BIL PERKARA M/S
1 PENGHARGAAN 2
3
2 OBJEKTIF KAJIAN 4
7
3 PENGENALAN 11
4 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN 14
15
5 KESAN PERLEMBAGAAN KEPADA NEGERI MELAKA
-PENTADBIRAN
-EKONOMI
-SOSIAL
6 PENUTUP
7 LAMPIRAN
~1~
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya, maka
saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah dengan jayanya.Insyaallah,
tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dan orang lain dari
segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.
Saya, Ahmad Farouq Bin Rohaimi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi
penghargaan kepada guru sejarah iaitu Puan Nadzriah Binti Long kerana tidak jemu memberi
bimbingan, dorongan, sokongan dan tunjuk ajar cara-cara membuat kerja kursus mengikut
kriteria yang ditetapkan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu
Encik Rohaimi Bin Ismail dan Puan Kauthar Binti Ismail yang turut membantu saya dalam
menyiapkan kerja kursus ini.Tanpa sokongan mereka mungkin kerja kursus ini tidak dapat
disiapkan sepenuhnya.Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan
motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.
~2~
Kajian tentang Hukum Kanun Melaka ini dijalankan adalah untuk
mencapai beberapa objektif kajian. Antaranya adalah untuk
mengetahui latar belakang Hukum Kanun Melaka dan tujuan
digubal.
Objektif kajian yang seterusnya adalah untuk mengetahui fasal-
fasal yang terdapat dalam Hukum Kanun
Melaka.Antaranya,peraturan-peraturan dan syarat dalam
perjualan tanah dan kebun,pinjam-meminjam,pemegang amanah
dan undang-undang perkahwinan islam.
Selain itu,objektif saya menjalankan kajian yang utama adalah
untuk menyiapkan kerja kursus sejarah.Walaupun pada mulanya
saya berasa sedikit gelisah akhirnya saya dapat menyiapkan kerja
kursus ini.Kerja kursus ini mudah dihasilkan kerana saya
memperoleh isi yang banyak untuk dimuatkan ke dalam kerja
kursus ini.
~3~
PENGENALAN
LATAR BELAKANG / SEJARAH
Undang-undang Melaka yang lebih dikenali dengan Hukum Kanun Melaka. Dalam Bahasa
Arab ia dipanggil Risalat Hukum Kanun. Undang-undang ini merupakan undang-
undang tradisional yang tertua di negara ini.
Hukum Kanun Melaka merupakan peraturan yang tidak bertulis. Menurut pandangan Dr
Mohd Yusoff Hashim, Hukum Kanun Melaka pada mulanya dijalankan pada masa
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah pada tahun (1446M -1456M) tetapi ia baru ditulis dan
disusun secara teratur pada pemerintahan Sultan Mahmud Syah pada tahun (1489M –
1511M).
Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 fasal yang menyentuh tentang
bidang kuasa raja dan pembesar,
pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat,
hukuman terhadap kesalahn jenayah awam dan undang-undang Melaka.
## Dalam Hukum Kanun Melaka juga, sedikit sebanyak menyentuh tentang hukum hukum
Islam seperti Hukum Hudud.
Manuskrip asal Hukum
Kanun Melaka.
TUJUAN PENGGUBALAN HUKUM KANUN MELAKA
Hukum Kanun Melaka digubal untuk perkara-perkara berikut:
Menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu
Melaka.
Mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam negara serta menjamin
keselamatan rakyat. Setiap jenayah akan dikenakan hukuman yang setimpal contoh
nya kesalahan membunuh akan dibalas dengan hukuman bunuh.
~4~
Menjadi sumber rujukan bagi menentukan hukuman bagi kesalahan tertentu. Dengan
ini hukuman dapat dijatuhkan dengan seadil-adilnya dan mengikut undang-undang
negara. Tidak akan berlaku fenomena "main hakim sendiri" dalam kalangan
masyarakat kerana Hukum Kanun Melaka sudah memaktubkan semua peruntukan
yang berkenaan. Sebagai contohnya, dalam Hukum Kanun Melaka mengandungi
hukuman awam atau undang-undang awam yang menyentuh perkara-perkara seperti
hutang, penyewaan tanah, harta dan hamba. Selain itu, terdapat juga hukuman untuk
perbuatan jenayah meliputi perbuatan membunuh dan menikam orang, menetak dan
memukul, merampas dan mencuri, tidak menurut perintah raja dan menderhaka serta
tuduh-menuduh. Peruntukan hukuman yang lengkap dalam hukum kanun melaka ini
sesungguhnya telah menjadi panduan yang sempurna dalam menjalankan
pemerintahan kerajaan.
