The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nazeerah Binti Hazizan C19A0373, 2023-02-06 23:43:40

TOKOH ALAT MUZIK TRADISIONAL

TOKOH ALAT MUZIK TRADISIONAL

TOKOH ALAT MUZIK TRADISIONAL REBANA


Hakcipta@2022 hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian buku ini, sama ada tulisan atau kandungannya serta dalam apa jua bentuk sebelum mendapat izin bertulis dari penulis Diterbitkan oleh: PENERBIT UMK Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, 16300 Bachok Kelantan. Edisi Pertama Pengarang Nazeerah Binti Hazizan Naziratul Akmal Binti Abdul Hamid Nor Izzati Binti Amirrudin Virachen A/L Ai Leang Jurugambar Nor Izzati Binti Amirrudin Editor Nazeerah Binti Hazizan Jurucakap Naziratul Akmal Binti Abdul Hamid Virachen A/L Ai Leang


PENGENALAN Muzik merupakan satu daya tarikan kepada setiap masyarakat. Di Malaysia, seni muzik tradisional bukanlah suatu perkara yang asing lagi dalam masyarakat yang pelbagai kaum. Seni muzik tradisional ini merupakan satu warisan yang memiliki keunikan yang tersendiri di mana ia telah diturunkan secara turun-temurun. Alat muzik merupakan satu lambang estetika dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Pada zaman dahulu muzik hanya dimainkan oleh golongan bangsawan atau hiburan untuk tatapan kerabat diraja. Namun begitu, terdapat juga muzik yang dimainkan untuk golongan rakyat. Penggunaan alat muzik juga bukan sahaja dijadikan sebagai medium hiburan, malah ia juga dijadikan sebagai satu alat yang digunakan untuk penyebaran maklumat dan pembentukan sahsiah. Sesetengah alat muzik juga mempunyai unsur magik yang boleh menaikkan semangat dan digunakan dalam upacara tertentu. Terdapat beberapa alat muzik tradisional Melayu antaranya ialah rebana kercing, gong, gendang, dan sebagainya.


WAN KHAIDZIR BIN WAN DERAMAN TOKOH WARISAN ALAT MUZIK TRADISIONAL REBANA


BIODATA TOKOH Wan Khaidzir Bin Wan Deraman merupakan seorang tokoh warisan dalam pembuatan alat muzik tradisional yang sangat tersohor di Kawasan Pantai Timur. Beliau kini berusia 45 tahun yang lahir pada tarikh 6 Mei 1978 di Temangan, Machang Kelantan. Beliau tinggal di Kg. Wakaf Pengkalan Buluh, Jerteh Besut Terengganu. Beliau merupakan anak yang ke lima daripada enam adik beradik. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Kampung Kerilla yang terletak di Temangan, Machang Kelantan. Beliau mempunyai sorang isteri yang bernama Rozina Binti Abdullah. Beliau dikurniakan tiga orang cahaya mata. Beliau bekerja sebagai pembuat dan pembekal alat muzik tradisional sepenuh masa. Hobi dan minat beliau adalah membuat alat muzik tradisional khususnya Rebana Kercing.


LATAR BELAKANG TOKOH Negeri Kelantan merupakan sebuah Bandar Islam dan salah satu negeri bandar pelancongan islam bagi negeri Kelantan Darul Naim. Kelantan juga tidak kurang hebatnya didalam melahirkan tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang yang telah banyak berjasa mengharumkan nama negara. Salah satu tokoh kelahiran atau yang dibesarkan dan mendapat didikan di Kelantan adalah seperti Encik Wan Khaidzir sendiri. Permulaan detik beliau dalam dunia pembuatan alatan muzik Rebana ini adalah pada tahun apabila beliau berpindah ke negeri Terengganu selepas tamat perkhidmatanya di Kilang Nasional Panasonic, Kuala Lumpur. Seterusnya, beliau meningkatkan fasa kehidupnya dengan menikahi pasangannya iaitu Puan Rozina binti Abdullah yang merupakan anak jati Besut, Terengganu dan seterusnya menetap secara kekal di Kampung Tok Dor Besut, Terengganu sehingga pada hari ini. Hasil pernikahan beliau dengan pasangannya, beliau telah dikurniakan 3 orang cahaya mata yang hampir kesemuanya berjaya melanjutkan pelajaran dengan cemerlang. Berkat didikan dan disiplin yang dilentur oleh Encik Wan Khaidzir dalam mengasuh anak-anaknya, beliau berjaya mendidik anak-anaknya mahir dalam ilmu pembuatan rebana dan mewarisi bakat tersebut.


