The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noratikah718, 2018-11-18 03:21:46

BML 3063

SINTAKSIS

Keywords: SINTAKSIS

BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
SEMESTER 5 SESI 2018/2019
Tugasan Berkumpulan

TAJUK:
Modul Tatabahasa: Frasa Adjektif

DISEDIAKAN OLEH:

NURUL SARAH AINAA NOR ATIKAH CHRISTINA NURUL IMANIE NAJWA BINTI
BALQIS BINTI BINTI ABDUL BINTI ABD BUNGAN BINTI MOHD KAMAL
LATIF WELLSON KHUZAIMI
ZULKIFLI GHANI

D20161074535 D20161074538 D20161074539 D20161074553 D20161074561 D20161074563
AT41-ISMP PENDIDIKAN MORAL

PENSYARAH : ENCIK MOHD RA'IN BIN SHAARI

Tarikh Serah : 23 NOVEMBER 2018

BAHAGIAN A: PENGENALAN

1.0 PENGENALAN
Sintaksis merupakan salah satu bidang yang terdapat dalam kajian linguistik. Kajian
linguistik mempunyai bidang yang meluas seperti fonologi, fonetik, morfologi, semantik
dan juga lain. Kajian linguistik ini boleh didefinisikan sebagai kajian bahasa yang
dilakukan secara saintifik untuk melihat atau melakukan penelitian kepada struktur
bahasa.

1.1 Pengertian sintaksis
Sintaksis merupakan salah satu cabang atau bidang yang terdapat dalam linguistik
untuk mempelajari hubungan diantara kata dengan kata atau satuan dengan satuan
yang lebih besar dalam bahasa. Dalam buku Tatabahasa Asas Edisi Kedua (2014)
mengatakan bahawa perkataan sintaksis ini berasal daripada perkataan Yunani
iaitu “sun” itu membawa erti “dengan” manakala “tattein”pula membawa maksud
sebagai “menempatkan bersama-sama”. Dengan itu dapat diertikan bahawa
sintaksis ini adalah untuk menempatkan kata-kata atau kelompok kata bagi
membentuk ayat.
Perkataan Suntattein ini bertukar kepada syntaxis dalam bahasa Belanda
kemudiaannya menjadi syntax dalam bahasa Inggeris dan “sintaksis” dalam
bahasa Melayu. Sintaksis adalah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
struktur serta binaan atau konstruksi ayat (Tatabahasa Dewan, 2010). Struktur
frasa, klausa dan ayat merupakan bidang-bidang yang terdapat dalam sintaksis dan
mempunyai perkaitan diantara satu sama lain. Oleh hal yang demikian, dapat
disimpulkan bahawa komponen sintaksis merupakan komponen yang penting
dalam tatabahasa.

1.2 Pengertian tatatabahasa
Tatabahasa merupakan salah satu aspek utama dalam bahasa Melayu. Menurut
Nik Safiah Karim dan Norlida Shamsudin (2008) menyatakan tatabahasa ini
adalah bidang yang digunakan untuk menumpukan kepada pembentukan kata dan
juga proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Manakala dalam Kamus Dewan Edisi
Keempat menyatakan bahawa “tata” bermaksud aturan atau peraturan dan
“bahasa” pula bererti sistem lambang bunyi yang digunakan sebagai alat untuk

berhubung antara satu sama lain bagi menzahirkan perasaan dan juga fikiran
kepada orang lain atau sesuatu perkara. hal ini bermaksud tatabahasa ini dapat
dikategorikan sebagai peraturan atau aturan yang perlu dipatuhi dalam aspek
komunikasi ataupun penulisan.

Malahan, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) juga menyatakan pendapat beliau
tentang tatabahasa yang membawa maksud sebagai peraturan-peraturan
bagaimana sesuatu perkataan itu dibentuk dan bagaimana perkataan tersebut
bergabung dengan perkataan yang lain bagi menghasilkan ayat-ayat yang
gramatis. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, aspek tatabahasa sangat
penting untuk memperlihatkan kepada susun atur ayat yang membawa maksud
yang jelas, lengkap dan mudah difahami. Oleh itu, jelaslah bahawa tatabahasa ini
boleh dijadikan sebagai teori akan peraturan dan penghuraian ayat-ayat disamping
memperlihat kepada pembentukan perkataan dari bunyi serta penyusunan
perkataan sebagai ayat.

