The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jchoonjin, 2022-08-02 10:55:22

BAB 1: Pengenalan Kepada Etika Dan Peradaban

aasfcvg

1BAB

PENGENALAN KEPADA
ETIKA DAN PERADABAN

SINOPSIS BAB
Etika dan Peradaban merupakan suatu disiplin pengajian
tentang manusia. Ia sangat penting dalam kehidupan manusia
yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama agar mereka dapat
mempelajari di antara satu sama lain, mengenali antara satu
sama lain serta menghormati etika dan peradaban bangsa lain.
Etika dan peradaban merupakan perkara yang perlu dipelajari,
dihayati dan dipraktikkan bagi membangunkan tamadun
masing-masing.

KANDUNGAN BAB
1.0 Pengenalan
1.1 Pengertian etika dan peradaban
1.2 Konsep etika dan peradaban dari perspektif Barat
1.3 Konsep etika dan peradaban dari perspektif agama dan kepercayaan
1.4 Penutup

Pengenalan Kepada Etika Dan Peradaban 1

OBJEKTIF BAB

• Membina kerangka pemikiran dan analisis terhadap etika dan peradaban
• Menghayati kepentingan pembentukan etika dan peradaban dalam

pembentukan sesuatu tamadun

HASIL PEMBELAJARAN

• Menjelaskan makna etika dan peradaban
• Menganalisis etika dan peradaban dari perspektif yang berbeza

1.0 Pengenalan

Tidak dinafikan etika dan peradaban menjadi perdebatan utama dan fokus utama dalam
pemikiran dunia moden pada hari ini. Ini menunjukkan etika dan peradaban adalah
elemen penting yang perlu dikekalkan dan dihayati walaupun dunia telah memasuki era
globalisasi dan kemajuan teknologi maklumat. Pengajian tentang kehidupan manusia
terdahulu atau dipanggil tamadun terdahulu meninggalkan banyak pengajaran dan
sempadan kepada pembangunan tamadun moden hari ini. Sejarah ketamadunan manusia
telah memperlihatkan kewujudan beberapa tamadun dunia yang awal seperti Tamadun
Mesopotamia, Tamadun Mesir Purba, Tamadun Indus, dan Tamadun Hwang Ho. Pada hari
ini, etika dan peradaban atau tamadun diperdebatkan kembali memandangkan dua perkara
inilah yang menjadi penyumbang kepada kemajuan dan kejatuhan sesuatu tamadun.

1.1 Pengertian Etika dan Peradaban

Etika dan peradaban adalah dua perkara yang berlainan tetapi kedua-duanya mempunyai
kaitan yang rapat apabila membincangkan tentang kemunculan dan kegemilangan sesuatu
tamadun dunia. Etika dan peradaban adalah elemen penting yang perlu diamalkan oleh
sesuatu masyarakat kerana ia juga melambangkan keperibadian dan identiti bangsa.
Terdapat beberapa konsep yang perlu difahami dan dihayati apabila membincangkan
tentang penghayatan etika dan peradaban. Pemahaman tentang pengertian atau definisi
bagi konsep-konsep ini adalah penting bagi membolehkan seseorang itu memahami dengan
lebih jelas perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam bab-bab yang berikutnya.

1.1.1 Apakah Etika?

Etika berasal dari perkataan ‘ethos’ (Greek) yang membawa maksud budaya/perangai/
keperibadian. Etika merupakan prinsip moral atau nilai akhlak atau tingkah laku yang

2 Penghayatan Etika dan Peradaban

menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Prinsip moral dan kesedaran
akhlak ini tidak boleh dicapai oleh seseorang tanpa menjalin perhubungan sosial dengan
orang lain. ( Shukri Ahmad & Razali Mat Zin, 2001-Adab & Etika Kerja dalam Organisasi)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, etika merujuk kepada ilmu tentang prinsip-
prinsip akhlak atau moral; prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang
menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll);
~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm pengamalan
perubatan masing-masing.

