. .
PERKARA Isi Kandungan Lirik Lagu ‘Negaraku’ & ‘Perjuangan Kita’ Perutusan Presiden Perutusan Timbalan Presiden Perutusan Setiausaha Agung Perutusan Ketua ARMADA BERSATU Malaysia Visi, Misi & Teras Budaya ARMADA Notis Persidangan Aturcara & Agenda Persidangan Minit Persidangan Tahun 2020 Penyata Tahunan ARMADA bagi Tahun 2020 / 2021 Penyata Kewangan ARMADA bagi Tahun 2020 / 2021 Senarai Jawatankuasa ARMADA BERSATU Malaysia 2020 - 2023 Statistik Perwakilan ARMADA BERSATU Se-Malaysia Laporan Gerak Kerja ARMADA BERSATU MS. i ii - iii 01 02 03 04 05 06 07 10 14 15 16 20 22 ISI KANDUNGAN i
NEGARAKU Negaraku... Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup Bersatu dan maju (Korus) Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta (Ulang Korus) ii
PERJUANGAN KITA iii Marilah Kita Bangun Berjuang Bersatu Untuk Malaysia Gemilang Walau Apapun Rintangan Teruskan Perjuangan Jangan Gentar Berani Kerana Benar Maruah Dijunjung, Nilai Murni Disanjung Amalkan Kebajikan, Cegah Kemungkaran Pastikan Parti Berintegriti Bersedia Untuk Berkorban Bersatu Jadi Harapan Marilah Bersama Mencipta Sejarah Berjuang Dengan Semangat Yang Membara Becerai Kita Roboh Bersatu Kita Teguh Bersatu Untuk Malaysia BERSATU!!!
PERUTUSAN PRESIDEN 01 YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah melakar sejarahnya yang tersendiri. Parti ini yang lahir di tengah-tengah perubahan minda politik Melayu dan perubahan landskap politik negara mewakili aspirasi rakyat yang mahukan citra politik berasaskan nilai-nilai integriti, amanah dan keprihatinan kepada rakyat. Ini adalah nilai-nilai politik baharu yang selari dengan aspirasi orang Melayu dan Bumiputera serta rakyat keseluruhannya yang mahukan perubahan daripada politik lama yang hanya berkisar tentang kuasa dan kekayaan kelompok tertentu sehingga meminggirkan kepentingan negara dan kebajikan rakyat terbanyak. Dalam menghadapi cabaran di pentas politik negara, BERSATU terbukti kekal dengan prinsipnya memerangi rasuah dan salah guna kuasa serta sentiasa mempertahankan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Kita menjunjung kebebasan badan kehakiman dan prinsip pengasingan kuasa yang menjadi asas sebuah negara demokrasi yang sebenar. Kita terus mendokong pilihanraya yang bebas, adil dan saksama dalam sistem demokrasi berparlimen. Kita tidak akan menggadaikan prinsip ini atas sebab apa sekali pun kerana kita tahu akhirnya rakyat yang akan membuat keputusan dalam pilihanraya yang bebas. Ini adalah nilai dan citra politik baharu yang didokong oleh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Citra politik yang dibawa oleh BERSATU adalah citra politik masa kini dan masa hadapan. Justeru, yakinlah. Selagimana kita berpegang teguh kepada nilai-nilai politik yang murni, nilai-nilai yang menjadi asas penubuhan parti kita yang juga merupakan nilai-nilai yang disanjung oleh rakyat, insyaAllah parti kita akan sentiasa mendapat dokongan rakyat. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan ke Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU 2021. Ambillah peluang persidangan kali ini untuk memperkukuhkan perpaduan sesama kita dan memperteguhkan semangat perjuangan kita. Salam perjuangan
PERUTUSAN TIMBALAN PRESIDEN 02 YB DATO’ SERI AHMAD FAIZAL BIN DATO’ AZUMU TIMBALAN PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh ... Pertamanya, saya merasa amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya kita akan sekali lagi mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan kali yang ke-4 pada tahun ini. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Sayap Srikandi Malaysia dan Sayap Armada Malaysia yang telah berjaya mengadakan persidangan. Pada masa yang sama saya juga ingin mengucapkan selamat datang kepada wakil-wakil persidangan dari Sayap Bersekutu Malaysia yang turut bersama menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan pada tahun ini. Dalam begitu banyak keterbatasan, BERSATU telah pun memasuki usia lima tahun penubuhannya. BERSATU lahir dari sebuah perjuangan yang ikhlas dan murni di dalam usaha membina sebuah kerajaan yang amanah, jujur dan mengutamakan kebajikan rakyat. Alhamdulillah, betapa saya masih ingat, begitu banyak lelah dan keringat yang telah dikorbankan oleh pendokong-pendokong BERSATU dan alhamdulillah rakyat merestui perjuangan ini. Dalam meniti tempoh usia yang masih baru penubuhannya, kita telah melalui Pilihan raya ke-14, beberapa siri PRK dan PRN. Yang paling terkini ialah PRN Sabah dan PRN Melaka. Pilihan raya Negeri Melaka adalah manifestasi bahawa kita perlu mengukuhkan jentera parti dan yang paling utama mengeratkan keutuhan sesama kita. Pentadbiran Bahagian ada tanggungjawab untuk membimbing cawangan sehingga mereka mampu berdiri dan gagah mengadakan persidangan masing-masing dan berterusan menambahkan cawangan. Kursus-kursus jugs perlu diadakan dalam usaha memantapkan jati diri dan ilmu ahli BERSATU dalam mendepani pilihan raya. Selaku Timbalan Presiden dan Pengerusi Biro Pengurusan Parti BERSATU, adalah menjadi hasrat saya untuk kita semua terus memantapkan pengurusan parti di setiap peringkat kepimpinan sama ada di peringkat bahagian serta cawangan. Saya akan usahakan jika kita boleh kerap mengadakan pertemuan dan memantapkan pengurusan parti bermula dengan Badan Pimpinan Negeri dan Bahagian-Bahagian. Dengan cara ini saya berharap kita boleh mencapai kesepakatan, memantapkan pengurusan dan mengutarakan pandangan serta cadangan demi memperkasakan Parti kita. Bukalah pintu ini seluas-luasnya untuk semua yang ingin berjuang bersama kita. Mudah-mudahan Allah SWT ikhlaskan hati kita, memudahkan segala usaha kita dan dibuka jalan untuk kita semua di dalam membina parti ini. Mudahmudahan dengan cara ini rakyat akan melihat keikhlasan kita, perjuangan dan kepimpinan yang dibawa oleh Yang Berhormat Tan Sri Presiden kita. Akhirnya, saya mendoakan semoga Allah SWT memudahkan segala usaha kita, mempertingkatkan kesabaran dan teguhkan pendirian kita dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan yang mendatang demi sebuah perjuangan yang kita dokong bersama. Saya dengan ini mengucapkan selamat bersidang kepada anda semua. BERSATU! BERSATU! BERSATU!