1.3 Tatabahasa pedagogi
Tatabahasa pedagogi merupakan salah satu aspek yang perlu dikuasai oleh guru
terutamannya guru Pendidikan Bahasa Melayu serta sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Abdullah Hassan (2009), menyatakan
bahawa tatabahasa pedagogi adalah tatabahasa yang digunakan bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Dalam buku tatabahasa pedagogi ini juga
dinyatakan bahawa ia bukan sahaja merujuk kepada rumus-rumus tatabahasa dan
contoh bahkan ianya meliputi latihan bagi pengajaran dan mempelajari bahasa.
Tatabahasa pedagogi ini perlu dikuasai oleh pelajar, guru serta pensyarah.
Walaubagimanapun, terdapat perbezaan struktur bahasa yang digunakan di
sekolah rendah dan juga menengah. Sebagai contohnya, di sekolah rendah,
penggunaan bahasa, contoh dan latihan yang ringkas serta mudah jika
dibandingkan dengan sekolah menengah yang lebih mendalam.
Buku Tatabahasa pedagogi dan buku Pedagogi Bahasa Melayu dikatakan
saling berkait atau hampir sama. Hal ini demikian kerana, dalam buku Pedagogi
Bahasa Melayu menjelaskan mengenai stimulus atau aktiviti pembelajaran yang
menggalakkan atau meransang pelajar untuk bercakap atau berkomunikasi dengan
menggunakan bahasa dalam setiap keperluan komunikasi (Abd Aziz Abd Talib,
2000). Oleh itu, jelaslah bahawa tatabahasa pedagogi ini penting untuk menarik

perhatian pelajar untuk belajar disamping memberi kefahaman yang lebih jelas
kepada mereka.

1.4 Pengenalan pedagogi

Perkataan pedagogi ini adalah berasal daripada bahasa Latin, yang memberi
maksud kaedah mengajar kanak-kanak. Namun demikian, pedagogi bukan lagi
digunakan untuk mengajar kanak-kanak tetapi telah digunakan di sekolah
sehingga ke peringkat universiti seiring dengan kemajuan dalam Pendidikan
dunia. Menurut Shafritz (1997), beliau berpendapat bahawa pedagogi merupakan
satu prinsip dan juga merupakan kaedah pengajaran. Definisi yang lebih tepat
adalah pedagogi ini diertikan sebagai kemahiran mengajar yang digunakan oleh
guru untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam suatu
bidang. Untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut bermakna,
seseorang guru perlu memiliki ilmu pedagogi yang amat baik.

i. Strategi Pengajaran

Strategi pengajaran adalah suatu kemahiran merancang dan menguruskan
kaedah dan merupakan teknik pengajaran untuk mencapai sesuautu hasil
pembelajaran. Terdapat 4 strategi pengajaran iaitu :

1) Pemusatan guru
2) Pemusatan murid
3) Pemusatan bahan
4) Berasaskan aktiviti atau tugasan.

Dalam modul tatabahasa ini, strategi pengajaran yang dipilih adalah
pemusatan murid. Strategi berpusatkan murid bermaksud pelajar
mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan
bagaimana ia dapat mempelajarinya. Ada sedikit kecenderungan terhadap
pembelajaran eksperiential dan membuat penemuan untuk mereka (Martin
et al,1994). Sering kali atau kebiasaannya dimana bilik darjah selalunya
didominasi oleh guru sahaja, melalui pendekatan ini, kita dapa
mengalakkan murid bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi
mewujudkan iklim bilik darjah yang baik dimana terdapat interaksi antara
guru dan murid ketika dalam kelas. Namun begitu, guru masih memiliki

kuasa autoriti dalam pengendalian kelas disamping murid akan
melaksanakannya sambal dipantau oleh guru.

