The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER MAYA SKPL, 2020-12-29 19:22:59

15 Haiwan Yang Paling Comel

15 Haiwan Yang Paling Comel

Keywords: haiwan

Sumber Rujukan:

https://himpunanceritalawak.com/2016/11/16/10-
haiwan-haiwan-comel-yang-hampir-pupus/

http://kita-layan.blogspot.com/2016/11/10-haiwan-
haiwan-comel-yang-hampir-pupus.html

HAZA_ADAWIA

1. SAND CATS atau KUCING PASIR

Sand cats merupakan satu-satunya spesis dari keluarga kucing yang tinggal di
padang pasir. Sejak tahun 2002 kucing pasir ini telah disenaraikan sebagai haiwan
terancam kerana penurunan populasi yang mendadak.

2. EGYPTION TORTOISE

Egyptian TortoiseEgyptian Tortoise (kura-kura Mesir?) yang juga dikenali sebagai
Kleinman's tortoise atau Leith's tortoise ini dianggap dalam keadaan terancam yang
kritikal. Ianya dipercayai sudah pupus di Mesir, which is ironic, sebab namanya
Egyptian Tortoise tapi tak boleh dijumpai di tempat bersempena dengan nama
kura-kura ini. Ribuan sudah dihantar ke Amerika dan lain-lain negara dengan tujuan
pembiakan dalam kurungan.

3. SEA OTTER

Sea Otter ini hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan yang ingin mengambil
bulu mereka. Mengapakah mereka tergamak hendak membunuh haiwan secomel
begini? Populasi haiwan ini di Barat Laut Pasifik berkurangan kepada kurang
daripada 2000 ekor pada awal abad ke-20. Berita baiknya, dengan
penguatkuasaan undang-undang, populasi sea otter ini telah meningkat kepada
100,000 hingga 150,000 ekor.

4. FENNEC FOX

Fennec Fox yg tinggal kawasan Afrika Utara dan Timur Tengah ini masih lagi belum
dianggap sebagai haiwan yang terancam namun habitat mereka menerima
ancaman dari aktiviti perlancongan dan pembangunan. Telinganya yang besar
membantu untuk memburu pada waktu malam dengan berfungsi untuk mendengar
pergerakan mangsa di bawah tanah dan menyejukkan badan daripada haba
padang pasir.

5. MEXICAN AXOLOTL

Mexican Axolotl ini sebenarnya merupakan salah satu spesis salamander dan
tinggal di dalam air. Haiwan ini dikatakan hampir pupus, dengan kurang daripada
1200 ekor yang tinggal di Mexico, satu-satunya habitat terakhir bagi haiwan ini
yang masih terpelihara. Apabila sudah pupus nanti pasti kita akan merasa kecewa
kerana sukar untuk mencari haiwan yang memang dilahirkan untuk senyum secara
semulajadi sebegini?

6. PIKA

Pika bunyinya seperti pikachu? Ok, ini memang serius pokemon. Pika yang
merupakan mamalia kecil dari keluarga arnab ini mempunyai telinga yang
besar dan tidak mempunyai ekor. Menurut World Wildlife Foundation WWF),
binatang ini terancam kerana ianya terdedah kepada kesan pemanasan global
disebabkan Pika ini tinggal di habitat yang sejuk dan agak lembap di kawasan
tanah tinggi. Apabila pemanasan global semakin meningkat, habitat tersebut
akan semakin berkurangan dan bakal membawa kepupusan kepada salah
satu spesis haiwan ini.

7. mandarin duck

Mandarin Duck (Itik Mandarin) yang mendiami Asia Timur ini sama seperti
burung merak di mana hanya yang jantan mempunyai bulu-bulu yang
berbagai warna manakala si betina hanya berwarna plain yang
membosankan. Walaupun aktiviti pembangunan telah mengurangkan spesis
itik ini, namun ianya masih lagi boleh dijumpai di beberapa kawasan di Asia
Timur. Menurut BBC, itik ini salah satu jenis itik yang tidak diburu untuk
dimakan kerana rasanya yang kurang sedap.

8. slow loris

Slow Loris berasal dari Indonesia. Slow Loris dari spesis kokang diburu
hingga hampir pupus kerana kononnya dagingnya yang dikatakan boleh
menyembuhkan penyakit dan mempunyai nilai-nilai spiritual. Kokang ini
memang nampak sangat comel tetapi ia merupakan satu-satunya keluarga
beruk yang berbisa. Ia menyimpan racun di dalam kantung pada bahagian
siku dan menyerang mangsanya dengan cara yang sangat awesome iaitu
dengan menyedut racun tersebut ke dalam mulut dan berkumur sebelum
melancarkan serangan gigitan berbisa.

