The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER MAYA SKPL, 2020-12-29 19:25:41

16 Haiwan Yang Paling Bijak

16 Haiwan Yang Paling Bijak

Keywords: haiwan

Sumber Rujukan:

https://iluminasi.com/bm/15-haiwan-yang-paling-bijak-
dalam-dunia-haiwan.html

https://iluminasi.com/bm/9-haiwan-paling-pintar-atas-
muka-bumi.html

HAZA_ADAWIA

1. ORANG UTAN

Kini orangutan telah dianggap haiwan yang paling pintar berbanding chimpanzee. Mereka
telah diajar untuk memotong kayu menggunakan gergaji, memahat paku menggunakan
tukul dan pelbagai lagi. Apa yang lebih bijak mengenai orangutan ialah mereka
memahami mengapa manusia mengajar mereka perkara ini dan menggunakan kebolehan
mereka sendiri ketika di dalam hutan tanpa kehadiran manusia. Salah satu ujikaji
mendapati apabila diajar cara untuk membuat perlindungan dan kemudian dilepaskan ke
dalam hutan liar, orangutan berupaya membuat replika yang sama seperti yang diajar
manusia.

2. IKAN LUMBA-LUMBA

Ikan lumba-lumba mempunyai kebolehan dalam berhubung di antara satu sama lain.
Mereka juga memahami isyarat manusia tertentu seperti perkataan “bola” dan objek yang
lain. Mereka juga memahami fungsi nombor dan memberi tunjuk balas terhadap beberapa
soalan yang dikemukakan. Kebolehan mereka memproses maklumat melalui cara akustik
dan visual membuatkan mereka boleh mengenal babak yang ditayangkan di dalam kaca
televisyen sama seperti chimpanzee. Mereka juga berkebolehan seperti gajah di mana
mereka dapat membezakan diri mereka dan melihat tanda yang terdapat pada badan
mereka melalui cermin. Semasa ujikaji sukar yang dijalankan, mereka memilih tanda “
saya tidak tahu” apabila tidak boleh menyelesaikan masalah yang diberi.

3. CHIMPANZEE

Chimpanzee dikenali kerana kebolehannya mengingati sesuatu perkara lebih dari haiwan
lain. Mereka boleh menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan manusia.
Chimpanzee juga pintar menggunakan alatan yang diberikan manusia. Mereka didapati
menggunakan strategi dalam menewaskan musuh dan mangsa. Pada tahun 2006, kajian
menunjukkan haiwan ini mempunyai 98% genetik DNA yang sama dengan manusia.
Baru-baru ini pula, ditemukan ia boleh mengajar anak mereka bahasa isyarat tanpa
sebarang bantuan manusia.

4. GAJAH

Gajah mempunyai saiz otak yang sangat besar mahupun jika dibandingkan dengan skala
badan dan otak manusia. Mereka memiliki kepintaran yang rumit, mereka boleh
mengorbankan seekor gajah untuk menyelamatkan sekawan kumpulan yang lain. Mereka
juga dikenali kerana kebolehan melindungi anak-anak mereka. Apabila mereka sakit,
mereka tahu untuk memakan daun tertentu yang membuatkan mereka beransur pulih
bergantung kepada penyakit. Selain manusia, mereka adalah salah satunya spesis yang
mengkebumikan bangkai gajah yang lain mengikut cara mereka. Mereka juga
menggunakan belalai mereka sebagai salah satu alat yang menakjubkan seperti melukis.
Gajah juga dapat mengenali rupa masing-masing jika melihat ke dalam cermin tidak
seperti haiwan lain.

5. BURUNG GAGAK

Burung gagak ini dianggap burung paling pandai di dalam spesisnya. Seperti burung
kakak tua, burung gagak boleh diajar bercakap. Mereka boleh mengira, belajar rupa
bentuk yang rumit dan menyelesaikan beberapa tugasan yang diberi. Gagak jenis New
Caledonian ditemukan menggunakan sejenis alat memotong rumput untuk membuat
sarang. Gagak juga menjatuhkan kerang,kacang dan pelbagai benda lagi untuk
membukanya. Gagak juga akan menjatuhkan makanan di jalan dan menunggu untuk
kenderaan melanggar supaya ia boleh memakan isinya. Kajian mendapati sifatnya yang
rumit membolehkan ia mengagihkan tugas di antara memantau, mencuri dan menjadi
umpan.

