The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zijian974, 2023-01-25 21:37:41

GENDANG 24 MUSIM

GENDANG 24 MUSIM

SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA (A221) DISEDIAKAN UNTUK: ENCIK MOHD SYAHRIL BIN SAID


SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA SESI 2022/2023 (A221) TEMA: SEJARAH PERTUBUHAN TAJUK: PERTUBUHAN GENDANG 24 MUSIM DISEDIAKAN UNTUK ENCIK MOHD SYAHRIL BIN SAID DISEDIAKAN OLEH KUMPULAN () 1. CHEONG YI HUI (292807) 2. DING CHIU JING (292336) 3. NUR SYAKHIRAH BINTI AZDI (291880) 4. LEE JIA WEN (292345) 5. HEW HUI ZHEN (292385) 6. KHOO SYER CHING (292732) 7. NG ZI JIAN (291423) 8. Ch’ng Yu Han (292562) 9. SITI NURAISHAH BINTI ABDULLAH (291964) i


KANDUNGAN ISI KANDUNGAN ii PENGENALAN 01 CARA DAN BERSEMBAHAN 02-04 FUNGSI GENDANG 24 MUSIM 05 PENGARUH DAN PENYEBARAN GENDANG 24 MUSIM KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA 06 16 17 07-09 TOKOH-TOKOH 10 CIRI-CIRI GENDANG 11 KEJAYAAN DAN PENGIKTIRAFAN 14-15 18-19 CIRI-CIRI MUZIK 12-13 20-30 ALAT-ALAT MASA HADAPAN KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN


"24 musim" tersebut terdapat dalam kalendar Cina, musim kecil tersebut berkaitan dengan jadual pekerjaan petani di negara China kerana petani akan mengetahui masa mambajak tanah, menyemai dan menuai aktivitiaktiviti pertanian. Konsep asal Tan Chai Puan mendapatkan ciptaan muzik pendidik lagu dan muzik serta komposer Tan Hooi Song, dan kemudian ia menjadi Gendang 24 Musim dengan sesuatu bentuk seni persembahan yang lengkap. [Irene Lau et al., 2016] 01 Gendang 24 Musim juga dikenali sebagai Gendang 24 Perayaan ataupun gendang cina atau Gendang Shigu. Pengasas Gendang 24 Musim, Encik Tan Chai Puan yang berasal dari Chaozhou, Guangdong merupakan generasi kedua Cina di Malaysia. Beliau dan komposer terkenal, Tan Hooi Song mencipta Gendang 24 Musim berdasarkan dua puluh empat perayaan tradisional Cina, menggabungkan ciri-ciri gendang singa Selatan Guangdong dan seni kaligrafi tradisional. Setiap gendang mewakili satu musim, membentuk konsep susunan gendang berskala besar mengenai perpaduan alam dan manusia. Perkataan "24 musim" mewakili 4 musim iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim dingin secara keseluruhannya dan setiap musim mempunyai enam musim kecil. PENGENALAN GENDANG 24 MUSIM


CARA DAN PERSEMBAHAN KEDUDUKAN GENDANG DAN POSISI BERMAIN GENDANG 24 MUSIM Shigu boleh diletak dalam pelbagai kedudukan yang berbeza dalam ensembel Gendang 24 Musim. Kedudukan gendang menentukan posisi pemain. Shigu boleh diletak dalam 3 cara kedudukan iaitu kedudukan menegak, mendatar dan dimiring 45°. Kedudukan gendang membawa kesan terhadap timbre yang dihasilkan. Pertama, kedudukan gendang secara menegak di atas kaki gendang yang sederhana tinggi merupakan posisi biasa. Dalam kedudukan ini, posisi pemain adalah di belakang gendang. Kaki dibuka dalam bentuk ‘V’ dan badan adalah lurus.Pemukul kayu pada kedua-dua belah tangan dipegang secara mendatar, diarah ke hadapan dan berada selari antara satu sama lain. Seterusnuya, Shigu juga boleh diletak secara mendatar di atas kaki gendang yang tinggi dan timbre yang berbeza dihasilkan. Bunyi adalah lebih bergemuruh, rendah dan kuat disebabkan bahagian berongga gendang terdedah ke udara sepenuhnya. Dalam kedudukan ini, pemain berdiri berhadapan dengan gendang dan memanjangkan tangan ke atas untuk memukul gendang. [Clare Suet Ching Chan, 2001] 02