ii. Pendekatan Pengajaran

Menurut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau
langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu
tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara
mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk
pengajaran dan pembelajaran, maka pendekatan adalah merujuk kepada
cara pengajaran yang digunakan oleh guru atau golongan pendidik dalam
mencapai objektif pengajarannya. Pendekatan pengajaran ada 5 iaitu:

1) Pendekatan induktif
2) Pendekatan deduktif
3) Pendekatan integratif
4) Pendekatan eklektik
5) Pendekatan tematik

Pendekatan yang dipilih dan digunakan dalam modul ini adalah
pendekatan deduktif. Pendekatan induktif bermula daripada spesifik
kepada umum iaitu dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan
menuju kearah sesuatu generalisasi (J.M. Kierzek dan Gibson, 1960).
Pendekatan ini bermaksud guru haruslah boleh membantu murid
menguasai konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-
contoh diperolehi. Pendekatan ini bergantung kepada hasil pembelajaran
yang guru inginkan, jika guru menginginkan pelajar memahami proses
bagaimana sesuatu konsep atau atau generalisasi diperoleh, contohnya
dalam modul tatabahasa ini iaitu mengenai topik frasa nama, guru akan
memberikan latihan kepada pelajar dan pelajar akan mengambil alih
peranan guru dengan mengikut arahan yang diberikan.

BAHAGIAN B: MODUL TATABAHASA

I. DEFINISI FRASA ADJEKTIF

Menurut Tatabahasa Dewan edisi ketiga (2015) frasa adjektif ialah susunan perkataan
yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata
adjektif atau kata sifat sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama
dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif mempunyai fungsinya yang tersendiri
seperti prediket dan juga sebagai unsur keterangan yang terdapat dalam prediket itu
sendiri. Seterusnya, kata adjektif yang berfungsi sebagai unsur keterangan akan hadir
sesudah frasa kerja dan frasa sendi nama. Kata adjektif yang juga dikenali sebagai
kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.

Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif dan unsur-unsur
keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif dapat dikenal
pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh
didahului atau diikuti oleh kata penguat. Menurut Za’ba (1965) perkataan sifat
terbahagi kepada dua iaitu sifat nama dan sifat kata. Za’ba menjelaskan sifat nama
berfungsi untuk menerangkan nama atau ganti nama. Sifat kata pula adalah kata
adverba. Tatabahasa Dewan edisi ketiga (2015) beranggapan kata adjektif juga adalah
sebahagian daripada kata adverba kerana kata adverba ialah perkataan yang
menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara,
masa dan tempat.

Kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang banyak namun kata adjektif
boleh dibahagikan kepada jenis kata adjektif, pembentukan kata adjektif, dan kata
adjektif dalam bentuk perbandingan. Jenis kata adjektif mempunyai sembilan
bahagian iaitu sifat/keadaan yang terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian
sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama. Menurut Tatabahasa Dewan
edisi ketiga (2015) kata adjektif warna kata adjektif yang terdiri daripada perkataan
yang membawa pengertian warna sebagai unsur keterangan. Kata adjektif ukuran
ialah jenis perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan.
Kata adjektif bentuk adalah jenis perkataan yang membawa pengertian rupa bentuk
sebagai unsur keterangan.

Kata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang membwa pengertian konsep
masa sebagai unsur keterangan. Seterusnya, kata adjektif jarak yang membawa
maksud jenis perkataan yang membawa pengertian konsep ruang antara dua bentuk
atau keadaan sebagai penerang kata nama. Kata adjektif cara terdiri daripada jenis
perkataan yang membawa pengertian keadaan kelakuan atau ragam sebagai penerang
kepada kata nama. Kata adjektif jarak ialah jenis perkataan yang membawa pengertian
konsep ruang antara dua bentuk atau keadaan sebagai penerang kata nama. Kata
adjektif perasaan pula adalah terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian
konsep perasaan sebagai penerang kata nama dan diikuti oleh kata sendi nama.
Terakhir adalah kata adjektif pancaindera yang terdiri daripada perkataan yang
membawa pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh, atau, gabungan
kelima-lima indera sebagai penerang kata nama.

