SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PASIR KECHIL
1 d ____________________________________________________________________________________ MINIT MESYUARAT GURU BIL.2 SESI 2023/2024 Tarikh : 26 Oktober 2023 Hari : Khamis Masa : 11.30 pagi – 2.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil AGENDA I : Perutusan Pengerusi II : Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu III : Perkara Berbangkit IV : Isu-isu yang dibincangkan a. Taklimat Pengurusan oleh Guru Besar b. Taklimat Penolong Kanan Pentadbiran c. Taklimat Penolong Kanan Hem d. Taklimat Penolong Kanan Kokurikulum e. Taklimat Penolong Kanan Petang V : Hal-hal lain VI : Penutup KEHADIRAN BIL. NAMA 1. En. Mohd Asri bin Ahmad Guru Besar 2. En. Azizi bin Bahari Penolong Kanan HEM 3. Pn. Sarfina binti Ahmad Penolong Kanan Ko kurikulum 4. Pn. Nurol Shuhada bt Mukhtar Penolong Kanan Petang 5. Pn. Malarvizhi A/P Veeriah Guru Bimbingan dan Kaunseling 6. Pn. Siti Hawa binti Abdul Rahman Setiausaha 7. Pn. Noor Shahri binti Hj. Mohd. Yussof Penolong Setiausaha 8. Pn. Aishatul Rodziah binti Robian 9. Pn. Azniza binti Abdul Rahman 10. Pn. Dewi @ Iva Dewi binti Ahmad SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PASIR KECHIL KM 6, JALAN KUALA KETIL, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARULAMAN Tel:04-4256728 Faks: 04-4212184 Email : [email protected]
2 11. Pn. Dewi MaizatulAkhmam binti Omar 12. Pn. Fairuz Farizza binti Hanafi 13. Pn. Faridatol Azna binti Alias 14. Pn. Hazlinda binti Hamidi 15. Pn. Izatul Axma binti Ismail 16. En. Ku Razman bin Ku Ahmad 17. En. Lam Thean Yong 18. Pn. Mazdiyana binti Md Khair 19. En. Mohd Afdzan Hafizie bin Mohamad Jamil 20. En. Muhamat Hilmi Salam bin Ismail 21. Pn. Nazliza binti Ismail 22. Pn. Noor Aain binti Ab. Talib 23. Pn. Noor Aini binti Ishak 24. Pn. Jasmin Ruzina binti Hj. Zainul 25. Pn. Nor’Azlin binti Mohamed Kamari 26. Pn. Norulwahida binti Mahmud 27. Pn. Nurul Hanan binti Ahmad Marzuki 28. Pn. Rashina binti Hashim 29. Pn. Rosnah binti Japlawi 30. Pn. Rozana binti Mawi 31. Pn. Shamshidar binti Desa 32. En. Shamshul Alimin bin Mohamad 33. Pn. Siti Aishah binti Saad 34. Pn. Syaharunidzam bin Mohd Khatib 35. Pn. Zawatil Isyqi binti Zahari 36. En. Mohd Hafizullah bin Azahari 37. Pn. Zuriana binti Hussin 38. Pn. Atheirah binti Md Salleh 39. Pn. Emam Mohd. Tawfeek bin Che Ariff 40. Pn. Faizah binti Rasat 41. Pn. Farahana binti Yusop 42. Pn. Fazilah binti Ahmad 43. Pn. Hafiza binti Saad 44. Pn. Halifah binti Kadri 45. En. Jegathesan a/l Subramaniam 46. En. Kifli Bin Salleh 47. En. Kishore a/l Ramasamy
3 48. Pn. Mahfuzah binti Muhd Ghani 49. En. Mahyuddin bin Mohamad 50. En. Mohd Najib Bin Saad 51. En. Mohd Azmady bin Mat 52. Pn. Munirah binti Talib 53. Pn. Najihah binti Husin 54. En. Nazri bin Bakar 55. Pn. Nor Azina binti Mansor 56. Pn. Noraini binti Abdullah 57. Pn. Nur Fadhilah binti Mat Tajudin 58. En. Nurul Aswad bin Abdul Rahman 59. Pn. Siti Halimatun Saadiah binti Abu Hassan 60. Pn. Siti Mariyam binti Yusof 61. Pn. Siti Rahmah binti Darus 62. Cik Syazana binti Abdul Razak 63. Pn. Zarina binti Zakaria 64. Pn. Zarina binti Che Musa 65. Pn. Nurhana binti Sulaiman 66. Pn. Nor Adzila binti Ismail 67. En. Mahadi bin Muhamad 68. Pn. Puveneswari a/p Chetty 69. Pn. Umi Kalsom binti Idris 70. Pn. Siti Zaniroh binti Ahmad 71. Pn. Ummu Habibah binti Ahmad 72. Pn. Shajaratuddur binti Shahabuddin 73. Pn. Faizah binti Hassan 74. Pn. Nur Nadiah binti Osman 75. Cik Syaidatul Syafiqah binti Zambri 76. En. David a/l Anthony Dass 77. En. Mohd Alwi bin Tarmidi 78. Pn. Afeezah binti Sulaiman 79. Pn. Rafidah binti Marzuki