Etika diperolehi daripada perkataan Greek ‘ethos’yang membawa maksud sifat (character),
sikap dan adab yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Ringkasnya, sarjana
pengurusan mendefinisikan etika sebagai sains moral (science of morals) dan prinsip-
prinsip moral (moral principles). Ia bertanggungjawab menentukan sesuatu tindakan
seseorang itu baik atau buruk. Etika dalam erti kata lain mematuhi nilai-nilai moral.
(http://www.mdmarang.gov.my/)

Istilah etika menurut Islam adalah “akhlak”. Berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘khuluq’
sepertimana dinyatakan di dalam al-Quran yang merupakan panduan hidup Muslim:

“Dan engkau (Muhammad) sesungguhnya mempunyai budi pekerti yang tinggi (68:4).”

Etika Islam (Akhlak) adalah panduan yang bersifat sejagat berkenaan tindakan yang betul
atau salah yang menjelaskan apa yang patut dilakukan oleh seorang Muslim bersumberkan
al-Quran dan ditunjukkan oleh keperibadian Rasulullah SAW. Etika Islam merujuk
kepada semua tindakan yang dikategorikan sebagai ‘amal shalih’ mengikut terminology
al-Quran. Etika yang baik adalah cerminan Iman. Sumber utama etika Islam adalah Al-
Quran Sunnah Nabi Muhammad SAW (perkataan, perbuatan dan ikrar Nabi Muhammad).

Antara prinsip-prinsip etika Islam adalah:

1. Asas penentuan etika adalah daripada Allah

2. Manusia secara fitrahnya adalah baik

3. Keadilan dan kesamaan sejagat

4. Sesuatu tindakan dianggap beretika apabila

a. Niat yang betul

b. Tindakan berdasarkan kehendak syariah

5. Menganjurkan hak-hak asasi manusia tanpa mengorbankan kebertanggungjawaban

6. Kepentingan dan kepuasan individu berdasarkan kebajikan awam

7. Menyokong kepentingan manusia

Pengenalan Kepada Etika Dan Peradaban 3

2 Dimensi sifat manusia yang disebut dalam Al-Quran iaitu sifat positif dan sifat negatif.

Sifat Positif Sifat Negatif
Al-bayan (intelek) Dha’if dan al-Yaus (lemah dan
mudah kecewa)
Al-Ilm (berilmu) Halu’ dan manu’ (pentingkan diri dan
ego)
Al-Taqwim al-Hasan Ajul dan Qatur (gopoh dan kedekut)
(sifat semulajadi yang baik)
Al-nazar dan I’tibar (kemampuan Zalul dan jahul (zalim dan lupa)
membuat refleksi)
Kecenderungan semula jadi manusia Keinginan nafsu manusia yang
dibina dalam kehidupannya

Sumber: Dr Tuan Sidek Tuan Muda, Nota Pelajar, Universiti Malaysia Pahang

Konsep etika dilihat sebagai suatu set peraturan kehidupan manusia yang menjadi asas
dan panduan dalam menjalani kehidupan berprinsip dan mengikut peraturan yang betul.
Etika menjadi pengukur kepada penentuan diri manusia dalam konteks interaksi manusia
dengan alam, interaksi sesama manusia dan interaksi dengan Pencipta. Etika dalam
kehidupan manusia sejagat memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang antaranya
pengurusan, perancangan, pembangunan, agama dan ekonomi. Etika yang baik wajar
dijadikan teras dalam kehidupan insan bagi mencapai kesejahteraan dan keharmonian
hidup. Oleh itu, konsep etika ini turut diterima pakai dalam sektor pekerjaan awam dan
swasta dan menjadi garis panduan dalam sesebuah organisasi seperti Etika Perkhidmatan
Awam, Kod Etika Kejuruteraan, Plan Integriti dan Kod Etika JAKIM, Etika Kerja Islam
dan sebagainya. (Ruslan Hassan et.al, 2020)

Tulisan dari seberang memberi maksud etika itu sebagai norma, aturan, kaidah, ataupun
tata cara yang digunakan sebagai suatu asas atau dasar seseorang dalam melakukan suatu
kegiatan. Pengertian etika adalah suatu aturan ataupun norma yang digunakan sebagai
suatu pedoman dalam berperilaku di masyarakat untuk bertindak dan berperilaku terkait
sifat baik ataupun buruknya. Selain itu, ada juga yang berpendapat etika adalah suatu ilmu
tentang kesusilaan dan juga perilaku manusia di dalam pergaulannya dengan sesamanya
yang berhubungan dengan aturan dan prinsip yang benar. Dengan kata lain, etika adalah
suatu tanggungjawab dan kewajiban moral dari setiap orang dalam berperilaku dalam
kehidupan bermasyarakat. (https://accurate.id/lifestyle/pengertian-etika/)

Secara ringkasnya, Etika adalah disiplin ilmu berhubungan dengan kajian secara kritis
tentang adat kebiasaan, nilai-nilai dan norma-norma perilaku manusia yang dianggap baik
atau tidak baik. Kajian tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta
kelakuan manusia yang betul.

