PENDIDIKAN AL-QURAN
& AS-SUNNAH TING 4
DISEDIAKAN OLEH :
WAN FAQIHAH BINTI
7W A N J U S O H
KUMPULAN
PELAJARAN 28 :
MENJAGA
PENAMPILAN DIRI
DALAM KEHIDUPAN
PENGERTIAN PENAMPILAN DIRI MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM
1- Islam adalah agama yang mementingkan umatnya agar menjaga
kebersihan dan penampilan diri.
2- Kebersihan dan penampilan diri perlu dijaga zahir dan batin. Secara
tidak langsung dapat menjaga imej dan martabat orang Islam.
3- Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh teladan terbaik . Baginda sentiasa
menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian seperti bersiwak dan mandi,
berpakaian bersih dan kemas, rambut yang tersisir rapi, dan tutur bicara yang
mendamaikan.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat : 222
) (ِإَّن ٱلَّلَه ُیِح ُّب ٱلَّتَّو ِٰبیَن َوُیِح ُّب ٱۡلُم َتَط ِّهِریَن
Ertinya " Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang baik yang
bertaubat dan mengasihi orang- orang yang sentiasa menyucikan diri.
DALIL NAQLI TuNTUTAN
MENJAGA PENAMPILAN DIRI
[SURAH AL-A'RAF : AYAT 31] HADIS NABI S.A.W
َع ْن َع ْبِد ِهللا ْبِن َم ْس ُعْو ِد َع ِن
ۡس ِج ࣲد َم َیٰـَبَِونُكُۤلیوَ۟ءااََودٱَمۡشَُخرُُبذو۟وا۟اَوِازَلیَنَُتتُۡكسۡمِرُِفعۤونَۚ۟ادِإَُّنكُهِّۥل الَّنِبِّي َص ىَّل ُهللا عليِه َوَس َّلم
ُیِح ُّب اَل "ِإَّن َهللا َجِم ْيٌل ُيِح ُّب: َقاَل
ٱۡلُم ۡس ِرِفیَن )(رواه مسلم... الَجَم اَل
Ertinya : Daripada Abdullah Bin Mas'ud
Ertinya : Wahai anak
-anak Adam! Pakailah
r.a, Rasulullah SAW bersabda :
pakaian kamu yang indah berhias pada tiap- Sesungguhnya Allah Taala Maha indah
tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau serta menyukai keindahan.
(Riwayat Muslim)
mengerjakan sembahyang), dan makanlah
serta minumlah, dan jangan pula kamu
melampau; sesungguhnya Allah tidak suka
akan orang-orang yang melampaui batas.
TANGGUNGJAWAB
MENJAGA PENAMPILAN DIRI
Menjaga Kebersihan Tubuh Badan
1. Umat Islam menuntut umatnya menjaga kebersihan diri bertujuan
memberikan keselesaan pada diri sendiri dan orang lain.
2. Orang akan selesa bergaul dengan kita kerana badan dan nafas kita
berbau segar. Sabda Rasulullah SAW,
-صلى الله عليه وسلم- أن رسول الله-رضي الله عنه- عن أبي هريرة
َلْو لا أْن َأُش ِّق على ُأَّم ِتي َأَلَم ْرُتهم بالِّس واِك (رواه البخاري: )قال
Ertinya : Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda :
Sekiranya tidak menjadi keberatan pada umatku, akan kuperintahkan
mereka agar bersugi. (Riwayat Bukhari)
Berpakaian Suci Dan Bersih
1. Kita hendaklah memakai pakaian yang bersih dan kemas.
2. Pakaian kita hendaklah suci daripada najis dan kekotoran.
3. Bahan asal pakaian kita juga mestilah daripada bahan yang halal
dan suci.
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Muddaththir ayat : 4
)(َوِثَیاَبَك َف َط ِّه ۡر
Ertinya : Dan bersihkanlah pakaianmu
Menutup Aurat
1. Antara batas syarak yang ditetapkan Islam dalam menjaga penampilan
ialah menutup aurat.
2. Aurat ialah suatu anggota badan yang tidak boleh diperlihatkan oleh lelaki/
perempuan kepada orang lain. [yang bukan mahram].
3. Aurat Lelaki : antara pusat hingga ke lutut.
4. Aurat Wanita : seluruh anggota badannya kecuali dua tapak tangan
dan muka sahaja. Rasulullah bersabda,
َوَال، َع ْو َرِة الَّرُجِل
َأَّن َرُس وَل ِهّللا صىّل
َال َيْنُظ ُر الَّرُجُل ِإىَل: الله عليه وسّلم َق اَل
(رواه مسلم... )اْلَم ْرَأة ِإىَل َع ْو َرِة اْلَم ْرَأِة
Ertinya : "Janganlah seseorang lelaki melihat aurat lelaki lain dan
janganlah seseorang wanita melihat aurat wanita lain" (Riwayat Muslim)
Mengikut Kemampuan
1. Mestilah bersederhana dalam menjaga penampilan diri
dan tidak berlebih-lebihan.
