Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(EDUP3023)
Nama: Disediakan oleh:
No. Kad Pengenalan:
NURAMIRA BINTI ABDUL HALIM
Angka Giliran: 010315021252
Kumpulan/ Unit 2020192340229
Nama Pensyarah: PISMP F12
Tajuk Tugasan : TN HJ OMAR BIN HJ CHEK MAN
Tarikh Penyerahan: PENULISAN AKADEMIK
4 NOVEMBER 2020
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK HALAMAN
1
1.0 PENGENALAN 2
2.0 KEPENTINGAN SESEORANG GURU MENGUASAI 2
PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 3
4
BERDASARKAN TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIAGET 5
6
DALAM USAHA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN DI 7
8
MALAYSIA
2.1 GURU DAPAT MENGGUNAKAN BAHAN SOKONGAN DAN
ALAT BANTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG
BERSESUAIAN
2.2 GURU DAPAT MEMAHAMI PEMIKIRAN MURID
2.3 GURU DAPAT MENGEKALKAN SUASANA PEMBELAJARAN
YANG KONDUSIF DI DALAM KELAS
2.4 GURU DAPAT MERAMAL TINGKAH LAKU MURID
2.5 MEMUDAHKAN GURU MENGATUR KURIKULUM MENGIKUT
UMUR
3.0 RUMUSAN
RUJUKAN
1
1.0 PENGENALAN
Menurut Wong Kiet Wah et al. dalam buku Perkembangan Kanak-Kanak Edisi Kedua (2016) perkembangan kanak-kanak berlaku secara beransur-ansur dan
berterusan serta perkembangan ini mempunyai kaitan dengan proses kematangan dan pembelajaran kanak-kanak dalam persekitaran. Hal ini membawa kepada
maksud perkembangan yang merujuk kepada perubahan kualitatif yang boleh diperhatikan berlaku terhadap kanak-kanak. Contohnya, perubahan daripada segi tutur
kata dan fizikal. Oleh itu, perkembangan kanak-kanak berkait rapat dengan profesion seorang guru. Menurut Shamsiah Md Nasir et al. (2017) profesionalisme
perguruan digambarkan sebagai satu pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru yang bersama-sama tanggungjawab,
integriti dan akauntabiliti akan murid dan masyarakat. Tegasnya, seorang guru mestilah mengetahui atau menguasai kaedah-kaedah atau teori-teori perkembangan
kanak-kanak agar lahirnya murid dan masyarakat yang berkebolehan tinggi dan berbakti kepada negara.
2
2.0 KEPENTINGAN SESEORANG GURU MENGUASAI PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERDASARKAN TEORI PERKEMBANGAN JEAN
PIAGET DALAM USAHA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Menurut Azizi Yahaya (2010) dalam Bab 2: Teori-teori Perkembangan, Jean Piaget digelar sebagai bapa psikologi kanak-kanak, psikologi perkembangan dan kognitif
telah memperkenalkan peringkat-peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu peringkat deria motor, peringkat praoperasi, peringkat operasi konkrit dan
peringkat operasi formal. Peringkat-peringkat ini dapat memberi kesan yang positif kepada proses pengajaran setiap guru. Oleh itu, tedapat beberapa kepentingan
seseorang guru akan perolehi apabila menguasai teori perkembangan Jean Piaget.
2.1 GURU DAPAT MENGGUNAKAN BAHAN SOKONGAN DAN ALAT BANTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERSESUAIAN
• Menurut Khairulameera (2011) dalam Kemahiran Pemilihan Dan Aplikasi Alat Bantu Mengajar (ABM), definisi alat bantu mengajar (ABM) merujuk kepada alat yang
dapat membantu seseorang guru dalam proses pengajaran. Penggunaan alat bantu mengajar oleh guru amat penting bagi memastikan proses pengajaran dapat
berjalan dengan lancar dan isi pengajaran dapat diperoleh dengan baik oleh murid. Dalam teori Jean Piaget, bahan-bahan bantu mengajar mestilah berdasarkan
perkembangan kognitif kanak-kanak seperti bahan-bahan maujud bagi meningkatkan penaakulan kanak-kanak di sekolah rendah. Contoh bahan-bahan maujud
adalah aktiviti yang berbentuk projektif, imaginasi atau penggunaan alatan permainan yang berwarna-warni serta bahan-bahan bercorak pengalaman seperti
lakonan dan lawatan. Kesannya, pelajar akan meningkatkan minat murid untuk belajar di dalam kelas. Oleh itu, bahan sokongan dan alat bantu mengajar dapat
melahirkan dorongan daya kreativiti kepada murid dan juga guru.