PERUTUSAN SETIAUSAHA AGUNG 03 YB DATO’ SERI HAMZAH ZAINUDIN SETIAUSAHA AGUNG PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan izin-Nya jua kita dapat berkumpul dan bersama dalam Persidangan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia bagi tahun 2021. Selamat datang saya ucapkan kepada semua perwakilan yang hadir menunaikan tanggungjawab sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Persidangan Agung Tahunan merupakan platform terbaik bagi para perwakilan mengangkat suara rakyat keperhatian pimpinan utama parti yang juga mempunyai peranan dalam menentukan dasar dan perancangan negara. PAT juga merupakan perhimpunan utama yang menghimpunkan semua pimpinan BERSATU dari semua peringkat seluruh negara bagi memperhalusi segala cadangan atau maklum balas yang diangkat oleh para perwakilan. Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua para perwakilan untuk memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya bagi mencerminkan kredibiliti, aspirasi dan kemampuan parti di mata rakyat Malaysia. Gunakan kesempatan ini bukan sahaja untuk memperkukuhkan saf perjuangan antara ahli-ahli BERSATU, tetapi juga untuk membuktikan BERSATU adalah sebuah parti yang benar-benar inklusif untuk semua golongan seiring dengan cogan kata “BERSATU untuk Malaysia”. Saya berdoa agar kita semua dapat terus istiqamah menjunjung setia perjuangan parti dan berjuang dengan semangat yang membara. Kepada semua perwakilan, selamat bersidang saya ucapkan. Sekian, terima kasih.
PERUTUSAN KETUA ARMADA 04 YB SENATOR WAN AHMAD FAYHSAL BIN WAN AHMAD KAMAL KETUA ARMADA PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. Setinggi-tinggi syukur kita persembahkan kepada Raja sekalian alam kerana dengan samudera rahmat dan kurnia nikmat-Nya, kita berpeluang untuk menganjurkan Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-4 ini. Salawat serta salam buat junjungan tauladan seluruh semesta, Nabi Muhammad saw, dan juga para sahabat baginda. Perjuangan merekalah yang menjadi kompas penunjuk arah buat persidangan ini. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua ahli BERSATU, khususnya sayap ARMADA dari seluruh negara, yang turut menyertai Perhimpunan Agung Tahunan kali ini. Sedari awal penubuhannya, parti ini terus konsisten menjulang aspirasi anti-rasuah, memakmurkan nilai amanah dan integriti, serta memberi tumpuan kepada kebajikan dan harapan rakyat. Tahun ini, selain meneruskan cita-cita perjuangan tersebut, kita juga ditugaskan dengan sebuah misi untuk mengorak langkah baharu. Misi ini adalah membentuk identiti parti berteraskan falsafah dan nilai-nilai Melayu-Bumiputra. Identiti baharu inilah yang akan menjadi pelita untuk menerangi laluan buat masa hadapan parti dan negara. Identiti inilah yang akan menjadi modal pembinaan negara bangsa kita. Rakan-rakan, semboyan perubahan sudah berbunyi. Bahtera perjuangan sedang menanti. Ini masanya kita menyingsingkan lengan, melebarkan layar dan menyusur ke medan masa hadapan. Memetik untaian seorang penyair: “Kesedaran adalah matahari. Kesabaran adalah bumi. Keberanian menjadi cakrawala. Dan perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata.” BERSATU demi agama, demi bangsa, demi negara!
VISI, MISI & TERAS BUDAYA ARMADA 05 VISI MISI Melahirkan pemimpin-pemimpin dalam kalangan pemuda yang berintegriti, moderat dan unggul dalam mendukung perlembagaan negara, dan memperjuangkan martabat Agama, Bangsa dan Negara Mengumpulkan pemimpin-pemimpin dalam kalangan pemuda Melayu-Bumiputra dan menyediakan latihan untuk mengembangkan lagi kualiti pemimpin yang ada. Menyediakan platform bagi pemuda bumiputra untuk mengasah pemimpinan melalui anjuran program-program kepimpinan serta kemasyarakatan. Menjalankan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada anak muda untuk menarik lebih ramai menyertai parti. LIMA (5) TERAS BUDAYA ARMADA INTEGRITI BERANI TERSUSUN AKAUNTABILITI TERBUKA Mengamalkan nilai integriti yang tinggi dalam menggalas tugas yang diberikan. Sentiasa terbuka untuk berkolaborasi dengan pihak lain dan juga terbuka menerima pujian dan kritikan membina untuk tujuan penambahbaikan melalui saluran yang betul. Keberanian adalah pakaian pemuda, ahli ARMADA perlu berani tampil mengemukakan pendapat, mempertahankan hak dan memberi kritikan. Melaksanakan tugasan dengan cara yang tersusun. Bermula daripada peringkat perancangan, pelaksanaan dan dokumentasi. Sentiasa bertanggungjawab terhadap hasil yang diperolehi tanpa menyalahkan pihak lain.