9. ikan paus beluga

Ikan paus Beluga yang terkenal kerana ciri-ciri bonjolan pada kepalanya dan
berwarna putih ini menurut kerajaan Amerika Syarikat mengalami ancaman di
habitatnya di Alaska. Dianggarkan hanya kira-kira 100,000 ekor yang tinggal
di habitat liar bagi salah satu spesis ikan paus terkecil ini.

10. BLACK FOOTED FERRET

Haiwan ini berasal daripada salah satu keluarga musang, Black Footed
Ferret ini dianggap terancam oleh IUCN. Malahan, binatang ini pernah
diisytiharkan pupus pada tahun 1979, sebelum dua tahun kemudian
sebilangan kecil telah dijumpai di Wyoming, Amerika Syarikat. Usaha-usaha
pemuliharaan yang giat dijalankan telah mendatangkan hasil dengan lebih
kurang 1000 ekor berjaya dibiakkan, menjadikannya antara usaha
pemuliharaan haiwan terancam paling berjaya di Amerika Syarikat.

11. Gray GENTLE LEMUR.

Kalau anda pernah tonton filem Madagascar pasti perasan dengan binatang
ini. Ingat King Julian? Bukannya serupa tapi berasal daripada keluarga yang
sama juga. Gray Gentle Lemur, salah satu spesis lemur ini merupakan salah
satu spesis yang hanya boleh dijumpai di Madagascar pastinya. Juga
dipanggil bamboo lemur, makanan haiwan ini sama seperti namanya iaitu
buluh.

12. Hawaiian monk seal.

Nama yang sungguh pelik. Merupakan salah satu daripada spesis monk seal
yang masih tinggal di dunia (yang ketiga, carribean monk seal sudah pupus),
anjing laut ini hanya tinggal kira-kira 1100 ekor di habitat liar. Diburu sehingga
berada dalam ambang kepupusan pada abad ke-19, haiwan ini kini
disenaraikan sebagai spesis yang dilindungi.

13. matschie’s tree kangaroo

Spesis kanggaru pokok ini hanya boleh dijumpai di kawasan hutan hujan di
Australia, Papua Barat dan Papua New Guinea, pada ketinggian kira-kira
11,000 kaki. Tidak seperti kangaroo yang biasa, spesis ini tinggal di atas
pokok dan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain dengan
menggunakan anggota badannya yang kuat. Disebabkan habitatnya yang
terhad, IUCN menganggap kangaroo pokok ini berada dalam ambang
kepupusan

14. Iberian lyns

Iberian Lynx yang berasal dari Sepanyol dan Portugal ini dikhabarkan bakal
menjadi spesis kucing pertama bakal pupus sejak 2000 tahun yang lepas,
yang kini menjadi kebimbangan WWF. Apa yang lebih membimbangkan ialah
disebabkan oleh pembangunan manusia dan kehilangan tempat tinggal,
hanya terdapat kira-kira 38 ekor Iberian Lynx betina yang masih tinggal untuk
membiak.

15. giant panda

Spesis haiwan ini memang rasanya sudah ramai yang tahu berada dalam
ancaman kepupusan. Kalau tidak, mengapa WWF meletak panda ini menjadi
logo mereka. Dipercayai hanya tinggal kira-kira 3000 ekor di habitat liar.
Walaupun pelbagai usaha gigih dijalankan, namun panda ini tidak mampu
untuk membiak dengan baik ketika berada dalam kurungan dan di habitat liar,
ianya terdedah kepada ancaman pemburuan haram. Mungkin lepas ini untuk
mengelak ancaman pemburu, panda-panda harus dilengkapkan dengan latihan
kungfu yang intensif untuk mempertahankan diri mereka.

1. Namakan kanggaru yang duduk di atas pokok. ________________.
2. Namakan haiwan yang mempunyai telinga yang besar tetapi tidak mempunyai ekor. _______________.
3. Namakan kucing yang tinggal di padang pasir. _________________.
4. Namakan haiwan yang menggunakan telinganya untuk mendengar pergerakkan mangsa di bawah tanah.

_____________________.
5. Namakan haiwan yang berjaya dibiakkan selepas diistiharkan telah pupus. ________________.
6. Namakan haiwan yang dikatakan dagingnya kurang sedap dimakan. ________________.
7. Namakan haiwan yang terdapat dalam logo WWF.___________________
8. Mengapakah manusia tergamak membunuh sea otter? ______________________.

Disediakan oleh:
Puan Hazatuladawia bt Habu Hassan
Guru Bahasa Melayu
SK Datuk Haji Baginda Merlimau 77300 Melaka.
Sumber: https://himpunanceritalawak.com/2016/11/16/10-haiwan-haiwan-comel-yang-hampir-pupus/
http://kita-layan.blogspot.com/2016/11/10-haiwan-haiwan-comel-yang-hampir-pupus.html


Click to View FlipBook Version