4 SENARAI NAMA GURU PELATIH IPGKSAH BIL. NAMA 1. Nur Syarina binti Shahrudin 2. Nur Sabrina binti Abdul Jalil 3. Siti Noorhaliza binti Ahmad Abdullah 4. Siti Aisyah binti Sabari 5. Muhammad Amirul Hakim bin Azhar 6. Nur Farisya Izzati binti Sabarudin 7. Nur Ameera Balqis bintit Mohd Khairi 8. Muhd Wafiq bin Mohd Zaidee 9. Muhammad Akashah Ikhwan bin Hanif TIDAK HADIR SEBAB 1. Pn. Rosliza binti Ramli Cuti sakit 2. Pn. Munira binti Abdul Talib Cuti sakit 3. Pn. Nur Shahidah bt Ismail Cuti sakit 4. Pn. Lim Jen Shyi Cuti sakit 5. En. Mohamad Rashidi bin Mohamad Ismail Cuti sakit 6. Pn. Noor Hamiza binti Hussain CRK
5 AGENDA I. PERUTUSAN PENGERUSI 1. Encik Mohd Asri bin Ahmad selaku Tuan Guru Besar menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas kehadiran semua guru yang mengikuti mesyuarat guru kali kedua 2023/2024. 2. Tuan Guru Besar memohon maaf kepada guru-guru kerana terpaksa mengadakan mesyuarat guru kali kedua ini mengikut sesi pagi dan petang. 3. Beliau juga memaklumkan mesyuarat guru kali kedua ini penting untuk menyampaikan maklumat kepada guru-guru dalam melaksanakan tugas dan membuat perancangan tugasan guru dengan lebih lancar. 4. Guru Besar juga berbesar hati untuk memberi kredit kepada pasukan pantun sekolah yang telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Negeri Kedah. 5. Beliau juga memaklumkan hasil didikan dan komitmen yang tinggi membuahkan kemenjadian murid. 6. Seterusnya, ucapan terima kasih beliau kepada guru pembimbing pasukan pantun sekolah yang telah bertungkus lumus melatih dan membuat persediaan untuk pertandingan tersebut. Makluman: Semua Ahli II MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 7. Puan Siti Hawa binti Abdul Rahman selaku setiausaha membentangkan minit mesyuarat kali pertama 2023/2024 bermula dari muka surat 1 hingga 12. Beliau mohon diteliti dan disahkan. 8. Encik Mohd Azmady bin Mat mencadangkan minit mesyuarat berkenaan diterima dan disahkan. Cadangan tersebut telah disokong oleh Encik Nazri bin Bakar. Makluman: Semua Ahli III. PERKARA BERBANGKIT Tiada Makluman: Semua Ahli
6 IV. ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN A. TAKLIMAT PENGURUSAN 9. Tuan Guru Besar memaklumkan guru-guru perlu mengikut garis panduan untuk melibatkan diri dalam politik. 10. Beliau juga memaklumkan guru-guru yang mempunyai gred 41 hingga 48 yang layak dan perlu memohon kecuali pentadbir. 11. Beliau memaklumkan supaya guru-guru perlu patuh kepada arahan penempatan, pegawai boleh digerakkan mengikut kepentingan perkhidmatan. 12. Pemakaian baju batik diwajibkan, pegawai perlu akur atas peraturan pemakaian baju batik pada setiap hari Khamis dan akan diambil tindakan tatatertib kecuali guru yang mengajar Pendidikan Jasmani. 13. Tuan Guru Besar memaklumkan pemakaian baju batik berlengan pendek untuk guru lelaki tidak dibenarkan. 14. Pemakaian baju batik juga dikecualikan kepada pegawai yang memakai pakaian seragam atau menghadiri majlis rasmi. 15. Seterusnya, Guru Besar memaklumkan pemakaian baju koperat berseluar panjang dan baju koperat berwarna putih dipakai pada waktu pejabat dan urusan rasmi. 