hari ini. Etika
dan peradaban Malaysia terbina di atas etika dan peradaban biografi rakyat negara ini
yang teracuan sejak sekian lama.
2.3 Penghayatan Etika dan Peradaban mengikut
peringkat – Individu, Keluarga, Komuniti, Masyarakat,
Negara, Pasaran
2.3.1 Individu
Seseorang individu itu perlu mempunyai sifat ingin tahu, asal usul kejadian, melakukan
sesuatu untuk kecemerlangan diri. Justeru itu, seseorang individu itu haruslah
mempersiapkan diri dengan mempunyai ilmu pengetahuan, bakat kemahiran serta akhlak,
moral dan nilai murni yang tinggi.
2.3.2. Keluarga
Keluarga adalah asas sesuatu tamadun atau peradaban. Tamadun-tamadun terdahulu
sangat menitikberatkan prinsip keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat. Tanpa
keluarga masyarakat tidak akan terbentuk. Dalam sesebuah keluarga tradisional, amalan
menentukan kedudukan lelaki dan wanita telah menjadi warisan turun-tumurun. Lelaki
dan perempuan tetap mempunyai peranan masing-masing. Justeru itu, institusi keluarga
perlu diperkemaskan perlu diberikan ilmu secukupnya agar tidak ada keluarga yang
menyisihkan peranan setiap individu dalam keluarga.
2.3.3 Komuniti
Setiap komuniti sudah pasti mempunyai nilai dan kepercayaan yang berbeza. Untuk itu,
bagi membentuk sebuah komuniti yang dapat hidup bersama dan menghormati antara satu
sama lain, perlulah difahami apakah yang telah membentuk identiti sesebuah komuniti itu
pada hari ini. Sebagai contohnya:
6 Penghayatan Etika dan Peradaban
Malayu Cina India
banyak dipengaruhi oleh adat dan kepercayaan agama dan
agama Islam nenek moyang adat masyarakat
Sikh Lain-lain komuniti
kepercayaan dan adat
agama dan
adat masyarakat
2.3.4 Masyarakat
Masyarakat sangat penting dan berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti
sesuatu masyarakat. Masyarakat juga perlu memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-
norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati dengan memberi sokongan moral,
material dan psikologikal kepada anggotanya. Dalam konteks negara Malaysia,
masyarakatnya dikenali oleh negara luar kerana keunikan budayanya, sikap toleransi dan
kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap lapisan masyarakatnya.
2.3.5 Negara
Kemunculan tamadun-tamadun tradisional amat menekankan persoalan moral atau akhlak
sebagai asas pembentukan sesebuah kerajaan. Oleh itu, peranan dan tanggungjawab
pemerintah adalah sangat penting dalam menentukan hala tuju pemerintahan. Sejarah
telah membuktikan kegagalan pemimpin dalam memerintah menjadi titik tolak kepada
kejatuhan sesuatu tamadun. Raja yang adil dan bijaksana menjadi tonggak kegemilangan
sesuatu tamadun begitu juga kesetiaan rakyat kepada pemerintah menjadi asas penting
dalam pembentukan sesuatu tamadun. Oleh itu, ia menjadi petunjuk kepada kepimpinan
masa kini dan masa akan datang bahawa, raja/pemimpin adalah tonggak kejayaan sesuatu
tamadun agar disegani dan dihormati di mata dunia.
2.3.6 Pasaran
Perkembangan ekonomi sesebuah negara banyak bergantung kepada kepercayaan negara
luar terhadap kemampuan negara itu dalam menyediakan peluang kerjasama ekonomi
kepada negara lain. Tamadun tradisi memperlihatkan bagaimana Kesultanan Melayu
Melaka yang mengamalkan sistem pemerintahan yang adil telah menarik ramai pedagang
daripada luar untuk singgah dan melakukan perdagangan di Melaka. Dalam konteks hari
ini, sesuatu negara itu perlu bebas dari sebarang elemen negatif yang boleh menghilangkan
kepercayaan negara luar untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara
negara.
Etika Dan Peradaban Acuan Malaysia 7
2.4 Penutup
Etika dan peradaban acuan Malaysia perlulah kita jadikan sebagai identiti masyarakat
Malaysia. Ini memandangkan senario zaman kini yang memungkinkan sesuatu tamadun
atau peradaban itu akan jadi bercelaru dan kemungkinan besar akan hilang di telan zaman.
