The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ARAHAN PENTADBIRAN HARI GURU 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by honeym.ismail, 2019-04-29 05:01:06

AP Sambutan Hari Guru 2019

ARAHAN PENTADBIRAN HARI GURU 2019

TERHAD

Maktab Tentera Diraja
Kem Perdana Sungai Besi
57000 KUALA LUMPUR

Tel : 03-89465555
Faks : 03-89465530

Apr 19

MTD.100-1/9/11 Jil. 1 - ( )

Lihat Agihan

ARAHAN PENTADBIRAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU MAKTAB TENTERA
DIRAJA PADA 30 APRIL 2019 ANJURAN KELAB BILIK GURU MTD.

AM

1. Sambutan Hari Guru merupakan salah satu acara yang disambut oleh warga
pendidik seluruh negara saban tahun pada tanggal 16 Mei. Majlis Sambutan Hari Guru
Maktab Tentera Diraja bagi tahun 2019 merupakan sebuah majlis anjuran Kelab Bilik
Guru Maktab Tentera Diraja yang akan diadakan pada 30 April 2019.

TUJUAN

2. Arahan ini bertujuan untuk mengkoordinasikan segala aspek pentadbiran
termasuk pergerakan agar program ini dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

OBJEKTIF

3. Majlis Sambutan Hari Guru Maktab Tentera Diraja 2019 adalah bertujuan untuk
mencapai objektif yang berikut:

a. Menghargai pengorbanan guru yang berterusan memberikan sumbangan
terhadap pendidikan negara.

b. Memberi ruang dan platform untuk putera lebih menghargai jasa guru yang
telah mengajar dan mendidik mereka.

PELAKSANAAN

4. Penglibatan. Semua 388 Putera Tingkatan 4 & 5 Maktab Tentera Diraja akan
terlibat semasa majlis sambutan ini.

5. Tarikh Majlis Sambutan Hari Guru MTD 2019. Majlis sambutan ini akan
diadakan pada 30 April 2019 (Selasa).

6. Lokasi Majlis Sambutan Hari Guru MTD 2019. Bertempat di Wisma Putera,
Maktab Tentera Diraja.

7. Senarai AJK. Maklumat AJK adalah seperti di Kembaran A.

1
TERHAD

TERHAD
8. Atur cara Majlis Sambutan Hari Guru MTD 2019. Atur cara majlis sambutan
adalah seperti di Kembaran B.
PENTADBIRAN DAN LOGISTIK
9. Cawangan Akademik. Semua AJK yang dilantik diminta menjalankan tugas
masing-masing.
10. Persiapan Tempat. En. Hamidon dan Pn. Premalatha diminta untuk memantau
penyediaan keperluan dan persiapan di Wisma Putera.
11. Persiapan Pentas dan Meja VIP. En. Hamidon, En. Amzar dan Pn. Premalatha
hendaklah mengkoordinasikan semua keperluan bagi hiasan pentas dan meja kopi VIP
di Wisma Putera serta memantau penyediaan goblet dan tid-bits.
12. Sistem PA. Sel semboyan dimohon untuk mengkoordinasi keperluan sistem PA
di Wisma Putera.
13. Cawangan IMC. Cawangan IMC dikehendaki menyediakan staf untuk rakaman
video dan fotografi sepanjang program.
14. Backdrop. En. Samidan bin Kasman dimohon untuk menyediakan tulisan pada
backdrop di atas pentas, iaitu “Majlis Sambutan Hari Guru MTD 2019”.
PENUTUP
14. Dengan ini adalah diharapkan Majlis Sambutan Hari Guru Maktab Tentera Diraja
pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui kerjasama semua pihak
yang terlibat.