16. Kes tatatertib yang dilaporkan PPD KMY • Seramai 397 guru di daerah Kuala Muda Yan yang mempunyai baki gaji 40%. • Hal ini kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu, Guru Besar menasihati agar guru-guru dapat menguruskan kewangan dengan baik. 17. Pegawai yang tidak berintergriti • Beliau memaklumkan kes tindakan pegawai yang tidak berintergriti seperti gangguan seksual terhadap mana-mana pihak guru atau murid. • Tidak hadir bertugas. • Pegawai tidak amanah dalam menjalankan prosedur kewangan. • Kes gangguan seksual dan tidak diambil tindakan oleh pentadbir. 18. Kehadiran Bertugas • Pegawai dianggap tidak hadir bertugas tanpa bukti bercuti atau kebenaran bercuti. • Guru besar menegaskan mengenai pergerakan guru keluar dan masuk perlu direkodkan di dalam buku rekod yang disediakan. • Beliau memaklumkan penggunaan ‘Punch Card’ atau perakam waktu elektronik adalah lebih efektif untuk mencatat kehadiran guru. Makluman: Semua ahli
7 19. Pekerjaan Luar • Encik Mohd Asri selaku guru besar memaklumkan supaya guru-guru tidak boleh mengambil bahagian atau memberi khidmat konsultan kecuali dengan surat kebenaran dari ketua jabatan. • Selain itu surat kebenaran juga perlu bagi guru-guru yang ingin berniaga online. 20. Tuan guru besar memaklumkan bahawa garis panduan Bantuan Awal Persekolahan akan diteruskan dan akan dimasukkan ke dalam akaun murid secara online. 21. Orang Yang di Adu • PGB- aduan yang banyak diadu adalah guru besar. Makluman: Semua Ahli SEKTOR PEMBELAJARAN 22. Tuan guru besar memaklumkan mengenai SISCT berfungsi dalam 4 bidang iaitu bidang Sains Sosial, bidang Bahasa, bidang Sains dan Matematik dan bidang TVET. 23. Beliau memaklumkan SISCT memberi ruang dan peluang untuk menjadi guru cemerlang dan laluan perkembangan kerjaya. 24. Pemantapan tahap profesional guru berfokuskan kepada pembelajaran dan pemudahcaraan. 25. Selain itu melalui kajian tindakan , PLC dan Dialog Prestasi Akademik. 26. PRO ELT • Guru besar memaklumkan guru-guru opsyen Bahasa Inggeris perlu ada CEFR band CI menjelang tahun 2025. 27 JQAF • Sasaran 100% murid Islam boleh berwuduk dan menunaikan solat dengan sempurna. • Bestari Solat juga mensasarkan 100% murid boleh membaca Al Quran dan menguasai Jawi. 28. Data Nilam -50.2 (KPI Daerah) dan 40.2 (KPI Negeri) 29. Selain itu beliau juga mengingatkan jumlah murid yang menggunakan pelantar Delima masih rendah, mengikut data seramai 3,601 orang murid yang masih tidak log in lagi. 30. ERPH • Pada tahun 2024 guru besar memaklumkan semua guru perlu ikuti bengkel ERPH. • ERPH akan disemak secara online. • Selari menjadikan SKSPK sebagai Centre of Excelence (COE). 31. Kelas Pemulihan Khas tidak boleh ditutup kecuali atas kebenaran JPN dan KPM. Beliau menegaskan supaya memberi perhatian kepada pemulihan murid hingga dapat mencapai sifar linus. Makluman: Semua Ahli