Menurut Tatabahasa Dewan edisi ketiga (2015) pembentukan kata adjektif
terbahagi kepada empat bahagian iaitu kata adjektif tunggal iaitu kata yang terdiri
daripada hanya satu perkataan atau bentuk kata tunggal. Kata adjektif tunggal juga
boleh digunakan dalam ayat sebagai predikat dan sebagai penerang kata nama. Selain
itu, kata adjektif tunggal boleh menerima kata bantu dan kata penguat atau tidak
menerima unsur-unsur tersebut. Kata adjektif terbitan, ganda dan majmuk.
Seterusnya, kata adjektif dalam bentuk perbandingan yang dibahagikan kepada darjah
biasa, bandingan dan penghabisan.

Seterusnya dalam binaan frasa adjektif iaitu unsur pengisi frasa adjektif. Frasa
adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif atau deretan perkataan yang
mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan kata penguat yang boleh berada di
hadapan atau di belakang kata adjektif. Inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif
yang mana bahagian inti pula terdiri daripada dua jenis mengikut binaannya seperti
binaan satu perkataan dan binaan dua perkataan. Binaan satu perkataan terdiri
daripada satu kata adjektif manakala bahagian binaan dua perkataan pula terdiri
daripada cantuman kata adjektif atau kata adjektif atau kata adjektif dengan kata nama
membentuk konstituen baharu dengan makna baharu.

Frasa adjektif ini boleh berdiri dengan sendiri atau boleh hadir dengan unsur
penguat. Unsur penguat dalam frasa adjektif mempunyai tiga jenis iaitu penguat
hadapan, belakang dan bebas. Penguat hadapan ialah perkataan yang terletak di

hadapan kata adjektif. Penguat belakang ialah perkataan yang terletak di belakang
kata adjektif manakala penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya boleh
berada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Dalam frasa adjektif juga terdapat
kata bantu iaitu terdiri daripada kata adjektif yang disertai kata bantu. Kata bantu yang
tertentu boleh hadir sebelum atau sesudah penguat.

Frasa adjektif mempunyai susunan dalam ayat yang terdiri daripada tiga jenis
kedudukan iaitu selepas subjek sebagai prediket, selepas frasa kerja sebagai
keterangan dan selepas frasa nama sebagai penerang. Kedudukan selepas subjek
sebagai predikat ialah susunan yang boleh disongsangkan, frasa adjektif yang
berfungsi sebagai prediket mendahului subjek. Frasa adjektif sebagai keterangan
boleh hadir selepas kata kerja. Seterusnya, kata adjektif sebagai penerang, kata nama
ialah kata adjektif boleh hadir dalam frasa nama sebagai penerang kepada kata nama.
Unsur keterangan dalam frasa adjektif boleh hadir sesudah kata adjektif yang
bermaksud kata adjektif terbahagi kepada beberapa golongan seperti keterangan cara,
keterangan bandingan, keterangan hal atau keadaan, keterangan tujuan, keterangan
kekerapan, keterangan terhadap, keterangan musabab, keterangan waktu, dan
keterangan tempat.

Selain itu, frasa adjektif boleh didapati dengan ayat komplemen. Frasa adjektif
sebagai predikat dapat diikuti oleh ayat komplemen, menjadikan ayat yang terhasil
adalah ayat majmuk. Gabungan antara frasa adjektif dengan dengan ayat komplemen
ini bermaksud ayat induk dengan frasa adjektif boleh ditambah dengan ayat
komplemen.