4 Penghayatan Etika dan Peradaban

Secara umumnya, Etika dapat dibahagikan kepada dua bahagian itu Etika deskriptif dan
etika normatif.

Apakah Etika Deskriptif? - Etika deskriptif merupakan suatu disiplin yang membicarakan
tentang sejarah sistem moral. Etika deskriptif memberitahu bagaimana ahli masyarakat
harus bertingkahlaku, apakah peraturan yang digunakan dan dianuti dalam sesebuah
masyarakat dan sebagainya. Etika deskriptif menyedarkan manusia bahawa terdapat
berbagai sistem moral yang bersifat relatif di muka bumi ini : etika Kristian,Buddha,
Islam, Yahudi, Hindu dan sebagainya. Etika deskriptif menyatukan bentuk atau karektor
sesuatu sistem moral yang ada tanpa membuat penilaian, pengadilan dan keputusan
terhadap sistem tersebut.

Apakah etika Normatif? - Etika normatif merujuk kepada panduan dan peraturan yang
berkaitan dengan tingkahlaku yang baik dan jahat. Ianya juga menjurus kepada kenyataan
yang memberitahu apa yang mesti dilakukan dan apa yang betul. Ia menilai,mengkritik
dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada di samping menerangkan
sesuatu undang-undang moral yang dianggap terbaik, bukan undang-undang moral yang
sedia ada dan sedia diterima.Etika normatif mengemukakan sistem moral yang piawai
berpandukan sistem sedia ada.Etika normatif menyedarkan kita bahawa tidak semua nilai
moral berubah mengikut perubahan masa tetapi ada yang terus kekal dipelihara meskipun
budaya mengalami perubahan. Inilah yang dikatakan sebagai nilai mutlak dan biasanya
berkaitrapat dengan agama.Golden Rule merupakan contoh prinsip etika normatif klasik.
Jika mahu orang melakukan perkara yang baik kepada kita, kita perlu melakukan perkara
yang baik juga kepada orang lain. (Hanin Hazirah, Teori Etika: https://www.academia.
edu/5999327/Teori_etika)

Cabang Etika Merujuk kepada
Metaetika persoalan yang berkaitan
(metaethics) makna dan kefahaman konsep

etika.

Cabang Asas Etika Normatif Merujuk kepada panduan dan
Perbahasan Etika (normative ethics) peraturan yang berkaitan

dengan tingkahlaku yang baik
dan jahat.

Etika Guncan Merujuk kepada sesuatu
(applied ethics) keadaan atau perbuatan
tertentu yang dilakukan pada

waktu dan tempat
tertentu.

Sumber: Dr Tuan Sidek Tuan Muda, Nota Pelajar, Universiti Malaysia Pahang

Pengenalan Kepada Etika Dan Peradaban 5

1.1.2 Apakah Peradaban?

Masih terdapat perbahasan tentang definisi atau istilah yang tepat bagi tamadun dan
peradaban. Ada pendapat yang mengatakan tamadun itu merujuk kepada kebudayaan,
kemajuan dan peradaban. Manakala peradaban ditakrifkan sebagai kemajuan atau
pencapaian tingkatan kehidupan manusia kepada bertamadun. Peradaban dalam bahasa
Inggeris disebut sebagai “Civilization”. Ada juga pendapat yang mengatakan Tamadun itu
berasal dari perkataan Arab, manakala peradaban adalah perkataan dalam bahasa Melayu.
Istilah ‘peradaban’ berasal daripada Bahasa Arab yang juga bererti ketamadunan. Sebelum
kedatangan Islam ke alam Melayu, perkataan yang digunakan adalah budaya yang
bertunjangkan kepada keluhuran nilai dan kehalusan budi pekerti. Manakala peradaban
digunakan untuk menjelaskan tentang peningkatan hidup masyarakat ke arah kemajuan
atau pembangunan. Walau bagaimanapun, istilah tersebut tidaklah begitu meluas
berbanding tamadun. Selepas kedatangan Islam, istilah-istilah Arab mula digunakan dan
diterimapakai dalam istilah Bahasa Melayu.
Walau apa pun perdebatannya, peradaban atau tamadun itu boleh dinyatakan sebagai
keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa,
masyarakat, dan sebagainya. (https://prpm.dbp.gov.my)