3
2.2 GURU DAPAT MEMAHAMI PEMIKIRAN MURID
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2015) pemikiran merujuk kepada cara atau hal memikirkan sesuatu. Kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit
iaitu yang berumur dalam lingkungan tujuh hingga sebelas tahun masih tidak boleh berfikir secara abstrak. Pemikiran abstrak memperlihatkan
seseorang dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu masalah manakala pemikiran konkrit merujuk kepada pemikiran yang
terhad dan dan tidak mendalam. Walau bagaimanapun, pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mampu memahami arahan, peraturan dan giliran yang
ditetapkan atau tidak bersifat egosentrik. Guru pada peringkat ini perlu memainkan peranan memberi peluang kepada pelajar menerokai dan membuat
kesimpulan sendiri berdasarkan daya pemikiran mereka dan bukan sebagai penyampai maklumat semata-mata. Misalnya, guru-guru memberi latihan
yang berterusan atau menanyakan soalan kepada murid di dalam kelas supaya murid sentiasa digalakkan berfikir secara logikal dan analitikal.
Kesannya, murid dapat mengintegrasikan pengetahuan baharu dengan yang sedia ada dan seterusnya membetulkan konsep-konsep yang salah. Oleh
itu, guru yang dapat memahami pemikiran murid lebih mudah untuk memperluaskan pengetahuan murid dalam sesuatu perkara.
4
2.3 GURU DAPAT MENGEKALKAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF DI DALAM KELAS
• Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2015) kondusif bermaksud sesuai, baik disebabkan untuk membantu mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu.
Persekitaran kelas amatlah penting untuk menjamin keselesaan murid-murid semasa proses PdP berlaku. Sebagai seorang guru, kita mestilah memastikan
keadaan kelas sentiasa kemas, bersih dan cantik sebelum mengajar. Teori Jean Piaget menunjukkan tahap pemikiran kanak-kanak berubah daripada peringkat
sensori motor sehingga peringkat operasi formal yang dapat menunjukkan kanak-kanak lebih memahami keadaan sekeliling mereka seiring dengan pertumbuhan
mereka. Suasana kelas yang aman dan teratur amat diperlukan untuk membantu membuka minda setiap pelajar. Misalnya, guru membahagikan tugas
membersihkan kelas kepada murid atau guru bersama-sama pelajar bersatu menghias kelas supaya kelas sentiasa kelihatan menarik dan tidak suram. Kesannya,
kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk belajar dan tertarik dengan suasana kelas yang tenteram. Oleh itu, guru yang dapat mengekalkan suasana
pembelajaran yang kondusif adalah guru yang bijak menarik perhatian pelajar dalam pembelajaran.
5
2.4 GURU DAPAT MERAMAL TINGKAH LAKU MURID
• Menurut Nurain Mohd Nasir (2014) dalam Maksud Tingkah Laku, tingkah laku merujuk kepada semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai
yang dilakukan secara sedar atau separa sedar. Dalam teori Jean Piaget peringkat operasi formal menunjukkan pelajar sudah boleh berfikir secara abstrak dan
bukan konkrit semata-mata. Hal ini dapat menjadi bukti kepada guru dalam menentukan kaedah pengajaran yang sesuai melalui tindak balas yang ditunjukkan
oleh pelajar. Semasa di tahap ini, pelajar perlu diajar dengan lebih terbuka supaya pelajar boleh mengetahui sudut pandangan orang lain dalam sesuatu
permasalahan agar mereka dapat menggunakan jalan penyelesaian yang terbaik. Misalnya, guru haruslah merancang aktiviti-aktiviti prososial seperti aktiviti
berpasukan, bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong dan sebagainya iaitu perbincangan secara berkumpulan, forum dan lakonan. Kesannya, guru dapat
mengetahui bagaimana reaksi atau tindakan yang pelajar ambil apabila perlu mendengar pendapat rakan-rakan mereka. Oleh itu, guru dapat mengetahui
pengajaran yang bersesuaian dengan perkembangan pelajar.