8 SEKTOR PEMBANGUNAN MURID 32. Sistem SSDM • Fokus: Sahsiah dan disiplin murid 2023/2024 • Laporan SSDM masih banyak sekolah yang tidak membuat laporan. • Amalan-amalan yang baik perlu diisi dan dicatatkan dalam SSDM. 33. Kehadiran Murid • Ketidakhadiran perlu diberi amaran. • Encik Mohd Asri memaklumkan kehadiran murid di daerah Kuala Muda Yan mencapai 94%. • Beliau juga menegaskan mengenai ketidakhadiran perlulah bersebab serta melengkapkan kehadiran murid dengan segera. • Sekiranya murid ponteng berterusan pihak sekolah boleh menggunakan bantuan polis membuat kunjungan ke rumah murid terbabit. • Selain itu masalah ini juga boleh melibatkan khidmat kaunselor. 34. Pengoperasian 35. Tuan guru besar memaklumkan kadar bayaran rancangan Makanan Tambahan adalah sebanyak RM3.50 setiap murid yang layak. 36. Guru bertugas perlu memastikan kualiti makanan sesuai untuk murid. SEKTOR INTERGRITI 37. Sentiasa patuh kepada peraturan-peraturan penjawat awam. 38. Beliau memaklumkan isu yang sering diuruskan oleh Sektor Intergriti adalah gangguan seksual 39. Keberhutangan yang serius, ketidak hadiran bekerja. 40. Menjalankan kerja luar tanpa kebenaran. SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH 41. Kalender akademik 2024 akan ditentukan kemudian 42. Pemohonan pertukaran Guru/PK/GB adalah melalui egTukar sepenuhnya. Mohon sekali sepanjanng tempoh dibuka. Jika habis tempoh pengisian, perlu mengisi semula dan disahkan oleh guru besar. 43. Perjawatan Guru Besar dan Penolong Kanan sampai Gred DG 54. (tunggu surat pekeliling). 44. Cuti peristiwa dibolehkan sekiranya majlis dibuat pada hari Jumaat atau Sabtu. Makluman: Semua Ahli
9 Hal-hal Lain (“House Keeping”) 45. Guru besar memaklumkan Encik Azizi bin Abdullah selaku PK HEM akan memangku tugas PK 1. 46. Perjawatan guru kurang dua orang dan akan ada guru baru yang akan masuk. 47. Guru-guru perlu mengajar dan menjalankan PdP dengan baik. 48. Hal-hal berkaitan dengan waris boleh rujuk kepada pentadbir dahulu. Elakkan sebaran isu melibatlan murid dan waris. 49. Aspek 4.4 SKPM- Guru sebagai pendorong (wajaran tinggi -30%) harus jadikan amalan. Elakkan sebarang tindakan keterlaluan kepada murid. 50. Beliau juga memaklumkan mengenai peruntukkan sebanyak RM70,000 melalui PPD telah diterima untuk selenggara semua tandas sekolah. 51. Peruntukkan tersebut digunakan untuk menukar paip air, ‘flush’, dan mana peralatan yang boleh dipakai masih digunakan semula. 52. SKSPK mempunyai banyak tandas oleh itu peruntukkan tersebut dapat dimanfaatkan kepada peralatan yang telah rosak dan perlu diganti semula. 53. Tuan guru besar memaklumkan sekiranya ingin mengambil cuti CRK guru-guru perlu memaklumkan kepada beliau sehari awal. Makluman: Semua Ahli B. TAKLIMAT PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 54. Encik Azizi bin Abdullah mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan memaklumkan bahawa beliau memangku jawatan PK 1. 55. Keberhasilan di bawah Encik Zakaria perlu hantar kepada PK HEM sebelum 2 November 2024. 56. Hrmis perlu dikemaskini terutamanya pengurusan cuti CRK dan cuti sakit. 57. Beliau juga memaklumkan seramai 25 orang guru dicerap untuk standard SKPM dan setiap pentadbir mencerap seramai lima orang guru. 58. UASA- 2 hingga 20 Januari 2024 tiga minggu termasuk semua prosedur. 59. Fail panitia perlu dikemaskini kerana ada lawatan dari PPD, JPN dan KPM dan mungkin selepas ini ada lawatan dari JPN. Fail perlu dilengkapi dengan minit mesyuarat panitia dan jawatan kuasa terkini. 60. IDME • Beliau memaklumkan semua guru sudah ada kata laluan IDME. • Pengurusan Awam dalam sistem Idme ada bahagian murid dan waris. • IDME akan digunakan sepenuhnya bersama waris. • Waris tahun 1 dan tingkatan 1 perlu daftar.