Proses Peradaban

Proses yang dilalui oleh
sesuatu masyarakat

daripada tiada peradaban
(uncivilized) kepada lahir

peradaban (civilized)

Masyarakat yang mudah
simple society kepada
masyarakat yang kompleks

(complex society).

Sumber: Dr Tuan Sidek Tuan Muda, Nota pelajar, Universiti Malaysia Pahang

6 Penghayatan Etika dan Peradaban

Kategori Peradaban

Luaran Dalaman

Bangunan, teknologi, Spiritual, sikap,
infrastruktur, perlakuan, pemikiran,
pembangunan etika, budaya, personaliti

Faktor Kemunculan Sesebuah Peradaban

Penempatan yang Wujudnya pegangan Penghayatan etika,
strategik agama nilai, moral

Masyarakat dan Berfikiran positif
pemerintah

Ciri-ciri Sesebuah Peradaban

Penempatan Sistem kepercayaan Ciptaan teknologi Sistem tulisan
masyarakat dan agama dan bahasa

Peningkatan Sistem nilai Sistem Sistem organisasi
kualiti hidup dan moral pemerintahan dan dan sosial yang

perundangan teratur

Pengenalan Kepada Etika Dan Peradaban 7

1.3 Konsep Etika dan peradaban dalam
Sejarah Pemikiran Barat

Konsep etika dikatakan bermula di Eropah dengan berkembangnya pemikiran sosial yang
dipelopori oleh Aristotle, Plato, Socrates. Perkembangan etika dan peradaban di barat
boleh dibahagikan kepada beberapa zaman iaitu:

Zaman Englightenment • Reformasi Gereja: Pemimpin agama dan gereja
Revolusi Perancis berkurangan
Revolusi Industri
Globalisasi • Pemisahan agama daripada politik

• Sistem beraja diganti dengan republik, Liberty, Equality,
Fraternity, Nation

• Individualisme, Materialisme, positivisme, Hak Asasi,
demokrasi; Scientific inquiry dan pembangunan-Rasional

• Perkembangan sistem komunikasi & pengangkutan

• Perdagangan tanpa sempadan

• Perdagangan sedunia bermula mercantile ke kapitalis
sedunia

• Dunia digital

• IR 5.0

Ciri-ciri Etika Barat

• Setiap orang adalah rasional dan bebas dalam menentukan tindakannya sama ada
baik, benar atau tidak

• Bersumberkan kepada akal dan kebijaksanaan ahli falsafah

• Kebenaran bersumberkan akal manusia

• Nilai etika tidak terikat dengan sebarang agama

• Masyarakat Barat berpegang kepada fahaman sekularisme iaitu pemisahan agama
dari sebarang kegiatan manusia

8 Penghayatan Etika dan Peradaban

1.4 Konsep etika dan peradaban dari
perspektif agama dan kepercayaan

Perbincangan mengenai etika dan peradaban juga perlu dilihat dari perspektif agama dan
kepercayaan kerana ia adalah asas bagi sesuatu tamadun manusia itu terbentuk. Ia juga
memberi perbezaan antara tamadun dengan tamadun yang baik. Acuan etika dan peradaban
sesuatu bangsa adalah terletak pada agama yang dianuti dan sistem kepercayaan yang
mereka amalkan.