Formula Frasa Adjektif

1. KB + KPeng + KA
Kata bantu + Kata penguat+ Kata adjektif
Contoh ayat: Masih terlalu awal
Sebab:Masih adalah kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau
sesudah penguat

2. KPeng + KPeng + KA + Ket
Kata penguat+ Kata penguat + Kata adjektif+ Keterangan
Contoh ayat: Masih terlalu sedikit kuah itu

Sebab: Kata penguat boleh hadir di hadapan kata adjektif

3. KN + KA sifat + Ket
Kata nama+ Kata adjektif sifat+ Keterangan
Contoh ayat: Ali rajin menolong ibunya
Sebab: Kata adjektif juga boleh hadir dalam frasa nama iaitu sebagai penerang
kepada kata nama

4. KN + Ter + KA + Ket
Kata nama+ ter+ Kata adjektif+ Keterangan
Contoh ayat: Budak itu terpandai dalam kelas 4 delima
Sebab: ter boleh ditambah sebelum kata adjektif

5. KN + KK + KAPerbandingan
Kata nama+ Kata kerja + Kata adjektif perbandingan
Contoh ayat: Kakak melihat pemandangan laut yang tenang
Sebab: Kata kerja boleh hadir di hadapan kata adjektif perbandingan

II. CONTOH

Contoh Ayat di dalam Video :

1. Anjing shinchan berwarna putih.
2. Shinchan memakai baju berwarna merah dan berseluar putih.
3. Mama shinchan memakai baju berlengan pendek dan juga skirt pendek.
4. Kotak tempat anjing duduk itu bersegi empat.
5. Mama shinchan mengetuk kepala shinchan sampai benjol.
6. Shinchan masih kecil.
7. Anjing putih shinchan sangat comel.
8. Shinchan menyatakan bahawa mama dia kasar orangnya.
9. Mama shinchan mencuci pinggan mangkuk dengan bersih.
10. Pinggan yang dicuci oleh mama shinchan putih berkilauan.
11. Anjing shinchan sudah mulai suka pada shinchan.
12. Mama shinchan tidak sabar untuk melihat shinchan membesar.

13. Anjing shinchan sangat cerdik.
14. Mama shinchan menasihati shinchan supaya menunjukkan teladan yang baik

kepada anjingnya.
15. Kereta shinchan berwarna biru dan bertayar bulat.
16. Shinchan memakai stokin pendek dan kasut kecil berwarna kuning.
17. Rumah shinchan kelihatan luas dan selesa.
18. Shinchan ingin memakai baju yang cantik untuk keluar bersiar-siar.
19. Mama shinchan memberikan shinchan sebuah plastik hitam untuk memasukkan

najis anjing putih.
20. Basikal yang dinaiki oleh shinchan begitu rendah dan senang untuk shinchan

yang berbadan kecil naiki.
21. Mama shinchan seorang yang pemarah.
22. Mama shinchan berasa penat setelah seharian bersama shinchan.
23. Mata shinchan adalah bundar.
24. Anjing putih berlari laju dan kencing merata-rata.
25. Shinchan gembira dapat bersiar-siar
26. Anjing kepada lelaki yang berbaju hitam dan berseluar jeans itu lagi besar

berbanding anjing putih shinchan.
27. Sup yang dimasak oleh mama shinchan kelihatan lazat sekali.
28. Masih terlampau panas sup itu
29. Lama betul shinchan dan anjingnya keluar berjalan-jalan.
30. Shinchan sudah pulang ke rumahnya yang besar.
31. Shinchan menyatakan bahawa dia berasa penat setelah bersiar-siar bersama

anjing putih.
32. Tahi anjing sangat busuk sehingga mama shinchan berasa geli.
33. Peti ais di rumah shinchan penuh dengan makanan
34. Papa shinchan akan bekerja lebih kuat untuk menyara keluarga.
35. Shinchan sudah puas berjalan-jalan.

