The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nordiyana622, 2022-02-01 08:54:30

Buku Cerita Kanak-Kanak

SI MANJA DODIE

PENGANTAR PENULISAN
(SBLM1023)

TUGASAN INDIVIDU

Soalan:
BUKU CERITA KANAK-KANAK

Nama Pensyarah:
DR. SYAHIDATUL MUNIRAH BINTI BADRUL MUNIR

Disediakan oleh:
NOR DIYANA BINTI MAT JUSOH (285088)

2

SI MANJA DODIE

Sofia memiliki seekor kucing, namanya Dodie. Dodie
adalah seekor kucing jantan yang baru berusia 10 bulan.
Dodie mempunyai sepasang mata yang cantik dan bentuk
muka yang sangat comel. Bulunya juga sangat lebat dan
berwarna putih. Dodie sangat suka bermain bola. Oleh sebab
itu, Sofia membelikan Dodie beberapa biji bola yang
berwarna-warni. Dodie akan berguling-guling dengan
bolanya itu setiap hari.

Pada asalnya, Sofia membeli
kucing peliharaannya itu di sebuah
kedai haiwan yang berhampiran
dengan rumahnya. Semasa di kedai,
dia melihat banyak kucing yang dijual
di situ. Sofia amat tertarik dengan
kecomelan Dodie, lalu dia pun
membeli kucing yang berharga

1

Rm250 itu dengan menggunakan duit simpanannya. Setelah
proses pembayaran selesai, Sofia pun segera membawa pulang
Dodie ke rumah dan merawatnya dengan baik.

Dodie merupakan seekor kucing yang sangat manja. Ke
mana-mana sahaja Sofia pergi, Dodie pasti akan ikut bersama.
Sikap Dodie yang terlalu manja itu membuatkan Sofia sangat
suka dan sayang kepadanya. Pada waktu lapang, Sofia sering
membawa Dodie bersiar-siar di taman permainan untuk
bermain bersama kawan-kawannya. Dodie bermain dengan
seronok sekali. Pada waktu malam pula, Dodie sangat suka
tidur di sebelah Sofia. Sofia akan memeluk Dodie hingga
tertidur.

2

Selain itu, Dodie sangat gemar makan ikan rebus. Pada
setiap hari, Sofia akan menggaulkan nasi dan ikan rebus
untuk kucing kesayangannya itu. Sofia juga memberikan
semangkuk susu segar untuk Dodie minum. Setiap kali Sofia
memberikan nasi dan ikan rebus kepadanya, pasti dia akan
menghabiskan makanan itu sehingga licin. Dodie makan
dengan berselera sekali. Setelah kenyang, Dodie akan
bermain sampai tertidur.

Pada setiap minggu, Sofia akan memandikan kucing
kesayangannya itu. Dia menggunakan syampu khas ketika
memandikan Dodie. Sofia akan menggosok seluruh badan

3

Dodie sehingga bersih. Setelah itu, Sofia akan mengeringkan
bulunya pula supaya sentiasa kelihatan cantik dan terurus.

Setiap satu bulan sekali, Sofia juga akan membawa Dodie
pergi ke salon haiwan yang dikenali sebagai Snow’s Cat
Grooming & Boarding. Salon ini terletak di sebuah bandar
berdekatan dengan rumahnya. Kebiasaannya Dodie akan
ditinggalkan di salon tersebut selama beberapa hari untuk
mendapatkan rawatan yang rapi. Kemudian, Sofia akan
datang kembali ke salon tersebut selepas kesemua rawatan

4

Dodie itu selesai. Sofia berasa amat gembira kerana Dodie
sudah wangi dan bersih.

Sofia juga amat mementingkan kesihatan kucingnya itu.
Dia sering membawa Dodie ke klinik haiwan untuk
mendapatkan suntikan vaksin supaya kucingnya itu sentiasa
sihat dan terlindung dari sebarang penyakit.

Setiap hari, Dodie akan menunggu Sofia di muka pintu
sehinggalah Sofia pulang dari sekolah. Dodie berasa tidak
sabar untuk bermain bersama-sama dengan Sofia di rumah.

