UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
E-MODUL
Undang-Undang
Kemanusiaan
Antarabangsa
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
SENARAI KANDUNGAN
SENARAI KANDUNGAN .................................................................................................i
KONSEP UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA ...............................1
PERATURAN ASAS DALAM UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN
ANTARABANGSA ...........................................................................................................2
NILAI MORAL YANG TERKANDUNG DALAM UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN
ANTARABANGSA ...........................................................................................................3
KEPENTINGAN PENGEKALAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN
ANTARABANGSA ...........................................................................................................4
CONTOH PENCABULAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA .....5
KESAN PENGABAIAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA .........5
AKTIVITI PENGUKUHAN ................................................................................................6
KESIMPULAN..................................................................................................................8
RUJUKAN ........................................................................................................................9
i
A. KONSEP UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA
Menurut Mohamad Nasrin Nasir et al., Undang-undang kemanusiaan
Antarabangsa (UUKA) adalah merupakan satu peraturan yang
menekankan kepada penggunaan senjata secara terhad serta berkaitan
dengan kaedah peperangan. Tujuan UUKA ini digubal adalah untuk
melindungi kebajikan manusia serta mengawal penderitaan yang
manusia alami semasa peperangan berlaku.
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa ini juga lebih dikenali
sebagai Undang-undang konflik bersenjata dan juga undang-undang
peperangan (ICRC, 2011).
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang UUKA, jom saksikan video ini
Imbas
Saya
INFO
ICRC adalah Persatuan
Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah Antarabangsa
dimana persatuan ini
bergiat aktif dalam gerakan
kemanusiaan
1
B. PERATURAN ASAS DALAM UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN
ANTARABANGSA
Tidak boleh mencederakan orang awam dan memusnahkan harta
benda awam melalui penggunaan senjata sehingga menyebabkan
orang awam mengalami penderitaan berpanjangan
Tidak boleh mengorbankan nyawa orang awam, orang yang
terlibat dalam pertempuran yang mengalami kecederaan dan sakit
serta tawanan perang.
Menghormati, melindungi dan memberikan bantuan kesihatan
seperti menyediakan perubatan kepada orang awam dan juga
pihak tentera serta menyediakan fasiliti perubatan iaitu klinik,
hospital dan juga ambulans
Menghadkan sebarang pertempuran dan peperangan terhadap
kombatan dan golongan tentera sahaja
Tidak boleh melakukan sebarang serangan
2
C. NILAI MORAL YANG TERKANDUNG DALAM UNDANG-UNDANG
KEMANUSIAAN ANTARABANGSA
HORMAT KEBEBASAN
BERTANGGUNGJAWAB
RASIONAL KEBERANIAN
Memberikan hak kebebasan manusia seperti mendapatkan hak kesihatan
Hormat-menghormati antara satu sama lain dengan memberikan bantuan
sesama manusia yang mengalami kecederaan di sepanjang pertempuran
berlaku
Bertanggungjawab dalam menjaga maruah manusia dan mengurangkan
berlakunya peperangan bersenjata
Bersikap rasional dengan bertindak menyelematkan golongan manusia yang
tertindas akibat daripada pertempuran bersenjata
Berani dalam menegakkan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa di
seluruh dunia.
3
D. KEPENTINGAN PENGEKALAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN
ANTARABANGSA
Keselamatan Nyawa manusia akan terjaga
masyarakat akan
Masyarakat bebas melakukan
terjamin rutin seharian
Negara akan maju Dapat
meningkatkan
Khazanah negara dapat pembangunan
diteruskan
negara
Flora dan fauna Pengekalan kelestarian alam
akan semula jadi
terpelihara Menghindari daripada berlakunya
kepupusan flora dan fauna
Kanak-kanak diberikan perlindungan Kanak-kanak
dengan sebaik mungkin meneruskan
kelangsungan
Mendapat taraf pendidikan yang hidup dengan
baik aman
4
E. CONTOH PENCABULAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN
ANTARABANGSA
Orang awam yang tidak Bangunan awam di bandar
bersenjata diserang diserang
Orang awam diseksa dan Memusnahkan flora dan
dibunuh fauna
Penyerangan dilakukan Penggunaan senjata kimia,
kepada staf hospital dan biologi secara besar-besaran
ambulans
F. KESAN PENGABAIAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN
ANTARABANGSA
Berlakunya Kemusnahan alam
keruntuhan sekitar akan
institusi keluarga berlaku
Ekonomi negara Konflik akan
akan merosot berlaku secara
berterusan
5
AKTIVITI
PENGUKUHAN
6
G. AKTIVITI PENGUKUHAN
Teliti gambar rajah di bawah berkaitan tentang Undang-undang
Kemanusiaan Antarabangsa
GAMBAR A GAMBAR B
Sumber: Sinar Harian
1.Apakah perbezaan yang anda dapat lihat terhadap gambar A dan gambar B
serta apakah perasaan anda apabila melihat situasi gambar A?
2.Berdasarkan gambar A, apakah contoh pencabulan Undang-undang
Kemanusiaan Antarabangsa?
3.Nyatakan kesan sekiranya Undang-undang Kemanusiaan antarabangsa
diabaikan?
Laksanakan sumbang saran berdasarkan petikan di bawah.
Anda dapat ketahui bahawa negara jiran anda telah mengalami
peperangan. Segala harta benda persendirian dan juga harta benda
awam telah musnah. Selain itu, terdapat juga beberapa orang awam
termasuk tentera mengalami kecederaan dan ada juga yang telah
terkorban semasa peperangan berlaku.
1.Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang anda lakukan?
2.Walaupun Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa telah disebarkan di
seluruh dunia, mengapakah pertempuran masih berlaku?
3.Pada pendapat anda, apakah kepentingan pengekalan Undang-undang
Kemanusiaan Antarabangsa?
7
Berdasarkan situasi dibawah, anda perlu melakonkannya secara
berkumpulan mengikut arahan yang telah diberikan.
Satu kumpulan tentera telah membuat satu serangan terhadap satu
kawasan bandar dengan memusnahkan bandar dan mencederakan
orang awam dengan menggunakan senjata peperangan. Lalu, anda
dipegang jawatan sebagai ahli Bulan Sabit Merah Antarabangsa,
apakah tindakan yang akan anda lakukan selepas peperangan itu
berlaku
1.Apakah nilai moral yang anda dapat berdasarkan lakonan?
2.Sejauhmanakah kesan peperangan terhadap negara kita?
Nilai Universal
Bagaimanakah nilai universal seperti
bertanggungjawab dapat membantu
mengurangkan sebarang peperangan
bersenjatan
F. KESIMPULAN
Kesimpulannya, Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) ini
amatlah penting di mana melalui UUKA dapat menjaminkan masyarakat
antarabangsa hidup secara aman damai dan bebas daripada konflik
senjata. UUKA tidak boleh diabaikan sekiranya setiap negara ingin
memiliki kehidupan yang harmoni.
SOALAN KUIZ
8
G. RUJUKAN
9
MAKLUMAT PELAJAR
MUKHZIN BIN MOHAMAD
NO. MATRIK: D20191089370
SEMESTER 2 2021/2022
PENSYARAH: DR. MASRHELAYANTI BINTI MOHAMAD RAZALI
10