10 61. Pengisytiharan Harta • Tarikh pengisytiharan harta terkini setelah lima tahun perlu diisi semula untuk keperluan kenaikan pangkat dan mengelakkan keciciran kenaikan gred. Makluman: Semua Ahli C. TAKLIMAT PENOLONG KANAN HEM 62. Encik Azizi bin Abdullah selaku Penolong Kanan HEM memaklum beberapa perkara tentang pengurusan HEM. 63. KWAMP • .Agihan kwamp dan murid tercicir telah dilaksanakan. 64. Kehadiran murid peringkat sekolah mecapai 87%. 65. RMT • Jumlah murid RMT terkini seramai 295 orang. 66. 3K • Keceriaan sekolah telah dilaksanakan dengan baiki tandas, kipas dan lampu yang rosak. 67. Beliau memaklumkan latihan kebakaran akan diadakan sebelum bulan November. 68. Berkaitan dengan masalah ponteng sekolah dan cara menangani masalah murid ponteng sekolah telah pun dimaklumkan kepada guru kelas. 69. Prosedur ‘buang sekolah’ perlu mendapat surat dari PPD dan mengikut tatacara yang betul. 70. SSDM • Guru-guru digalakkan mengisi dalam sistem berkaitan sahsiah dan disiplin murid. • Hanya 13 orang guru sahaja yang telah mengisi SSDM. • Pengisian SSDM boleh diisi melalui link moe.gov KBA 3052 (ID Pengguna). 71. Beliau mengingatkan supaya guru-guru kelas mengemaskini kehadiran yang lepas yang belum dikemaskini. 72. Selain itu beliau juga meminta supaya guru-guru menjaga hubungan antara waris dan pelajar. Guruguru perlu menjaga tutur kata dan tingkah laku yang baik kepada anak didik. Makluman: Semua Ahli 73. Program Solidariti Palestin • Guru besar memaklumkan tentang Program Solidariti Palestin merupakan program KPM yang akan diadakan pada 29/10/2023 hingga 2/11/2023. • Program dimulakan dengan gimik pelancaran dan dikendalikan oleh guru bertugas. • Lagu-lagu kemanusiaan akan dinyanyikan pada sesi pagi dan petang, • Tabung kutipan akan dilancarkan pada hari Ahad hingga Rabu. • Pada hari khamis kutipan akan dihantar ke PPD oleh guru besar.
11 • Mengadakan solat Dhuha dan solat hajat, bacaan Qunut Nazilah dan perarakan di sesi pagi. • Guru-guru boleh merujuk aturcara pelancaran dalam platform ‘whatsapp’ rasmi sekolah. • Guru besar memaklum semua guru-guru akan dapat ‘maflar’ solidariti Palestin percuma kecuali guru-guru pelatih.Tema pakaian guru lelaki berwarna putih manakala guru perempuan berwarna hitam dan murid-murid digalakkan membawa bendera Palestin. Makluman: Semua Ahli D. TAKLIMAT PENOLONG KANAN KOKURILUM 74. Puan Sarfina binti Ahmad selaku PK Kokurikulum akan menerangkan serba sedikit perjalanan program Hari keusahawanan SKSPK pada 25/11/2024. 75. Beliau mengalu-alukan kehadiran guru-guru praktikum ke program tersebut walaupun telah tamat tempoh praktikum bagi memeriahkan lagi hari Keusahawanan SKSPK. 76. Keterangan Program Hari Keusahawanan: • PK Kokurikulum memaklumkan kedudukan tempat permainan pada hari tersebut ialah pada aras 1. • Istana Belon adalah salah satu permainan yang menarik pada hari tersebut. Guru-guru perlu meuar-uarkan kepada murid-murid supaya hadir pada hari keusahawanan. • Bayaran tiket permainan Istana Belon berjumlah RM5 selama 15 minit seramai 60 orang terhad pada setiap sesi permainan. • Pengusaha permainan akan menguruskan murid sepanjang permainan tersebut dibantu oleh Encik Azmady bin Mat dan Encik Kishore a/l