5

Apabila Sofia tiba di rumah, Dodie terus berlari menuju ke
arah Sofia. Sofia pun memeluk Dodie dan membelai bulunya
dengan lembut. Dodie pun mula menggoyang-goyangkan
ekornya sambil mengiau-ngiau dengan suara yang manja.
Sofia berasa sungguh terhibur dengan gelagat Dodie yang
lucu itu.

Pada waktu petang pula, Dodie akan menemani Sofia
menyiapkan kerja sekolah. Sofia akan memberikan segulung
benang kepada Dodie dan membiarkannya bermain-main
dengan benang tersebut. Setelah Sofia selesai menyiapkan
kerja sekolah, dia akan meluangkan masa untuk bermain
bola dengan Dodie di halaman rumah. Mereka bermain
dengan gembira sekali.

6

Pada waktu malam, Dodie akan memerhati dan
menangkap beberapa ekor tikus yang sering mencuri
makanan di dapur. Dodie sangat cekap menangkap tikus dan
sudah banyak tikus yang berjaya ditangkap olehnya. Sejak
hari itu, tikus sudah tidak berani masuk ke dapur Sofia lagi
untuk mencuri makanan. Sofia berasa amat bersyukur kerana
memiliki seekor kucing yang banyak berjasa kepada
keluarganya di rumah.

7

Pada suatu hari, Sofia dan keluarganya pergi ke bandar
untuk membeli barangan keperluan harian. Sofia telah
membiarkan Dodie bermain berseorangan di luar rumah.
Tiba-tiba, Dodie ternampak seekor rama-rama yang
berterbangan di hadapannya. Dia pun terus mengejar rama-
rama itu sehingga sampai di sebuah taman permainan. Dodie
cuba untuk menangkapnya, tetapi tidak berjaya. Dodie pun
mula berputus asa dan tidak lagi mahu mengejar rama-rama
itu. Akhirnya, rama-rama itu pun terbang pergi ke tempat
lain.

8

Memandangkan Dodie masih lagi kecil, dia tidak tahu
jalan untuk pulang ke rumah. Dodie pun mengiau-ngiau
meminta pertolongan, akan tetapi tiada satu orang pun yang
mendengarnya. Dodie berasa sangat takut, lalu dia pun
bersembunyi di dalam sebuah terowong yang berhampiran
dengan taman permainan tersebut.

Tidak lama kemudian, Sofia dan keluarganya pun pulang
ke rumah. Seperti biasa, Sofia akan memanggil Dodie untuk
bermain-main dengannya di halaman rumah. Akan tetapi,
kelibat Dodie langsung tidak kelihatan di rumahnya pada
waktu itu. Sofia mula berasa gelisah dan cuba mencari Dodie
di sekeliling rumahnya, namun Dodie masih tidak dijumpai.
Sofia juga sudah puas mencari kucing kesayangannya itu di
merata-rata tempat, namun tetap juga tidak berjaya
menemuinya. Sofia berasa amat sedih dan sayu kerana Dodie
sudah hilang.

9

Walau bagaimana pun, Sofia masih tidak berputus asa.
Dia pun keluar mencari Dodie di sekitar taman permainan
yang tidak jauh dari rumahnya. Apabila tiba di sana, Sofia pun
memanggil Dodie berulang-ulang kali tetapi dia masih tidak
menemui kucing kesayangannya itu. Kemudian, Sofia
memerhati di sekeliling taman itu dan akhirnya Sofia pun
ternampak Dodie sedang tidur kelaparan di dalam sebuah
terowong yang berdekatan dengan taman permainan
tersebut.

10

Sofia berasa sangat gembira kerana Dodie telah
dijumpai. Sodia segera menuju ke arah Dodie dan
memeluknya dengan penuh kasih sayang. Kemudian,
mereka pun pulang ke rumah. Sejak hari itu, Sofia sering
membawa Dodie bersama dengannya ke mana-mana sahaja.

11


Click to View FlipBook Version