MAKSUD MERDEKA
Merdeka bermaksud bebas daripada cengkaman penjajahan. Erti
merdeka yang sebenar pada generasi kini adalah kemerdekaan
jiwa dan minda dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk
melalui empat aspek utama, iaitu agama, akhlak, pendidikan dan
Bahasa.
TEMA MERDEKA TAHUN 2021
‘MALAYSIA PRIHATIN’ merupakan tema bagi sambutan tahun
2021.
MAKSUD LOGO DAN WARNA Malaysia terhadap
LOGO BERBENTUK HATI-
Melambangkan keprihatin Kerajaan
masyarakat berbilang kaum
WARNA BIRU TUA-
Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam
keadaan aman dan harmoni
BULAN SABIT-
Islam adalah agama bagi persekutuan
BINTANG PECAH 14-
Perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
7 JALUR MERAH PUTIH BERBENTUK HATI-
Terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi
segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan
STIGMA BUNGA RAYA-
Membawa negara menuju ke mercu kejayaan
5 TITIK MERAH-
Sebagai simbolik kepada 5 kelopak Bunga Raya yang
menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci
perpaduan yang berbilang kaum
SEMANGAT KEMERDEKAAN
Kita Jaga Kita' adalah bukti patriotisme rakyat yang membawa
kepada Malaysia Prihatin - slogan sambutan Hari Kemerdekaan
2020 yang penuh cabaran, dugaan dan masalah. Patriotisme
adalah perasaan cinta terhadap negara. Menunjukkan patriotisme
atau menjadi insan patriotik, harus ada dalam diri untuk menjadi
warganegara yang baik.
TOKOH KEMERDEKAAN
Beliau adalah orang yang bertanggung jawab dalam mendapatkan
kemerdekaan di Malaysia. Digelar sebagai Bapa Kemerdekaan,
Tunku Abdul Rahman berulang-aling dari Malaysia ke London
untuk mengadakan perbincangan bagi mendapatkan
kemerdekaan. Akhirnya, Malaysia dibebaskan dari cengkaman
British dan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia
yang pertama.
Selain memerdekakan Malaysia, beliau juga bertanggung jawab
dalam membawa kesepaduan bagi penduduk Malaysia yang
berbilang kaum. Pada masa tersebut, kaum Melayu, Cina & India
tidak bersatu-padu dan saling membenci di antara satu sama lain.
Terima kasih kepada usaha Tunku Abdul Rahman, pada hari ini
kita semua hidup aman dan makmur.
Namanya mungkin tidak begitu dikenali pada hari ini. Beliau adalah
orang kanan Tunku Abdul Rahman dalam proses pembentukan
Malaysia dan selepas kemerdekaan Malaysia. Beliau ada bersama
Tunku Abdul Rahman dalam proses menuntut kemerdekaan dari
British. Selepas kemerdekaan, beliau dilantik sebagai Timbalan
Perdana Menteri yang kedua. Beliau banyak menyumbang dalam
bidang perhubungan antarabangsa dan hal ehwal dalam negeri.
Anda biasa lalu di Jalan H S Lee? Jalan tersebut diberikan
sempena nama seorang pejuang kemerdekaan yang berani
menentang pihak komunis semasa zaman darurat dan begitu
lantang dalam menuntut kemerdekaan dari pihak British. Beliau
adalah di antara orang penting yang menubuhkan MCA dan
merupakan perancang utama perikatan UMNO-MCA. Selepas
kemerdekaan, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan
Malaysia. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau telah
menjadi salah satu kebanggaan negara. Walau pun namanya tidak
begitu disebut-sebut pada hari ini, namun sumbangan beliau
kepada negara tidak pernah dilupakan.
Jalan Tun Sambathan adalah satu lagi jalan yang popular di Kuala
Lumpur. Beliau juga adalah seorang pejuang dan antara tokoh-
tokoh kemerdekaan dari bangsa india yang sangat lantang dalam
menentang penjajahan British. Beliau mengetuai orang india di
Tanah Melayu mengadakan tunjuk perasaan dan menentang para
tentera British yang menceroboh tanah air. Daripada Presiden
Kongres India Malaya, beliau kemudiannya dilantik sebagai
menteri penuh dalam pelbagai kementerian.
Beliau adalah presiden MCA yang pertama. Beliau juga adalah di
antara individu yang bertanggung jawab dalam hubungan di antara
UMNO dan MCA dengan harapan untuk mendapatkan perpaduan
kaum. Beliau menyumbang kepada perpaduan kaum dan
kestabilan politik di Malaysia.
Masih ingat subjek sejarah semasa sekolah menengah dahulu?
Pastinya nama Temenggung Jugah tidak asing bagi kita. Beliau
yang berketurunan iban adalah sahabat karib Tunku Abdul
Rahman dan merupakan satu-satunya pejuang kemerdekaan dari
Sarawak yang bersama-sama Tunku Abdul Rahman dalam proses
menuntut kemerdekaan dari British. Beliau juga menyertai
rombongan Tunku Abdul Rahman ke London untuk rundingan
kemerdekaan.