CARA DAN PERSEMBAHAN GENDANG 24 MUSIM Setelah itu, gendang dimiring pada sudut 45°. Pemain boleh berdiri di belakang, sisi atau duduk di depan Shigu. Dalam posisi berdiri, pemain akan mengangkat gendang dengan tangan kiri sehingga ia condong ke arah sisi kiri dan memukul gendang dengan pemukul kayu pada tangan kanan. Tangan kanan didepa sepenuhnya sebelum memukul gendang. Dalam posisi duduk, pemain akan duduk berhadapan dengan muka gendang. Kaki pemain dibuka dan didepa sehingga menyentuh kedua-dua belah hujung depan kaki gendang. Pemain perlu mengangkat tangan ke atas kepala dan menurunkannya untuk memukul Shigu. Dalam posisi duduk ini, pergerakan badan pemain terhad. Oleh itu, pemain hanya boleh menggerakkan badannya ke belakang dan depan. [Clare Suet Ching Chan, 2001] 03


Semasa persembahan, pemain Gendang 24 Musim akan memakai kostum tradisional lelaki Cina. Mereka juga menggunakan prop atau aksesori sampingan seperti topeng, bendera berwarna-warni dan kain panjang yang berwarna. Pemain Gendang 24 Musim menggunakan dua batang tongkat pemukul apabila bermain Gendang 24 Musim dan menghasilkan timbre yang berbeza. Bunyi "dung" bermakna pemain menggunakan kayu untuk memukul bahagian tengah permukaan gendang, bunyi "tak" bermaksud pemain menggunakan kayu memukul bahagian tepi gendang dan bunyi "tik bermakna kedua-dua kayu dipukul oleh pemain. Kelab Gendang 24 Musim ditubuhkan oleh Encik Tan Hooi Seng dan Tan Chai Puan di Sekolah Menengah Persendirian Foon Yew, Johor Bharu disebabkan mendapat inspirasi daripada seni persembahan pada pesta Tarian Ulang Tahun ke-9 yang pertama. [Narutoll Hamka Seman, 2017] GENDANG 24 MUSIM 04 CARA DAN PERSEMBAHAN


GENDANG 24 MUSIM Permainan ensembel ini telah digabungkan dengan permainan alatan perkusi tradisional lain seperti tabla dan rebana ubi. Semasa Hari Kemerdekaan, seni persembahan Gendang 24 Musim bergabung dengan permainan alatan tradisional lain dengan ensembel untuk menunjukkan semangat patrotisme dan menjalin perpaduan di dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pada zaman dahulu, permainan ensembel ini hanya boleh dimainkan oleh kaum lelaki tetapi kaum wanita juga dilihat semakin meminati alat muzik ini pada zaman sekarang. Persembahan ini juga tidak lagi dipersembahkan hanya semasa perayaan besar kaum Cina sahaja tetapi juga ketika majlis-majlis rasmi kerajaan. [Ydu, 2014] Pada zaman purba di China, gendang digunakan untuk peperangan dan pengorbanan atau perayaan dan aktiviti buruh. Dengan perkembangan budaya sosial, muzik gendang telah tersebar ke luar negara termasuk negara Malaysia. Muzik gendang tradisional Cina telah berkembang secara beransur-ansur dan mengalami pembaharuan dan inovasi dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Pada tahun 1988, inspirasi untuk Gendang 24 Musim telah diilhamkan dalam festival tarian yang dipanggil "Sembilan Tarian" dan digabungkan dengan lagu tema "Qi Wu". Gendang 24 Musim mempunyai beberapa fungsi seperti mengiringi tarian singa untuk upacara-upacara rasmi dan parayaan, mengadakan persembahan secara solo pada hari kebudayaan serta untuk membuka tirai ketika mahu melakukan persembahan kebudayaan Cina. FUNGSI 05