Justeru itu, penghayatan etika dan peradaban beracuankan Malaysia perlu ditanam dan
dibaja setiap masa dalam kalangan generasi baru Malaysia bagi mengekalkan identiti
bangsa, agama dan negara ini. Generasi baru perlulah diberi kesedaran akan kepentingan
menjaga etika dan peradaban agar mereka tidak dikenali sebagai bangsa yang tidak ada
identiti, bangsa yang tidak ada ilmu dan bangsa yang tidak ada masa depan.
Contoh Perbincangan dalam kelas
1. Bincangkan konsep etika, adab, adat dan moral. Apakah ada persamaan atau
sebaliknya? Berikan contoh-contoh bagi etika, adab dan moral yang dapat
disaksikan pada hari ini.
2. Adakah konsep etika dipengaruhi oleh agama atau kepercayaan seharian
masyarakat? Bincangkan.
3. Apa yang anda faham tentang penghayatan etika dan peradaban berdasarkan
susur masa?
4. Berikan contoh-contoh adat/adab/adat resam/adat istiadat orang Melayu zaman
dahulu.
5. Terangkan contoh-contoh peribahasa Melayu zaman dahulu yang berkaitan
dengan etika.
6. Bincangkan sejauhmanakah konsep-konsep etika barat diterapkan dalam
kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini?
7. Bina beberapa rangkap pantun yang berkaitan dengan adat dan etika
8 Penghayatan Etika dan Peradaban
Contoh Soalan (Objektif)
1. Penghayatan etika dan peradaban boleh A. Zaman Pra Kolonial
dipelajari melalui susur masa tertentu. B. Zaman Kolonial
Apakah yang dimaksudkan dengan susur C. Zaman Pasca Kolonial
masa pra-kolonial? D. Zaman Globalisasi
A. Zaman pra sejarah
B. Zaman penjajahan 5. Masyarakat Melayu zaman dahulu sentiasa
C. Zaman sebelum penjajahan mencuci kaki dengan air yang disimpan
D. Zaman selepas penjajahan dalam tempayan sebelum memasuki
rumah. Ini melambangkan _________
2. Sebelum kedatangan kolonial, telah wujud yang menjadi identiti masyarakat Melayu
pada waktu itu.
etika dalam masyarakat Melayu yang A. Adab
B. Adat resam
dipanggil C. Adat istiadat
D. Etiket
I. Adab
6. Puan Zarina seorang doktor sakit puan di
II. adat istiadat sebuah hospital swasta di ibu kota. Suatu
hari, Puan Zarina telah berkongsi cerita
III. adat resam tentang pesakitnya dengan orang lain tanpa
pengetahuan pesakitnya. Manakah elemen
IV. etiket yang berkaitan dengan perbuatan Puan
Zarina di atas?
A. I, II, IV C. I, II, III A. Adab
B. Adat
B. II, III, IV D. I, II, III, IV C. Etika
D. Etiket
3. Shamsul dengan pantas melintas lampu
isyarat yang bertukar merah tanpa 7. Manakah polemik yang berikut
menghiraukan kereta yang bergerak di mencerminkan tahap penghayatan
hadapannya. peradaban di Malaysia berdasarkan
sejarah?
Perbuatan Shamsul di atas boleh dikaitkan I. Siapakah penduduk asal Tanah
dengan kenyataan berikut iaitu Melayu?
A. Kurang adab II. Malaysia tidak pernah dijajah oleh
B. Tidak tahu adat British?
C. Kurang sopan III. Mengapa Persekutuan Malaysia
D. Melanggar etika dibentuk?
IV. British membenarkan penghijrahan
4. Masyarakat Melayu zaman tradisi orang Cina dan India?
menggunakan sirih junjung dalam majlis
peminangan dan perkahwinan. Mereka
juga berbalas pantun untuk menyerikan
sesuatu majlis seperti pertunangan dan
perkahwinan.