NOTIS PERSIDANGAN 06 SULIT NOTIS PERSIDANGAN ARMADA BERSATU NASIONAL KALI KE-3 1 ………………………………………………… ANGKATAN BERSATU ANAK MUDA (ARMADA) PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA PENOLONG SETIAUSAHA NO 18A, JALAN PERSIARAN BARAT, PJS 52, 46200, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN Rujukan Kami :SUK/ARMADA/PAT/12-2021 Tarikh : 3 Disember 2021 PENGERUSI TETAP ARMADA NASIONAL TIMBALAN PENGERUSI TETAP ARMADA NASIONAL AHLI JAWATANKUASA ARMADA NASIONAL KETUA-KETUA ARMADA BAHAGIAN YB Senator/Ybhg/Tuan/Encik NOTIS PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN ANGKATAN BERSATU ANAK MUDA (ARMADA) KALI KE-3 2021 Semoga YB Senator/Ybhg/Tuan/Encik dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Merujuk kepada Peraturan ARMADA Perkara 8.1, maka Perhimpunan Agung Tahunan ARMADA Malaysia akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat sperti berikut. TARIKH : 18 DISEMBER 2021 (SABTU) MASA : 8.00 PAGI hingga 6.00 PETANG TEMPAT : HALL 11, TINGKAT 3, KOMPLEKS MITEC (Malaysian International Trade and Exhibition Centre, Jalan Dutamas Kuala Lumpur) 3. Sehubungan dengan itu, perwakilan diharap dapat menghadirkan diri ke Perhimpunan Agung ARMADA Kali Ke-3. Dinasihatkan perwakilan untuk membawa notis ini, watikah perwakilan, akuan sumpah insolvensi dan kad pengenalan semasa sesi pendaftaran. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan Amanah, MUHAMMAD FAIZ BIN RAHMAD Penolong Setiausaha ARMADA Nasional Parti Pribumi BERSATUMalaysi 03-8317 0180 03-7931 1660 [email protected]
ATURCARA PERHIMPUNAN 07 MASA : TEMPAT : MASA : TEMPAT : PAKAIAN : MASA 6.30 PM : 6.45 PM : 7.05 PM : 7.15 PM : 8.15 PM : 10.00 PM : MASA : TEMPAT : PAKAIAN : MASA : TEMPAT : PAKAIAN : NOTA : NOTA : MAJLIS MAKAN MALAM PRESIDEN 19 DISEMBER 2021 (AHAD) PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA 8.00 PAGI - 9.30 PAGI (PENDAFTARAN) ; 9.30 PAGI - 11.00 PAGI (PERASMIAN) PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN ARMADA BERSATU MALAYSIA ATURCARA MAJLIS MAKAN MALAM SANTAI ARMADA SE-MALAYSIA **JEMPUTAN KEPADA SEMUA PERWAKILAN ARMADA SE-MALAYSIA DAN PIMPINAN ARMADA NASIONAL PERASMIAN PERSIDANGAN SAYAP OLEH YB DATO' SERI AHMAD FAIZAL AZUMU, TIMBALAN PRESIDEN BERSATU MAKAN MALAM SANTAI ARMADA SE-MALAYSIA (FOODTRUCK) 18 DISEMBER 2021 (SABTU) 17 DISEMBER 2021 (JUMAAT) PENDAFTARAN BEBAS SILA RUJUK ATURCARA YANG DISEDIAKAN OLEH HQ SILA RUJUK ATURCARA YANG DISEDIAKAN OLEH HQ HALL 9 & 10, TINGKAT 3, KOMPLEKS MITEC HALL 11, TINGKAT 3, KOMPLEKS MITEC 11.30 PAGI - 6.00 PETANG BAJU MELAYU MERAH / BERSAMPIN / SONGKOK BAJU MELAYU MERAH / BERSAMPIN / SONGKOK 6.30 PETANG - 10.00 MALAM HALL 8, TINGKAT 2, KOMPLEKS MITEC KETIBAAN SEMUA PERWAKILAN KETIBAAN KEPIMPINAN ARMADA NASIONAL SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH SESI SOAL JAWAB PERWAKILAN & KETUA ARMADA NASIONAL SESI SOAL JAWAB PERWAKILAN & PIMPINAN ARMADA NASIONAL PROGRAM TAMAT BERMULA DARI JAM 12.00 TENGAH HARI KAUNTER PENDAFTARAN 11, TINGKAT 3, KOMPLEKS MITEC ATURCARA
AGENDA P.A.T. 08 MASA : TEMPAT : PAKAIAN : MASA 11.30 AM : 11.40 AM : 11.50 AM : 11.55 AM : 12.00 PM : 12.20 PM : 12.30 PM : 1.10 PM : 1.20 PM : BAJU MELAYU MERAH / BERSAMPIN / SONGKOK **JEMPUTAN KEPADA SEMUA PERWAKILAN ARMADA SE-MALAYSIA DAN PIMPINAN ARMADA NASIONAL **SEBARANG PERUBAHAN MASA TERTAKLUK DARI SEMASA KE SEMASA MEMBENTANGKAN PENYATA KEWANGAN ARMADA 2020 / 2021 - Sdr. Syafiq Zane (Penolong Bendahari ARMADA Nasional) UCAPAN DASAR KETUA ARMADA NASIONAL - YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal MEMILIH 10 ORANG PERWAKILAN ARMADA KE PERHIMPUNAN AGUNG SELARAS DENGAN FASAL 12.4.5 PERLEMBAGAAN AGENDA PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN (PAT) ARMADA MALAYSIA KE-3 BACAAN DOA & AYAT SUCI AL-QURAN NYANYIAN LAGU 'NEGARAKU' & 'PERJUANGAN KITA' PEMBENTANGAN LAPORAN RINGKAS, KEHADIRAN PERWAKILAN & MENJEMPUT PENGERUSI SERTA TIMBALAN PENGERUSI TETAP - Sdr. Faiz Rahmad (PSU ARMADA Nasional) PESANAN PENGERUSI TETAP MEMBENTANGKAN PERINGATAN PERSIDANGAN PERHIMPUNAN AGUNG ARMADA YANG LALU & PENYATA TAHUNAN ARMADA - Sdr. Faiz Rahmad (PSU ARMADA Nasional) 11.30 PAGI - 6.00 PETANG HALL 11, TINGKAT 3, Kompleks MITEC AGENDA PENANGGUHAN SEMENTARA PAT - MAKAN TENGAH HARI & SOLAT ZOHOR 18 DISEMBER 2021 (SABTU) PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN (PAT) ARMADA MALAYSIA KE-3 (SAMBUNG SESI PETANG)