Pada tahun 1988, sebuah seni persembahan baru yang berbentuk ensembel iaitu Gendang 24 Musim dicipta di Malaysia. Ensembel ini dinamakan Gendang 24 Musim kerana ia mengandungi 24 buah gendang besar yang dipukul dengan menggunakan pelbagai corak rentak yang digabungkan dengan posisi pergerakan badan yang dinamik, bertenaga, menakjubkan, gagah serta rancak. Koreografi pergerakan pemain muzik gendang juga mengikut aksi tugas-tugas pertanian. Dengan ini, muzik dan koreografi dalam ensembel Gendang 24 Musim menggambarkan suatu gerakan pekerjaan. Walaubagaimanapun, corak permainan dan gaya persembahan mempunyai perubahan yang sedikit dari satu kawasan dengan kawasan yang lain mengikut kehendak jurulatih. Orang Cina di Malaysia sangat berbangga terhadap ensembel gendang ini kerana ia merupakan ciptaan tulen orang Cina. Pada tahun 2001, ensembel ini merupakan satu bentuk persembahan seni yang popular di Malaysia dan merupakan satu warisan budaya orang Cina di Malaysia. Pembentukan ensembel Gendang 24 Musim bertujuan untuk menjadi peringatan dan penyambung kepada tradisi orang Cina di Malaysia. Penyertaan dalam ensembel ini membawa kepada pengetahuan dan pemahaman konsep serta asal-usul 24 Jie Qi dalam Kalendar Pertanian Cina. Pemahaman ini diharap dapat membina perhubungan yang rapat antara orang Cina di Malaysia dengan budaya warisannya dari negara China. Akhirnya, persembahan dalam kumpulan ditekankan untuk membina tali perhubungan yang harmoni, semangat kerjasama dan toleransi antara ahliahli ensembel. Pada zaman sekarang, seni persembahan ini juga disebar kepada kaum-kaum lain seperti orang Melayu dan orang India di Malaysia dan menyertai ensembel ini. [liamkhoz, 2017] PENGARUH DAN PENYEBARAN KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA GENDANG 24 MUSIM 06


Dalam ensembel Gendang 24 Musim, alat muzik yang utama yang digunakan ialah gendang Cina yang dikenali sebagai Shigu, iaitu gendang tarian singa. Shi merupakan perkataan dalam Bahasa Cina, ia bermaksud “Singa”. Manakala gendang yang akan digunakan oleh ensembel Gendang 24 Musim dipanggil sebagai Shigu dan fungsinya ialah untuk mengiringi “Tarian Singa”. Kulit kerbau atau lembu merupakan peralatan untuk membuat permukaan gendang lalu akan dipakukan dengan paku besi manakala bahagian muka bawahnya adalah terbuka. Diameter muka kulit atasnya ialah 58.5 cm dan ketinggian 61 cm. Selain itu juga, dawai besi yang seperti spring akan berada di dalaman gendang, kegunaan spring tersebut ialah untuk memastikan gendang akan membungikan timbre yang istimewa ketika dipukul oleh alat pemukul. Alat-alat yang digunakan untuk membuat bahagian baluh gendang ialah kepingan kayu biasa dan lingkaran buluh. Tukang kayu akan mencamtumkan kepingankepingan kayu biasa bersama tiga lingkaran buluh mengikut permukaan gendang yang berpanjang 40.5 cm. Selepas itu, dua puluh empat istilah solar di negara China akan diukir di bahagian buluh gendang pada setiap gendang dalam bentuk tulisan kaligrafi dengan menggunakan cat warna kuning. Biasanya, sebuah kaki gendang besi yang berbentuk dua batang besi secara berpalang akan digunakan untuk meletak gendang. Tetapi, untuk memudahkan ensembel melakukan koreografi semasa persembahan, kaki gendang besi terkini telah ditambahkan roda, supaya boleh mengerakkan gendang secara mudah [Clare Suet Ching Chan, 2001]. Shigu (Gendang Singa) ALAT-ALAT GENDANG 24 MUSIM 07


