The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PERSIDANGAN PAT ARMADA KALI KE-4 TAHUN 2022

11 MAC 2023 (SABTU)
MENARA PGRM, KUALA LUMPUR

SELAMAT BERSIDANG!

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ARMADA BERSATU NASIONAL, 2023-03-10 05:31:47

BUKU PERSIDANGAN PAT ARMADA KALI KE-4

BUKU PERSIDANGAN PAT ARMADA KALI KE-4 TAHUN 2022

11 MAC 2023 (SABTU)
MENARA PGRM, KUALA LUMPUR

SELAMAT BERSIDANG!

ARMADA BERSATU KALI KE - 4 PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN 10 - 11 MAC 2023 MENARA PGRM, KUALA LUMPUR ARMADA BERSATU MALAYSIA armadaofficial.my @ArmadaBersatuMY Armada Bersatu Malaysia


ISI KANDUNGAN - i - PERKARA Lirik Lagu ‘Negaraku’ & ‘Perjuangan Kita’ Perutusan Presiden Perutusan Timbalan Presiden Perutusan Setiausaha Agung Perutusan Ketua ARMADA Nasional Visi, Misi & Teras Budaya ARMADA Notis & Agenda PAT ARMADA Kali ke-4 Minit PAT ARMADA Kali ke-3 Jawatankuasa ARMADA BERSATU Nasional Penyata Tahunan Tahun 2021 Statistik Perwakilan PAT ARMADA Kali ke-4 Gerak Kerja ARMADA BERSATU Nasional ARMADA Wakili Rakyat HALAMAN ii iii 01 02 03 04 06 08 18 20 21 22 27


LAGU ‘NEGARAKU’ - ii -


LAGU ‘PERJUANGAN KITA’ - iii -


- 01 - Assalammu’alaikum w.b.t. Apa khabar semua? Bersyukur kehadrat Allah SWT, Parti Pribumi Bersatu Malaysia terus melakar sejarah dalam dunia politik tanahair. Parti ini lahir atas kesedaran bahawa perlunya suatu wadah perjuangan baharu buat orang-orang Melayu dan kaum Bumiputera yang lain bagi memastikan agenda pemerkasaannya diteruskan. Parti ini terbina atas kepercayaan bahawa orang-orang Melayu dan Bumiputera mahukan suatu bentuk perubahan nasib dan masa hadapan buat anak cucu yang telah dikhianati akibat kerakusan kumpulan pemimpin bagi mendapatkan kuasa dan harta buat diri mereka. Maka Parti Pribumi Bersatu Malaysia diwujudkan bagi memberi harapan baharu yang lebih segar dan boleh dipercayai. Parti Pribumi Bersatu Malaysia bersama rakan-rakan dalam Perikatan Nasional akan terus membawa agenda keteguhan integriti dan kestabilan seperti mana yang telah menjadi motto ketika Pilihanraya Umum ke-15 yang lalu. Meskipun, parti terus diasak oleh seteru dan lawannya dengan usaha untuk menjatuhkannya dengan pelbagai naratif palsu dan fitnah, namun Parti Pribumi Bersatu Malaysia kekal relevan menjadi pilihan rakyat segenap lapisan termasuk anak-anak muda. Hal ini terbukti pada Pilihanraya Umum ke-15 tempohari dimana jumlah sokongan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Perikatan terus meningkat melaluk hasil jumlah kerusi yang diperolehi dan jumlah undian yang diberi oleh sekalian rakyat dari pelbagai saluran terutamanya saluran undi anak muda. Mencapai ulangtahun penubuhan ke-7, Parti Pribumi Bersatu Malaysia terus mengorak langkah dengan idea-idea, pandangan-pandangan dan suara yang lebih segar dan bernas demi kesejahteraan rakyat. Ianya terbukti dengan prestasi ekonomi negara yang ditinggalkan pemerintahan Perikatan Nasional pada tahun-tahun yang lalu walaupun negara dihambat dengan cabaran penularan COVID-19. Buat anakanda-anakanda Armada yang Abah kasihi dan sentiasa dalam ingatan. Teruslah berjuang buat agama, bangsa dan tanahair kalian meskipun sukar. Setiap perjuangan pastinya tidak mudah kerana jika ianya mudah, pasti ramai yang berjaya mengharunginya. Sesungguhnya, kalian adalah insan-insan yang terpilih sebagai pembela kepada maruah agama, bangsa dan tanahair. Buat anakanda-anakanda Armada, sesungguhnya perjuangan yang Abah dan pemimpin-pemimpin terdahulu tinggalkan adalah demi masa depan kalian. Berpegang teguhlah kepada prinsip perjuang, serahkan segala jiwa dan raga kalian demi maruah bangsa ini dan tetapkanlah hati kalian dengan keikhlasan perjuangan. Maka kalian akan menjadi generasi berjaya. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat bersidang dan berhimpun kepada seluruh perwakilan Armada ke Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU 2022. Jadikan persidangan kalian kali ini sebagai peluang dan ruang untuk memperkukuh silaturrahim sesama kita dan menyuburi roh perjuangan parti ini. Salam Perjuangan. Abah Sayang Armada. PERUTUSAN PRESIDEN YB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin presiden parti pribumi bersatu malaysia