Ramasamy. • Guru-guru perlu mengemaskini bajet modal dan maklumkan kepada PK Kokurikulum. Modal akan diberi seminggu lebih awal kepada setiap ketua gerai. • Modal akan diberi awal kepada gerai permainan dan cabutan bertuah. • Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan supaya guru-guru datang awal untuk membuat persiapan pada hari Jumaat 24/11/2023. • T-Shirt untuk hari keusahawanan akan dibayar sepenuhnya oleh pihak sekolah. Keuntungan akan di agihkan sebanyak 25% untuk BKGS,35% untuk guru dan staf manakala 40% untuk Ko kurikulum. 77. Puan Sarfina binti Ahmad juga memaklumkan aktiviti mewarna poster sempena Program Solidariti Palestin akan dijalankan pada hari Rabu 1/11/2023 waktu kokurikulum. Makluman: Semua Ahli
12 E. TAKLIMAT PENOLONG KANAN PETANG 78. Puan Nurol Shuhada memaklumkan guru-guru perlu mendapat sijil sakit dari doktor dahulu baru mengisi ketidakhadiran cuti sakit di dalam Hrmis. Sekiranya mengambil cuti rehat kecemasan atau CRK perlu maklum kepada guru besar terlebih dahulu. 79. Beliau juga memaklumkan mengenai aduan dari guru-guru sesi pagi tentang murid-murid sesi petang yang berzikir pada watu tengah hari terlalu kuat sehingga mengganggu PdP murid sesi pagi pada waktu tersebut. 80. Selain itu ada aduan mengenai beberapa orang murid sesi petang yang mengoyak dan menconteng buku-buku latihan murid sesi pagi. 81. Beliau memaklumkan akan menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya atas perkara tersebut. Makluman: Semua Ahli V. HAL-HAL LAIN 82. Encik Nurul Aswad bin Abd Rahman mencadangkan supaya melebarkan jaringan di kawasan sekolah untuk kemudahan guru-guru. 83. Encik Muhamat Hilmi Salam bin Ismail memohon tiga punca tempat internet di makmal, pejabat dan bilik guru. Beliau juga mencadangkan supaya menarik kabel ke tengah bangunan iaitu kabel LAN sepanjang 100 meter. 84. Encik Nazri bin Bakar memaklumkan ada papan putih yang perlu diganti kerana susah untuk dipadam. 85. Selain itu beliau juga memaklumkan tentang waris yang masuk kawasan sekolah terutama di kantin telah diberi amaran tetapi tidak diambil peduli. 86. Puan Izzatul Axma binti Ismail memaklumkan mengenai pematuhan pekeliling Iktisas Bil.2 Tahun 2023 pengurusan panitia mata pelajran adalah dari gred DG 44 dan ke atas. 87. Puan Noraini binti Abdullah memaklumkan ada waris yang memandu laju dalam kawasan sekolah. Kenderaan dikenal pasti kereta Perodua Kancil berwarna putih, hal ini adalah tidak mengikut peraturan dan sangat berbahaya untuk keselamatan murid-murid terutamanya. 88. Tuan Guru Besar Encik Mohd Asri bin Ahmad CRK perlu diisi di dalam hrmis sebelum bercuti untuk selaraskan tarikh cuti tersebut. Makluman: Semua Ahli
13 VI. PENUTUP 89. Tuan Pengerusi Encik Mohd Asri bin Ahmad mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan beliau berharap supaya guru-guru menjalankan tugas mengikut landasan yang betul dan tingkatkan kualiti kerja untuk kecemerlangan pada masa hadapan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang Disediakan, Disahkan oleh, …………………………………… ………………………………….. (SITI HAWA BT ABDUL RAHMAN) (EN. MOHD ASRI BIN AHMAD) Setiausaha Mesyuarat Guru Pengerusi Mesyuarat Guru SK. Sungai Pasir Kechil. SK. Sungai Pasir Kechil.