2. Pakaian yang dibeli hendaklah sekadar kemampuan
dan bukannya terlalu mewah.
Firman Allah dalam Surah Al-A'raf : 31
) ( ِإَّنُه ۥ اَل ُیِح ُّب ٱۡلُم ۡس ِرِفیَن
Ertinya : Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang
berlebih-lebihan .
Bukan Untuk Bermegah- Megah
1. Perspektif Islam : menjaga penampilan diri hendaklah suci
daripada riak, bangga diri, takbur serta memandang rendah kepada
orang lain.
2. Ia akan mengundang dosa dan membuatkan kita dijangkiti
penyakit hati.
Sabda Rasulullah SAW,
: عن أبي هريرة َأَّن َرُس ْو َل ِهللا ﷺ َقاَل
) (متفق عليه.اَل َيْنُظ ُر ُهللا َيْو َم اْلِق َياَم ِة ِإىَل َم ْن َجَّر ِإَزاَرُه َبَط َرا
Ertinya : Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda : Allah
tidak melihat kepada sesiapa yang melabuh pakaian kerana
sombong pada hari kiamat. (Muttafaqun alaihi)
Menjaga Maruah Dan Martabat
1.Islam melarang umatnya memakai pakaian yang boleh menjatuhkan
martabat dan maruah diri.
2. Contohnya : ada lambang agama lain, isyarat lucah, ganas, dan apa
jua yang tidak melambangkan keindahan Islam.
3. Larangan memakai pakaian yang berlawanan jantina [lelaki memakai
pakaian wanita dan sebaliknya. Sabda Rasulullah,
– َلَع َن َرُس وُل ِهَّللا – صلى الله عليه وسلم: َع ِن اْبِن َع َّباٍس – رضى الله عنهما – َق اَل
) (رواه البخاري. َواْلُم َتَش ِّبَه اِت ِم َن الِّنَس اِء ِبالِّرَجاِل، اْلُم َتَش ِّبِه يَن ِم َن الِّرَجاِل ِبالِّنَس اِء
Ertinya : Daripada Ibnu Abbas berkata : RAsulullah SAW melaknat lelaki
yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.
(Riwayat Bukhari)
KEPENTINGAN 1. Menzahirkan salah satu syiar Islam iaitu
MENJAGA menjaga kebersihan.
PENAMPILAN 2. Meninggikan dan memelihara maruah diri
DIRI DALAM individu dengan menutup aurat.
KEHIDUPAN 3. Menjaga imej individu dan umat Islam dari
pandangan masyarakat luar khususnya bukan Islam.
4. Menjadikan individu itu SIHAT TUBUH BADAN, jauh
daripada sebarang penyakit.
5. Disukai orang ramai kerana penampilan yang
bersederhana dan tidak menunjuk- menunjuk.
6. Dapat menguruskan ekonomi diri dan keluarga
dengan baik kerana bijak berbelanja.
USAHA DAN TINDAKAN UNTUK MENJAGA
PENAMPILAN DIRI DALAM KEHIDUPAN
INDIVIDU MASYARAKAT
1. Sentiasa menjaga kebersihan 1. Mewujudkan zon-zon menutup aurat dalam
tubuh badan dan pakaian. komuniti daerah dan seumpamanya.
2. Memakai pakaian yang mengikut 2. Mewujudkan bulan dakwah menggalakkan
syarat seperti Menutup Aurat. komuniti berpakaian mengikut syariat.
3. Menjaddikan Rasulullah SAW 3. Ibubapa mendidik dan membimbing
sebagai ikutan dalam penampilan perkembangan sakhsiah anak-anak dalam
diri. penampilan diri.
4. Bersederhana dalam berpakaian 4. Kempen menjaga penampilan diri oleh pihak
seperti pakaian tidak terlalu mahal sekolah dengan kerjasama UBK sekolah.
dan berlebih-lebihan/ menunjuk-
nunjuk.
NEGARA
1. Mewartakan etika berpakaian sopan di tempat awam
serta penguatkuasaan undang-undang.
2. Melantik duta-duta selebriti muslim dan muslimah
untuk dijadikan ikutan bagi masyarakat.
3. Kempen ddiperhebatkan di radio/ televisyen berkaitan
pemakaian sopan dan menutup aurat.
4. Mengadakan program keagamaan seperti ceramah
umum supaya menyedarkan rakyat kepentingan
menjaga adab berpakaian.
5. Melaksanakan undang-undang HUDUD.
SEKIAN