PERUTUSAN TIMBALAN PRESIDEN YBHG. DATO’ SERI AHMAD FAIZAL BIN DATO’ AZUMU TIMBALAN presiden parti pribumi bersatu malaysia Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Membuka kalam, saya ingin merafak rasa syukur kehadrat Ilahi, kerana atas limpah perkenan dan izin-Nya kita sekali lagi dapat berhimpun di Perhimpunan Agung Tahunan Armada kali ke-4. Meskipun perhimpunan kita kali ini disambut dengan penuh kesederhanaan, namun saya tetap berasa kagum dan ingin mengucapkan tahniah kepada kesemua sayap; Srikandi dan Armada atas kejayaan mengadakan persidangan pada kali ini dan Srikandi Muda atas kejayaan penubuhannya. Memasuki ulangtahun tahun ke-7, Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah membuktikan kemampuannya untuk bertahan dan menjadi wadah pilihan rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan orang-orang Melayu, Bumiputera dan lain-lain kaum. Ini terbukti melalui anjakan jumlah Ahli Parlimen yang kini mewakili rakyat di kawasan ke Dewan Rakyat sebagai suara dan hasrat isi hati mereka kepada pemerintah pada Pilihanraya Umum ke-15 yang lalu. Seringkali kita mendengar momokan bahawa parti kita ini tidak relevan dan akan terkubur dalam hayat yang pendek, tetapi kita berjaya membuktikan sebaliknya. Parti Pribumi Bersatu Malaysia kekal relevan dalam kalangan rakyat dan terus mendewasa dalam menghadapi liku-liku dan cabaran dalam politik tanahair. Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan kekal berkembang dan maju dengan segala pengorbanan dan perjuangan kalian yang tiada belah bahagi. Teruskan suburi perjuangan ini dengan meletakkan roh didalamnya disulami dengan pegangan falsafah penubuhan parti ini. Armada adalah pewaris kepada perjuangan parti ini. Maka, rapatkan saf kalian, teguhkan hati & jiwa untuk terus berjuang dan sucikanlah hati dengan keikhlasan. Semoga Allah permudahkan setiap langkah pahlawan kalian demi keutuhan agama, bangsa dan tanahair. Majulah Para Pejuang Bangsa! BERSATU! BERSATU! BERSATU! - 02 -


- 03 - PERUTUSAN SETIAUSAHA AGUNG YB DATO’ SERI HAMZAH ZAINUDIN SETIAUSAHA AGUNG parti pribumi bersatu malaysia Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat berkumpul di Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kali ke-5 dan Perhimpunan Agung Tahunan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) kali ke-4 bagi tahun 2022. Saya ucapkan selamat datang kepada seluruh perwakilan yang hadir bagi menunaikan tanggungjawab sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Sesungguhnya kalian telah membuktikan kesetiaan tanpa belah bahagi kepada perjuangan ini. Perhimpunan Agung Tahunan kali ini diadakan dengan penuh kezuhudan. Meskipun parti kita telah diuji dengan pelbagai dugaan dan serangan lawan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia kekal teguh berdiri memperjuangkan agenda agama dan bangsa dalam mendepani kerakusan sekumpulan pemimpin yang telah menyimpang. ARMADA BERSATU sebagai kumpulan anak muda perlu berdiri teguh sebagai benteng perjuangan parti walau dibadai dengan pelbagai cubaan dan cabaran. ARMADA BERSATU adalah gambaran kepada masa hadapan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang akan memperjuangkan hak agama, bangsa dan tanah air yang kian pudar dari dada-dada generasi muda negara ini. Ingatlah bahawa segala yang dinikmati hari ini adalah hasil perjuangan dan pengorbanan pemimpin dan pejuang-pejuang terdahulu yang meletakkan kepentingan masa depan anak cucu sebagai matlamat utama. Maka, itu jugalah perlu dijadikan matlamat kalian anak muda. Justeru, saya ingin menyeru dan merayu kepada anak-anak ARMADA BERSATU yang dikasihi. Perkukuhkan benteng, ketepikan perbezaan dan bina jati diri rumpun bangsa kalian. Semoga Allah SWT tetapkan hati serta langkah keramat kalian dengan penuh keredhaan dan keberkatan. Selamat bersidang kepada semua perwakilan ARMADA BERSATU. Berjuanglah kalian demi masa depan agama, bangsa dan tanah air. Sekian, terima kasih. BERSATU!


PERUTUSAN KETUA ARMADA NASIONAL YB WAN AHMAD FAYHSAL BIN WAN AHMAD KAMAL KETUA ARMADA NASIONAL parti pribumi bersatu malaysia Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat pemilik sekalian alam kerana dengan segala perkenan kekuasaan-Nya, kita dapat berhimpun pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia kali ke-5 tahun ini. Selawat dan salam buat pembawa rahmat alam, junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW, juga buat para sahabat, dan para tabi’in. Sesungguhnya, merekalah menjadi punca kepada keteguhan akidah kita hari ini. Terbinanya parti ini adalah kerana tekad integriti dan sedarnya bahawa agama dan bangsa kita terkhianati oleh puak-puak tersasar jati diri. Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan menjadi kumpulan keramat baharu buat orang-orang Melayu dan Bumiputera dalam memastikan kelangsungannya kekal dirgahayu hingga akhir zaman. Tanggungjawab inilah harus dipikul oleh kita sebagai penerus generasi bangsa yang telah diuji dengan pelbagai onak duri. Kematangan kita akan menentukan keteguhan kita dalam mengharungi liku-liku mendatang kerana bangsa ini akan sentiasa diuji. Binalah keteguhan jati diri, isikan keikhlasan hati dan tolak perbezaan ketepi. Misi kita kekal dulu, kini dan selamanya untuk membentuk identity parti berteraskan falsafah dan nilai-nilai Kemelayuan & Kebumiputeraan. Identiti ini akan kekal menjadi pelita untuk menerangi laluan buat masa hadapan parti dan negara. Identiti inilah yang akan menjadi modal membina agama, bangsa dan tanahair. Semboyan perjuangan kita kian kali ditiup menyeru kita untuk berjuang. Kekalkan tekad berjuangan kalian dan sentiasa bersedia kerana perjuangan ini tidak mudah. Istiqamah dan ikhlas adalah kunci kemenangan sebenar seperti mana istiqamah dan ikhlasnya pejuang terdahulu. Hayatilah bibit kosa kata dalam lirik lagu Warisan–Anak Kecil Main Api: Kini kita cuma tinggal kuasa, yang akan menentukan bangsa, bersatulah hati bersama berbakti, pulih kembali harga diri. Saya ucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan Armada seluruh Malaysia di Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Armada kali ke-4. Majulah kalian demi agama, demi bangsa dan demi tanahair. ARMADA! BERSATU! ARMADA! BERSATU! ARMADA! BERSATU! - 04 -