ALAT-ALAT GENDANG 24 MUSIM Terdapat tiga jenis pemukul kayu yang akan digunakan dalam ensembel Gendang 24 Musim. Setiap gendang akan dilengkapi dengan dua batang pemukul kayu. Pemukul gendang yang digunakan adalah dibuat daripada kayu pokok haw atau pokok jambul. Panjang dan berat pemukul gendang yang berbeza adalah sesuai bagi teknik permainan yang berbeza dan ia juga akan menghasilkan timbre yang berbeza. Pemukul kayu bentuk silinder adalah merupakan satu jenis pemukul yang pertama digunakan oleh ensembel Gendang 24 Musim pada awal pembentukannya. Panjang pemukul ini 23 cm iaitu lebih pendek daripada pemukul bentuk lain dan diameter sebanyak 3.8 cm. Pemukul jenis yang kedua ialah pemukul kayu bentuk menirus di hujung. Panjang pemukul jenis ini ialah 30.5 cm dan diameter di bahagian tengah ialah 3.8 cm manakala diameter untuk bahagian hujung ialah 2.5 cm. Pemukul ini sesuai bagi rentak seperti semikuaver yang bertalu-talu. Hal ini demikian kerana pemukul ini akan menghasilkan rentak yang jelas. Selain itu, pemukul ini akan menghasilkan timbre yang lebih tinggi disebabkan bahagian hujungnya yang menirus. [Clare Suet Ching Chan, 2001] Pemukul kayu bentuk silinder Panjang: 23 cm Diameter: 3.8cm Pemukul kayu bentuk menirus dihujung Panjang: 3.5 cm Diameter tengah: 3.8 cm Diameter hujung: 2.5 cm 08


Pemukul kayu bentuk penukul merupakan jenis pemukul yang ketiga. Panjangnya ialah 30.5 cm, 2.5 cm bagi diameter tengah dan diameter hujung ialah 3.8 cm. Pemukul kayu ini sesuai untuk digunakan kepada permain yang biasa menggunakan teknik memukul gendang yang terletak pada kaki gendang yang tinggi. Hal ini disebabkan pemukul ini dapat membantu menghasilkan bunyi yang kuat tanpa menggunakan tenaga yang kuat. Faktor yang menyebabkan ia menghasilkan bunyi yang kuat kerana timbre yang dihasilkan oleh pemukul ini adalah lebih rendah berbanding dengan pemukul kayu bentuk menirus di hujung. [Clare Suet Ching Chan, 2001] Pemukul kayu bentuk penukul Panjang: 30.5 cm Diameter tengah: 2.5 cm Diameter hujung: 3.8 cm 09


Encik Tan Chai Puan merupakan salah satu yang menubukan “Gendang 24 Musim”. Beliau telah menyumbangkan idea untuk membentuk sebuah ensemble 9 biji gendang yang berasaskan konsep 24 ‘Jie Qi’ (musim) mengikut kalender tani di Tanar Besar Cina. Idea ini juga mendapat respon yang baik dari seorang guru muzik yang pada ketika itu bertugas di Sekolah Menengah Foon Yew iaitu En. Tan Hooi Song dan juga ialah salah seorang yang menubuhkan “Gendang 24 Musim”. Maka, persembahan seni baru ciptaan tulen orang Cina di Malaysia berlahir. [Liamkhoz, 2017] Pembentukan pasukan gendang 24 musim yang pertama adalah pasukan Gendang 24 Musim Sekolah Menengah Foon Yew. Upacara perasmian ini dijalankan di Johor Bahru ‘Old Chinese Temple’ yang terletak di Jalan Trus yang ditubukan oleh En Tan Chai Puan dan En Tan Hooi Song. Encik Tan Chai Puan merupakan seorang penyajak dan budayawan yang terkenal manakala Encik Tan Hooi Song merupakan pendidik dan pemuzik yang disegani. Encik Tan Chai Puan Encik Tan Hooi Song GENDANG 24 MUSIM TOKOH-TOKOH 10