6
2.5 MEMUDAHKAN GURU MENGATUR KURIKULUM MENGIKUT UMUR
• Menurut Nur Ahid (2006) kurikulum merujuk kepada satu rancangan kegiatan belajar bagi murid-murid sekolah atau satu tahap yang ingin dicapai. Hal ini
bermaksud guru-guru merancang kurikulum pembelajaran agar murid-murid dapat menerima setiap pengajaran yang diajar. Seperti yang ditekankan oleh Jean
Piaget, peringkat-peringkat kognitif murid adalah berbeza mengikut umur. Pada peringkat pertama, tahap perkembangan kanak-kanak disusun daripada peringkat
sensori motor iaitu waktu lahir hingga dua tahun. Pada tahap kedua pula, tahap ini berkembang kepada peringkat Praoperasi iaitu lingkungan dua hingga tujuh
tahun serta pada umur kanak-kanak mencecah tujuh hingga sebelas tahun, peringkat ini dinamakan peringkat operasi konkrit. Peringkat yang terakhir adalah
peringkat operasi formal iaitu kanak-kanak menjangkau umur dua belas tahun hingga dewasa. Pada peringkat permulaan bayi dapat membina kefahaman melalui
penggunaan deria dan seterusnya berkembang kepada kanak-kanak mula dapat bercakap dengan fasih dan berfikir secara egosentrik. Seterusnya, apabila kanak-
kanak mula dapat membuat penaakulan logik dan berfikir secara saintifik, guru-guru haruslah mengetahui cara pengajaran yang sesuai untuk mereka. Seperti yang
dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sukatan pembelajaran murid sekolah rendah diatur dari peringkat pra sekolah hingga tahun enam
berdasarkan peringkat-peringkat Teori Jean Piaget. Misalnya, topik-topik dalam bahasa Melayu. Seorang murid prasekolah akan diajar mengeja dan membaca
ayat dasar terlebih dahulu sebelum belajar membuat ayat. Apabila mereka mencapai tahap dua sekolah rendah, mereka diajar membuat karangan berbentuk surat
rasmi dan digalakkan memasuki pertandingan pidato dan bercerita. Oleh itu, guru juga dapat menyusun topik-topik yang disusun daripada konkrit kepada abstrak
mengikut teori Jean Piaget. Kesannya, perkembangan kognitif murid dapat berkembangan dengan seimbang dan bersesuaian dengan umur murid-murid tersebut.
7
3.0 RUMUSAN
• Sebagai rumusannya, penguasaan teori perkembangan kanak-kanak adalah amat penting kepada guru kerana melalui teori-teori yang dinyatakan, seorang guru
dapat melaksanakan proses PdP yang berkesan kepada murid-murid. Oleh itu, seseorang guru mestilah bertanggungjawab mengkaji teori-teori perkembangan
kanak-kanak untuk melahirkan murid-murid yang berkebolehan tinggi dan berakhlak mulia. Menurut tokoh barat seperti yang dikemukakan oleh Kamarul Azmi
Jasmi et al. (2012) dalam Prosiding Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam, Dunkin dan Biddle menyatakan pengajaran guru yang berkesan
bergantung kepada lima faktor utama termasuklah personaliti, kemahiran mengajar, gaya pengajaran dan keperibadian. Ekoran hal demikian, kita dapat lihat jika
seseorang guru bertanggungjawab dalam menjalankan yang telah dinyatakan di atas dengan baik, maka murid yang lahir juga akan menjadi seorang murid yang
berwibawa. Oleh itu, dapat kita simpulkan tanggungjawab guru adalah penting dalam mencorakkan keperibadian dan kejayaan murid.
8
RUJUKAN perkembangan. ResearchGate.
Azizi Yahaya & Zainuddin Abu Bakar. (2010, Januari). Bab 2: Teori-teori
https://www.researchgate.net/publication/46405353_Bab_2_Teori-teori_Perkembangan
Kamus Pelajar Edisi Kedua. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamarul Azmi Jasmi & Noor Fadhlina Nawawi. (2012). Model guru berkualiti dari perspektif tokoh pendidikan Islam dan Barat. Seminar
Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam (pp. 233-238). Universti Teknologi Malaysia.
Khairulameera. (2011, Oktober 27). Kemahiran pemilihan dan aplikasi alat bantu mengajar (ABM). Wordpress.
https://khairulameera.wordpress.com/kemahiran-pemilihan-dan-aplikasi-alat-bantu-mengajar-abm/
Nur Ahid. (2006). Konsep dan teori kurikulum dalam dunia pendidikan. ISLAMICA, 1(1), 12-29.
Nurain Mohd Nasir. (2014, Jun 15). Maksud tingkah laku. Scribd. https://www.scribd.com/doc/229715654/MAKSUD-TINGKAHLAKU
Suppiah Nachiappan, Rachel Mildred Edward Munovah, Norazilawati Abdullah & Sandra Suffian. (2017). Perkembangan kognisi dalam
kanak-kanak prasekolah melalui teknik bermain. Journal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 34-44.
Shamsiah Md Nasir, Mahani Ibrahim & Anisah Hashim. (2017). Pengantar pengajian profesional. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan kanak-kanak edisi kedua. Oxford Fajar Sdn. Bhd.