- 05 - VISI DAN MISI ARMADA BERSATU VISI Melahirkan pemimpin-pemimpin dalam kalangan pemuda yang berintegriti, moderat dan unggul dalam mendukung perlembagaan negara, dan memperjuangkan martabat Agama, Bangsa dan Negara. MISI Mengumpulkan pemimpin-pemimpin dalam kalangan pemuda Melayu-Bumiputera dan menyediakan latihan untuk mengembangkan lagi kualiti pemimpin yang ada. Menyediakan platform bagi pemuda bumiputera untuk mengasah pemimpin melalui anjuran program-program kepimpinan serta kemasyarakatan. Menjalankan aktiviti-aktiviti yang memberikan manfaat kepada generasi muda untuk menarik lebih ramai anak-anak muda menyertai sayap ARMADA dan parti BERSATU. INTEGRITI Mengamalkan nilai integriti yang tinggi dalam menggalas tugas yang diberikan. BERANI ARMADA perlu berani tampil suarakan pendapat, pertahankan hak dan memberi kritikan. TERSUSUN Melaksanakan tugasan dengan tersusun, bermula dari peringkat perancangan, pelaksanaan & dokumentasi. AKAUNTABILITI Sentiasa bertanggungjawab terhadap hasil yang diperoleh tanpa menyalah pihak lain. KETERBUKAAN Terbuka untuk berkolaborasi dengan pihak lain dan terbuka menerima pujian atau kritikan membina. TERAS BUDAYA ARMADA BERSATU


SULIT NOTIS PERSIDANGAN ARMADA BERSATU NASIONAL KALI KE-4 1 ………………………………………………… ANGKATAN BERSATU ANAK MUDA (ARMADA) PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA PENOLONG SETIAUSAHA ARMADA NASIONAL NO 18A, JALAN PERSIARAN BARAT, PJS 52, 46200, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN Rujukan Kami :SUK/ARMADA/PAT/03-2023 Tarikh : 27 Februari 2023 PENGERUSI TETAP ARMADA NASIONAL TIMBALAN PENGERUSI TETAP ARMADA NASIONAL AHLI JAWATANKUASA ARMADA NASIONAL KETUA-KETUA ARMADA BAHAGIAN YB /Ybhg/Tuan/Encik NOTIS PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN ANGKATAN BERSATU ANAK MUDA (ARMADA) KALI KE-4 2022 Semoga YB /Ybhg/Tuan/Encik dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Merujuk kepada Peraturan ARMADA Perkara 8.1, maka Perhimpunan Agung Tahunan ARMADA Malaysia akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat sperti berikut. TARIKH : 10, 11 MAC 2023 (JUMAAT-SABTU) MASA : 8.00 PAGI hingga 5.30 PETANG TEMPAT : Menara PGRM, Jalan Pudu Ulu, 55300, Kuala Lumpur 3. Sehubungan dengan itu, perwakilan diharap dapat menghadirkan diri ke Perhimpunan Agung ARMADA Kali Ke-4. Dinasihatkan perwakilan untuk membawa notis ini, watikah perwakilan, dan kad pengenalan semasa sesi pendaftaran. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan Amanah, MUHAMMAD FAIZ BIN RAHMAD Penolong Setiausaha ARMADA Nasional Parti Pribumi BERSATUMalaysia 03-8317 0180 03-7931 1660 [email protected] m - 06 - NOTIS PAT ARMADA KALI KE-4


AGENDA PERSIDANGAN SULIT NOTIS PERSIDANGAN ARMADA BERSATU NASIONAL KALI KE-4 3 AGENDA PERSIDANGAN PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN (PAT) ARMADA MALAYSIA 11 MAC 2023 Tarikh : 11 MAC 2023 (SABTU) Masa : 9.00 PAGI – 5.30 PETANG Tempat : Menara PGRM, Jalan Pudu Ulu, 55300, Kuala Lumpur MASA ATURCARA : BACAAN DOA : NYANYIAN LAGU - NEGARAKU - LAGU “PERJUANGAN KITA” : PESANAN PENGERUSI TETAP : MEMBENTANGKAN PERINGATAN PERSIDANGAN PERHIMPUNAN AGUNG ARMADA YANG LALU : MEMBENTANGKAN PENYATA TAHUNAN : UCAPAN KETUA ARMADA NASIONAL : MEMILIH 10 ORANG WAKIL ARMADA KE PERHIMPUNAN AGUNG SELARAS DENGAN FASAL 12.4.5 PERLEMBAGAAN : MEMBENTANGKAN DAN MEMBAHAS USUL-USUL : TANGGUHAN PERSIDANGAN : UCAPAN PERSIDANGAN *Aturcara Persidangan Adalah Tertakluk Kepada Perubahan. *Rujuk Aturcara Terperinci Yang Dibekalkan kepada Perwakilan *Pakaian Perasmian: Baju Melayu Merah/Bersampin/Songkok (Lelaki) - 07 -


MINIT P.A.T. ARMADA KALI KE-3 - 08 - MASA 11.30 PAGI sehingga 6.00 PETANG TARIKH 18 DISEMBER 2021 (SABTU) TEMPAT HALL 11, TINGKAT 3, KOMPLEKS MITEC : 875 ORANG PERWAKILAN Jumlah Perwakilan yang Hadir : 768 ORANG PERWAKILAN Jumlah Perwakilan Layak Hadir Pembentangan Penyata Kewangan ARMADA bagi tahun 2020/2021 oleh Sdr. Syafiq Zin - Penolong Bendahari ARMADA Nasional AGENDA 4 AGENDA 5 AGENDA 6 Bacaan doa dan alunan ayat suci Al-Quran dipimpin dan dialunkan oleh Ustaz Ridzuan bin Agus Payong Nyanyian Lagu 'Negaraku' dan Lagu 'Perjuangan Kita' Pembentangan Laporan Ringkas, Kehadiran Perwakilan & menjemput Pengerusi serta Timbalan Pengerusi Tetap oleh Sdr. Faiz Rahmad - Penolong Setiausaha ARMADA Nasional Pesanan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap - Sdr. Akmal Zahin dan Sdr. Syaiful Syahli Pembentangan Peringatan Persidangan Perhimpunan Agung ARMADA yang lalu dan Pembentangan Penyata Tahunan ARMADA oleh Sdr. Faiz Rahmad - Penolong Setiausaha ARMADA Nasional AGENDA 1 AGENDA 2 AGENDA 3