Islam

Sejarah kebangkitan pembaharuan dalam bidang keagamaan di Tanah Melayu telah
menyaksikan perdebatan antara kaum Tua dan Kaum Muda. Kaum Tua merujuk kepada
kumpulan aliran pemikiran tradisional atau konservatif. Aliran ini berkembang melalui
pondok-pondok yang menekankan pendidikan Islam dengan menjadikan peranan
ulama-ulama sebagai asas atau role model dalam mendapatkan ilmu pengajian tentang
Islam. Kebanyakan ulama yang datang ke Tanah Melayu pada waktu itu berasal dari
nusantara khususnya Pattani dan Jawa. Ulama dan pemikiran Islam nusantara pada
waktu itu kebanyakannya mendapat pengaruh Tasawwuf. Mereka hanya memfokuskan
kepada bidang agama semata-mata dan menganggap ilmu dunia atau moden tidak
penting. Mereka juga menganggap kuasa barat bukanlah satu ancaman besar bagi orang
Islam. Manakala Kaum Muda pula merujuk kepada aliran Islah atau dipanggil sebagai
pembaharu, reformis dan Tajdid. Dua bentuk pemikiran inilah yang membentuk aliran
pemikiran utama di kalangan masyarakat Melayu di Tanah Melayu pada era akhir abad
ke 19 dan awal abad ke 20.( Ibrahim Majdi:2018). Gerakan Kaum Muda lebih menonjol
pada tahun-tahun 1920-an dengan wujudnya beberapa majalah yang menjadi saluran
untuk mereka menyatakan pembaharuan kepada masyarakat seperti akhbar Al-Ikhwan,
Saudara, Idaran Zaman, Utusan Melayu, Lembaga Melayu dan beberapa akhbar lagi.
Kebanyakan Kaum Muda ini telah mendapat pengaruh gerakan pembaharuan di Mesir dan
Turki pada tahun-tahun 1920-an hingga 1930-an. Konflik pemikiran Islam antara Kaum
Tua dan Kaum Muda tidak terhenti setakat itu sahaja ia terus berlarutan sehingga tahun
1970-an dengan wujudnya kebangkitan Islam dari pelajar Malaysia yang belajar di United
Kingdom, United States of America, Revolusi Iran serta pergerakan di Malaysia sendiri
seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Al-Arqam, Jemaah Islam Malaysia serta
pergerakan tabligh.

Pengenalan Kepada Etika Dan Peradaban 9

Buddhism
1. Empat Kebenaran Mulia
2. Dukkha – penderitaan itu wujud secara universal
3. Punca penderitaan ialah cinta kepada perkara keduniaan yang tidak kekal.
4. Penderitaan boleh dihapuskan.
5. Cara menghapuskan penderitaan dengan Lapan Jalan Mulia:

A. Pandangan yang betul
B. Aspirasi yang betul
C. Pemikiran yang betul
D. Pertuturan yang betul
E. Tindakan yang betul
F. Tumpuan yang betul
G. Usaha yang betul
H. Penghidupan yang betul

Hinduism
1. Ajaran agama Hindu menekankan kepada Kesatuan Alam.
2. Disebabkan oleh kelahiran semula, manusia terbelenggu dengan maya; keadaan ilusi,

dan pengalaman yang tidak kekal setiap hari;
3. Akibat tindakan pada masa lepas (Karma), mempengaruhi kewujudan seseorang

pada masa kini dan kelahiran semulanya nanti;
4. Oleh itu, manusia perlu meningkatkan amal kebaikan yang akan mengubah Karmanya

kepada lebih baik;
5. Pembebasan (Mokhsa), bermaksud jiwa seseorang tidak lagi mengalami proses

kelahiran semula tetapi bersatu dengan alam dan bersatu sebagai Brahman.

Kristian
1. Terdapat 3 aliran utama dalam ajaran Agama Kristian iaitu:
2. Katolik Roma (Mazhab terbesar)
3. Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),
4. Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran – reformasi, Methodis, dll)

10 Penghayatan Etika dan Peradaban

Kristian percaya bahawa hanya terdapat satu Tuhan dalam bentuk tiga orang, iaitu Bapa,
Anak (Yesus Kristus) dan Roh Kudus. Kristian percaya bahawa manusia dicipta untuk
menjalin hubungan dengan Tuhan, tetapi dosa telah memisahkan manusia daripada Tuhan.

1.5 Penutup

Pengertian etika dan peradaban harus difahami secara mendalam kerana ia adalah
konsep penting yang bukan sahaja untuk dipelajari namun sangat penting untuk
mengadaptasikannya dalam kehidupan seharian. Dengan mempelajari ilmu tentang etika
ia akan dapat membimbing manusia mengenal pasti apakah etika yang perlu dipraktikkan
untuk menjadi manusia yang beradab dan bertamadun. Tanpa etika yang baik manusia
tidak akan mencapai tahap tertinggi dalam kehidupan ini malahan ia boleh merosakkan
nama individu, bangsa, agama dan negara. Sebagai seorang yang berilmu, perlu menguasai
konsep etika dan peradaban sendiri dan juga etika dan peradaban bangsa lain kerana ia
mampu memberi kita keselesaan walau di mana sahaja kita berada.