Rentap adalah pahlawan iban yang sangat digeruni oleh tentera
British semasa penjajahan di Sarawak. Rentap mengetuai suku
kaumnya berperang dengan tentera inggeris dan tanpa sebarang
gentar akan memenggal kepala tentera yang berhadapan
dengannya. Rentap adalah pejuang kemerdekaan yang
bertanggung jawab menjatuhkan Rajah Brooke atau Raja Putih di
Sarawak.
Mat Salleh adalah pejuang kemerdekaan di Sabah yang
menentang penjajah inggeris sehingga ke titisan darah yang
terakhir. Beliau meninggal dunia semasa bertempur dengan askar
British. Semasa hayatnya, beliau begitu berani menentang
Kompeni Hindia Timur British yang merampas hak orang tempatan
dan menindas tanpa sebarang belas kasihan.
Tokoh kemerdekaan yang seterusnya adalah wira kebanggan
rakyat Kelantan. Tok Janggut mengetuai rakyat Kelantan
menentang British setelah British mengenakan cukai yang
menindas rakyat. Kemarahan rakyat semakin memuncak apabila
pihak British tidak endah akan tentangan yang dilakukan. Tok
Janggut bukan sahaja seorang wira yang menuntut kemerdekaan,
malah beliau juga adalah seorang guru agama yang disegani
kerana ketinggian ilmu agamanya.
Tok Gajah adalah pahlawan Pahang yang mengetuai pasukan
tentera negeri Pahang semasa peperangan melawan inggeris di
negeri Pahang. Beliau bukan sahaja mendapat kepercayaan
sultan untuk menjadi ketua tentera, malah dilantik sebagai
penasihat utama sultan. Keberanian Tok Gajah dalam medan
perang sangat digeruni oleh pihak inggeris.
Mat Kilau adalah anak kepada Tok Gajah. Seperti ayahnya, Mat
Kilau juga tidak kurang hebatnya dalam berjuang menentang
penjajahan inggeris. Mat Kilau mengetuai masyarakat setempat
dalam melawan inggeris dan sentiasa menjadi contoh supaya tidak
mudah tunduk kepada arahan orang inggeris. Mat Kilau berjuang
bersama ayahnya Tok Gajah dalam menuntut kemerdekaan.
Datok Bahaman adalah seorang lagi wira dari negeri Pahang yang
berjuang untuk kemerdekaan Malaysia. Beliau yang kebal adalah
di antara mereka yang berada di barisan hadapan dalam
pertempuran melawan tentera British. Dato’ Bahaman telah
diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan
dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan
Semantan.
Dol Said adalah penghulu Naning yang berjuang untuk menuntut
kebebasan dari cengkaman British di Melaka. Kebangkitan Dol
Said membangkitkan kemarahan British kerana mereka adalah
pihak yang melantik beliau sebagai penghulu di Naning.
Rosli Dhobi adalah pejuang dan antara tokoh-tokoh kemerdekaan
di Sarawak. Beliau sangat lantang menuntut kemerdekaan dan
kemuncaknya adalah apabila beliau telah menikam gabenor British
di Sarawak lalu menyebabkan kematiannya. Rosli Dhoby dihukum
bunuh di atas peristiwa tersebut.
GAMBAR KEMERDEKAAN
RUJUKAN
1. https://www.google.com/search?q=gambar+kemerdekaa
n+malaysia&rlz=1C1GCEU_enSG824SG824&biw=1366&
bih=625&sxsrf=AOaemvLeDCxtZE81qP7TX6MnIHmWZY
sylg%3A1631291345028&ei=0Yc7YYujAbPgz7sPr5eGiA
Q&oq=gambar+kemerdekaan+malaysia&gs_lcp=Cgdnd3
Mtd2l6EAMyBQgAEMsBMgUIABCABDIGCAAQBxAeMg
YIABAHEB4yBggAEAcQHjIFCAAQgAQyBggAEAcQHjIG
CAAQBxAeMgYIABAHEB4yBQgAEIAEOgcIABBHELAD
OgcIABCwAxBDOgoILhDIAxCwAxBDOgcIIxCwAhAnOg
QIABANOgkIIxAnEEYQgQI6CAgAEIAEELEDOgwIIxCwA
hAnEEYQgQJKBQg4EgExSgQIQRgAUKR8WNSeAWDco
QFoAXACeACAAYUBiAHZB5IBBDEyLjGYAQCgAQHIAQ
_AAQE&sclient=gws-
wiz&ved=0ahUKEwjLz5Tp6fTyAhUz8HMBHa-
LAUEQ4dUDCA4&uact=5
2. https://ilabur.com/tokoh-tokoh-kemerdekaan-malaysia/
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kemerdekaan
4. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2021/08/17/edisimerde
ka-malaysia-prihatin/