AGENDA P.A.T. 09 MASA 2.00 PM : 5.10 PM : 5.20 PM : 5.50 PM : TANGGUHAN PERSIDANGAN UCAPAN PENANGGUHAN PERSIDANGAN OLEH NAIB KETUA ARMADA NASIONAL - Sdr. Caesar Mandela Malakun UCAPAN PENANGGUHAN PERSIDANGAN OLEH KETUA ARMADA NASIONAL - YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal AGENDA PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN (PAT) ARMADA MALAYSIA KE-3 AGENDA PERSIDANGAN DITANGGUHKAN (SESI PETANG) MENYOKONG DAN MEMBAHAS UCAPAN DASAR KETUA ARMADA NASIONAL CADANGAN MENYOKONG UCAPAN DASAR KETUA ARMADA NASIONAL - Wakil EXCO ARMADA Nasional - Wakil ARMADA Negeri Kedah - Wakil ARMADA Negeri Kelantan - Wakil ARMADA Negeri Pahang - Wakil ARMADA Negeri Pulau Pinang - Wakil Mahasiswa United - Wakil ARMADA Wilayah Persekutuan - Wakil ARMADA Negeri Sembilan - Wakil ARMADA Negeri Terengganu - Wakil ARMADA Negeri Melaka - Wakil EXCO ARMADA Nasional - Wakil ARMADA Negeri Sarawak - Wakil ARMADA Negeri Perlis - Wakil G5 ARMADA Nasional - Wakil G5 ARMADA Nasional - Wakil ARMADA Negeri Sabah - Wakil ARMADA Negeri Johor - Wakil ARMADA Negeri Perak - Wakil ARMADA Negeri Selangor
MINIT PERSIDANGAN TAHUN 2020 10 MINIT PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN ANGKATAN BERSATU ANAK MUDA PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA 28 November 2020 (Sabtu) 11:30 pagi - 12.08 tengah hari Tingkat 6, Premiera Hotel Jalan Tuanku Abdul Rahman Jumlah Perwakilan yang Layak Hadir : 352 Orang Perwakilan Jumlah Perwakilan yang Hadir : 328 Orang Perwakilan AGENDA 1 : AGENDA 2 : AGENDA Ucapan YAB Timbalan Presiden, YAB Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Haji Ahmad Azumu Antara intipati ucapan Perasmian Persidangan ARMADA dari Timbalan Presiden, YAB Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu. "ARMADA sebagai pergerakan anak muda dalam parti BERSATU, maka Armada adalah pewaris kepimpinan Bersatu, jatuh bangun parti adalah terletak dalam tangan Armada. Keupayaan mengadun realisme dan juga realiti politik adalah kemahiran penting dan perlu dikuasai ahli Bersatu utamanya Armada untuk memeberi manfaat kepada masyarakat, negara sebegitu parti Bersatu. Armada harus menjadi forum yang besar yang mampu menampung aspirasi segenap lapis masyarakat, dari golongan intelek, ilmuwan, agamawan, budayawan, petani dan lain-lain. Kuncinya adalah melalui POLITIK KASIH SAYANG. Jangan jadikan politik medan permusuhan melainkan forum untuk cambah idea dan berbakti buat masyarakat. PERKARA Bacaan doa dipimpin oleh Sdr. Hazwan, Setiausaha Kerja ARMADA Wilayah Persekutuan
MINIT PERSIDANGAN TAHUN 2020 11 AGENDA 4 Ucapan Dasar Ketua ARMADA Nasional, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal YB Ketua Armada menekankan mengenai isu perpaduan di dalam parti terutama antara Ketua Bahagian dan Ketua Armada Bahagian. Kerjasama erat perlu dipupuk antara semua pihak untuk memastikan BERSATU bergerak secara bersama – sama dan tidak berpecah–pecah. Beliau juga menyentuh soal integiriti kepimpinan dan ahli parti yang membangkitkan isu berkenaan kontrak dan jawatan. Beliau bimbang BERSATU akan ditolak oleh rakyat kerana sikap pemimpinnya yang menyalah guna kuasa dan mengamalkan rasuah seperti yang terjadi kepada UMNO. 5 Teras dibentangkan oleh YB Senator Ketua Armada - Teras 1: Belia Kunci Kejayaan - Teras 2: Anak Muda Mahir dan Maju - Teras 3: Kehidupan Berkualiti - Teras 4: Golongan Rentan - Teras 5: Malaysia di Persada Dunia Beliau juga membangkitkan