MINIT P.A.T. ARMADA KALI KE-3 - 09 - UCAPAN DASAR KETUA ARMADA NASIONAL - YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal YB Senator Ketua ARMADA Nasional memperingatkan bahawa parti ini bukanlah parti yang ditubuhkan untuk mengaut harta dan menjulang nama, akan tetapi ianya untuk menyelamatkan negara daripada kerakusan politikus. YB Senator Ketua ARMADA Nasional menyatakan anak muda merupakan pelapis negara dan mempunyai fungsi ke arah pembinaan negara bangsa. Ekonomi anak muda di akar umbi perlu diisi dan diperkasa agar punyai sumber pendapatan yang bermaruah. YB Senator Ketua ARMADA Nasional seru kerajaan supaya menggagaskan Dasar Ekonomi Belia Malaysia yang perlu bernaung di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang merangkumi Rancangan Malaysia ke-12 dan ke-13. Kerajaan parti-parti politik malah pembangkang sekalipun adalah diingatkan agar jangan sesekali menodai institusi-institusi Bumiputera dalam neagara. Pembalasan bukan sahaja di akhirat, malah bermula di dunia lagi YB Senator Ketua ARMADA Nasional menegaskan ARMADA akan teruskan program tuisyen rakyat dalam masa terdekat dan akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan guru di Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengatasi isu golongan keciciran pendidikan akibat pandemik Covid-19 dengan seberapa segera. ARMADA ditegaskan bahawa ARMADA ini lah wadah untuk ARMADA membugar idealisme perjuangan kerana ARMADA bukan sekadar juak-juak jentera atau ajen menggantung poster dan bendera. ARMADA adalah sebuah medan melahirkan caloncalon anak muda berkaliber untuk PRU15. YB Senator Ketua ARMADA Nasional menyeru ARMADA perlu lebih aktif melalui platform-platform awam. Lebih kerap menulis dan masuk ke dalam media sosial. Lebih aktif di saluran rakyat seperti ML studios, lebih rencam perkongsian segar di TikTok juga lebih banyak penampilan di media massa. Ini lah sejata yang ampuh untuk menang. Tugas hakiki kita adalah untuk menyematkan keyakinan di jiwa mereka bahawa kita adalah wadah yang membawa gema suara anak muda. ARMADA berjuang untuk rakyat. Bersatu demi Agama. Bersatu demi Bangsa. Bersatu demi Negara. Mudah-mudahan benih perjuangan kita tanam hari ini akan tumbuh seperti yang dikatakan oleh Al-Quran. Ayuh ARMADA! AGENDA 7


MINIT P.A.T. ARMADA KALI KE-3 - 10 - AGENDA 8 Memilih 10 Orang Perwakilan ARMADA Ke Perhimpunan Agung Selaras dengan Fasal 12.4.5 Perlembagaan Parti Perwakilan yang dipilih ialah: 1. Akmal Zahin Bin Haji Zainal Zahir 2. Mohamad Syaiful Ibrahim Bin Shahli 3. Syafiq Bin Mohd Zin 4. Henry Bin Hamdan 5. Mohamad Firdaus Bin Mohd Rashid 6. Mohd Amir Fitri Bin Muharam 7. Alif Bin Rosli 8. Muhammad Harris Idaham Bin Abdul Rashid 9. Mohd Firdaus Bin Yusoff 10. Sayed Ahmad Mu’izzudin Bin Al-Sayed Mohamad Dicadangkan oleh: Sdr. Abdul Mutalib - EXCO ARMADA Nasional Disokong oleh: Sdr. Zulfadhlu Zulkifly - EXCO ARMADA Nasional AGENDA 9 CADANGAN MENYOKONG UCAPAN DASAR KETUA ARMADA NASIONAL WAKIL G5 ARMADA NASIONAL - Sdr. Ashraf Mustaqim (Ketua Penerangan ARMADA Nasional) Sdr. Ashraf menyatakan ARMADA juara dalam membantu rakyat dalam kesusahan sewaktu pandemik COVID19 dan turut mengucapkan syabas kepada semua anggota ARMADA akar umbi yang telah berusaha. Sdr. Ashraf berpesan kepada semua perwakilan supaya jangan bergelap mata dengan apa yang diinginkan, sebaliknya fokus dan sedar kehadiran para perwakilan adalah unutk mewakili rakyat akar umbi. Asas utama untuk menyatukan bangsa adalah bermula dari akarnya. Sdr. Ashraf menegaskan sekolah kebangsaan adalah wadah perpaduan dan bukannya sekolah vernakular yang tidak bersifat kebangsaan. ARMADA telah memperjuangan isu ini sejak sekian lama, sehingga digelar rasis hanya kerana mempertahankan wadah perpaduan dan bangsa. AKSARA berperanan untuk memperkasa ARMADA dalam program-program latihan yang penting. Menyahut seruan ucapan YB Senator Ketua ARMADA Nasional yang mengatakan ARMADA bukan sahaja pemacak bendera, maka AKSARA akan menjadi pemangkin memperkasa kualiti ARMADA di segenap peringkat. Mengakhiri perbahasan, Sdr. Ashraf menyeru agar perwakilan mengenalpasti minat anak muda di kawasan masing-masing, rajin-rajin bergaul dengan pimpinan sosial dalam kawasan, banyakkan belajar, bertanya dan buanglah ego, semuanya demi ARMADA.