Berperanan sebagai menentukan pembahagian tugas, peranan serta struktur
pemerintahan. Dalam undang-undang tersebut, terkandung satu adat yang digelar
Adat Lembaga yang di dalamnya mengkanunkan satu sistem pentadbiran dan
pemerintahan yang teratur. Adat tersebut menerangkan tentang adat-adat raja dan
larangannya, perihal peranan bendahara, temenggung, penghulu bendahari dan
syahbandar dalam membantu raja. Hal ini dapat melancarkan pentadbiran,
memudahkan urusan tertentu kerana berlaku pengkhususan yang sudah pastinya
meningkatkan mutu dan produktiviti. Maka nyatalah, Hukum Kanun Melaka dapat
menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu
Melaka.
Mempertahankan sistem sosial dengan membezakan keistimewaan golongan raja
dengan rakyat jelata. Walaupun golongan pemerintah amat berbeza dan jauh
jurangnya dengan golongan yang diperintah, hak masing-masing sentiasa terpelihara.
Raja berada pada hierarki tertinggi dalam struktur pemerintahan negeri, maka baginda
menduduki tempat yang istimewa dalam masyarakat Melayu tradisional. Taraf
seseorang raja ternyata berbeza berbanding dengan golongan rakyat samada dari
segi kedudukan, pakaian, peralatan, atau pertuturan. bagi memastikan perbezaan
antara raja dengan golongan rakyat biasa berkekalan, maka diadakan pelbagai
peraturan dan larangan tertentu ke atas rakyat supaya wujud jurang antara pemerintah
dengan rakyat, justeru memperkukuh kedudukan raja. Misalnya, raja sahaja yang
~5~
berhak memakai pakaian kuning, payung kuning, pakaian nipis, keris berhulu emas.
Rakyat dilarang menggunakan barang-barang tersebut kecuali dianugerahkan oleh
raja. Walau bagaimanapun, kedudukan hamba terpelihara. Buktinya, sebahagian
daripada peruntukan yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka menjelaskan tentang
undang-undang perhambaan. Undang-undang ini memperakukan kedudukan hamba
abdi, iaitu hamba abdi tidak diibaratkan seperti barang, tetapi mempunyai hak yang
tertentu.
Tegasnya, Hukum Kanun Melaka mengukuhkan institusi beraja di Melaka,
mempertahankan sistem sosial yang adil. Peruntukan yang telah termaktub ini
sebenarnya menjadi panduan bagi menjalankan pemerintahan baik melibatkan
golongan bangsawan, rakyat jelata mahupun hamba.
~6~
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN
Tanggungjawab raja dan pembesar
Pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat
Undang – undang keluarga
Hukuman kesalahan awam dan jenayah
Permasalahan ibadat dan muamalat
Hukum perhumaan
Jadual di bawah adalah antara 44 Fasal yang terkandung dalam Hukum Kanun
Melaka .
Fasal 1 Keterangan Fasal
1.1 Larangan rakyat memakai pakaian kekuningan dan lain-lain.
1.2 Syarat-syarat hamba raja.
1.3 Syarat raja-raja.
Fasal 2 Keterangan Fasal
2.1 Hukum bahasa raja-raja.
2.2 Hukum orang menjunjung duli.
Fasal 3 Keterangan Fasal
3 Perkara-perkara yang dilarang rakyat menggunakannya
(berpayung,menghamburkan dirham pada masa pengebumian).
Fasal 4
4 Keterangan Fasal
Sepuluh kesalahan yang boeh dijatuhi hukuman bunuh
Fasal 5 (membunuh, mencuri, memukuil dan lain-lain).
5.1
5.2 Keterangan Fasal
Membunuh setahu raja.
5.3 Yang dapat membunuh tanpa setahu raja (membunuh madu,
5.4 membunub orang yang angkara).
Fasal 6 Seseorang yang membunuh madunya.
6.1 Membunuh orang yang membawa perintah raja.
6.2
Keterangan Fasal
6.3 Pengamuk yang boleh membunuh.
Fasal 7 Syarat menjadi menteri (seperti mengetahui akan hukum,
mengadakan siasatan sebelum menjatuhkan hukuman).
7.1 Tiga dosa yang tidak diampun raja (seperti membunuh orang).
7.2
7.3 Keterangan Fasal
Fasal 8 Kesalahan membunuh hamba raja.
8.1 Membunuh pencuri yang dapat ditangkap.
8.2 Kesalahan membunuh hamba raja yang mencuri.
8.3
8.4 Keterangan Fasal
Fasal 9 Abdi menetak merdeka.
9.1 Abdi menampar merdeka.
Abdi memaki merdeka.