6. BURUNG KAKAK TUA PERANG
AFRIKA

Burung kakak tua perang Afrika ini adalah spesis haiwan yang sangat bersosial,

penyayang dan bijak. Kebolehan mereka ialah belajar ratusan perkataan manusia dan

mengulanginya. Sesetengah pengkaji berpendapat bahasa spesis burung ini mempunyai

kepandaian seorang kanak-kanak berumur 5 tahun. Burung kakak tua perang Afrika yang

paling terkenal ialah Alex (1976-2007). Dalam ujikaji terhadap Alex, didapati ia boleh

mengenali lebih dari 50 barang, 7 warna dan 5 jenis bentuk. Alex juga boleh membezakan

mana yang lebih kecil, lebih besar dan berbeza. Alex juga menghafal lebih dari 150 patah
perkataan. Apabila ia penat, ia akan berkata “Saya pergi dahulu” dan apabila ia
menunjukkan perangai yang menjengkelkan ia akan berkata “saya minta maaf:.

7. KHINZIR

Khinzir telah lama dibuktikan lebih bijak daripada anjing. Dalam ujikaji menunjukkan
khinzir boleh dilatih seperti anjing dan kucing. Apa yang membuatkan mereka pintar
adalah cara pergaulan mereka yang rumit. Ibu khinzir juga telah ditemui akan menyanyi
pada anak-anak kecilnya semasa dijaga. Dalam ujikaji yang dijalankan, mereka juga
Berjaya menyelesaikan masalah permainan video yang mungkin akan membuatkan anda
terkejut. Dalam pemerhatian para pengkaji, khinzir akan mengikut khinzir yang lain untuk
mencari makanan sebelum mencuri makanan yang dijumpai. Ia akan belajar bagaimana
cara untuk mencuri dan menipu khinzir yang lainnya.

8. TIKUS

Walaupun ia dianggap sebagai makhluk perosak, namun haiwan yang mempunyai
psikologi yang hampir seperti manusia membuatkan ianya paling banyak digunakan di
dalam ujikaji makmal. Tikus mempunyai kebolehan ingatan yang dipanggil metacognition
yang hanya terdapat pada manusia dan segelintir haiwan. Mereka boleh menggunakan
deria rasa dan pendengaran untuk mencari landmines dan bom. Haiwan kecil ini juga
boleh menunjukkan rasa gembira, sedih, stress dan menyesal.

9. TUPAI

Tupai merupakan salah sejenis haiwan yang paling kuat azamnya. Jika ia inginkan
sesuatu, ia pasti akan mencubanya sampai dapat atau tertewas. Walaupun habitat
asalnya adalah hutan belantara namun ia juga dapat menyesuaikan dirinya dengan begitu
baik sekali di bandar. Walau bagaimanapun ia seringkali dilihat sebagai pencuri atau
penjahat. Ini kerana keazamannya yang kuat dan kebolehan daya ingatannya untuk
mengingati perangkap atau kesilapan sebelum ini dan memperbaikinya.

10. RAcCOON

Raccoon adalah salah satu haiwan yang tidak mudah berasa takut dan konfiden. Mereka
sentiasa kelihatan mengawal sebarang keadaan apabila berada di dalamnya. Mereka
juga bergerak di dalam satu kawanan keluarga mereka sendiri. Raccoon juga dikenal
pasti mempunyai hubungan yang rumit dan kompleks dengan haiwan sejenis mereka.
Dalam ujikaji yang dilakukan, mereka boleh menggunakan pelbagai alatan untuk
menyelesaikan masalah.

11. OCTOPUS BERBINTIK

Octopus merupakan haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang yang paling pintar.
Dalam ujikaji mendapati haiwan ini menunjukkan kebolehannya dalam memori jangka
panjang dan pendek. Mereka akan memerhati terlebih dahulu sebeum menyelesaikan
masalah. Octopus mempunyai sistem saraf yang besar merangkumi 2/3 keseluruhan
badannya. Derianya yang banyak terdapat pada saraf di bahagian sesungutnya atau
misai. Haiwan ini juga merupakan pakar dalam peniruan dan penyamaran dan digelar
sebagai escape artists yang professional. Pada satu kejadian di Pusat Akuarium Santa
Monica, octopus jenis ini telah menyebabkan kebanjiran apabila membuka valve air dan
menyebabkan tangki akuarium yang besar overflow.