Walaupun tokoh dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kurang berkemampuan tetapi tidak menghalang beliau untuk terus mengorak langkah menuntut ilmu dan berjaya. Bermula dengan Pendidikan awal rendah pada tahun di Sekolah Kebangsaan Kg. Kerilla, Temangan Machang, Kelantan. Selepas tamat pembelajaran di sekolah rendah, beliau tidak lagi meneruskan pembelajaran di menengah kerana beliau mahu mendalami ilmu pembuatan rebana. Seterusnya, beliau meneruskan alam pekerjaannya sebagai seorang produksi di Kilang Nasional Panasonic, Kuala Lumpur selama 25 tahun. Selepas berkhidmat di kuala Lumpur, beliau kembali semula ke kampung halamanya kerana keadaan ibunya beliau yang tidak sihat pada ketika itu. Bermula dari situ, beliau Kembali aktif semula dalam pembauatan rebana selain menyertai pertandingan dan bermain rebana. Sifat kewibawaan dan dedikasi beliau dalam menjalankan tanggungjawab sebagai si tukang pembuat alat muzik telah menyebabkan hasil kerjanya yang sungguh kemas dan kreatif telah berjaya membawa Namanya sehingga ke peringkat antarabangsa.


Di samping itu, beliau juga telah menjadi tenaga pengajar di sebuah institusi yang diberi nama Apresiasi Rebana. Tambahan pula, ciri kepimpinan beliau dan kebolehan beliau dalam mendidik para pelajarnya dalam bermain rebana telah menyebabkan beliau dipanggil untuk menyertai beberapa pertandingan rebana di peringkat negeri mahupun peringkat nasional. Sememangnya tugas sebagai seorang pembuat rebana di samping mengajar anak-anak muda yang berminat dalam bermain dalam alat muzik rebana amat mencabar dan memerlukan pengorbanan yang tinggi, namun bagi Encik Wan Khaidzir, beliau masih mampu menyeimbangkan kepentingan aktiviti pembuatan bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran para pelajarnya. Melalui pengalaman beliau dalam pembuatan rebana selama 20 tahun, beliau masih lagi bergiat aktif dalam menyertai pertandingan-pertandingan rebana yang telah dianjurkan selain penghasilan rebana yang telah dihasilkan mendapat tempahan dan sambuatan hangat di peringkat global sehingga ke Singapura dan Indonesia.


SUMBANGAN TOKOH Sebagai seorang tokoh yang telah mendapat pengiktirafan di dalam dan luar negara encik Wan Khaidzir bin Wan memberi sumbangan besar dalam memartabatkan dan memelihara muzik kebanggaan negeri Kelantan iaitu rebana supaya terus terpelihara dan kekal sebagai seni warisan negara. Antara sumbangan yang telah dilakukan oleh beliau dalam memartabatkan muzik warisan ini sekaligus memastikan kesenian muzik tradisonal terus terpelihara dan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam warisan kebangsaan ini. Beliau turut dijemput menjadi tetamu serta menyertai banyak, menjadi tenaga pengajar dan pakar rujuk kepada masyarakat yang berminat mempelajari serta mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan seni muzik rebana ini.


Peranan dan Sumbangan dalam Masyarakat Ilmu kemahiran penghasilan rebana yang diwarisi oleh beliau dari tok gurunya iaitu Poksu Agil yang telah diperturunkan kepadanya. Oleh itu beliau juga mengambil pernanan dalam memartabatkan untuk mengekalkan warisan kebangsaan ini dengan menjadi tenaga pengajar berkaitan seni warisan rebana kepada masyarakat sekitar kampungnya iaitu berfokuskan anak muda, Tujuannya adalah untuk memastikan warisan peralatan muzik ini dapat dilestarikan dan dipelihara untuk generasi akan datang. Bagi tujuan tersebut, beliau berperanan sebagai tenaga pengajar dan pakar pembuatan rebana yang sohor di kalangan pembuatan rebana di negeri Kelantan. Apabila adanya masa yang terluang beliau akan beliau bertanggungjawab untuk mengajar pelajarnya cara penghasilan renana yang berkualiti. Disebabkan beliau amat menitik bertakan kualiti rebananya. Beliau juga akan megajar cara bermain kepada anak muridnya pada masa yang beliau berkelapangan seramai sekitar lima orang buat masa kini.