Contoh Perbincangan dalam kelas

1. Cari dan kumpul beberapa takrifan etika, bincangkan dan akhir sekali berikan
pendapat kamu sendiri tentang maksud etika

2. Cari dan kumpul beberapa takrifan peradaban, bincangkan dan akhir sekali
berikan pendapat kamu sendiri tentang maksud peradaban

3. Cari dan bincangkan beberapa tamadun dunia yang mengalami kegemilangan
dan keruntuhan. Pada pendapat anda, apakah faktor utama yang membawa
sesuatu peradaban itu gemilang atau mengalami keruntuhan. Adakah berkaitan
dengan etika?

4 Bincangkan perbezaan antara pemikiran etika Barat dengan pemikiran
etika Islam (boleh bincang saja pemikiran etika selain dari Barat untuk buat
perbandingan)

5 Nyatakan beberapa contoh etika pemerintahan yang tidak baik yang dilakukan
oleh beberapa pemimpin dunia

Pengenalan Kepada Etika Dan Peradaban 11

Contoh Soalan (Objektif) C. Peradaban adalah kemajuan rohani
dan jasmani
1. Pilih kenyataan yang TIDAK TEPAT
tentang Etika D. Peradaban tidak berkaitan dengan
A. Etika merujuk kepada nilai dan pemakanan
kelakuan manusia.
B. Etika merujuk kepada perilaku kaum- 6. Manakah di antara berikut TIDAK
kaum tertentu. berkaitan dengan kejatuhan sesuatu
C. Etika sangat berkaitan dengan emosi peradaban?
manusia. A. Pemimpin berintegriti
D. Etika menekankan kepada aspek teori B. Pembinaan monumen
sahaja. C. Pengumpulan harta
D. Pengabaian hak individu
2. Faktor berikut mempengaruhi pembentukan
etika seseorang, KECUALI 7. Etika seseorang dipengaruhi oleh faktor
A. Pendidikan
B. Keluarga berikut iaitu
C. Rakan sebaya
D. Zaman I. Agama

3. Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR II. Pendidikan
mengenai peradaban
A. Kelahiran dan perkembangan daya III. Keluarga
kreativiti
B. Daya reka cipta dalam penciptaan IV. Media sosial
teknologi dan pembinaan
C. Kewujudan sistem perundangan dan A I dan II C II, dan III
pemerintahan
D. Peningkatan kadar jenayah dan B I,II, dan III D I,II,III dan IV
rasuah dalam negara
8. Secara amnya, etika pemerintahan adalah
4. Sumber kepada etika Islam adalah
A. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah penting untuk kelompok berikut
S.A.W
B. Al-Quran I. Perdana Menteri
C. Hadis Nabi dan Al-Quran
D. Al-Quran dan Ijtimak Ulama II. Presiden
Muktabar
III. Pengetua
5. Manakah di antara berikut TIDAK
berkaitan dengan peradaban? IV. Pemimpin
A. Peradaban terbahagi kepada dua
bahagian iaitu luaran dan dalaman A. I dan II C. II, dan III
B. Peradaban juga dikenali sebagai
tamadun B. I,II, dan III D. I,II,III dan IV

12 Penghayatan Etika dan Peradaban 9. Pilih kenyataan yang TIDAK BENAR
mengenai etika
A. Istilah etika menurut Islam adalah
akhlak
B. Teori etika memberikan sebab-sebab
atau norma untuk menimbangkan
etika dalam sesebuah masyarakat
semuanya adalah baik
C. Etika adalah salah satu cabang ilmu
falsafah yang menentukan cara untuk
bertingkah laku
D. Etika adalah satu bidang mengenai