Keterangan Fasal
Keadaan dan pembesar yang melakukan hukuman bunuh.
~7~
9.2 Kekuasaan membunuh di laut – nakhoda.
Fasal 10 Keterangan Fasal
10.1 Hukuman kepada yang membawa hamba orang lain.
Fasal 11 Keterangan Fasal
11.1 Hukuman bagi kesalahan mencuri seperti hasil tanaman, perahu
dan binatang.
Fasal 12
12.1 Keterangan Fasal
Hukuman bagi seseorang yang mengganggu isteri dan anak
12.2 perempuan orang.
12.3 Hukuman bagi lelaki berzina.
Hukuman orang yang menyembunyikan dan melarikan hamba
12.4 orang.
Hukuman orangyang mencuri atau menyembunyikan hamba
Fasal 13 orang.
13.1
13.2 Keterangan Fasal
Hukuman orang yang bersekutu dengan pencuri.
Fasal 14 Berhubung dengan perkara undang-undang.
14.1
14.2 Keterangan Fasal
Hukuman kepada orang tuduh-menuduh.
Fasal 15 Tuduhan mengabil isteri orang lain.
15.1
Keterangan Fasal
Fasal 16 Berkenaan dengan hamba kesalahan dan hukuman termasuk
16.1 hukuman kepada peminjam kerbau,parang.
16.2
16.3 Keterangan Fasal
Orang yang campur tangan dalam perbalahan.
Fasal 17 Situasi seseorang yang campur tangan dalam perbalahan.
17.1 Seseorang dapat membantu rakannya dalam tiga keadaan.
17.2 (Pertama:tidak sampai ke pengetahuan raja,tidak berkuasa
melawan dan ketiga dengan benamnya).
Fasal 18
18.1 Keterangan Fasal
18.2 Orang yang mengupah membunuh orang.
18.3 Mengupah orang lain membunuh tanpa pengetahuan hakim.
18.4
Keterangan Fasal
Fasal 19 Kesalahan orang yang angkara.
19.1 Hukum memulangkan hadiah pertunangan.
19.2 Hukum abdi menawar tunangan orang.
Kesalahan orang bermaharaja lela.
19.3
Fasal 20 Keterangan Fasal
Undang-undang menduduki tanah orang lain.
20 Tuan punya emas yang menerima gadaian dusun yang tidak
Fasal 21 mendatangkan hasil boleh ganda harta emasnya.
Menduduki dusun orang lain.
21
Keterangan Fasal
Berkaitan dengan tanah (fasal 20.1 hingga 20.2).
Keterangan Fasal
Berkaitan dengan binatang (fasal 21.1 hingga 21.3).
~8~
Fasal 22 Keterangan Fasal
22 Berkaitan dengan tanaman (22.1 hingga 22.2).
Fasal 23 Keterangan Fasal
23 Berkaitan dengan hamba. Termasuk juga keadaan pelayaran dan
perahu (fasal 23.1 hingga 32.5).
Fasal 24
24.1 Keterangan Fasal
24.2 Kesalahan mencuri hamba orang.
Hukum berwali.
Fasal 25
25.1 Keterangan Fasal
25.2 Hukum tentang berwali.
Syarat ijab kabul.
Fasal 26
26 Keterangan Fasal
Hukum saksi nikah.
Fasal 27
27 Keterangan Fasal
Hukum khiar.
Fasal 28
28 Keterangan Fasal
Berkaitan dengan talak dan syarat untuk berkahwin (fasal 28.1
Fasal 29 hngga 28.3).
29
Keterangan Fasal
Fasal 30 Tugas syahbandar.
30
Keterangan Fasal
Fasal 31 Hukum berniaga.
31.1
31.2 Keterangan Fasal
Berkenaan berjual tanah.
Fasal 32 Memulangkan barang yang telah dibeli.
32
Keterangan Fasal
Fasal 33 Berkaitan dengan muflis dan penjamin. (fasal 32.1 hingga 32.5).
33
Keterangan Fasal
Fasal 34 Hukum memberi modal.
34
Keterangan Fasal
Fasal 35 Hukim memberi amanat.
35
Keterangan Fasal
Fasal 36 Hukum memberi ikrar.
36
Keterangan Fasal
Fasal 37 Hukum murtad.
37
Keterangan Fasal
Fasal 38 Membicarakan hukum saksi.
38
Keterangan Fasal
Fasal 39 Masalah tuntut-menuntut dan sumpah.
39
Keterangan Fasal
Fasal 40 Hukuman membunuh orang.
40
Keterangan Fasal
Fasal 41 Hukum zina.