URL VIDEO: https://www.youtube.com/watch?v=SjyUd_2KHFM&t=35s

III. AKTIVITI

Aktiviti merupakan salah satu cara untuk mentafsir Pengajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc) yang dilaksanakan oleh guru pada hari tertentu. Selain untuk menafsir,
kefahaman pelajar juga dapat dikukuhkan dengan pendekatan-pendekatan aktiviti
yang dicipta dan dibentuk oleh guru. Bagi mengukuhkan lagi kefahaman pelajar
mengenai tajuk yang diajar oleh guru, guru perlulah mencipta sebuah aktiviti yang
dapat menarik minat dan perhatian pelajar sepanjang proses PdPc itu berlangsung.
Seperti yang kita tahu, pelajar mudah merasa bosan dengan pengajaran guru yang
bergantung kepada kuliah semata-mata. Dengan adanya aktiviti yang dirancang,
pelajar dapat menguasai dengan lebih mendalam mengenai tajuk yang diajar oleh guru
semasa proses PdPc berlangsung. Aktiviti ini juga dapat mengukur sejauh mana
kebolehan pelajar dalam memahami subtopik dalam matapelajaran yang diajar.
Aktiviti boleh terbahagi kepada dua jenis sama ada berdasarkan individu atau
kumpulan.

a. Individu
Aktiviti individu boleh berteraskan kepada dua aspek PdPc iaitu dengan
menggunakan unsur teradun dan juga kegunaan ICT. Hal ini bersesuaian dengan
falsafah pendidikan negara serta dasar-dasar yang dibuat berkaiatan dengan
pendidikan untuk menggunakan pembelajaran abad ke-21.

Cadangan Aktiviti :

Cadangan aktiviti berindividu yang menggunakan unsur teradun adalah guru
meminta mana-mana pelajar secara spontan untuk memberikan satu frasa adjektif
mengikut kefahaman dan formula yang telah diberikan oleh guru. Aktiviti yang
menggunakan unsur teradun mempunyai kelemahan dan kebaikan yang tersendiri.
Antara kelemahannya adalah pelajar akan merasa bosan kerana perlu menunggu
giliran untuk dipanggil oleh guru. Kelemahan yang seterusnya adalah, guru tersebut
tidak mengikut objektif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di mana KPM
mengarahkan semua guru untuk menggukan pendekatan ICT di dalam bilik darjah. Di
samping kelemahan, terdapat juga kebaikannya yang tersendiri iaitu melalui aktiviti
ini, guru dapat menjimatkan masa beliau kerana guru tidak perlu menyiapkan
sebarang keperluan yang diperlukan untuk aktiviti. Guru juga boleh memberi aktiviti
secara spontan kepada para pelajar untuk melihat kefahaman mereka.

Cadangan yang kedua ialah dengan pendekatan penggunaan ICT di mana guru
perlu menyediakan bahan-bahan yang tertentu seperti radio atau komputer riba dan
sebuah kotak kecil. Bahan ini adalah untuk memasang muzik sepanjang pelajar
menggerakkan kotak tersebut. Apabila guru menghentikan muzik tersebut, pelajar
terakhir yang memegang kotak tersebut perlu memberikan satu frasa adjektif
mengikut formula yang telah diajar oleh guru. Aktiviti ini juga mempunyai kelemahan
dan kebaikannya yang tersendiri. Kelemahannya adalah penyediaan kemudahan ICT
tidak disediakan oleh sekolah-sekolah tertentu yang menyebabkan guru sukar untuk
melaksanakan aktiviti tersebut. Manakala, kebaikannya adalah dapat menarik minat
dan perhatian pelajar untuk melibatkan diri dalam melaksanakan aktiviti tersebut.
Kebaikan yang seterusnya adalah guru dan pelajar dapat belajar bersama-sama
mengenai penggunaan ICT di dalam bilik darjah. Seterusnya, aktiviti berteraskan ICT
juga dapat melahirkan pelajar berfikir dengan lebih kreatif di samping mencapai
objektif KPM mengenai penggunaan ICT di dalam bilik darjah.

b. Kumpulan
Aktiviti berkumpulan juga boleh berteraskan kepada dua aspek PdPc iaitu dengan
menggunakan unsur teradun dan juga kegunaan ICT. Hal ini bersesuaian dengan
falsafah pendidikan negara serta dasar-dasar yang dibuat berkaitan dengan pendidikan
untuk menggunakan teknik pembelajaran abad ke-21. Aktiviti berkumpulan
merupakan aktiviti yang melibatkan semua pelajar dan memerlukan pelajar bergerak
secara berkumpulan. Dengan menggunakan aktiviti secara berkumpulan, nilai-nilai
moral seperti bekerjasama, bertolak ansur, rasional dan lain-lain dapat dipupuk dalam
diri pelajar. Hal ini demikan kerana, kerjasama merupakan satu induk utama dalam
menjayakan sesuatu aktiviti yang melibatkan semua pelajar.