Khidmat dan usaha Encik Wan Khaidzir sendiri bertujuan untuk mengekalkan kualiti warisan muzik yang kini menjadi satu warisan seni muzik negara. Contohnya iaitu perbuatan rebana ini Encik Wan Khaidzir menitik berat dalam pengunaan kayu seperti kayu meranti dalam proses pembuatanya supaya bunyi yang akan dihasilkan rebana yang sudah siap dibuat mendapat piawaian yang berkualiti tinggi. Selain itu, beliau telah mengadakan kelas pembuatan rebana yang tidak mengira upah walaupun diberi oleh penuntut ilmunya. Hal ini beliau ingin melihat jenerasi muda lebih peka terhadap alatan muzik warisan rebana ini lebih mendalam lagi. Penghasilan rebana akan diterapkan oleh beliau melalui teknik-teknik pembuatan tersebut. Cara itu juga membolehkan beliau dapat memperkembangkan ilmu dan kemahiran pembuatan rebanan yang berkualiti serta cara bermain secara kepada generasi muda dan menyebarkannya secara lebih luas, melangkaui negeri-negeri lain di Malaysia. Beliau juga ingin melihat anak muda dapat mempunyai peluang pekerjaan serta dapat memertahankan warisan muzik ini. Melalui kegiatan mengajar anak muda melalui kelas-kelas yang dilaksanakan oleh En Wan Khaidzir warisan seni alatan muzik rebana ini diperkenalkan kepada masyarakat di Malaysia dan luar negara. Semangat dan hasrat menjadikan seni muzik rebana tidak akan mudah lapuk ditelan zaman.


Peranan dan Sumbangan dalam Industri. Encik Wan Khaidzir juga turut memberi sumbangan terhadap aset warisan muzik ini melalui persembahan yang dijemput oleh beliau. Beliau kerap dijemput mengetuai persembahan-persembahan rebana di negeri Kelantan dan negeri-negeri lain. Contohnya, beliau melibatkan diri pada hari-hari yang berkaitan persembahan warisan yang dianjurkan oleh Jabatan warisan negeri Kelantan iaitu karnival TMBS dun Kuala Besut. Beliau juga menerima jemputan tersebut tanpa menerima wang upahanan daripada pengajur tersebut. Beliau juga sering mengadakan persembahan yang dijemput oleh pelangganya sendiri untuk mempersembahkan skill atau teknik yang hebat daripada permainan rebana beliau. Sebagai seorang pakar dalam bidang pembuatan rebana yang sangat berkualiti dalam kalangan penduduk di negeri Kelantan, Encik Wan Khaidzir mendapat perhatian dalam kalangan rakyat negara Malaysia, malah beliau juga mempunyai pelanggan khas daripada negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia. Dengan penghasilan kualiti yang sangat baik beliau juga mendapat tempahan yang banyak daripada pelanggan utamanya iaitu terdirirnya kumpulan dikir barat tempatan malah lagi di negara Singapura. Pelanggan dari negara Singgapura sering menempah sekurangnya sepuluh pasang rebanan setiap dua bulan. Kualiti yang dimiliki oleh beliau meningkatkan lagi nama negara Malaysia di pelusuk dunia. Selain itu, Encik Wan Khaidzir juga dapat mempromosikan hasil pembuatan alat muzik warisan dari dalam negara dan luar negara.


Beliau juga sering mengadakan persembahan yang dijemput oleh pelangganya sendiri untuk mempersembahkan skill atau teknik yang hebat daripada permainan rebana beliau. Sebagai seorang pakar dalam bidang pembuatan rebanan yang sangat berkualiti dalam kalangan penduduk di negeri Kelantan, Encik Wan Khaidzir mendapat perhatian dalam kalangan rakyat negara Malaysia, malah beliau juga mempunyai pelanggan khas daripada negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia. Dengan penghasilan kualiti yang sangat baik beliau juga mendapat tempahan yang banyak daripada pelanggan utamanya iaitu terdirirnya kumpulan dikir barat tempatan malah lagi di negara Singapura. Pelanggan dari negara Singgapura sering menempah sekurangnya sepuluh pasang rebana setiap dua bulan. Kualiti yang dimiliki oleh beliau meningkatkan lagi nama negara Malaysia di pelusuk dunia. Selain itu, Encik Wan Khaidzir juga dapat mempromosikan hasil pembuatan alat muzik warisan dari dalam negara dan luar negara.


Click to View FlipBook Version