12. BURUNG MERPATI

Burung merpati merupakan salah satu spesis haiwan yang boleh terbang paling bijak.
Kebanyakkan kita tahu bahawa burung merpati digunakan sebagai pengantara atau
penghantar maklumat semasa perang dunia pertama dan kedua. Mereka juga
berkebolehan untuk mengenal orang dan tempat yang banyak pada satu-satu masa.
Dalam ujikaji yang dijalankan mereka Berjaya menyelesaikan banyak teka-teki dalam
masa yang singkat dan hanya sedikit sahaja haiwan yang dapat melakukannya. Maka
tidak hairanlah jika ianya digunakan di dalam tektikal perang.

13. ANJING

Mungkin ramai yang terkejut apabila anjing berada pada ranking bawahan ini. Ini kerana
manusialah yang mengubah DNA mereka supaya lebih bijak dan menjadi pendamping
manusia. Pada asalnya, keluarga anjing dan serigala ini tidaklah begitu bijak secara
semulajadi. Namun begitu mereka boleh diajar beberapa cara untuk memahami manusia.
Akan tetapi serigala tidak boleh diajar sebegini. Hanya anjing yang lebih jinak dan berada
disekeliling manusia sahaja yang boleh menyesuaikan diri mereka dengan beberapa
kaedah pembelajaran yang betul.

14. KUCING

Kucing merupakan haiwan kedua terbanyak dipelihara di dunia, selepas ikan air
tawar. Memori seekor kucing dikatakan 200 kali ganda labih kuat daripada
seekor anjing. Memori jangka masa pendek kucing adalah 16jam manakala
bagi seekor anjing adalah selama 5 minit. Namun kucing adalah lebih memilih
dan ingat apa yang berguna bagi mereka.

15. LABAH-LABAH MELOMPAT PORTIA
LABIATA

Labah-labah ini juga dikenali dengan nama Portia Bermisai Putih. Di dalam ujikaji yang dilakukan
di makmal, para saintis mendapati haiwan ini berjaya menyelesaikan beberapa permasalahan.
Salah satu dari kebolehaan mereka ialah mencari makanan. ia akan pergi mencari labah-labah
lain di sarang mereka dan berpura-pura seperti mangsa yang tersangkut pada sesawang labah-
labah itu. Apabila labah-labah mangsa mendekatinya, ia akan membunuh dan memakan mereka.
Ia juga mudah untuk belajar kaedah spesis labah-labah yang menjadi mangsanya dan akan
meningkatkan kejayaan memburu mereka. Portia Labiata ini mempunyai pandangan yang sangat
tajam dan selalu menggunakan kaedah pendekatan trial and error untuk memburu mangsanya.
Labah-labah ini juga pandai memilih makanan mereka berdasarkan mana yang paling mudah
untuk diburu.

16. SEMUT

Semut dipersetujui adalah serangga yang paling bijak di atas muka bumi. Semut memiliki
otang yang paling besar dibandingkan dengan serangga yang lainnya. Semut didapati
mempunyai kepintaran, strategi dan cara mereka tersendiri. Mereka tahu bagaimana
menghantar pemantau untuk mencari makanan dan akan melaporkan kepada
kumpulannya apabila menemui makanan. Semut juga tahu bagaimana membahagikan
tugas di antara memburu dan mengumpul makanan. Semut juga sangat bersifat territorial
dan akan menyerang apa sahaja yang mengganggu mereka. Mereka juga sangat mudah
menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka.

1. Namakan haiwan yang paling kuat azamnya. ___________________
2. Namakan haiwan yang boleh terbang paling bijak. ______________________.
3. Namakan haiwan yang tidak mudah berasa takut. __________________.
4. Namakan haiwan yang akan menyanyi untuk anak-anak kecilnya semasa dijaga. ____________.
5. Namakan haiwan yang akan memakan daun tertentu untuk mengubat sakitnya. ___________
6. Namakan haiwan yang boleh menunjukkan rasa gembira, sedih, stress dan menyesal. ___________
7. Namakan haiwan yang boleh memahat paku menggunakan tukul._________________.
8. Namakan haiwan yang akan berkata “saya perlu dulu” sekiranya ia telah penat. _______________.
9. Namakan haiwan yang pakar dalam peniruan dan penyamaran.________________

Disediakan oleh:
Puan Hazatuladawia bt Habu Hassan
Guru Bahasa Melayu
SK Datuk Haji Baginda Merlimau 77300 Melaka.
Sumber: https://iluminasi.com/bm/15-haiwan-yang-paling-bijak-dalam-dunia-haiwan.html
https://iluminasi.com/bm/9-haiwan-paling-pintar-atas-muka-bumi.html


Click to View FlipBook Version