MINIT P.A.T. ARMADA KALI KE-3 - 11 - PERBAHASAN UCAPAN DASAR KETUA ARMADA NASIONAL WAKIL ARMADA SABAH - Azrul Bin Ibrahim (Ketua ARMADA Papar) Sdr. Azrul melafazkan syukur atas peluang para perwakilan dapat berkumpul pada persidangan kali ini serta menzahirkan komitmen dan sokongan kepada pimpinan BERSATU utamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden yang dikasihi agar dinobatkan sebagai calon Perdana Menteri ke-10. Sdr. Azrul berkongsi kunci kemenangan dan kejayaan BERSATU/PN Sabah dalam PRN Sabah iaitu kekuatan akar umbi yang ramai dan kuat, figura dan tokoh yang ada dalam BERSATU Sabah dan prinsip untuk membawa budaya politik matang dan stabil; Ketiga-tiga kunci ini menjadi asas kemenangan dalam PRN Sabah. Sdr. Azrul mewakili ARMADA Sabah memperingati pimpinan ARMADA Nasional agar lebih agresif memperjuangkan isu-isu anak-anak muda dengan berkesan kerana pimpinan nasional adalah sandaran parti. Perencanaan hala tuju ARMADA yang jelas juga harus dibuat. ARMADA Sabah juga mencadangkan supaya keahlian dinaikkan kepada 40 tahun agar kesinambungan pimpinan itu efektif dan berterusan. WAKIL ARMADA JOHOR - Sdr. Muhammad Shamsuddin bin Paijan (Ketua ARMADA Johor) Sdr. Shamsuddin memulakan perbahasan dengan menyingkap semula kata-kata YB Senator Ketua ARMADA Nasional bahawa, ’Sudah sampai masanya ahli-ahli politik dalam kalangan anak muda diposisikan dalam arus perdana politik tanahair’ adalah bukan retorik apabila terbukti 2 daripada 15 Ahli Jawatankuasa ARMADA Pusat adalah daripada negeri Johor. Intipati hujah saudara Shamsuddin dimulakan denga tema Ekonomi Anak Muda dan disulami dengan hasrat penumpuan pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk anak muda. Beliau menyatakan bahawa anak muda semuanya pasti sependapat dengan beliau iaitu mendambakan perpaduan bangsa dan masyarakat meski berada dalam kerencaman perbezaan pelbagai aspek. Anak muda mengharapkan suatu peluang ekonomi yang lebih terbuka merentasi masa walaupun negara dibelenggu pelbagai cabaran ekonomi. Peluang ekonomi ini perlu bergerak seiring dengan agenda pendidikan negara bagi mengelak kerencatan peluang dan bakat anak muda. Beliau juga menyentuh tentang isu kenaikan barang yang membarah sejak belakangan ini pandemik COVID-19 dan ketidak stabilan politik tanahair. Maka beliau mencadangkan agar suatu jawatankuasa khas ditubuhkan oleh kerajaan bagi memantau harga barang dan memerangi orang tengah. Akhir sekali, beliau menyatakan bahawa calon Perdana Menteri seterusnya sudah pastinya adalah YB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah banyak berbakti pada negara dan rakyat walau pelbagai badai dan cabaran perlu diharungi. AGENDA 9 (samb.)


MINIT P.A.T. ARMADA KALI KE-3 - 12 - WAKIL ARMADA PERAK - Sdr. Muhammad Faizul bin Mohamed Ismail (Ketua ARMADA Perak) Sdr. Faizul melafazkan kesyukuran kerana pada hematnya pimpinan BERSATU amat mengiktiraf penglibatan anak muda adlam perjuangan parti dengan diberikan pelbagai ruang dan peluang dalam organisasi dan penganjuran program untuk sayap dan parti. Sdr. Faizul mencadangkan agar KPM menetapkan mekanisme pemarkahan baharu, tidak lagi bergantung kepada pemarkahan melalui pemeriksaan semata-mata akibat ramai pelajar tercicir dalam pelajaran dek pandemik COVID19. Beliau juga mengesyorkan supaya ARMADA di segenap peringkat bersedia dengan gerak kerja untuk menarik minat anak-anak muda terutamanya apabila UNDI18 dan automatic bakal dilaksanakan. Akhir sekali, Sdr. Faizul menyeru agar ahli ARMADA sentiasa menyokong dan berada di belakang Ketua ARMADA Nasional tanpa berbelah bahagi. WAKIL ARMADA SELANGOR - Sdr. Haszrilhafizi Mohayan (Ketua ARMADA Perak) Sdr. Haszrilhafizi membuka kalam perbahasan dengan mengingatkan seluruh isi dewan tentang roh dan prinsip asas perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia. ARMADA BERSATU merupakan penyambung kepada perjuangan untuk memperkasa bangsa dan memberdaya anak muda bagi memacu negara. Beliau telah berbahas bertunjangkan e-Sports: Antara Solusi & Jalan ke Hadapan Demi Kelestarian Sosioekonomi & Pemberdayaan Anak Muda. Haszrilhafizi Mohayan menekankan pelbagai perkara dan cetusan idea berkaitan e-Sukan antaranya (i) Selangor sebagai Hub Utama e-Sports Malaysia; (ii) Mewujudkan e-Wallet e-Sports; (iii) Merancakkan Program e-Sports di Malaysia; dan (iv) Impak e-Sports terhadap industri 2022-2025. Sdr. Haszrilhafizi menyatakan penghargaan kepada semua sahabat-sahabat ARMADA BERSATU Negeri Selangor atas segala kenangan dan nostalgia yang dilalui. Beliau telah mengingatkan seluruh dewan tentang agenda perjuangan yang sentiasa perlu digenggam erat untuk amalan. WAKIL EXCO ARMADA - Sdr. Johainizamshah bin Johari (EXCO ARMADA Nasional) Sdr. Johainizamshah mengajak para perwakilan untuk mengimbas kembali kejayaan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengisytiharkan negeri Sabah dan Sarawak menjadi status Wilayah dan menyatakan hanya Tan Sri mempunyai usaha untuk menunaikan tuntutan daripada kedua-dua wilayah ini. (sambungan di halaman sebelah..) AGENDA 9 (samb.)