11 Gendang 24 Musim, kandungannya berdasarkan dua puluh empat musim tradisional Cina, digabungkan dengan ciri-ciri gendang singa selatan Guangdong dan seni kaligrafi tradisional, ia sangat mengagumkan dan memberi inspirasi. Dua belas orang kaligrafi terkenal dari Malaysia dan Singapura telah dijemput untuk menuliskan ensembel Gendang 24 musim pada setiap gendang. Ensembel Gendang 24 Musim terdiri daripada 24 gendang yang mana setiap gendang mewakili satu musim dalam 24 musim. Setiap gendang dinamakan berasaskan satu musim pertanian di negara China yang ditulis pada setiap gendang tersebut dengan kaligrafi China. Seterusnya, setiap musim besar seperti musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim dingin telah dibahagikan kepada enam musim kecil. CIRI-CIRI GENDANG 24 MUSIM Musim Bunga Li Chun (⽴春) Yu Shui (⾬⽔) Jing Zhe (惊蛰) Chun Fen (春分) Qing Ming(清明) Gu Yu (⾕⾬) Musim Panas Li Xia (⽴夏) Xiao Man (⼩满) Mang Zhong (芒种) Xia Zhi (夏⾄) Xiao Shu (⼩暑) Da Shu (⼤暑) Musim Luruh Li Qiu (⽴秋) Chu Shu (处暑) Bai Lu (⽩露) Qiu Fen (秋分) Han Lu (寒露) Shuang Jiang(霜降) Musim Dingin Li Dong (⽴冬) Xiao Xue (⼩雪) Da Xue (⼤雪) Dong Zhi (冬⾄) , Xiao Han (⼩寒) Da Han (⼤寒) Secara keseluruhan, Gendang 24 Musim teleh mempunyai pelbagai ciri yang berbezanya. Ini juga menunjukkan bahawa Gendang 24 Musim merupakan alat muzik tradisional yang mempunyai banyak ciri. Oleh itu, Gendang 24 Musim digemari oleh semua orang dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Ciri-ciri unik Gendang 24 Musim juga telah menarik minat orang ramai dari seluruh dunia. Bukan sahaja semua orang akan mengetahui dengan lebih lanjut tentang Gendang 24 Musim, malah ia juga akan membolehkan lebih ramai orang mengetahui tentang negara Malaysia. [Clare Suet Ching Chan, 2001]


CIRI-CIRI MUZIK GENDANG 24 MUSIM Penghasilan timbre yang berbeza dapat dibuat melalui sentuhan pemukul kayu pada permukaan gendang di kawasan yang berlainan. Secara amnya, tempat pukulan pada permukaan gendang terbahagi kepada dua kawasan, iaitu A dan B (lihat Gambar di tepi). Penghasilan bunyi pada pusat gendang (ZHONG GU), (A) kuat, gemuruh dan berdering. Bunyi nimonik yang dihasilkan dalam kawasan A ialah bunyi "Dung ". Penghasilan bunyi pada bibir gendang (PANG BIAN) (B) adalah lebih lemah dan tinggi. Bunyi nimonik yang dihasilkan ialah bunyi "Dang ". Bibir gendang terletak di antara pusat gendang (A) dengan sisi gendang (GU BIAN) (C). [Clare Suet Ching Chan, 2001] PETUNJUK TEMPAT: NAMA BAHAGIAN/BUNYI NIMONIK A : PUSAT GENDANG (ZHONG GU) / DUNG B : BIBIR GENDANG (PANG BIAN) / DANG C : SISI GENDANG (GU BIAN) / TAK 12