mengenai peranan wanita yang sepatutnya diberi ruang yang lebih di dalam perti terutama dalam golongan wanita muda. Wanita merupakan penggerak utama parti dan perlu bersedia dengan pelapis untuk memimpin BERSATU dan negara pada masa akan datang. BERSATU perlu membangunkan budaya baru iaitu berkepimpinan, berwawasan, beramanah dan berintegriti. Perbezaan ini akan membantu penerimaan rakyat terhadap BERSATU yang berjuang dengan ikhlas. AGENDA 3 : Memilih 10 Orang Perwakilan ARMADA ke Perhimpunan Agung selaras dengan Fasal 12.4.5 Perlembagaan Perwakilan yang dipilih ialah: 1. HENRY BIN HAMDAN 2. ABDUL MUTALIB BIN HASAN 3. KHAIRUL AMILIN BIN ABDULLAH SHUKOR 4. ALIF BIN ROSLI 5. HARIZ FAISAL BIN ISMAIL 6. MOHD AMIR FITRI BIN MUHARAM 7. JOHAINIZAMSHAH BIN JOHARI 8. MOHAMAD FIRDAUS BIN MOHD RASHID 9. MUHAMMAD ZIKRI BIN ZULKIFLI 10. MUHAMAD ZULFADHLY BIN ZULKIFLY
MINIT PERSIDANGAN TAHUN 2020 12 AGENDA 5 : AGENDA 6 : AGENDA 7 : Perbahasan Menyokong Ucapan Dasar & Usul Ketua ARMADA Nasional - Wakil Negeri Perak - Sdr. Wan Meor Safwat Naqiuddin bin Shamsudin (Ketua ARMADA BERSATU Bahagian Parit) ARMADA Perak menyokong ucapan dasar dan mencadangkan 2 perkara iaitu: - Menubuhkan sayap Mahasiswa BERSATU Negara dibawah Sayap Armada Nasional; - Umur pencen perlu dikekalkan dan tidak perlu diubah. Perbahasan Menyokong Ucapan Dasar & Usul Ketua ARMADA Nasional - Wakil Negeri Johor - Sdr. Mohd Syafiq bin Khairul Sam (Ketua ARMADA BERSATU Bahagian Bakri) ARMADA Johor menyokong ucapan dasar dan mencadangkan 2 perkara iaitu: - Ungguli Produktiviti Anak Muda menerusi pemerkasaan TVET; - Inisiatif perumahan yang peka dan memfokuskan kepada golongan pertengahan untuk mencapai kehidupan berkualiti. Perbahasan Menyokong Ucapan Dasar & Usul Ketua ARMADA Nasional - Wakil Negeri Terengganu - Sdr. Abdul Muhaimin (Ketua ARMADA BERSATU Bahagian Hulu Terengganu) ARMADA Terengganu menyokong ucapan dasar dan mencadangkan 2 perkara iaitu: - Pembelaan golongan Orang Kurang Upaya (OKU); - 20% daripada calon pilihanraya dan lantikan mestilah dari kalangan anak muda.
MINIT PERSIDANGAN TAHUN 2020 Disahkan Oleh : Tandatangan Asal : T/T ………………………………………. Akmal Zahin bin Zainal PENGERUSI TETAP ARMADA NASIONAL Tandatangan Asal : T/T ………………………………………. Muhammad Faiz bin Rahmad PENOLONG SETIAUSAHA ARMADA NASIONAL 13 AGENDA 8 : AGENDA 9 : PENUTUP : PERSIDANGAN DITANGGUHKAN : Persidangan ditangguhkan pada jam 12.08 tengah hari. Perbahasan Menyokong Ucapan Dasar & Usul Ketua ARMADA Nasional - Wakil Negeri Pahang - Sdr. Mohd Fakhrul Fakhrin (Ketua ARMADA BERSATU Bahagian Rompin) ARMADA Pahang menyokong ucapan dasar dan mencadangkan 2 perkara iaitu: - Mencorak konsep berunsurkan pendidikan sepanjang hayat - Peluang Kedua perlu diberikan kepada Banduan dan golongan berisiko tinggi Perbahasan Menyokong Ucapan Dasar & Usul Ketua ARMADA Nasional - Wakil Negeri Sabah - Sdr. Azrul bin Ibrahim (Ketua ARMADA BERSATU Bahagian Papar) ARMADA Sabah menyokong ucapan dasar dan mencadangkan 2 perkara iaitu: - Kadar Gaji Minimum Khas dan Kuota Khas Penempatan Pekerja Tempatan di sektor tertentu perlu diperkenalkan; - Menganjakkan sistem Pendidikan kepada yang lebih praktikal dan holistik. Ucapan penutup dan penangguhan daripada Pengerusi Tetap ARMADA Nasional - Sdr. Akmal Zahin bin Zainal
PENYATA TAHUNAN TAHUN 2020 / 2021 LAPORAN TAHUNAN ARMADA BERSATU MALAYSIA TAHUN 2020 / 2021 109,119 JUMLAH AHLI ARMADA SELURUH NEGARA PERLIS KEDAH PENANG PERAK WILAYAH PERSEKUTUAN SELANGOR NEGERI SEMBILAN 1694 10936 3842 9352 3672 11925 4605 MELAKA JOHOR PAHANG KELANTAN TERENGGANU SABAH SARAWAK 7245 11895 3886 10990 4502 22977 594 - KOMPOSISI JUMLAH KEAHLIAN ARMADA MENGIKUT NEGERI - PERLIS KEDAH PENANG PERAK WILAYAH PERSEKUTUAN SELANGOR NEGERI SEMBILAN 24 59 99 298 43 110 225 MELAKA JOHOR PAHANG KELANTAN TERENGGANU SABAH SARAWAK 64 605 149 172 118 148 - - LAPORAN AKTIVITI & PROGRAM ARMADA BERSATU MALAYSIA - Di dalam usaha memperkukuhkan parti, ARMADA Nasional telah bergiat aktif dalam pergerakan bersama anak muda dan ahli ARMADA demi mencapai visi dan misi parti. ARMADA Nasional juga sentiasa menitikberatkan keterlibatan anak muda agar nama ARMADA BERSATU mesra didengari dikalangan anak muda. ARMADA Nasional telah melaksanakan sebanyak 136 Program melalui pergerakan Biro ARMADA Nasional setakat ini. ARMADA Nasional terdiri daripada 14 ARMADA Negeri dan 191 ARMADA Bahagian. ARMADA Bahagian dan Negeri telah melaksanakan sejumlah 2114 Program. Berikut ialah komposisi jumlah program yang dijalankan mengikut Negeri. *Nota: Laporan ini ialah berdasarkan Laporan Aktiviti dan Kewangan yang telah dihantar oleh setiap bahagian kepada pihak pengurusan ARMADA Nasional. 14
PENYATA KEWANGAN TAHUN 2020 / 2021 15
SENARAI JAWATANKUASA ARMADA BERSATU MALAYSIA SENARAI AHLI-AHLI JAWATANKUASA ARMADA BERSATU MALAYSIA SESI 2020 - 2023 PENGERUSI TETAP AKMAL ZAHIN BIN HAJI ZAINAL ZAHIR TIMBALAN PENGERUSI TETAP MOHAMAD SYAIFUL IBRAHIM BIN SHAHLI KETUA ARMADA YB SENATOR WAN AHMAD FAYHSAL BIN WAN AHMAD KAMAL NAIB KETUA ARMADA CEASAR MANDELA MALAKUN PENOLONG SETIAUSAHA MUHAMMAD FAIZ BIN RAHMAD PENOLONG BENDAHARI SYAFIQ BIN MOHD ZIN KETUA PENERANGAN MOHD ASHRAF MUSTAQIM BIN BADRUL MUNIR EXCO ARMADA merangkap AHLI MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI ABQAREE FAWWAZ BIN ABEKAN EXCO ARMADA merangkap AHLI MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI ADI FARHAN BIN ISA EXCO ARMADA HARIZ FAISAL BIN ISMAIL EXCO ARMADA MUHAMMAD AFIQ NAZMI BIN AZHARIN 16
SENARAI AHLI-AHLI JAWATANKUASA ARMADA BERSATU MALAYSIA SESI 2020 - 2023 EXCO ARMADA MOHD AMIR FITRI BIN MUHARAM EXCO ARMADA MUHAMMAD FARHAN BIN ABDUL RAHIM EXCO ARMADA MOHAMAD FIRDAUS BIN MOHD RASHID EXCO ARMADA HENRY HJ. HAMDAN EXCO ARMADA JOHAINIZAMSHAH BIN JOHARI EXCO ARMADA ABDUL MUTALIB BIN HASAN EXCO ARMADA KHAIRUL AMILIN BIN ABDULLAH SHUKOR EXCO ARMADA ROSDI ABD GHANI EXCO ARMADA AHMAD SOBREE BIN ABAS EXCO ARMADA MUHAMMAD ZIKRI BIN ZULKIFLI EXCO ARMADA MUHAMAD ZULFADHLY BIN ZULKIFLY SENARAI JAWATANKUASA ARMADA BERSATU MALAYSIA 17
SENARAI AHLI-AHLI JAWATANKUASA ARMADA BERSATU MALAYSIA SESI 2020 - 2023 EXCO ARMADA AHMAD RIDHWAN B MD NORDIN EXCO ARMADA AHMAD HARIZ BIN MOHD HANIF EXCO ARMADA ALIF BIN ROSLI EXCO ARMADA MUHAMMAD HARRIS IDAHAM BIN ABDUL RASHID EXCO ARMADA MUHAMMAD SAIFUL BAHARI BIN SAHARI PENGERUSI BIRO MOHAMAD SIDDIQ MOHD AZANI PENGERUSI BIRO MOHD FIRDAUS BIN YUSOFF PENGERUSI BIRO SAYED AHMAD MU’IZZUDIN BIN AL-SAYED MOHAMAD @ TUAN ABD AZIZ SETIAUSAHA KERJA (STRATEGIK) IZHAR SHAH BIN DATUK ARIF SHAH SETIAUSAHA KERJA (PENGURUSAN) MOHAMAD SYAFIQ BIN MOHD KHAIRUL SAM SENARAI JAWATANKUASA ARMADA BERSATU MALAYSIA 18
SENARAI KETUA-KETUA ARMADA BERSATU NEGERI SENARAI KETUA-KETUA ARMADA BERSATU NEGERI KETUA ARMADA NEGERI SABAH KETUA ARMADA NEGERI SARAWAK KETUA ARMADA NEGERI PERLIS KETUA ARMADA NEGERI KEDAH KETUA ARMADA NEGERI PULAU PINANG KETUA ARMADA NEGERI PERAK KETUA ARMADA NEGERI SELANGOR KETUA ARMADA WILAYAH PERSEKUTUAN KETUA ARMADA NEGERI SEMBILAN KETUA ARMADA NEGERI MELAKA KETUA ARMADA NEGERI JOHOR KETUA ARMADA NEGERI PAHANG KETUA ARMADA NEGERI TERENGGANU KETUA ARMADA NEGERI KELANTAN YB FAIRUZ BIN RENDDAN ALEXANDER ANAK FRUSIS AEDAMS BIN MOHD REFFAL MOHD SAFFUAN BIN SABARI MUHAMMAD SHAMEER SULAIMAN MUHAMMAD FAIZUL ISMAIL HASZRILHAFIZI MOHAYAN MOHD SAFWAN MANOGA DANNI BIN RAIS MUHAMMAD AFIQ NAZMI AZHARIN MUHAMMAD SHAMSUDDIN PAIJAN NURUL QOMAR BIN ABDOL TALIB AZIMAN HADI BIN NAZRI NAS AZREEL BIN AHMAD NAS RUDDIN 19
YB FAIRUZ BIN RENDDAN ALEXANDER ANAK FRUSIS AEDAMS BIN MOHD REFFAL MOHD SAFFUAN BIN SABARI MUHAMMAD SHAMEER SULAIMAN MUHAMMAD FAIZUL ISMAIL HASZRILHAFIZI MOHAYAN MOHD SAFWAN MANOGA DANNI BIN RAIS MUHAMMAD AFIQ NAZMI AZHARIN MUHAMMAD SHAMSUDDIN PAIJAN NURUL QOMAR BIN ABDOL TALIB AZIMAN HADI BIN NAZRI NAS AZREEL BIN AHMAD NAS RUDDIN STATISTIK PERWAKILAN ARMADA SE-MALAYSIA NEGERI JUMLAH PERWAKILAN PERLIS 10 KEDAH 69 PULAU PINANG 59 PERAK 108 WILAYAH PERSEKUTUAN 55 SELANGOR 85 NEGERI SEMBILAN 35 MELAKA 20 JOHOR 120 PAHANG 60 KELANTAN 58 TERENGGANU 30 SABAH 124 SARAWAK 15 JUMLAH PERWAKILAN 848 STATISTIK PERWAKILAN ARMADA SE-MALAYSIA KE PAT ARMADA KE-3 MENGIKUT NEGERI 20