MINIT P.A.T. ARMADA KALI KE-3 - 13 - (samb.) Sdr. Johainizamshah mencadangkan agar KPM memberi fokus untuk merapatkan jurang pendidikan dari segenap aspek antara pelajar di Semenanjung dan Wilayah Borneo kerana jurangnya terlalu besar; beliau juga meminta KPM supaya menyelesaikan masalah kuota penjawatan guru-guru daripada Borneo. Sdr. Johainizamshah turut mencadangkan wujudnya sistem percukaian diperkenalkan dan dikenakan ke atas pekerja-pekerja asing yang berada di dalam negera. Akhir sekali, beliau juga meminta supaya dipertimbangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada pemimpin daripada Wilayah Borneo. WAKIL ARMADA KEDAH - Sdr. Mohd Saffuan bin Sabari (Ketua ARMADA Negeri Kedah) Sdr. Saffuan lafazkan kesyukuran atas semangat juang yang kuat, para perwakilan tetap hadir tanpa sebarang imbuhan. Sdr. Saffuan mencadangkan supaya ARMADA menyediakan satu portal khas untuk menghimpunkan peluang pekerjaan bagi memudahkan anak muda dan ahli untuk mencari kerja. Selain itu, ARMADA Kedah menggesa supaya umur persaraan wajib diturunkan daripada 60 tahun kepada 55 tahun. ARMADA Kedah juga menyarankan agar kementerian-kementerian kerajaan memperluaskan bantuan-bantuan seperti geran berkonsepkan geran Agropreneur muda di bawah Kementerian Pertanian. Sdr. Saffuan juga menyatakan bahawa terdapat banyak pelabur-pelabur yang ingin melabur di negeri Kedah, maka disarankan supaya Kementerian MITI dapat mempercepatkan projek-projek mega di Kedah agar anak-anak tempatan tidak lagi perlu berhijrah mencari rezeki. WAKIL ARMADA KELANTAN - Sdr. Nas Azreel bin Ahmad Nas Ruddin (Ketua ARMADA Kelantan) Sdr. Nas Azreel mulakan perbahasan dengan melafaz kesyukuran dan bacaan Al-Fatihah kepada mangsa korban COVID19. Sdr. Nas Azreel menggariskan 3 perkara untuk membangkitkan dan menjadikan ARMADA sebagai barisan hadapan parti yang efektif; iaitu pertamanya kenaikan had umur ARMADA, seterusnya penekanan tentang latihan-latihan khusus kepada pilihanraya kepada ahli ARMADA dan terakhir penyaluran bantuan serta sokongan daripada pucuk pimpinan parti yang menganggotai kabinet. Beliau mengakhiri ucapan dengan menyeru supaya pimpinan parti terus usaha membina barisan hadapan parti daripada kalangan ARMADA. AGENDA 9 (samb.)


MINIT P.A.T. ARMADA KALI KE-3 - 14 - WAKIL ARMADA PAHANG - Sdr. Nurul Qomar bin Abdol Talib (Ketua ARMADA Pahang) Sdr. Nurul Qomar menegaskan bahawa ARMADA perlu memainkan peranan yang lebih agresif dalam memastikan pengundi muda yang pertama kali mengundi pada PRU15 akan memberi undi kepada calon-calon Perikatan Nasional. Sdr. Nurul Qomar mencadangkan supaya pimpinan ARMADA di segenap peringkat perlu menampilkan akhlak yang baik; seterusnya menjadi rakan kongsi / rakan strategic kepada Kementerian Belia dan Sukan agar program-program untuk mendekati anak muda akan lebih bersasar dan efektif. Sdr. Nurul Qomar juga mengesyorkan pimpinan ARMADA diberikan latihan pilihanraya dan kursus kepimpinan yang lebih banyak dan secara lebih kerap bagi mempersiapsiagakan ARMADA ke arah PRU15. Akhir sekali, beliau meminta supaya ARMADA “deliver” segala kudrat dan usaha kepada parti dan rakan-rakan belia dalam kawasan agar parti akan mudah didekati serta dapat diterjemah kepada undi kepada parti dalam PRU15. WAKIL ARMADA PULAU PINANG - Sdr. Ibrahim Zolbahar (Naib Ketua ARMADA Negeri Pulau Pinang) Sdr. Ibrahim menyatakan anak muda bersifat berani dan ARMADA juga perlu menegakkan keberanian, mempertahankan kebenaran untuk mengajak lebih ramai anak muda menyertai ARMADA BERSATU. Sdr. Ibrahim menegaskan belia adalah tunjang utama dalam pembangunan modal insan, pertumbuhan ekonomi serta menentukan hala tuju politik negara. Bagi menjadi pembela yang baik, kita mestilah mendalami dan menyelami akan permasalahan yang timbul di kalangan belia bumiputra. Akhir sekali, para perwakilan perlu memahami dan menjiwai permasalahan rakyat dan perlu diangkat isu-isu atau masalah-masalah rakyat ini ke medan yang sewajarnya kerana rakyat yang membawa perubahan senario politik tanah air mukthahir ini. WAKIL MAHASISWA UNITED - Sdr. Muhammad Airil Fitri bin Jalalludin Sdr. Muhammad Airil memberi penekanan tentang masalah capaian internet dan memohon kerajaan untuk memberi penekanan terhadap masalah capaian internet dan diberi perhatian khusus terutamanya di kawasan luar bandar. Sdr. Muhammad Airil mencadangkan agar ARMADA NASIONAL mempertahankan usaha Dato’ Seri Peja dalam pelaksanaan had umur belia 15-30 tahun dan memohon kepada Dato’ Seri Peja agar meneruskan pelaksanaan tersebut pada 1 januari 2022 ini. (sambungan di halaman sebelah..) AGENDA 9 (samb.)


