Nama : Ooi Hui Yi
Kelas : S47
Bola Baling
CARTA ORGANISASI
KELAB BOLA BALING
SESI 2020/2021
Pengetua
Pn. Li Lee Ching
Penolong Kanan Penolong Kanan Penolong Kanan Penolong Kanan
Pentadbiran Kokurikulum HEM Petang
Pn. Tang Mun Phing En. Kok Chiang Jau Pn. Ng Shik Sia En. Lau Kooi Beng
Guru Penasihat
En. Law Cheng Hooi
Pn. Salihah Bt. Hussin
Pn. Chia Guat Yen
Cik. Tham Mei Lai
Pn. Govree
Setiausaha Pengerusi Bendahari
Teoh Jia Shin Lim Lie Jun Lim Shi Xuan
Pen. Setiausaha Naib Pengerusi Pen. Bendahari
Chua Ying Ern Low Feng Nian Lim Li Rou
Ketua Aktiviti Ketua Disiplin Ketua Perabot Ketua Papan
Soh Jia Hung Lim Koon Heng Yeoh Jun Yan Kenyataan
Lam Jun Han
Penolong Ketua Ketua Gerai Ketua Kebersihan Penolong Ketua
Aktiviti Lee Man Cheng Yeoh Reei Jia Papan Kenyataan
Lee Jun Yuan Wang Jian Zhi
Ketua Pameran Ketua Data dan Jurugambar
Hazel Teoh Maklumat Lim Jo Qi
Mow Xiao Ting
Wakil Tingkatan
Form 2 : Loo Xin Yuan
Form 3 : Goh Jenson
Form 4 : Lim Xin Jie
Form 5 : Shri Raam
JADUAL AKTIVITI SESI 2020/2021
Aktiviti Bulan Tempat Tindakan Catatan
Kuiz tentang Ogos Gerko Maya AJK dan PIKeBM
Kemahiran Bola atas Talian Guru Penasihat PIKeBM
Baling PIKeBM
September Gerko Maya AJK dan PIKeBM
Penilaian Gerko atas Talian Guru Penasihat PIKeBM
PIKeBM
Mesyuarat AJK Baru Oktober Gerko Maya AJK dan
2021 atas Guru Penasihat
Aktiviti Suai Kenal Januari Padang AJK dan
Sekolah Guru Penasihat
Latihan Teknik Bola Februari Padang AJK dan
baling Sekolah Guru Penasihat
Latihan Teknik Bola Mac Padang AJK dan
baling Sekolah Guru Penasihat
Latihan Teknik Bola April Padang AJK dan PIKeBM
baling Sekolah Guru Penasihat PIKeBM
PIKeBM
Latihan Teknik Bola Mei Padang AJK dan PIKeBM
baling Sekolah Guru Penasihat PIKeBM
Latihan Teknik Bola Jun Padang AJK dan PIKeBM
baling Sekolah Guru Penasihat
Latihan Teknik Bola Julai Padang AJK dan
baling Sekolah Guru Penasihat
Kuiz tentang Bola Ogos Padang AJK dan
Baling Sekolah Guru Penasihat
Penilaian Gerko September Padang AJK dan
Sekolah Guru Penasihat
Mesyuarat AJK Baru Oktober
2022 Padang AJK dan
Sekolah Guru Penasihat
Tarikh Aktiviti
Tarikh Aktiviti Lokasi
29/08/2020 Google Meet
10/10/2020 Gerko Maya ke-6 Google Meet
11/10/2020
20/02/2021 Hari Sukan Negara Blok C
Google Meet
13/03/2021 Penilaian Gerko
Kawasan rumah
Gerko Maya ke-2 masing-masing
(Mesyuarat Agung Tahunan
Rumah Sukan)
Gerko Maya ke-3
(Kejohanan Merentas Desa)
10/04/2021 Gerko Maya ke-4 Google Meet
24/04/2021 Google Meet
19/06/2021 Gerko Maya ke-5 Google Meet
26/06/2021 Google Meet
10/07/2021 Gerko Maya ke-6 Google Meet
31/07/2021 Google Meet
14/08/2021 Gerko Maya ke-7 Google Meet
28/08/2021 Google Meet
Gerko Maya ke-8
Gerko Maya ke-9
Gerko Maya ke-10
Gerko Maya ke-11
(Penilaian Gerko Tingkatan
5 & Mesyuarat Agung Sesi
2021/22)
Gambar-gambar
Aktiviti
Sudut Bahan dan
Maklumat
Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan adalah tidak
banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan
14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.
GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN PADANG/GELANGGANG (KAWASAN PERMAINAN)
Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan boleh merupakan
gelanggang berumput di padang terbuka atau gelanggang bersimen atau berparket di dalam dewan yang
tertutup. Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20
meter lebar di garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh
satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan go yang berjejari 6 meter dari
tepi dalam tiang gol. Garisan balingan percuma adalah putus-putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam
tiang gol. Panjang garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol. Panjang
garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah 4 meter. Di dua garisan
tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah
ialah 4.5 meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5
cm.
BOLA
Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang
tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti
berikut :
1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3. Berat antara 425 g sehingga
475 g. Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm.
2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun
sehingga 16 tahun) Bola saiz 2. Berat antara 325 g hingga 375 g. Lilitan antara 54 cm
hingga 56 cm
3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12
tahun) Bola saiz 1. Berat antara 290 g hingga 330 g. Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.