LAPORAN GERAK KERJA MALAYSIA
MISI 100 JAM VAKSIN Projek Waqaf ARMADA BERSATU Malaysia dalam bentuk masa, kudrat/tenaga dan wang ringgit, termaktub kepada kemampuan setiap ahli ARMADA itu sendiri sama ada daripada peringkat nasional, negeri, bahagian mahupun cawangan. Nilai dan amalan POLITIK KHIDMAT yang diterapkan, melonjak nama dan imej BERSATU secara keseluruhannya dalam kalangan majoriti rakyat yang hadir untuk temujanji suntikan vaksin. Berkhidmat secara sukarela bersama-sama anak-anak muda & belia yang menyertai Sukarelawan MyVAC. 21
ARMADA TASK FORCE Ditubuhkan sebagai sebuah skuad bertindak khas dibawah seliaan terus oleh ARMADA BERSATU Malaysia. Fungsi ARMADA Task Force (ATF) ialah supaya menjamin kesediaan kepimpinan dan ahli-ahli ARMADA untuk digerakkan bagi menjalankan Misi Bantuan Bencana dan aktiviti-aktiviti pasca bencana atau sebarang gerak kerja khusus yang lain. ARMADA Task Force telah digerakkan kepada beberapa misi sepanjang penubuhannya iaitu Misi Bantuan Banjir di Pantai Timur pada Disember 2020 dan di negeri Melaka pada Oktober 2021 serta Misi Pemantauan Harga Barang pada Disember 2021. 22
AGENDA BAJET BELIA 2022 Agenda Bajet Belia 2022 merupakan sebuah agenda untuk ketengahkan “Suara Belia, Suara Keramat” dengan maklum balas dan konsultasi daripada pelbagai pertubuhan / persatuan belia, tanpa mengira latar belakang kaum dalam negara selaras dalam rangka Keluarga Malaysia dan nilai-nilai Inklusif, Mampan dan Makmur seperti yang diguna-pakai dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Penglibatan ARMADA BERSATU Malaysia ialah untuk mendengar aspirasi dan pandangan belia serta benar-benar memaknakan ‘a whole society approach’ dalam menyumbang buah fikiran bagi bajet tahun 2022. ARMADA BERSATU Malaysia mengambil peranan untuk bertindak sebagai pengantara untuk menyampaikan hasrat dan pandangan anak muda negara terutama yang amat terkesan dengan pandemik COVID-19. 23
PEMUKIMAN ARMADA Pemukiman yang julung kali dianjurkan oleh ARMADA BERSATU Malaysia Sesi 2021-2023. Asas penganjuran untuk merapatkan lagi ukhuwah dan silaturahim agar dapat bergerak seiring dalam sebagai sebuah pasukan di bawah panji BERSATU. Turut direncanakan perancangan dan hala tuju ARMADA BERSATU Malaysia yang holistik; merangkumi perancangan gerak kerja bukan sahaja di peringkat Ahli Jawatankuasa ARMADA Nasional, malah sehingga ke peringkat bahagian dan cawangan seluruh negara. 24
#BangkitSPM2020 Sebuah program bertujuan untuk membantu calon SPM 2021 yang bakal berdepan dengan peperiksaan dalam suasana yang cukup mencabar pada tahun 2020 disebabkan pandemik Covid-19, ARMADA BERSATU melalui Biro Pendidikan ARMADA bersama-sama dengan Air Asia, Tune Talk, Askbee, IKHLAS dan Akademi Harimau Asia telah melancarkan satu inisiatif untuk membantu calon-calon SPM tahun ini. Inisiatif ini menyasarkan untuk menyumbang sebanyak 2,000 kad SIM Tune Talk yang dilengkapi dengan pelan data 10GB secara PERCUMA. Setiap pemohon yang berjaya juga akan menerima 20 sesi bimbingan online secara 1-to-1 PERCUMA melalui aplikasi Askbee. 25
PRN SABAH ARMADA BERSATU daripada seluruh pelusuk tanah air khususnya ARMADA BERSATU Negeri Sabah, telah menggembleng tenaga dan usaha bersama-sama dengan ARMADA BERSATU Malaysia dan ahli-ahli ARMADA daripada seluruh negara, bekerja dan berkhidmat membantu Perikatan Nasional memenangi Pilihanraya Negeri Sabah. Usaha dan keringat ahli-ahli ARMADA yang telah berkampung di negeri Sabah pada PRN Sabah yang lalu, telah membuahkan hasil dengan kejayaan untuk membentuk kerajaan, mentadbir dan memimpin kerajaan negeri. 26