MINIT P.A.T. ARMADA KALI KE-3 - 15 - AGENDA 9 (samb.) (samb.) Sdr. Muhammad Airil juga menegaskan agar had umur ARMADA dapat dikekalkan bagi memastikan kelancaran pentadbiran ARMADA dapat diterajui oleh pemimpin-pemimpin muda yang berkaliber serta meremajakan ARMADA nasional, bahagian, dan cawangan. WAKIL ARMADA WILAYAH PERSEKUTUAN - Sdr. Mohamad Aziq bin Md Aris Sdr. Mohamad Aziq menyatakan ARMADA perlu menjadi nadi dalam membantu golongan belia bandar ini untuk keluar dari miskin bandar bukan sekadar agihan bakul makanan, tetapi mengusahakan bantuan biasiswa kepada belia miskin. Sdr. Mohamad Aziq juga mengesyorkan agar ARMADA perlu mempuyai polisi-polisi yang baik pada golongan belia ini supaya mereka yakin untuk menjadikan bandar sebagai tempat bermastautin dan juga tempat untuk mereka mengundi. Beliau akhiri ucapan dengan mengajak semua mempertahankan parti. Harus diteruskan perjuangan ini bersama. Tamatkan pergaduhan dalaman, dan cari jalan penyelesaian. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. WAKIL ARMADA TERENGGANU - Sdr. Aziman Hadi bin Nazri (Ketua ARMADA Terengganu) Sdr. Aziman menitikberatkan tentang soal perpaduan kepada para perwakilan. Sifat perpaduan didalam parti kita sendiri perlu diterjemahkan secara lebih mendalam lagi seperti termaktub didalam buku perlembagaan parti kita, dan ini juga selari dengan ciri-ciri perlembagaan persekutuan. Tindak tanduk kita janganlah sampai merugikan parti kita secara keseluruhan, dan akhirnya kita memberi manfaat dan sekaligus menguntungkan kepada parti yang berkepentingan peribadi. Sesungguhnya bimbingan dan galakkan politik ini membolehkan kita berjuang mengikut cara yang sihat, penuh tradisi, penuh keinsafan dan penuh rasa tanggungjawab. Dan corak perjuangan yang kita bawa amatlah penting. Akhir sekali, Sdr. Aziman mengajak semua marilah kita sama-sama bermuhasabah. Marilah kita kembali kepada roh perjuangan kita. Marilah kita bersatu demi menjaga perpaduan bersama. WAKIL ARMADA MELAKA - Sdr. Afiq Nazmi bin Azharin (Ketua ARMADA Melaka) Sdr. Afiq menyeru agar ARMADAD dan kerajaan memberi penekanan kepada subjek kemahiran atau bidang kursus teknikal yang mampu memberi nilai tambah kepada belia dan anak muda yang tercicir daripada pelajaran akibat pandemik COVID19. (sambungan di halaman sebelah..)


MINIT P.A.T. ARMADA KALI KE-3 - 16 - AGENDA 9 (samb.) (samb.) Sdr. Afiq juga mencadangkan agar diberi sokongan dan bantuan yang boleh kerajaan berikan kepada golongan belia dan lepasan universiti untuk memulakan perniagaan yang sistematik dan terkawal iaitu melalui program perniagaan francais. WAKIL EXCO ARMADA - Sdr. Muhammad Harris Idaham Abdul Rashid (EXCO ARMADA Nasional) Sdr. Harris mengesyorkan implimentasi-implimentasi perkara-perkara penting yang melibatkan sayap ARMADA iaitu undi 18 dan penurunan had umur belia daripada 30 tahun. Antara elemen yang paling mustahak adalah keyakinan tentang apa yang kita buat dalam parti ini dan ini merupakan salah satu sebab utama mengapa AKSARA ini ditubuhkan. Kerana sebagai parti yang baru berusia enam tahun. Sdr. Harris menyatakan parti BERSATU mempunyai masa depan cerah apabila kesemua jentera daripada pelbagai peringkat dan pelusuk kepimpinan ARMADA, tanpa mengira lelah, sanggup berkampung dan berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan parti Perikatan Nasional menang di PRN dan PRU. WAKIL ARMADA SARAWAK - Sdr. Alexander Anak Frusis (Ketua ARMADA Sarawak) Sdr. Alex menzahirkan penghargaan kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kerana telah membantu dan meluluskan beberapa perkara penting buat wilayah Sarawak secara amnya. Sdr. Alex juga menyatakan bahawa BERSATU menghormati persefahaman antara kerajaan negeri dibawah pimpinan GPS namum berharap dalam proses rundingan kerusi dapat dibuat sebaiknya dan seadilnya buat BERSATU / ARMADA Sarawak. Sdr. Alex seru para perwakilan agar kekal teguh bersama di bawah kepimpinan YB Senator Wan Ahmad Fayhsal selaku Ketua ARMADA Nasional sehingga habis penggal. WAKIL ARMADA PERLIS - Sdr. Mohd Hafis bin Yahaya (Naib Ketua ARMADA Perlis) Sdr. Mohd Hafis menitikberatkan tentang integriti dalam sebarang hal utamanya dalam perjuangan politik dan organisasi. Integriti adalah nilai yang semua manusia sepakat akan kepentingannya tidak kira agama, kaum dan bangsa. Sdr. Mohd Hafis juga tegaskan jika hilangnya integriti dalam sebuah negara telah merugikan ummat manusia. tidak boleh tidak nilai integriti ini perlu dididik sejak di bangku sekolah lagi, supaya masa depan negara ini terjamin.