4. Menyambut bola
5. Menggocek bola dengan tangan
6. Mengadang
7. Menjaring
8. Menjaga gol
Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan
bagi setiap perlawanan. Bola yang digunakan dalam sesuatu perlawanan tidak boleh
ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya
bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa)
dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.
TIANG GOL
Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua
batang tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini
disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol
diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan warna yang
sama dengan ukuran 28 cm. Di bahagian lain tiang gol dan palang ialah 8 cm.
PEMAIN DAN PAKAIAN
Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju lengan
pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain
gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu
memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan
pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada
pemain-pemain adalah tidak dibenarkan. Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri
daripada 12 orang pemain, iaitu 10 orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol.
Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi bernombor antara 1 orang hingga 20. No 1, 12
dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk
pemain-pemain gelanggang.
CARA MENANGKAP BOLA
1. Dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya
hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke hadapan untuk menangkap
bola. Sebaik sahaja ditangkap bola hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik.
2. Dengan kedua-dua belah tangan – bola rendah Untuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya dan kedua-dua
belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa menangkap bola.
3. Menangkap bola dengan sebelah tangan Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak menghadapi
tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima hendaklah memperhatikan bola sehingga dapat
ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang kemas, keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang bola.
4. Menangkap bola tinggi Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor yang sangat penting
dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap
bola. Sebaik sahaja mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih kemas.
KESALAHAN-KESALAHAN MENANGKAP BOLA
1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan.
2. Tangan yang dijulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula berada terlalu jauh di belakang.
3. Tidak menggunakan pergelangan tangan.
4. Genggaman yang tidak kemas.
5. Tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan.
LATIHAN ANSUR MAJU
Jaringan Lompat
a) Berlari dan melonjak atas sebelah kaki.
b) Berlari, melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas (jika kaki kiri melonjak, angkat tangan kanan)
c) Seperti latihan (b) sambil melonjak bahu kiri menghala ke sasaran (gol). Tangan kanan (bengkok sedikit) dihayun ke hadapan dari
belakang bahu.
d) Ulang latihan (a), (b) dan (c) dengan memegang bola tanpa melemparkannya.
e) Latihan berpasangan – berlari, melonjak dan melempar bola kepada kawan di hadapan.
f) Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal (latihan ini memerlukan 3 orang).
g) Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang menjaga gol).
Jaringan – jaringan Lain
a) Latihan membaling pundi kacang, bola sofbol, bola baling antara 2 orang.
b) Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di dinding) melalui gelung.
c) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara berdiri)
d) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara bergerak 3 langkah)
e) Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan penjaga gol.
10 PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING
1. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan 7 orang bermain dan 5 orang sebagai pemain simpanan. Pergantian
pemain boleh dilakukan bila – bila masa dalam permainan.
2. Permainan diadili oleh 2 pengadil.
3. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat permulaan. Balingan dibuat di
garisan tengah.
aha atau lututnya. · Memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau hantaran. · Melantunkan bola berterusan dari
satu tempat ke tempat lain dalam kawasan permainan yang ditetapkan.
5. Pemain-pemain kecuali penjaga gol, tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.
6. Apabila penjaga gol keluar kawasan golnya dia akan dianggap sebagai seorang pemain padang.
7. Jika bola keluar garisan tepi permainandisambung semula dengan satu balingan ke dalam oleh pasukan yang tidak mengeluarkan bola
itu.
8. Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak lawan hendaklah sekurang – kurangnya 3 meter
dari pembaling.
9. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seorang pemain itu menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada
dalam kawasan gol.
10. Gol boleh dinyaringkan dari mana-mana balingan.
PRINSIP – PRINSIP UTAMA
Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol dalam permainan bola baling. Antaranya ialah:
1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.
2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan.
3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak dilaksanakan.
4. Pemain mengikut lajak.
5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.
6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.
Bola Baling merupakan salah satu permainan padang yang terdapat di Malaysia ini. Mengikut sejarahnya, Bola Baling (handball
berasal daripada Eropah. Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan dalam Bola
baling adalah tidak banyak. Peralatan yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling
dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.
Kemahiran asas yang terdapat dalam Bola Baling ialah berlari, melompat, hantaran bola, menangkap bola, menggocek bola
dengan tangan, mengadang, menjaring dan menjaga gol. Setiap kemahiran asas ini mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan
ke dalamnya. Sebagai contoh, dalam kemahiran hantaran bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah sistem tuas di mana bola
sebagai beban, lengan sebagai daya dan siku sebagai fulkrum.
Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah Hukum Newton Pertama iaitu Inersia. Cara
penangkapan bola mestilah betul untuk mengurangkan inersia bola bagi mengelakkan kecederaan berlaku. Selain itu, prinsip
sains yang diaplikasikan dalam kemahiran menjaring ialah sistem tuas dan daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika bola diayunkan
oleh tangan manakala daya diaplikasikan ketika kaki mengikut lajak yang diperlukan untuk memberikan daya yang kuat. Setiap
kemahiran mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan supaya kemahiran tersebut dapat dipertingkatkan lagi dan bagi
mengelakkan kecederaan berlaku kepada pemain.
Sekian Terima
Kasih
Thanks for reading and hope
you enjoyed !!!