Keterangan Fasal
~9~
41 Hukum qazaf.
Fasal 42 Keterangan Fasal
42 Hukum memaki orang.
Fasal 43 Keterangan Fasal
43.1 Hukuman orang yang meminum arak.
43.1 Mengenai abdi yang di upah didapati mati.
43.3 Semua pengawai kerajaan hendaklah bertugas dengan baik.
43.4 Hukum mendapat benda yang tercicir.
43.5 Hukum merogol anak orang.
43.6 Hukum merampas.
43.7 Hukum berjudi.
43.8 Hukum berhutang.
Fasal 44
44.1 Keterangan Fasal
Mengenai orang yang berhutang yang tidak berupaya menjelaskan
44.2 hutang.
44.3 Mengenai hamba yang telah dijual.
44.4 Mengambil hamba raja.
Raja yang menitahkan undang-undang ini ialah Sultan Muzaffar
44.5 Syah.
44.6 Undang-undang syahbandar berniaga.
44.7 Hukum hamba yang dicuri.
44.8 Larangan orang kebanyakan memakai gelang kaki.
44.9 Tamat undang-undang.
Seorang sida-sida menjalankan perintah Sultan Mahmud Syah
44.10 tentang hukuman orang tawanan di Bentan.
44.1 Denda kepada anak-anak raja.
Undang-undang dipakai di seluruh negeri.Yang melanggar di
anggap menderhaka. Undang ini diamalkan sejak zaman Sultan
Mahmud Syah sehingga 23 orang raja dengan tidak berubah-ubah.
~ 10 ~
KESAN PERLEMBAGAAN KEPADA NEGERI MELAKA
PENTADBIRAN
Islam dan revolusi budayanya telah membawa perubahan ideologikal yang cukup
mendasar dalam ketatanegaraan Melayu.
Konsep Raja telah mengalami transformasi makna atau perubahan konseptual apabila
istilah raja itu dirujuk dan dipadankan dengan peristilahan politik Islam seperti
khalifah,Sultan dan Imam. Raja boleh diertikan sebagai khalifah yang membawa
makna pengganti dan pelanjut pemerintahan nabawi yang berlandaskan Al-Quran, Al-
Hadis dan Al-Ijmak.
Raja juga diertikan sebagai Sultan yang membawa makna penguatkuasa keadilan
hukum yang bersumberkan ajaran Allah dan RasulNya. Seterusnya, Raja boleh
diertikan sebagai imam yang membawa maksud kepemimpinan dan keteladanan.
Al-Quran dan Al-Sunnah juga merupakan sumber etika kesultanan Melayu zaman
tradisi. Sumber ini memerlukan nilai-nilai dasar yang memerlukan pemerincian dalam
konteks ruang dan waktu atau realiti zaman dan suasana setempat.
Kerana itulah wujudnya amalan dalam kalangan khalifah-khalifah Islam meminta para
ilmuwan zaman mereka merumuskan kod etika kekhalifahan dalam bentuk sejumlah
nasihat yang perlu dipatuhi oleh para khalifah.
Tidak dapat dinafikan adanya Raja-Raja dalam sejarah Kesultanan kita
yang membelakangkan etika, tetapi kejadian tersebut adalah merupakan
suatu penyimpangan dan bukannya arus besar tradisi politik Melayu-Islam.
Keilmuan adalah kriteria kepemimpinan yang sangat ditekankan oleh Islam. Keilmuan
Islam dan kepemimpinan tidak pernah terpisah.
Para khalifah adalah tokoh-tokoh yang menepati kriteria pemimpin-ilmuwan.
Raja juga perlu ada sifat penyayang yang menjadi penambat kasih sayang rakyat
terhadap raja. Sekiranya raja bersifat kasar, rakyat ketakutan mendorong mereka
bersikap pura-pura, bermuka-muka dan hipokrit.
Antara raja dan rakyat perlu wujud hubungan saling sayang-menyayangi. Untuk
mewujudkan hubungan saling kasih-mengasihi, Nabi Muhammad s.a.w.
mengingatkan pula tentang tanggungjawab Raja terhadap rakyatnya. Dalam tradisi
pra-Islam, rakyatlah yang harus mengabdi kepada Raja. Kerja raja dijunjung, kerja
sendiri dikelek. Tetapi Agama Islam telah mengubah tradisi tersebut dengan
~ 11 ~
meletakkan tugas melayani rakyat di bahu raja. Kesedaran tentang tanggungjawab
memberi khidmat kepada rakyat itu memang wujud dalam kalangan sebilangan raja
zaman tradisi kesultanan Melayu.
