KERTAS KERJA
PROJEK JOM DATANG AWAL
KE SEKOLAH
TARIKH
15 NOVEMBER – 31 DISEMBER 2021
TEMPAT
SMK TUN HABAB
ANJURAN
KUMPULAN PELAJAR TINGKATAN 5
SMK TUN HABAB
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dirangka untuk memohon kelulusan dari Tuan Pengetua
SMK Tun Habab bagi menjalankan “Projek Jom Datang Awal Ke Sekolah”
anjuran kumpulan pelajar tingkatan 5 yang bakal diadakan bermula 15
November 2021.
2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM
Para pelajar perlu diberikan motivasi dan galakan yang baik untuk
mendorong mereka supaya datang awal ke sekolah setiap hari. Seperti
tahun-tahun lalu, program Jom Ke Sekolah dan Ponteng Sifar telah
membuahkan hasil yang memberangsangkan dalam membanteras gejala
ponteng sekolah. Kali ini, kami cuba untuk menarik minat pelajar supaya
datang awal ke sekolah dengan memberikan ganjaran kepada pelajar yang
berjaya datang awal selama lima hari berturut-turut.
3.0 OBJEKTIF PROGRAM
Di akhir program ini, diharapkan agar:
3.1 Pelajar dapat mengekalkan kehadiran awal ke sekolah setiap hari
melainkan ada sebab yang tidak dapat dielakkan.
3.2 Berkurangnya masalah pelajar datang lewat ke sekolah.
3.3 Pihak sekolah dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang berdisiplin,
menepati masa dan sentiasa mematuhi peraturan.
3.4 Dapat menjaga nama baik sekolah.
4.0 BUTIRAN PROGRAM
4.1 Sasaran
Semua pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 SMK Tun Habab
4.2 Cadangan tarikh dan tempat pelancaran program
Tarikh: 15 November 2021
Tempat: Dewan SMK Tun Habab
5.0 AHLI JAWATANKUASA PENASIHAT
Pengerusi : Cikgu Zakaria bin Abd Jalil
Pengetua
SMK Tun Habab
Penyelaras : Ustazah Nurhidayah binti Amdan
Penyelaras Badan Dakwah dan Kerohanian
SMK Tun Habab
Setiausaha : Ustazah Nor Hafizah binti Ismail
Penyelaras Badan Dakwah dan Kerohnian
SMK Tun Habab
6.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
Pengarah program : Hanni Batrisya binti Rosnizam
Timbalan pengarah program : Auna Maisarah binti Mohd Rafizan
Bendahari : Siti Syazwani binti Jamalulial
7.0 ANGGARAN KOS Kos (RM)
Perkara 300.00
Hadiah (ganjaran untuk pelajar) 70.00
Sepanduk
370.00
Jumlah kos
8.0 PENUTUP
Dengan ini adalah dimohon supaya pihak sekolah untuk mempertimbang
dan meluluskan usul cadangan projek “Jom Datang Awal ke Sekolah”
anjuran kumpulan pelajar tingkatan 5 demi membantu memupuk disiplin
dalam diri pelajar SMK Tun Habab.
Disediakan oleh,
________________
( Hanni Batrisya binti Rosnizam )
Pengarah Program Jom Datang Awal ke Sekolah
Disemak oleh,
________________
( Ustazah Nurhidayah binti Amdan )
Penyelaras BADAR SMK Tun Habab
Diluluskan oleh,
________________
( Cikgu Zakaria bin Abd Jalil )
Pengetua SMK Tun Habab