Penghasilan timbre pada sisi gendang (C) berbeza daripada pukulan pada pusat muka gendang. Salah satu sebab ialah sisi ini dibuat daripada kayu. Sisi gendang merangkumi bahagian sekeliling bulatan gendang. [Clare Suet Ching Chan, 2001] CIRI-CIRI MUZIK GENDANG 24 MUSIM 13 Penghasilan timbre pada sisi gendang (C)


Bermula dari pasukan Gendang 24 Musim di Sekolah Menengah Foon Yew Johor Bahru, semakin banyak pasukan dan pertubuhan Gendang 24 Musim muncul di sekolah-sekolah dan universiti-universiti di seluruh negara. Universiti Utara Malaysia juga salah satu universiti yang mempunyai kelab Gendang 24 Musim. Pelbagai kejayaan dan pengiktirafan telah dicapai oleh Pertubuhan Gendang 24 Musim sejak tahun 1988 hingga hari ini. KEJAYAAN DAN PENGIKTIRAFAN GENDANG 24 MUSIM PERINGKAT KEBANGSAAN Sehingga tahun2015, kejayaan seni persembahan boleh dibuktikan dengan lebih daripada 300 buah pertubuhan Gendang 24 Musim ditubuhkan termasuklah sekolah rendah, sekolah menengah, univeristi seluruh Malaysia. Pihak penerbitan VR Drumming Academy, Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, SJKC Tsun Jin dan F.G.S Malaysia telah menganjurkan program persembahan Gendang 24 Musim di Petaling Street Kuala Lumpur pada 14 Januari 2017 dan di Kuil Fo Guang Shan Dong Zen, Jenjarom pada 25 Januari 2017. Program ini telah mencipta satu rekod yang baru di dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) kerana mereka mengumpul sebanyak 388 orang Pemain Gendang dari pelbagai institusi pendidikan, iaitu 10 pasukan dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, 2 pasukan dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tinggi dan juga 2 pasukan dari Institusi Pengajian Tinggi. "Pertandingan Klasik Gendang Festival Kebangsaan 24" telah berjaya diadakan pada tahun 2010. Merujuk kepada Jabatan Warisan Negara, Gendang 24 Musim merupakan salah satu yang diiktiraf sebagai seni persembahan dalam warisan tidak ketara warisan kebangsaan 2009. [SJK (C) Tsun Jin, 2017] 14


PERINGKAT ANTARABANGSA Persatuan Cina Johor Bahru berjaya menganjurkan Festival Gendang 24 Musim Antarabangsa dan Mesyuarat Pemerhatian Klasik Malaysiapada tahun 2010 yang menarik pelbagai pasukan daripada Malaysia dan luar negara seperti Singapura, Amerika Syarikat dan juga negara lain. Pertubuhan Gendang 24 Musim Malaysia menubuhkan pusat kebudayaan gendang festival pertama di dunia, iaitu terletak di Jalan Budaya Chen Xunian di Johor Bahru dan mencapai rekod baharu. Pusat ini juga menjadi salah sebuah tempat pelancongan kepada pelancong-pelancong tempatan dan luar negara. Seterusnya, keunikan dan keistimewaan Pertubuhan Gendang 24 Musim juga disebarkan ke seluruh dunia. Pasukan Gendang 24 Musim luar negara pertama adalah negara Singapura pada tahun 1992, seterusnya diikuti oleh China, England, Thailand dan negara-negara lain. Pasukan Gendang 24 Musim Universiti Huaqiao di Quanzhou yang mengalu-alukan kayu terakhir larian obor Olimpik di pentas Gimnasium Quanzhou pada tahun 2008. Pada tahun 2012, pasukan Gendang 24 Musim Universiti Liverpool, England juga menjalankan persembahan larian obor Olimpik London. Bukan ini sahaja, pada tahun 2010, pasukan Gendang 24 Musim Oklahoma State University, Amerika Syarikat menyempahkan Gendang 24 Musim di arena NBA. [SJK (C) Tsun Jin, 2017] 15