EKONOMI
Kedatangan Islam hanya memberi suatu kelanjutan terhadap kegiatan ekonomi yang
sedia wujud atau sekurang-kurangnya memberi wajah baru atau konsep serta
matlamat baru dalam aspek perdagangan dan ekonomi masyarakat Nusantara.
Konsep ekonomi Islam bukanlah semata-mata kebendaan tetapi keredaan Allah. Oleh
itu segala kegiatan ekonomi sentiasa dipengaruhi oleh hukum yang ditetapkan oleh
syarak, sama ada halal atau haram.
Mereka dilarang melakukan riba, merampas, penipuan dalam jual beli, monopoli
perdagangan dan lain-lain.
Kekayaan yang didapati hendaklah dikeluarkan zakat dan amal jariah. Itulah konsep
dan matlamat akhir kebendaan dan kekayaan dalam Islam yang mempengaruhi
masyarakat Nusantara.
SOSIAL
Beransur-ansur unsur-unsur sosial Islam menyerap ke Nusantara dan dapat
mempengaruhi masyarakat.
Komunikasi dan interaksi berjalan dengan sempurna, ianya dapat dijalin menerusi sifat
hormat-menghormati,bergotong-royong dan bantu-membantu.Dalam Islam unsur-
unsur tersebut amat ditekankan kerana ianya merupakan sebahagian daripada amal
saleh.
Perubahan sosial juga berlaku dengan adanya revolusi mental yang diketengahkan
oleh Islam dalam masyarakat di Nusantara. Semua ajaran Islam mengandungi unsur-
unsur rasionalisme, di mana Islam telah menekankan konsep sama taraf antara
manusia di sisi Allah. Semua manusia adalah berasal dari Adam a.s. dan Adam
a.s.dijadikan dari tanah. Oleh itu yang maha berkuasa ialah Allah, Dialah yang
menjadikan segala makluk, kemudian mematikan dan akhirnya dihidupkan semula,
kepada-Nya sahaja yang wajib disembah.
Islam juga menonjolkan unsur-unsur metal fizikal yang berkaitan dengan rukun iman
dan perkara-perkara yang berhubung dengan Sam’iyyat di samping unsur-unsur
Hukum Syarak yang terdiri dari perkara-perkara wajib, sunat, makruh, haram dan
harus.
~ 12 ~
Unsur-unsur tersebut amat mempengaruhi pemikiran mereka, oleh itu segala kerjaya
dan tindak-tanduk mereka bukan semata-mata didorong oleh kesenangan duniawi
tetapi juga untuk mendapat keredaan Allah dan pembalasan di akhirat.
Dalam melakukan sesuatu pekerjaan mereka lakukan secara ikhlas dan bersungguh-
sungguh di samping mengambil kira soal halal atau haram.
Kesimpulannya semua kegiatan yang dilakukan sama ada dari aspek sosial, ekonomi,
politik dan lain-lain adalah berdasarkan pemikiran dan tuntutan agama Islam.
~ 13 ~
PENUTUP
Berdasarkan tradisi sosial sebagaimana yang tercatat dalam buku Sejarah
Melayu,ternyata agama Islam telah menjadi agama rasmi Melaka. Dalam sistem
pemerintahan pada masa itu jelas bahawa raja-raja telah melantik kadi sebagai
penasihat mereka berhubung dengan hal-ehwal agama.Islam merupakan cara hidup
yang sempurna, mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Ini bermakna bahawa
segala kegiatan politik, sosial, ekonomi, ideologi,undang-undang, ketenteraan dan
kepercayaan terarah sesuai dengan agama Islam. Haluan politik kerajaan di Nusantara
selepas kedatangan Islam adalah berasaskan kepada ciri-ciri politik Islam. Sultan
haruslah memerintah secara adil,berasaskan kepada hukum Syariah yang berpandukan
al-Quran dan al-Sunnah.Pengaruh Islam menyebabkan lahirnya satu sikap di kalangan
masyarakat Nusantara iaitu pemberian sedekah. setiap tahun peratusan tertentu dari
pendapatan mereka disedekahkan kepada orang miskin. Kedatangan Islam juga telah
melahirkan ilmu pengetahuan yang memberi manfaat kepada masyarakat Melayu.
Pendidikan Islam merupakan proses yang berperanan membawa perubahan kepada
sekalian manusia yang membawa kepada kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat
yang berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis.
~ 14 ~
LAMPIRAN
Sumber web:
https://en.wikipedia.org/wiki/Undang-Undang_Melaka
http://journalarticle.ukm.my/13010/1/29235-89707-1-PB.pdf
https://www.academia.edu/22465351/KERJA_KURSUS_SJHK3013
~ 15 ~