BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2023 JBA 2021, SK BANDAR RENGAM 149 DESKRIPSI TUGAS GURU PENASIHAT / JURULATIH / PENGURUS PASUKAN UNIT BERUNIFORM / KELAB PERSATUAN / SUKAN PERMAINAN 12. Segala kegiatan / aktiviti / program kokurikulum tambahan hendaklah mendapat kelulusan dari Guru Besar terlebih dahulu. 13. Bertanggungjawab menjaga keselamatan murid pada setiap masa samada aktiviti / program / pertandingan dijalankan dalam sekolah atau di luar sekolah (perlawanan persahabatan / jemputan / carian bakat / pertandingan / kejohanan peringkat zon / daerah / negeri / kebangsaan / antarabangsa,program khidmat masyarakat dan lain-lain aktiviti anjuran pihak luar). 14. Bertanggungjawab menjalankan aktiviti pertandingan bagi memilih peserta-peserta untuk mewakili sekolah ke pertandingan peringkat zon / daerah / negeri / kebangsaan / antarabangsa. 15. Bertanggungjawab menguruskan surat kebenaran ibu bapa, surat akuan tahap kesihatan dan borang-borang pertandingan, senarai nama murid. 16. Menguruskan pengangkutan murid / pasukan sekolah ke pertandingan luar (guru wajib mengisi borang kebenaran membawa kenderaan sendiri dan pastikan kenderaan guru berada dalam keadaan baik). 17. Bertanggungjawab merekodkan penggunaan peralatan / kemudahan sekolah serta memastikan peralatan dan kemudahan sekolah dalam keadaan baik sebelum, semasa dan selepas digunakan. 18. Bertanggungjawab melaporkan kerosakan atau kehilangan peralatan / perkakas jika ada dalam kadar segera kepada Guru Besar / GPK Kokurikulum. 19. Membuat dan menyediakan penyata kewangan (jika ada) dan mengurus harta modal / inventori kelab /unit (jika ada). 20. Membuat penilaian (PAJSK) terhadap penglibatan murid dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun dan merekodkannya dalam buku PAJSK murid. 21. Mematuhi segala tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar / GPK Kokurikulum dari masa ke semasa.
BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2023 JBA 2021, SK BANDAR RENGAM 150 DESKRIPSI TUGAS GURU RUMAH SUKAN 1. Ketua rumah sukan dikehendaki menyimpan rekod lengkap senarai nama murid dalam rumah sukan berdasarkan kepada : Tahun Nama pelajar yang lengkap Umur dan kelasnya 2. Mengadakan Mesyuarat Agung dan melantik AJK : Ketua Rumah Penolong Ketua Rumah Setiausaha Bendahari AJK setiap tahun 3. Semua guru rumah sukan mengurus segala yang berkaitan dengan latihan rumah pada hari yang telah ditetapkan. 4. Semua guru rumah diwajibkan hadir pada setiap perjumpaan dan latihan. 5. Melengkapkan Fail Laporan Rumah Sukan dan serahkan kepada Setiausaha Sukan / GPK Kokurikulum untuk semakan. 6. Mengambil langkah yang perlu untuk menjaga disiplin, kebajikan dan keselamatan pelajar. 7. Mengambil tindakan untuk menyemai semangat sukan, cinta dan bangga terhadap rumah sukan. 8. Menyediakan peraturan rumah sukan. 9. Memastikan pelajar memakai pakaian yang sesuai semasa latihan. 10. Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara rumah sukan.
BUKU PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2023 JBA 2021, SK BANDAR RENGAM 151 TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2022 DISEMBER 2019