SANITASI PERUMAHAN AWAM Sebuah inisiatif sanitasi yang dijalankan terutamanya di lokasi-lokasi awam berkepadatan tinggi bagi membantu negara mencapai imuniti kelompok dengan kadar yang lebih cepat. Program sanitasi dijalankan dengan kerjasama kontijen Bomba dan Penyelamat, sukarelawan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan ahli-ahli ARMADA seluruh negara. Kebarangkalian untuk jangkitan COVID-19 merebak di kawasan yang berkepadatan tinggi terutamanya seperti di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) amatlah mudah. Justeru itu, inisiatif ini diharap dapat mengekang penularan jangkitan COVID-19 di kalangan penduduk. Program-program sanitasi ini turut diperluaskan dan dijalankan di peringkat ARMADA Bahagian se-Malaysia. 27
PRN MELAKA ARMADA BERSATU Malaysia dan seluruh kepimpinan ARMADA di peringkat negeri dan bahagian daripada seluruh negara telah memainkan peranan yang cukup besar dalam menyumbang tenaga dan usaha bagi membantu kempen Perikatan Nasional di Pilihanraya Negeri Melaka. Majoriti kepimpinan ARMADA baik dari peringkat Nasional, Negeri mahupun Bahagian, telah berkampung di Melaka untuk berkempen. Meskipun keputusan tidak membolehkan Perikatan Nasional menerajui kerajaan negeri, namun melalui keputusan dan data PRN Melaka ini, ianya dapat dijadikan sebuah manifestasi bahawa Perikatan Nasional sudah mula bertapak di Semenanjung Tanah Air dan jumlah undi yang diterima adalah sangat berpotensi. 28
OPS PEMANTAUAN HARGA ARMADA BERSATU Malaysia telah turun ke lapangan untuk menjadi mata dan telinga bagi membantu KPDNHEP Laman Rasmi dalam pemantauan harga barangan dapur dan keperluan harian di pasar-pasar tani bermula di Ibu Kota dan akan diperluaskan ke seluruh negara. Pasukan ARMADA Taskforce se-Malaysia dan Pemuda Perikatan Nasional seterusnya akan menyalurkan dapatan-dapatan dari lapangan untuk membantu Kementerian Pertanian dan Kementerian Perdagangan dalam menjayakan misi untuk membantu rakyat melalui inisiatif seperti Gerai Prihatin Rakyat dibawah Perikatan Nasional yang dipimpin oleh YB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Program Jualan Keluarga Malaysia yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. 29
PRN SARAWAK Pada waktu ini, sedang berlangsung Pilihanraya Negeri Sarawak. Parti BERSATU yang merupakan salah satu parti komponen dalam Perikatan Nasional, menetapkan pendirian untuk tidak bertanding dalam PRN Sarawak dan akan membantu GPS dalam memenangi pilihanraya negeri pada kali ini. ARMADA BERSATU Malaysia menerusi ARMADA BERSATU Negeri Sarawak telah melancarkan gerak kerja bagi membantu kempen calon-calon GPS dalam PRN Sarawak. Meskipun tidak bertanding pada PRN Sarawak kali ini, semangat dan kecekalan kepimpinan Perikatan Nasional Sarawak dalam membantu kempen GPS di Sarawak adalah wajar dicontohi. 30
KENYATAAN MEDIA ARMADA BERSATU Malaysia sentiasa peka dan cakna dengan isu-isu semasa terutamanya isu-isu yang sangat dekat dengan rakyat. Ruang untuk melontarkan pandangan dan cadangan diberikan seluas-luasnya kepada bukan sahaja kepimpinan ARMADA BERSATU Malaysia, malah Ketua-Ketua ARMADA Negeri hatta Ketua-Ketua ARMADA Bahagian dari seluruh negara. Pelbagai kenyataan media telah mengambil perhatian media massa dan pemimpin-pemimpin politik tanah air termasuklah Menteri-Menteri yang turut menerima pandangan yang dikemukakan oleh ARMADA berkenaan isu-isu tertentu. ***Nota: Poster-poster Kenyataan Media yang dilampirkan ini hanyalah sebahagian daripada sejumlah besar Kenyataan Media yang telah dikeluarkan oleh kepimpinan ARMADA BERSATU. 31
CATATAN 32
DISEDIAKAN OLEH: IZHAR SHAH BIN DATUK ARIF SHAH SUK STRATEGIK ARMADA NASIONAL MOHAMAD SYAFIQ BIN MOHD KHAIRUL SAM SUK PENGURUSAN ARMADA NASIONAL DISEMAK OLEH: MUHAMMAD FAIZ BIN RAHMAD PENOLONG SETIAUSAHA ARMADA NASIONAL DILULUSKAN OLEH: YB SENATOR WAN AHMAD FAYHSAL BIN WAN AHMAD KAMAL KETUA ARMADA NASIONAL
. .