TERAS : PENAMPILAN DIRI KRITERIA : Adab sopan CIRI-CIRI : Menumpukan perhatian terhadap ajaran guru AKTIVITI : Perbincangan MASA : 30 minit BAHAN : Kertas A4 OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat : ➢ Menyenaraikan kesan positif sekiranya memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. ➢ Menyenaraikan kesan negatif sekiranya tidak memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. LANGKAH : ➢ Naqib membahagikan ahli usrah kepada dua kumpulan (Kumpulan A dan Kumpulan B) ➢ Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan kesan positif dan negatif berkenaan tumpuan terhadap pengajaran guru di dalam kelas. ➢ Mengadakan pembentangan mewakili kumpulan A dan kumpulan B. ➢ Naqib meminta wakil setiap kumpulan memberi komen yang membina sebagai muhasabah. ➢ Ulasan dari Naqib. REFLEKSI : Kita hendaklah memberikan tumpuan semasa guru sedang mengajar kerana perbuatan tersebut merupakan salah satu adab terhadap guru.