Pada masa kini, Gendang 24 Musim sudah mula menonjolkan diri ke pentas dunia. Tidak mustahil bahawa pada masa akan datang, pertubuhan tradisional bangsa cina ini akan terus berkembang dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman. Malah, kebanyakan masyarakat tidak menyedari bahawa sebenarnya pertubuhan ini berasal dari Johor Baharu, Malaysia. Negara Malaysia mempunyai pelbagai tarikan dek kerana keunikan pelbagai bangsa dan kaum menunjukkan perbezaan kefahaman yang ketara. Rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan harmoni sejak dahulu lagi membuktikan bahawa setiap agama mempunyai pelbagai persembahan dan jenis keraian yang berbeza, namun ini tidak meninggalkan kesan negatif kepada mana-mana pihak. Ini kerana kebanyakan rakyat Malaysia sudah dididik dengan sikap saling hormat-menghormati sejak kecil lagi. Diharapkan juga Gendang 24 Musim dapat membantu negara Malaysia menambahbaik imej negara di mata dunia. Gendang 24 Musim pernah melakukan pelbagai persembahan di pelbagai pentas dunia. Contohnya, pertubuhan ini pernah melakukan persembahan di pelosok dunia seperti di negara China, Taiwan, England dan lain-lain. Pertubuhan ini juga sering melakukan persembahan di programprogram yang mendapat tumpuan antarabangsa seperti semasa Olimpik, London ketika persembahan larian obor. Selain itu, di arena NBA. Ini memang merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna kepada Malaysia. Secara tidak langsung, pertubuhan ini menarik perhatian terutamanya golongan muda untuk lebih mendalami dan berkecimpung di dalam bidang ini tidak kira kerakyatan, bangsa dan agama. Inia mat memberi impak yang positif kepada pertubuhan ini kerana dapat mengukuhkan lagi keahlian dan persembahannya di serata dunia. Bukan sahaja orang berbangsa cina yang harus tertarik kepada pertubuhan Gendang 24 Musim ini malah sesiapa sahaja boleh menyertainya tanpa mengira warna kulit, bangsa, agama dan kefahaman. Sekiranya ini berlarutan, malah ini dapat mengurangkan perbalahan antara kaum yang makin meningkat saban hari. [Berita Harian, 2017] GENDANG 24 MUSIM MASA DEPAN 16


K E S I M P U L A N Kesimpulannya, Gendang 24 Musim sebagai suatu alat muzik tradisional Cina amat penting kepada masyarakat Malaysia. Persembahan gendang 24 musim yang unik dan menarik boleh meningkatkan minat orang ramai dan membantu mereka lebih memahami tentang seni persembahan Gendang 24 Musim. Setiap budaya tradisional mesti diteruskan untuk mengelakkan kehilangan warisan. Oleh itu, Kita perlu memastikan budaya tradisional ini dapat dilihat dan dinikmati oleh generasi akan datang. Gendang 24 Musim yang unik dan menarik mestilah diteruskan dan diwariskan kepada generasi seterusnya. [Berita Harian, 2017] 17