MINIT P.A.T. ARMADA KALI KE-3 - 17 - UCAPAN PENANGGUHAN PERSIDANGAN - Sdr. M.U. Raja (Wakil Sayap Bersekutu) Sdr. M.U. Raja menyatakan semangat perpaduan berteraskan rukun negara ini merupakan satu tunjang utama yang menyebabkan parti bersatu sudi membuka pintu bagi penubuhan sayap bersekutu. Sdr. M.U. Raja juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Presiden BERSATU yang berani dan tegas terhadap pendirian beliau mempertahankan sekolah vernakular di dalam negara kita ini. sekolah vernakular merupakan satu identiti dan keunikan kita iaitu mewakili pelbagai kaum di pentas antarabangsa. Sdr. M.U. Raja mengajak semua agar bersama berganding bahu supaya aspirasi parti kita dapat membawa Abah menjadi PM yang ke-10. UCAPAN PENANGGUHAN PERSIDANGAN - Sdr. Caesar Mandela Malakun (Naib Ketua ARMADA Nasional) Sdr. Mandela memperingati semua agar menghulurkan tangan persahabatan bermunasabah dan beristiqamah untuk memastikan kestabilan negara dan mengutamakan keselamatan rakyat dalam segala kelengkapan dan segala yang ada dalam tangan. Sdr. Mandela menyeru agar para perwakilan dan segenap lapisan pimpinan ARMADA agar yakin lah bahawa parti BERSATU berada di landassan politik yang betul. UCAPAN PENANGGUHAN PERSIDANGAN - YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal (Ketua ARMADA Nasional) YB Senator berseutuju bahawa parti BERSATU ialah sebuah parti nasional yang mahu membina karakter nasional. Kedua, parti ini perlu sentiasa mendengar suara akar umbi dan mengamalkan politik khidmat. Inisiatif armada biz akan diperkasa untuk membantu ahli armada. Ketiga, armada perlu jadi contoh kepada parti berkenaan integriti dan perkuat hubungan antara parti lain. Fokus ARMADA adalah PRU15 dan akan bekerja keras. Walaupun lelah tapi mempunyai semangat yang kuat. Kuota 30 peratus calon muda adalah berpatutan. Akhir sekali, YB Senator nyatakan bahawa ARMADA akan menjulang Presiden kita sebagai calon Perdana Menteri ke 10. PERSIDANGAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6:53 PETANG. AGENDA 10 AGENDA 11


SENARAI JAWATANKUASA ARMADA BERSATU MALAYSIA 2020 - 2023 - 18 - YB Wan Fayhsal Ketua ARMADA Faiz Rahmad Pen. Setiausaha Syafiq Zane Pen. Bendahari Ashraf Mustaqim Ketua Penerangan Syaiful Shahli Timb. Pengerusi Tetap Zahin Zainal Pengerusi Tetap Khairul Amilin EXCO ARMADA Zulfadhly Zulkifly EXCO ARMADA Adi Farhan EXCO ARMADA / AMPT Afiq Nazmi EXCO ARMADA Zikri Zulkifli EXCO ARMADA / KA Penang Ahmad Sobree EXCO ARMADA Firdaus Rashid EXCO ARMADA Jun - Abdul Mutalib EXCO ARMADA Hariz Faisal EXCO ARMADA Farhan Abdul Rahim EXCO ARMADA (sambungan di halaman sebelah..)


- 19 - Alif Rosli EXCO ARMADA Firdaus Yusoff EXCO ARMADA Siddiq Azani EXCO ARMADA Ahmad Ridhwan EXCO ARMADA Harris Idaham Rashid EXCO ARMADA Sayed Mu’izz Pengerusi Biro Asyraf Halim Pengerusi Biro Meor Naqiuddin Pnegerusi Biro YB Dr. Aleef Pengerusi Biro Mohd Ruzaini Pengerusi Biro Syafiq Sam Setiausaha Kerja Izhar Shah Setiausaha Kerja Ketua-Ketua ARMADA Negeri Shamsuddin Paijan KA Johor Qomar Abd Talib KA Pahang Safwan Manoga KA Wilayah Persekutuan Saffuan Sabari KA Kedah Danni Rais KA Negeri Sembilan Aziman Hadi KA Terengganu Faizul Ismail KA Perak Salahuddin Mustapha KA Selangor Alexander Frusis KA Sarawak Nas Azreel KA Kelantan Arib Abu Kasim KA Melaka Affan Jumahat KA Sabah Abdul Latiff KA Perlis (*kemaskini terkini, Mac 2023)


PENYATA TAHUNAN 2021 - 20 - LAPORAN TAHUNAN ARMADA BERSATU MALAYSIA TAHUN 2021 - KOMPOSISI JUMLAH KEAHLIAN ARMADA MENGIKUT NEGERI - PERLIS 1,871 KEDAH 10,113 PULAU PINANG 3,891 PERAK 9,190 WILAYAH PERSEKETUAN 5,324 SELANGOR 11,739 NEGERI SEMBILAN 11,350 MELAKA 8,267 JOHOR 12,190 PAHANG 4,212 SABAH 25,719 SARAWAK 1,657 KELANTAN 10,759 TERENGGANU 4,474 - JUMLAH AHLI ARMADA SELURUH MALAYSIA - 120,756


STATISTIK PERWAKILAN 2022 - 21 - 7 77 72 148 66 98 42 12 102 58 78 31 51 842 -


ARMADA BERSATU 2022 GERAK KERJA


- 23 -


- 24 -


- 25 -


- 26 -


WAKILI RAKYAT 2018 - 2022 ARMADA


ARMADA WAKILI RAKYAT 2018-2022 - 28 - YB WAN AHMAD FAHSAL Ahli Parlimen Machang Memenangi kerusi Parlimen Machang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada tahun 2022. YB TN. HAJI. ISLAHUDDIN ABAS Ahli Parlimen Mersing Memenangi kerusi Parlimen Mersing dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada tahun 2022. YB WAN ZIKRI AFTHAR ADUN Tambun Tulang Memenangi kerusi DUN Tambun Tulang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada tahun 2022. YB SYED LUKMAN HAKIM ADUN Chenderoh Memenangi kerusi DUN Chenderoh dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada tahun 2022. YB. DR. ALEEF ADUN Sungai Udang Memenangi kerusi DUN Sungai Udang dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada tahun 2021. YB MOHD FIRDAUS ADUN Kuah Memenangi kerusi DUN Kuah dalam Pilihan Raya Negeri Umum ke-14 pada tahun 2018. YB HILMAN IDHAM ADUN Gombak Setia Memenangi kerusi DUN Gombak Setia dalam Pilihan Raya Negeri Umum ke-14 pada tahun 2018.


CATATAN / NOTA - 29 -


Click to View FlipBook Version