melakukan perkara yang baik dan 13. Dalam sejarah pembaharuan pemikiran
betul di Tanah Melayu pada awal abad ke-19,
Kaum Muda merujuk kepada
10. “Setiap orang adalah rasional dan bebas A. orang muda lepas MPSI
dalam melakukan tindakannya baik, benar B. orang muda yang belajar di luar
atau tidak.” negara
C. golongan reformis yang membawa
Kenyataan ini adalah asas dalam pemikiran pembaharuan dalam pemikiran Islam
______________________ D. golongan berfikirsan konservatif dan
tradisional
A. Etika Barat
B. Etika Islam 14. Materialisme, positivisme, individualisme
C. Etika Timur adalah konsep yang berkaitan dengan
D. Ajaran Confucious pemikiran
A. Peradaban Barat
11. Seorang pelajar di dapati melakukan B. Peradaban Timur
“copy paste” secara total data dari C. Peradaban Asia
sebuah website yang tidak diketahui D. Peradaban global
kesahihannya dan memasukkan dalam
tugasan yang diberi oleh pensyarah. 15. Berbanding dengan Barat yang berdasarkan
logik akal, Etika Asia adalah berteraskan
Penilaian TEPAT bagi menerangkan A. Agama
perbuatan di atas ialah B. Kepercayaan
A. Perbuatannya beretika dan tidak C. Logik akal
menyalahi undang-undang D. Pemikiran
B. Perbuatannya beretika dan menyalahi
undang-undang 16. Peradaban ASEAN merangkumi negara
C. Perbuatannya tidak beretika dan tidak berikut KECUALI
menyalahi undang-undang A. Vietnam
D. Perbuatannya tidak beretika dan B. China
menyalahi undang-undang C. Filipina
D. Indonesia
12. Pilih penyataan yang BENAR berkaitan
dengan pandangan alam Islam ( Islamic 17. Manakah yang lebih TEPAT
Worldview) : menggambarkan peradaban era globalisasi
I. Manusia sebagai khalifah penerima A. Era dunia tanpa sempadan” telah
amanah memungkinkan berlaku interaksi dan
II. Memusnahkan apa sahaja tanpa jaringan peradaban merentasi benua
meminta kebenaran dan sempadan
III. Mengurus manusia,haiwan,tumbuhan B. Era dunia siber yang menyebabkan
dan sumber alam semulajadi manusia bergantung kepada teknologi
IV. Mengurus kehidupan atas muka bumi semata-mata
dan memperelokkannya berpandukan C. Era sains dan teknologi yang mana
A I,II dan III C. I,III dan IV ilmu kemanusiaan tidak berguna lagi
B II,III dan IV D. I,II,III dan IV

Pengenalan Kepada Etika Dan Peradaban 13

D. Era manusia tidak diperlukan lagi III. Kebenaran bersumberkan akal
hanya robot yang bekerja manusia

18. Peradaban globalisasi membawa pengaruh IV. Nilai etika tidak terikat dengan
yang besar dalam pelbagai aspek kehidupan sebarang agama
seperti:
I. politik A. I,II dan III C. I,III dan IV
II. ekonomi B. II,III dan IV D. I,II,III dan IV
III. ilmu
IV. pemikiran 20. Individualisme, Materialisme, positivisme,
A. I,II dan III C. I,III dan IV Hak Asasi, demokrasi dan lain-lain.
B. II,III dan IV D. I,II,III dan IV Elemen di atas muncul di era
A. Zaman englihgtenment
19. Manakah merupakan ciri-ciri etika Barat B. Revolusi Perancis
I. Setiap orang adalah rasional dan bebas C. Revolusi Industri
dalam menentukan tindakannya sama D. Era globalisasi
ada baik, benar atau tidak
II. Bersumberkan kepada akal dan
kebijaksanaan ahli falsafah

Rujukan

1. Ibrahim Majdi, Pertembungan IdeologiAntara Kaum Muda Dan Kaum Tua Di Malaysia, 2018,https://
lestarihikmah.com/2018/03/.

2. Ruslan Hassan, Farid Mat Zain, Kaseh Abu Bakar & Azmul Fahimi Kamaruzzaman, “
Kefahaman Nilai Etika dan Moral Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Sorotan Literature,
Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara 21(2020): 126–141.

Laman Sesawang

1. http://www.mdmarang.gov.my/)
2. https://prpm.dbp.gov.my)
3. https://www.academia.edu/5999327/Teori_etika
4. https://accurate.id/lifestyle/pengertian-etika/
5. https://hot.liputan6.com/read

14 Penghayatan Etika dan Peradaban


Click to View FlipBook Version