RUJ U KA N 1. Irene Lau, Goh Bee Leng, and Lai Lee Min. (2016). ALAT MUZIK TRADISIONAL CINA. Blogger. http://tradisionalmusicalinstruments.blogspot.com/p/alat-muzikpukul.html 2. Chan Suet Ching, Clare. (2001). 24 Jie Ling Gu (Gendang 24 Musim): Perhubungan Muzik Dan Koreografi Dengan 24 Jie Qi Dalam Kalendar Pertanian Cina. ACADEMIA. https://www.academia.edu/31003948/24_Jie_Ling_Gu_Gendang _24_Musim_Perhubungan_Muzik_Dan_Koreografi_Dengan_24 _Jie_Qi_Dalam_Kalendar_Pertanian_Cina 3. Narutoll Hamka Seman. (2017, May 23). GENDANG 24 MUSIM. CARIDOKUMEN. https://caridokumen.com/download/gendang-24-musim- _5a46cc15b7d7bc7b7a1f818e_pdf?cv=1&sessionid=62d3907c2c8d489e9a845c60fcf570a3 4. Ydu. (2014, October 29). KELAB GENDANG 24 MUSIM. Blogger. http://sjkckengchee.blogspot.com/2014/10/ 5. Liamkhoz. (2017,14 April). GENDANG 24 MUSIM PERHUBUNGAN MUZIK DAN KOREOGRAFI DENGAN 24 JIE QI DALAM KALENDAR PERTANIAN CINA. anyflip. https://anyflip.com/ukhy/iqnk/basic 6. SJK (C) Tsun Jin. (2017). Persembahan Gendang 24- Perayaan Terbesar di Dunia di Upacara Khas Malaysia Book of Records. mrembm.bernama.com. http://mrembm.bernama.com/pdf/Gendang%2024%20Perayaan( info)%205308.pdf LAMAN WEB 18


RUJ U KA N 7. Bancha. (2010). MINGGU 12: JURNAL REFLEKSI (GENDANG 24 MUSIM). Blogger. https://smp2252bancha.blogspot.com/2010/10/minggu-12- jurnal-refleksi.html 8. Berita Harian. (2017, January 23). Gendang 24 Perayaan diiktiraf MBOR. Berita Nasional. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/01/231904/ge ndang-24-perayaan-diiktiraf-mbor BUKU DAN ARTIKEL 9. Bodde, Derk. (1975). Festivals in Classical China: New Year and other AnnualObservances during the Han Dynasty, 203 B.C.- A.D. 220. New Jersey : PrincetonUniversity Press. 10. Leong, Gregory. (1992). Festivals of Malaysia. Kuala Lumpur: Pelanduk Publications(M) Sdn. Bhd. 11. Tan Sooi Beng. (1999). The Chinese Performing Arts and Cultural Activities in Malaysia 19


20 LAMPIRAN


21 KONSEP 24 'JIE QI'


22 6 MUSIM KECIL DALAM MUSIM BUNGA


LI CHUN - BERMULANYA MUSIM BUNYA YU SHUI - AIR HUJAN JING ZHE - PEMBANGKITAN SEMULA SERANGGA CHUN FEN - EKUINOKS MUSIM BUNGA QING MING - TERANG DAN NYAMAN GU YU - HUJAN BIJIRIN 23


24 6 MUSIM KECIL DALAM MUSIM PANAS


LI XIA - BERMULANYA MUSIM PANAS XIAO MAN - BIJIRIN MULA BERISI MANG ZHONG - BIJIRIN MASAK XIA ZHI - SOLSTIS MUSIM PANAS XIAO SHU - BAHANG KECIL DA SHU - BAHANG BESAR 25


26 6 MUSIM KECIL DALAM MUSIM LURUH


LI QIU - BERMULANYA MUSIM LURUH CHU SHU - TAMATNYA CUACA BAHANG BAI LU - EMBUN PUTIH QIU FEN - EKUINOKS MUSIM LURUH HAN LU - EMBUN SEJUK SHUANG JIANG - TURUN FROS 27


28 6 MUSIM KECIL DALAM MUSIM DINGIN


LI DONG - BERMULANYA MUSIM DINGIN XIAO XUE - SALJI KECIL DA XUE - SALJI BESAR DONG ZHI - SOLSTIS MUSIM SEJUK XIAO HAN - CUACA SEMAKIN SEJUK DA HAN - CUACA PALING SEJUK 29


V I D E O P E R S E M B A H A N 30 https://youtu.be/OM0TRT9MhmU


Click to View FlipBook Version