1
Pantun Tak Jadi..
Kecil kecil bergelak ketawa,
Ada masa berkelahi sahaja,
Kita membesar sentiasa bersama.
Meskipun tak kaya tetap bahagia.
2
Kini semua menginjak tua,
Punya tanggungjawab juga keluarga,
Walaupun kita jarang bersua,
Moga silaturrahim tetap dijaga.
3
Ucapan kasih kepada Umi,
Mengasuh mendidik adab pekerti,
Asyik memasak tak henti-henti,
Menghidang juadah kepada kami.
4
Ipar duai semakin ramai,
Anak buah makin bertambah,
Bila jumpa beramai-ramai,
Tentu bermacam ragam karenah.
5
Terima kasih pada semua,
Mengirim do’a seikhlas hati,
Maaf dipinta andai terluka,
Moga hidup kita diberkati.
Panjang umur kita bersua nanti….