“BERKHIDMAT MEMIMPIN”

DANESH KUMAR A/L KRISHNA
Mej. TUDM

Kembaran:
A Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Guru MTD 2019
B Atur Cara Majlis Sambutan Hari Guru MTD 2019

Agihan:
Tindakan:

2
TERHAD

Markas TERHAD
(Untuk perhatian
: PS2 Koordinasi
: Ajutan)

Cawangan Latih : Pengarah Latihan
(Untuk perhatian : KSMJ)

Cawangan Bantuan : Ketua Cawangan Bantuan
(Untuk perhatian : Sel Semboyan)

Cawangan IMC : Ketua IMC)
(Untuk perhatian

Cawangan Akademik : Ketua Jabatan Pentadbiran dan Akademik
(Untuk perhatian Ketua Jabatan Sukan dan Kokurikulum

Maklumat:
Komandan
Pengarah Pengajian

3
TERHAD

TERHAD

KEMBARAN A KEPADA
MTD.100-1/9/11 Jil. 1 - ( )
BERTARIKH APR 19

AHLI JAWATANKUASA KERJA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU MAKTAB
TENTERA DIRAJA 2019 ANJURAN KELAB BILIK GURU MTD

Penaung : Brig. Jen. Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM
Komandan
Pengerusi :
Tn. Hj. Razmi b. Abdul Razak
Pengerusi Bersama : Pengarah Pengajian

Timb. Pengerusi 1 : Lt. Kol. Amran bin Alias
Pengarah Latihan
Timb. Pengerusi 2 :
Pn. Norzila bt Ali Musa
Timb. Pengerusi 3 : Ketua Jabatan Pentadbiran & Akademik

Penyelaras : En. Ismail bin Zainol Abidin
: Ketua Jabatan Sukan & Ko-kurikulum
Setiausaha :
Lt. Kol. Dr. Hj. Azri b. Mokhtar
Persiapan Dewan / Ketua Jabatan Pengurusan Putera
Sambutan
Pn. Munira bt Abd. Aziz
Persiapan Meja VIP / :
Hiasan Pentas Cik Nurul Hanim binti Ismail

Gimik / Persembahan : En. Hamidon bin Hussein
Pn. Premalatha a/p Raman @ Ragavan
Hadiah : Kompeni Echo & Hotel

Anugerah Guru : En. Hamidon bin Hussein
En. Amzar bin Nasrudin
Pn. Premalatha a/p Raman @ Ragavan
Kompeni Bravo & Golf

Pn. Munira bt Abd. Aziz
Cik Nurul Hanim bt Ismail
En. Fahrulrazi bin Abd. Manaf
Kompeni Delta & Charlie

Pn. Norhasriah bt Ab. Ghaffar
Pn. Zubaidah bt Zakaria
Pn. Munira bt Abd. Aziz
Pn. Masturina bt Awi
Kompeni Foxtrot

En. Amzar bin Nasrudin
En. Chong Chi Han

A-2
TERHAD

Juru Acara : TERHAD
Kompeni Alpha
Teks UcapanKomandan :
Cik Nurul Hanim bt Ismail
Jemputan / Dokumentasi : 2x Putera

Siaraya / Multimedia / : Pn. Sharipah Ainon bt Ismail

Bacaan Doa : Cik Masturina bt Awi

Fotografi / Video : IMC / Sel Semboyan
Backdrop :
En. Mohd Hasrul b. Rahmat
1 x Putera

IMC

Samidan bin Kasman

A-2
TERHAD

TERHAD

KEMBARAN B KEPADA
MTD.100-1/9/11 Jil. 1 - ( )
BERTARIKH APR 19

ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU MAKTAB TENTERA DIRAJA 2019
ANJURAN KELAB BILIK GURU MAKTAB TENTERA DIRAJA

1210 : Semua Putera berkumpul di Wisma Putera
Putera makan tengah hari

1300 : Ketibaan guru dan pegawai pendidikan tentera

1305 : Ketibaan Pengarah Pengajian

1310 : - Ketibaan Komandan
- Putera melapor
- Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa

1315 : Ucapan wakil Putera

1320 : Ucapan Pengarah Pengajian

1325 : Ucapan YBhg. Brig. Jen. Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM
Komandan Maktab Tentera Diraja

1330 : - Penyampaian Anugerah Guru (sesi 1)
- Persembahan Putera 1
- Penyampaian Anugerah Guru (sesi 2)
- Persembahan Putera 2
- Penyampaian hadiah Pakaian Tema Terbaik
- Persembahan Guru

1430 : Majlis sambutan dijangka selesai

B-1
TERHAD


Click to View FlipBook Version