Cadangan Aktiviti :

Nama aktiviti : ‘ROLE PLAY’

Aktiviti ‘Role Play’ merupakan sebuah aktiviti lakonan secara spontan dalam
situasi yang tidak dirancang. Aktiviti ini boleh mengisahkan sesuatu kejadian atau
situasi dalam kehidupan seharian pelajar atau pelajar juga boleh berimaginasi sendiri.
Dalam aktiviti ini, pelajar dikehendaki mencipta dialog dan melakukan sesuatu aksi
secara spontan mengikut arahan atau situasi yang telah disediakan oleh guru. Namun,
untuk melaksanakan aktiviti ini, guru terlebih dahulu perlu menyediakan beberapa

situasi yang sesuai untuk dilakonkan oleh pelajar berserta dengan arahan yang berkait
dengan tajuk iaitu frasa adjektif. Sebelum memulakan aktiviti ini, guru perlu memberi
arahan kepada pelajar supaya membentuk beberapa kumpulan kecil. Setelah selesai
membentuk beberapa kumpulan, guru dikehendaki memberi situasi kepada pelajar
untuk dibincangkan bersama ahli kumpulan serta melakokannya. Contoh situasi :

i. Sekumpulan pelajar berada di kantin sekolah. Sementara menunggu waktu
mereka untuk membeli makanan, mereka berbual di antara satu sama lain
mengenai pengajaran guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Lakonkan perbualan
tersebut dengan menggunakan frasa adjektif mengikut formula yang diajar oleh
guru.

ii. Sekumpulan pelajar berada di makmal sains. Mereka berbincang mengenai
tugasan yang diberikan oleh guru kepada kumpulan mereka yang perlu dihantar
pada minggu hadapan. Lakonkan perbualan tersebut dengan menggunakan frasa
adjektif mengikut formula yang diajar oleh guru.

iii. Sekumpulan remaja lelaki sedang berada di padang untuk bermain bola.
Sementara menunggu kedatangan rakan-rakanya yang lain, mereka berbual
tentang keputusan perlawanan bola sepak Piala Malaysia. Lakonkan perbualan
tersebut dengan menggunakan frasa adjektif mengikut formula yang diajar oleh
guru.

Setelah selesai aktiviti lakonan ini, guru boleh memberi hadiah kepada
kumpulan yang berjaya melaksakan aktiviti lakonan ini dengan menggunakan frasa
adjektif dengan baik. Setelah itu, guru perlulah meminta refleksi kepada pelajar untuk
mengetahui sejauh manakah kefahaman mereka setelah selesai melaksanakan aktiviti
ini. Dengan adanya aktiviti ini, pelajar juga dapat dijadikan sebagai satu latihan untuk
meningkatkan daya imaginatif dan kreatif pelajar dalam menggunakan bahasa yang
baik dan berkesan. Aktiviti ini juga dapat melatih pelajar supaya sentiasa bersiap sedia
dalam memberikan tindak balas yang spontan apabila diperlukan. Di samping itu juga,
pelajar dapat meningkatkan penghayatan mereka agar lebih peka terhadap objek,
situasi dan peranan yang ditentukan.

IV. LATIHAN
BAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF

1. Yang manakah ayat yang mengandungi frasa adjektifnya terdiri daripada kata
bantu + kata penguat + kata adjektif?

I. Anak jiran saya masih terlalu kecil
II. Sungguh terlalu banyak buah cempedak itu
III. Encik Ahmad belum sangat mahir memasak
IV. Adik Amir sungguh telah pendai berjalan

A. I dan II C. II dan III
B. I dan III D. III dan IV

Kata penguat + kata penguat + kata adjektif + keterangan

2. Ayat yang manakah yang mengandungi binaan frasa adjektif di atas?
A. Istana di atas bukit itu indah nian
B. Kereta api itu lambat benar
C. Masakan ibunya masih paling sedap di kampung
D. Anak kecil itu terlalu nakal

3. Yang manakah padanan yang betul antara fungsi frasa adjektif dengan contoh

penggunaan ayatnya?