Susur masa yang sesuai bagi
menggambarkan pengamalan nilai-nilai di
atas adalah:
Etika Dan Peradaban Acuan Malaysia 9
A. I, II, IV C. I, II, III C. Etiket kedoktoran
B. II, III, IV D. I, II, III, IV D. Etiket memandu
8. Pilih Rukun Negara PALING TEPAT 13. Bahasa Istana adalah bahasa khas untuk
yang boleh dikaitkan ke arah pemupukan golongan bangsawan di Malaysia. Ini boleh
masyarakat yang beretika dikaitkan dengan kerangka penghayatan
A. Kepercayaan kepada Tuhan etika dan peradaban melalui
B. Kesetiaan kepada Raja dan Negara A. Politik
C. Kedaulatan undang-undang B. Sejarah
D. Kesopanan dan kesusilaan C. Riwayat
D. Struktur sosial
9. Soalan berikut adalah berdasarkan kepada
kenyataan di bawah 14. Budaya berbalas pantun merupakan antara
peradaban Melayu yang tertua yang
Kenyataan di atas adalah elemen khas diamalkan oleh masyarakat Melayu yang
dalam kerangka menganalisis etika dan muncul pada era berikut iaitu:
peradaban mengikut acuan Malaysia dari A. Pra kolonial
aspek B. Kolonial
A. Politik C. Pasca kolonial
B. Sejarah D. Globalisasi
C. Riwayat
D. Struktur sosial 15. Ahmad telah dididik oleh kedua ibu
bapanya agar sentiasa menghormati
10. Etika, Etos dan Etiket merupakan agama dan bangsa lain yang ada di negara
sebahagian daripada bentuk etika ketika ini. Kedua ibu bapa Ahmad juga sangat
era menggalakkan Ahmad mempelajari bahasa
A. Prakolonial Mandarin dan juga Tamil.
B. Kolonial
C. Pasca kolonial Kenyataan di atas sesuai dikaitkan dengan
D. Globalisasi penghayatan etika dan peradaban acuan
Malaysia berdasarkan
11. Pembatik Malaysia menghasilkan batik A. Sejarah
yang bermotifkan bunga-bungaan dan B. Biografi
tanaman di Malaysia seperti bunga raya, C. Stratifikasi sosial
melor dan cempaka, buluh, bunga cengkih D. Politik
dan sebagainya. Kenyataan ini boleh
dikaitkan dengan 16. Apabila menghadiri majlis rasmi, kita perlu
A. Adab mengikut peraturan dan aturcara majlis.
B. Adat Majlis santapan diraja misalnya,sarat
C. Etos dengan peraturan tertentu. Cara makan di
D. Etika majlis santapan tersebut biasanya perlu
mengikut
12. Etiket adalah berkaitan dengan bidang A. Adab
berikut Kecuali B. Etika
A. Etiket perguruan C. Etiket
B. Etiket kejuruteraan D. Adat istiadat
10 Penghayatan Etika dan Peradaban
17. Semasa majlis perkahwinan Sarah, Sarah 19. Pertabalan Yang Dipertuan Agong sesuai
telah memulakan majlis dengan berbalas di kategorikan sebagai
pantun dan pertukaran tepak sirih. Selepas A. Adab
itu, majlis memotong kek juga diadakan. B. Adat istiadat
Dalam majlis perkahwinan Sarah ini C. Etika
dapatlah disimpulkan wujudnya suasana di D. Etiket
era
A. Pra kolonial 20. Merupakan adat dan peraturan dalam
B. Kolonial kehidupan sosial atau dalam profesion
C. Pasca kolonial tertentu.. Kenyataan ini merujuk kepada
D. Globalisasi A. Adab
B. Adat istiadat
18. Etika dan peradaban penting dalam C. Etika
sesebuah masyarakat supaya dapat D. Etiket
melahirkan masyarakat berikut KECUALI
A. berkeperibadian tinggi
B. saling menghormati
C. hidup harmoni
D. membantu bangsa sendiri
Rujukan
1. Ahmad, Shukri and Mat Zin, Razali (2001) Adab & etika kerja dalam organisasi. Penerbit Universiti
Utara Malaysia, Sintok.
Laman Sesawang
1. www.Malaysia.gov.my
2. https://prpm.dbp.gov.my/
Etika Dan Peradaban Acuan Malaysia 11
12 Penghayatan Etika dan Peradaban