I. KPeng + KPeng + KA + Ket

Perangainya sungguh kurang sopan di khalayak

II. KB + KPeng + KA

Cantik benar seperti dulu

III. KN + Ter + KA + Ket

Sungai itu mengalir dengan tenang

IV. KN + KA sifat + Ket

Markah abang tertinggi peringkat daerah

A. I dan II C. II dan IV

B. II dan III D. III dan IV

BAHAGIAN B : STRUKTUR

1. Bina satu frasa adjektif berdasarkan binaan yang berikut?
a. Kata nama (KN) + kata adjektif sifat (KA sifat) + keterangan (Ket)

…………………………………………………………………………………………..

b. Kata nama (KN) + Ter + Kata adjektif (KA) + Keterangan (Ket)
…………………………………………………………………………………………...

c. Kata nama (KN) + Kata kerja (KK) + Kata adjektif perbandingan (KA
perbandingan)

……………………………………………………………………………………………

Kakak masih terlalu tinggi seperti seorang
peragawati

2. Tuliskan binaan bagi frasa yang dicondongkan.
……………………………………………………………………………………………

3. Nyatakan unsur binaan bagi setiap frasa adjektif di bawah.

Frasa adjektif Unsur binaan frasa adjekif

a. Anak kucingnya masih terlalu kecil

b. Suaranya sungguh amat merdu

c. Taufiq berjalan cepat seperti lipas
kudung

d. Budak baik selalu dipuji

e. Pelari itu terpantas di Malaysia

2.0 KESIMPULAN
Berdasarkan kepada modul tatabahasa ini, guru-guru dan para pelajar dapat
menggunakannya untuk memudahkan proses Pengajaran dan Pemudahcara (PdPc).
Modul tatabahasa ini dihasilkan berasskan kepada frasa adjektif. Dalam modul ini
mengandungi aspek-aspek seperti definisi bagi frasa adjektif yang telah diringkaskan bagi
memudahkan guru dan para pelajar untuk memahami tentang topik ini. Selain itu juga,
modul ini juga mengandungi formula serta contoh-contoh ayat. Contoh ayat ini diambil
berdasarkan video pendek seperti yang tertera. Dalam modul ini, perkara paling utama
adalah aktiviti dan juga latihan. Dengan adanya aspek-aspek berikut akan membantu guru
untuk mengajar para pelajar.

RUJUKAN

1. Abdullah Hassan 2009. Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

2. Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: prinsip, kaedah dan
teknik. Kuala Lumpur: UtusanPublicationsSdn. Bhd.

3. Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail & Ton Ibrahim. (2014).
Tatabahasa Asas Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.

4. Ee Ah Meng, 1993, Pedagogi II Amalan Dalam Bilik Darjah, Kuala Lumpur: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

5. Kamus Dewan (1998). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Mok Soon Sang. (1993). Pedagogi 2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran Mikro, Selangor Darul Ehsan: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
7. Nik Safiah Karim, Norlidza Shamsuddin. (2008). Ace Ahead Bahasa Malaysia Kertas

1 & 2. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
8. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood.

(2015). Tatabahasa dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Nik Safiah Karim. (2010). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.
10. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1996). Pusat Sumber sekolah (untuk sekolah rendah dan

menengah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
11. Za’ba. (1965). Pelita bahasa I. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
12. Pendekatan, Strategi, Kaedah Dan Teknik Pengajaran (m/s 32- 45) diperoleh

daripada https://www.slideshare.net/BynaNieMaiRa/pendekatan-strategi-kaedah-dan-
teknik-pengajaran?qid=bbe7365e-41de-4736-9f9c-
088ffd7f87b3&v=&b=&from_search=1


Click to View FlipBook Version